Sebab kesian, mertua ajak kami tinggal sekali. Lepas setahun mertua suruh keluar sebab tak tahan dengan per4ngai anak sendiri

Rezeki saya dapat mertua yang baik. Lepas saya mengadu pada mereka, mereka suruh kami duduk sekali dekat kampung. Tapi lepas setahun mertua suruh keluar sebab tak tahan dengan suami. Sehingga lah baru – baru ini, bapa mertua suruh saya bersedia sahaja kerana bila – bila masa saja suami saya akan ditangkap..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Saya Zizi dan berumur 30 tahun. Dah berkahwin, mempunyai 2 orang anak yang comel berumur 3 dan 4 tahun. Saya nak luah pasal jalan cerita saya yang bagi saya, ini adalah kifarah buat saya. Agak panjang tapi moga menjadi pengajaran.

Dan saya harap saya dapat sedikit kata – kata semangat juga nasihat daripada awak semua untuk saya untuk teruskan hidup tanpa menyalahkan diri saya sepanjang masa. Saya rasa saya terlalu h1na depan Allah. Bila dah susah, baru nak menangis depan DIA.

Mohon beri saya kata – kata positif juga ikut dari segi agama. Terima kasih. Saya kenal suami saya semasa kami di sekolah menengah. Kami sebaya dan sekelas. Boleh dik4takan kami ni dalam kategori bijaklah. Dan suami saya tu budak t4rget.

Dia tak sehensem mana tapi manis senyumannya dengan giginya yang putih tersusun. Semua exam dia dapat straight A. Kami berkawan dan kemudian bercinta. Masa kami menganjak usia remaja (masing – masing dah masuk U masa tu), langkah kami menjadi panjang. Dan kami telah terlanjur beberapa kali.

Kononnya kami ni akan berkahwin juga akan datang jadi tak mengapa serah diri awal – awal. Kami terlalu sayang dan obses antara satu sama lain. Cinta membutakan mata dan hati. Ketelanjuran kami dapat dihidu oleh orang tua. Jadi mereka menyuruh kami kahwin.

Pada usia 24 tahun kami kahwin. Masa tu kami berdua dah kerja. Suami pun kerja gaji besar dengan sebuah company kapal cina. Gaji 4k sebulan. Saya berhenti kerja semasa mengandung anak pertama. Semuanya indah sepanjang tempoh 2 tahun perkahwinan kami.

Saya dan suami pun dah jaga solat. Takde main – main lagi macam masa bercinta. Suami sangat penyayang dan pemurah. Saya beranak di hospitaI swasta. Anak manja dengan dia. Dia layankan je apa saya nak makan, jaga keperluan saya sebagai isteri.

Suka beli baju untuk saya dan anak. Rajin bawak pegi jalan – jalan. Tak berkira apa – apa dengan kami. Family saya pun suka dengan sikap suami saya yang ramah dan berbudi bahasa. Mungkin saya terlalu selesa, tiba – tiba pada tahun ketiga kahwin semasa saya mengandung no 2, saya dapat tahu suami saya terjebak dengan d4dah sy4bu.

Saya tanya dengan tenang dan dia mengaku ada kawan di tempat kerjanya yang baru masuk kerja yang memperkenalkan dia dengan benda tu. Pengaruh kawan, tapi saya tak boleh terima sebab dia tu cerdik?!! Kenapa nak ambik benda kotor tu?!

Saya suruh dia stop tapi korang pun mesti tahu sekali dah ambik, susah nak tinggal kan? Allah nak uji lagi. Company suami kerja tu bankrup. Suami buat grab area selangor dan KL. Per4ngai dia mula berubah. Jadi m4kin baran.

Masa saya tengah sarat mengandung pun dia m4ki – m4ki saya (semasa tak dapat barang). Kemudian saya pun selamat beranak no 2, tapi ia tetap tak mengubah apa – apa. Duit tak pernah cukup nak bayar semua komitmen yang ada apabila dia kerap beli barang dan terjebak pula dengan juudi online.

Sebelum ni dia banyak bagi duit kat ibubapa dia, tapi lepas tu dia pulak yang asyik mintak duit dari bapanya. Diam – diam jugak dia ‘curi’ duit bisnes online saya. Tak cukup daripada tu, dia pinjam duit dari pinjaman wang berlesen (read: ahl0ng).

Ahl0ng tuntut hutang sampai depan rumah sewa kami. Saya serabut dan str3ss sangat. Saya gadaikan barang kemas di ArRahnu untuk bayar sewa rumah, beli keperluan anak – anak dan bulanan kereta. Rezeki saya dapat mertua yang sangat baik.

Lepas saya mengadu pada mereka, mereka pun suruh saya, suami dan anak – anak balik ke rumah mereka di Kedah supaya kebajikan saya dan anak – anak terjaga dan kegiatan suami dapat dipantau. Juudi online suami dah tak main, tapi sy4bu masih ambil sebab ada kawan terdekatnya yang menjadi orang tengah.

Lepas setahun kami tinggal sebumbung dengan mertua, mereka suruh kami tinggal berasingan sebab mereka sendiri tak tahan dengan sikap biadap dan malas suami. Tiada lagi suami yang pemurah dan lembut di mata saya.

Dia culas nafkah. Saya pun dah ambik perancang, untuk safety dan jaga kesihatan mentaI saya. Apabila di rumah sendiri (dekat jugak dengan rumah in laws), suami mula naik tangan dekat saya. Langsung tak boleh ditegur, dia rasa dia sentiasa betul.

Banyak barang – barang rumah rosak sebab dia. Dia pernah berhalusinasi kata saya curang dengan dia hingga dia baling handphone saya sampai pecah. Masa ni dia baru kerja dengan salah sebuah company kurier sebagai rider dan saya kerja kerani di kedai.

Anak pertama ke taska, anak kedua mak mertua jaga. Kadang – kadang suami ganggu saya kerja melalui fon dan uguut p4ksa saya balik rumah. Tuduh saya pentingkan kerja dan duit lagi daripada suami. Anak – anak menjadi saksi kami bertengkaar, suami naik tangan dekat saya, barang – barang rosak.

Anak no 2 kami langsung takmau kat ayahnya. Nampak dia tr4uma dan takut. Mungkin juga jiran kiri kanan pun dengar tiap kali suami m4ki hamun bertempik tapi takde siapa berani tanya saya, sebab suami di luar masih nampak seperti diri dia yang dulu. Ceria dan ramah.

Sebenarnya kalau nak cerita semua, memang macam – macam yang terjadi. S4kit jiwa saya dibuatnya. Badan saya susut sampai boleh pakai semula baju zaman bujang dulu. Str3ss teramat sangat. Doa tu sungguh tak terkira, tapi saya hanyalah h4mba Allah yang banyak d0sa.

Siapalah saya ni nak Allah terus makbulkan doa saya. Apa yang saya lalui ini, hanya family suami sahaja yang tahu. Family saya masih pandang kami bahagia dan anggap dia seorang menantu dan ipar yang baik. Kalau lah family saya tahu, saya sangat MALU.

Sebab diorang tahu macam mana journey ‘cinta sejati’ kami dulu. Sebab tu juga saya masih bertahan. Lagipun rasa sayang pada suami tu masih ada, sebab saya tahu dia yang dulu bukan lah macam sekarang. Rasa ralat dan bersalah sebab saya tak bagitau family in laws lebih awal.

Kalau tak, mungkin bapa mertua saya ada solution lebih baik untuk banteras ket4gihan suami saya. Sehingga lah baru – baru ini, bapa mertua saya telah buat aduan ke AADK untuk tahan suami saya. Mertua saya suruh saya bersedia sahaja kerana bila – bila masa saja suami saya akan ditangkap dan dibawa ke pusat pemulihan.

Saya terus menangis, tapi saya redha kalau ini jalan yang terbaik buat suami dan keluarga kecil kami. Saya sayang suami saya. Suami saya pun sayangkan saya dan anak – anak. SY4BU memusn4hkan akal fikirannya, juga segalanya.

Mungkin ini jugak teguran Allah buat saya supaya tak berlebihan dalam mencintai makhlukNya. Siapa di antara korang atau dalam family korang yang sedang ambil benda terlarang ni, segeralah bertindak. Jangan dibiarkan hanyut lebih lama.

Dan saya nak tanya, masih ada harapankah untuk yang ket4gih ni jadi lebih baik lepas keluar dari pusat pemulihan? TQ. – Zizi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zila Zie : Saya ada anak murid yang bapanya kaki d4dah. Ibu act up as bread winner, ayah kerja on off. Walau masih ada bapak, tapi nampak macam ibu tinggal sebab ayah tak function. Apa – apa hal sekolah, semua ibu. Anak sendiri larang ayah datang sekolah sebab malu dengan penampilan ayah agaknya.

Murid ni selalu datang sekolah tunjuk badan berbirat kena pukuI dengan ayah. Selalu cerita nampak ayah ambil d4dah depan mata. Sekarang dah bercerai bila suami masuk penjara tapi bagi saya it’s a bit too late. Anak dah berhenti sekolah, per4ngai baran semacam malah ada kes ringan – ringan kat sekolah.

Kalau rasa masih sayangkan suami yang jelas – jelas lebih sayangkan d4dah, tolong fikir dan sayang anak – anak lebih. Anak – anak perlu contoh yang baik dalam rumahtangga sebelum anak sendiri terikut – ikut per4ngai bapaknya.

Prepare mentaI fizikaI dari sekarang. Dah boleh bagitahu parents supaya dorang tak terk3jut nanti. Anggap masuk pusat serenti ni peluang terakhir. Kalau terjebak lagi, terus proceed cerai.

NurAz Wan : Pada fikiran saay, awak boleh je nak bertahan tapi beri limit masa pada suami, berhenti men4gih dalam masa 2 tahun misalnya dan buat perjanjian depan keluarga suami, sebab diorang tahu cerita semua, kalau takde perubahan, eloklah puan ambil langkah selamatkan diri dan anak – anak, sebelum keadaan jadi lebih parah.

Jangan buat alasan kerana dia pernah baik. Sebab Allah juga tidak terima seseorang yang buat salah disebabkan dia pernah buat baik, ibIis juga pernah baik sebelum jadi jahat. Yang penting, kalau dia boleh bertaubat dan berubah tapi kalau dia sendiri lebih selesa, rela dan suka terus hanyut dalam kesesatan tu.

Tiada orang lain yang dapat mengheret dia keluar dari dunia tu. Jangan bertahan kerana merasakn puan layak dapat kes4kitan ini kerana d4sa semalam. Setiap d0sa diampunkan kalau sudah taubat nasuha, taubat betul – betul dan tidak mengulangi lagi perbuatan itu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.