Sebelum balik kampung aku install apps nak siasat kecurangan suami. Sekali dia ajak anak d4ra pergi dinner

Aku terus suruh suami balik kampung hari tu jugak. Sampai jer suami aku dekat kampung fuh bawak bunga sejambak weyh bagi kat aku. Siap ada kad ayat sweet. Aku layan je dulu bila dah malam, aku terus siasat suami. Aku ambik handphone dia. SUPR1SE! Dia dah delete semua..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum korang, tak terbayang yang satu hari nanti aku yang akan confess dekat sini haha. Tapi sebagai pembaca setia, aku nak cuba la cerita masalah aku mana tau boleh dapat solusi bernas daripada pembaca – pembaca yang bijaksana.

Aku dah tiga tahun kahwin dan ada seorang anak berusia dua tahun yang comel dan bijak. Perkenalan aku dan suami ni dekat tempat kerja, dia yang mengorat aku yang pastinya. Beria – ria dia nak dekat aku, usaha dia sampai datang jumpa keluarga, berutus surat, menyanyi dan lain – lain usaha yang memang mengagumkan aku.

Suami jugak seorang yang sangat hormat orang tua, rajin tolong buat kerja rumah, jaga anak, dan tak pernah naik tangan. Cuma pekerjaan tu biasa  -biasalah, gaji cukup – cukup makan dan kurang skill bab pengurusan kewangan.

Aku pun bekerja jugak dan banyak bantu topup – topup terutamanya dalam urusan anak. Alhamdulillah cukup walaupun tak senang mana. Aku pulak rasanya gaji lebih lagi dari dia dan lebih pandai manage kewangan.

Tapi walaupun begitu nafkah tetap wajib jadi aku banyak belajar jugak dari sini untuk jangan dipijak nak tanggung semua benda sampai suami tak faham atau buat buat tak faham tanggungjawab. Tapi suami aku kalau nak harap dia sorang memang tak mampu pun nak sara kehidupan kami bertiga.

Rumah dan kereta aku punya. Aku hidup dengan suami aku dari rumah tu kosong, tidur atas lantai walaupun waktu bujang aku hidup selesa. Lagi satu kelemahan dia ni katanya cepat pelupa. Hmm bagi aku kalau benda tu penting untuk dia, takkan lupa kot kan?

Masalah di sini bermula selepas 2 tahun lebih perkahwinan kami. Aku ni sebenarnya 100% percaya dekat suami aku pada asalnya tapi mesti ramai perempuan tau kan kuasa naluri seorang isteri ni. Kadang – kadang tu aku usha la jugak handphone dia, whatsapp, fb dengan instagram.

Lagipun kami berdua memang tahu password phone masing – masing dan boleh jer bukak suka hati. Yelah aku fikir ape yang nak disorokkan pun kan. Sebelum ni aku ada terbaca conversation suami aku dengan sorang perempuan (anak d4ra) dekat office, rupanya mereka selalu br3akfast dan makan tengahari sama – sama.

Diorang bahasakan diri ‘aku kau’ dan nampak macam takde apa – apa, kawan biasa dan banyak cakap soal kerja. Cuma kadang – kadang tu bila aku sediakan sarapan, suami aku tak nak makan pun dan suruh aku dengan anak jer makan.

Tapi sampai jer office terus onz pegi br3akfast berdua – duaan dengan perempuan tu. MasyaAllah, aku memang marah betul waktu ni. Seminggu aku perli – perli dia dan berg4duh tak bercakap. Lepas dah berbaik, dia janji tak akan keluar makan berdua – duaan, mesej benda tak perlu dengan perempuan bukan muhrim dan akan keluar makan ramai – ramai dengan kawan lain.

Korang fikirlah, laki korang kerap keluar makan berdua jer dengan anak d4ra siapa tak hangin kan. Lagipun, Islam memang sah sah melarang benda macam ni, sah – sah boleh timbul fitnah (aku terangkan benda ni dekat suami supaya dia faham). Ok ni mcm setel kan?

Waktu dekat – dekat anniversary wedding yang ke-3 aku ni, waktu ni aku memang dah lama tak cek pun handphone dia. Punya la percaya dengan janji dia. Tapi bila aku cek, bergetar terus jantung aku menggigil tangan. Selalu dekat whatsapp dia akan pin atas group family dia dengan aku tau.

Tapi tiba – tiba dia dah unpin tau maksudnya whatsapp aku dah tak ada dekat atas dah dan aku nampak dia selalu berborak dengan siapa. Siapa lagi kalau bukan budak perempuan yang sebelum ni dia selalu mesej hal kerja dan pernah selalu keluar berdua – duaan tu la.

Tapi kali ni dah tukar nama dulu nama Suri bukan nama sebenar, sekarang dah jadi DAK (alasan dia sebab dia panggil perempuan tu budak). Perghh hebat dah ada nama manja. Aku baca habisss memang banyak urusan kerja tapi banyak jugak urusan lain yang tak berkenaan.

Tolong belikan breakfast, lunch atau makanan, lepas tu banyak sangat update hal – hal kehidupan yang bukan hal kerja. Macam otw balik kerja jalan jem, pasal game badminton, nak makan apa dan lain – lain lagi. Aku waktu ni memang tak sedap hati dah, naluri aku memang dapat rasakan yang diorang ni memang sesuatu.

Yelah perlu ke nak cerita dan update semua benda pasal kehidupan dia dengan perempuan lain? Sump4h aku tak faham. Lepas aku dapat kesan benda ni kebetulan waktu tu aku nak balik kampung awal sikit tanpa suami aku ikut kiranya aku balik dululah, dua hari kemudian baru dia balik ambik aku dengan anak.

Sebelum balik aku install something, jadi aku boleh baca whatsapp dia secara live but dia tak tahu la kan. Fuh pagi – pagi lagi dah, Assalammualaikum Mi Amor. Ko raseee? Lepas tu setiap masa bermesej – mesej. Pasal makan la, banyak lagi mesej manja – manja pasal hati la di sebalik mesej kerja, ish b4binya aku rasa.

Dia mesej perempuan tu dulu tau baru mesej aku. Padahal aku kat kampung ni punya la risau dia bangun lambat siap k3jut berkali – kali call. Lepas tu update perempuan tu jalan jem la dan macam – macam la sump4h sampai sekarang aku hafal perbualan manja diorang. Sedihnya hanya Allah yang tahu.

Siap ada suami aku ajak dia dinner celebrate dah habis oncall dua minggu berturut. Ajak tu berdua jer ok takde orang lain tapi nasib la tak jadi. Aku punya la k3jam suruh suami aku balik kampung direct lepas habis kerja supaya plan dinner diorang tu tak jadi.

Kebetulan aku pulak memang kenal rakan sekerja suami aku ni. Jadi aku try la contact sorang tanya suami aku dengan DAK tu ada apa – apa ke. Kecewa lagi hati aku bila rakan sekerja suami aku cakap macam nampak sejak akhir – akhir ni diorang rapat sangat dah oleh nampak la bibit – bibit kecurangan tu.

Suami aku dekat office siap tak duduk cubicle dia sebab katanya kawasan tu aircond sejuk sangat. Jadi dia duduk dekat bahagian office yang dekat dengan perempuan ni. Satu bilik cuma ada jugak la orang lain tapi aku rasa mesti duduk sebeIah  -sebeIah. Allah, beratnya rasa hati aku dengar.

Rakan sekerja dia tu baik sangat – sangat. Dia cuba sebaiknya tenangkan aku dan cakap rasanya diorang belum jauh lagi cuma dah ada la bibit – bibit tu. Katanya boleh selamat lagi ni dan suruh aku berbincang baik – baik.

Dia nak sound diorang berdua ni tapi aku cakap aku cuba setel dulu dengan suami aku ni. Waktu dekat kampung, hari dia nak balik tu dia dah block aku dari baca whatsapp dia live (mungkin baru sedar aku stalk whatsapp dia).

Sampai jer suami aku dekat kampung fuh bawak bunga sejambak weyh bagi kat aku. Siap ada kad ayat sweet. Jadi aku relaks jer dulu layan baik – baik teman makan padahal aku sendiri dua hari tak lalu makan weyh, Kesian mak ayah aku risau tengok aku takde selera makan.

Anak pun nasib la adik – adik aku rajin layan. Aku memang teruk, makan tak lalu, tido tak lena, malam memang tak boleh lena langsung. Bila dah ok tu aku ajak dia bincang malam – malam buta tu jugak. Konon dari hati ke hati.

Mulanya aku suruh dia mengaku dulu ade buat salah ke tapi sampai sudah tak nak mengaku. Sampai la aku ambik handphone dia dan surpr1see dia dah delete mesej – mesej dia dengan minah tu. Aku tanya kenapa delete? Dia cakap malas nak berg4duh hal remeh.

Fuh remeh dia kata. Tapi pembaca sekalian jangan ingat aku b0doh sebab aku dah screensh0t awal dah semua mesej – mesej suami aku dengan minah tu. Sampai sudah dia tak mengaku jugak and dia cakap dia takde apa – apa pun dengan perempuan tu, cuma kawan rapat.

Perghh kawan rapat dengan anak d4ra! Hebat….. Hebat. Aku tanya pasal janji dia untuk jaga hubungan dengan perempuan bukan muhrim (makan berdua, mesej hal bukan kerja berdua). Dia cakap makan berdua tu memang tak buat dah.

Tapi janji dia untuk tak mesej hal bukan kerja, keperluan mendesak dengan perempuan bukan muhrim tu dia lupa. Hmm aku sebagai isteri yang agak b0doh ni terima jelah alasan dia. Lepas tu yang dia panggil perempuan tu mi amor tu sebab nak bahan perempuan tu salah panggil vendor amor dan tak tau pun maksud sebenar mi amor. Haha.

Dia cakap dia memang tak ade hubungan langsung, sekadar kawan rapat, banyak kerja sekali dan selalu gosip sekali pasal bos dan tak pernah berniat nak bercinta dengan dia. Siap sump4h demi Allah! Lepas tu dia kecewa aku tak percaya dia dan lebih percaya cakap orang luar.

Tak percaya suami sendiri. Aku nak tanya pendapat semua pembaca aku ke yang bersalah atas semua bukti – bukti yang aku ada? Dia pulak merajuk dan nak blah. Dah la waktu tu kitorang dekat rumah family aku dan dah lewat malam.

Jadi aku pun pujuklah balik sebab nanti kesian mak ayah aku terpinga – pinga dengan tindakan suami aku ni. Senang citer aku maafkan dia dan aku plak yang pulak pujuk dia. Oh ya lagi satu, bila aku tanya aku ade salah apa – apa atau kekurangan ke yang nak aku betulkan dia kata tak ada.

Tapi aku tetap cuba perbaiki segala aspek yang mana boleh sekarang ni. Aku suruh dia berjanji yang dia tak akan mesej perempuan bukan muhrim tanpa keperluan kerja, mendesak atau urgent lagi. Tapi kan, ingat senang ke kepercayaan tu nak pulih?

Aku ni sekarang dah macam hape dah aku rasa. Aku rasa aku bukan diri aku yang dulu dah. Sentiasa anxi0us, tak sedap hati, salahkan diri sendiri, rasa nak berpisah tapi kesian anak, susah nak fokus kerja dekat office, tengah drive pun boleh mengelamun.

Ni kalau aku takde anak lagi dah lama aku nak berpisah jer dengan suami aku. Hati pun tak s4kit hidup pun boleh tenang, aku fikir anak aku jer kecik lagi kesian dia rapat dengan ayah dia. Setiap masa aku fikir dia dengan perempuan tu sampai susah nak tidur.

Bila tidur pun selalu mimpi pulak perempuan tu dengan suami aku k1ss each other dekat tangga office yang tersorok. Hmm tu mainan sy4itan jer kan korang? Aku masih cek jugak phone suami aku tapi tulah benda boleh padam delete kan?

Lepas tu aku cuba bincang dengan suami aku cara macam mana untuk aku pulih dari semua ni tapi selalunya dia melenting balik sebab katanya aku tak percaya dia. Takde orang percaya dia. Padahal aku selalu cakap dan tanya baik – baik, lembut – lembut jer. Hmmm.

Lepas tu sebab sebelum ni dia cakap dia mudah lupa, jadi aku selalu la tanya dia ingat tak janji dia. Bila tanya apa dia, aku jugak kene senaraikan balik. Aku tanya dia dah tak buat dah kan? Hmm dia senyap lama dan cakap dengan DAK perempuan tu takde dah la tapi dengan perempuan lain ada tapi mesej whatsapp dia delete sebab tak nak g4duh benda remeh.

Hmm kalau tak salah kenapa delete? Kenapa masih perlu jugak nak mesej benda tak penting dengan perempuan lain. Aku ni isteri dia tak cukup ke? Sedihnya aku. Aku ni sentiasa rasa risau suami buat balik per4ngai dia macam tu tapi kadang – kadang risau tersalah hukvm.

Semua kerja macam susah nak buat. Korang tolonglah doakan aku supaya aku kuat dan rumah tangga aku selamat dunia akhir4t. Segalanya sekarang ni aku buat demi anak aku. Dia rapat dengan ayah dia, tak sampai hati aku.

Tapi demi kesihatan mentaI aku yang dah teruk terjejas ni ape pilihan yang aku ada korang? Antara aku dengan suami sekarang memang nampak okay luaran macam biasa tapi Allah sahajaIah yang lebih mengetahui. Berbaloi ke peng0rbanan aku selama ni demi kebahagiaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak aku?

Berbaloi ke peng0rbanan aku susah senang dengan suami aku? Aku nak mintak pandangan korang apa yang perlu aku buat? Akukah yang bersalah? Aku ke yang b0doh? – Sang Gembira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fazidah Abdul Kadir : Pergi join gym dan SPA untuk me time awak. Anak tinggal kat bapak dia untuk jaga. Pakai cantik – cantik kalau sebelum ni biasa – biasa ja sekarang pakai kalah anak d4ra. Pergi kerja dan jalan – jalanbersolek dan wangi – wangi.

Buat tak peduli kat suami, dia tanya jawab sepatah – sepatah, jangan jawab terus. Tunggu lama sikit. Sentiasa pegang hp dan dan letak password kat hp TT. STOP bayar untuk urusan anak dan demand suami bayar sendiri sebab anak dia tu dan bagi alasan awak nak bayar gym dan SPA.

STOP buat sarapan dengan alasan dia tak makan pun nanti membazir saja. Kerja – kerja rumah yang lain pun sama. Tak perlu buat. Biar ja baju dia tak berbasuh, tak bergosok, makan pakai jangan peduli sangat. Kalau dia tanya kenapa, jawab letih. Banyak kerja.

Buat selama mana yang perlu, sampai suami tegur sendiri. Yang penting enjoy your life dengan anak tanpa suami sampai dia rasa kehilangan awak. Pergi jalan – jalan tempat best tanpa suami, ajak kawan – kawan, tak pun bawak parents. Hantar gambar bergembira tu kat suami. Keep yourself entertained.

Nurbadriah Omar : Itu ciri – cirilelaki curang. Dia akan play v1ctim, melenting, marah, merajuk. Ayat – ayat lelaki yang biasa tak percaya lah apa lah. Kalau perasan ayat – ayat lelaki curang ni sama untuk tutup kesalahan dia.

Sebab dia tau dia buat macam tuh wife dia still akan dengan dia. Wife dia tak kan pergi. Buatlah something before husband sem4kin jauh dengan perempuan tuh. Fikir anak jangan sampai diri sendiri merana bertahun – tahun.

Susah kalau kita hidup dalam anx1ety sebab benda – benda husband buat. Letih tau nak fikir setiap hari. Buat apa kita nak sedih setiap hari sebab orang lain? Semua ada kehidupan masing – masing. Pilihlah untuk bahagia.

Kalau dah communicate pun macam tuh. Fikir something. Once dah curang memang akan curang. Tak ada mend4dak terus stop semua. Tiada erti penyesalan dan kehilangan keluarga untuk dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?