Sebaknye tengok reaksi ibubapa ketika melihat anak-anak masuk ke dewan majlis konvokesyen

Sekarang merupakan musim graduasi bagi pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Kita dapat lihat pelbagai ragam suka dan duka ketika musim konvokesyen berlangsung.

Ada beberapa berita yang tular sebelum ini tentang kehebatan beberapa orang graduan yang boleh menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang lain. Tak kurang pula, tuIar pasangan kembar memberi kejutan pada hari yang cukup bermakna dengan membuat persembahan nyanyian.

Baca : Sangat Luar Biasa! Gadis ini memperolehi keputusan CGPA 4.00 untuk 7 semester!

Tapi dalam pada kita meraikan kejayaan para graduan, kita jangan lupa orang yang berada dibelakang sentiasa menyokong dan memberi semangat. Terutamanya kepada ibubapa.

Baca : Kembar ini membuat kejutan menyanyi untuk ibubapa mereka ketika Majlis Konvokesyen

Seorang pengguna di twitter telah memuat naik video reaksi ibubapa yang hadir apabila anak-anak mereka masuk ke dalam dewan. Masing-masing sibuk melihat dan mencari susuk anak tersayang.

Rata-rata pengguna twitter yang lain merasa sebak melihat video tersebut.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..