Sebelum kahwin, aku ada pergi tengok jen4zah mak suami tapi pelik isteri pertama dia takde pun datang ser4ng saya

Awal lagi dia bagitahu yang isteri pertama tak baik, mereka dah lama tidur asing. Saya pun ok lah jadi isteri kedua. Tapi saya pelik jugak, banyak kali isteri pertama ada ruang nak ser4ng saya, tapi dia buat tak tahu je. Kalau betul sayang suami, mesti dia akan marahkan saya. Tapi isterinya, tidak begitu.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua… Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan artikel ini. Kisah saya dah banyak juga saya share sebelum ini, tapi yang mana satu.. biarlah rahsia. Sebelum menjadi peny0nd0l, saya seorang janda anak satu yang agak hot dan ramai dikejar lelaki.

Penceraian kali pertama berlaku akibat bekas suami “terlepas” cakap ketika berg4duh, dan akhirnya lafaz itu jatuh. Tetapi, saya berkeras untuk tidak rujuk semula kerana saya berpegang prinsip, pantang mundur kecuali operasi! (jadi boleh agaklah saya dari negeri mana).

Bekerja tetap, pendidikan tinggi, kini berusia pertengahan 30-an kini, dengan anak dua. Alhamdulillah, both girls… 4 tahun menjanda sebelum saya sendiri b0d0h memilih menjadi isteri kedua, kerana terped4ya dengan SOL yang bermuka dua.

Beza usia kami, 22 tahun. Jadi boleh bayangkan lah jurang pemikiran kami. Al-kisah perkenalan kami bermula apabila saya bekerja di bawah SOL ini dalam beberapa event dan SOL ini nampak sangat caring dengan saya.

Biasalah, hati wanita mana tak cair bila ada orang caring terlebih selepas kita dah lama sendiri kan. Jadi, saya buat keputvsan untuk buka hati saya buat SOL ini, dan saya beri syarat pada SOL, “kalau isteri abang datang cari saya, saya akan tinggalkan abang..”.

Walaupun perkenalan kami dah lama, tetapi tidak pernah sekali pun isterinya datang mencari saya. Pernah sehingga ketika mak SOL meninggaI dan saya hadir, isteri SOL tidak pun datang berjumpa saya dan bercakap supaya tidak mengganggu suaminya.

Kata SOL, “we stay in this marriage just because of anak – anak” and for me, that’s proof enough. Kalau betul sayang suami, mesti akan marahkan saya, si Peny0nd0l kan? tetapi isterinya, tidak begitu. SOL sangat caring, sehinggakan ketika saya beberapa kali s4kit yang teruk, sanggup mendukung saya bawa ke kIinik dan hospitaI (saya ada asthma teruk), so SOL even pernah menjaga saya di hospitaI.

Saya ada juga terfikir, “isteri dia tak marah ke?”, dan dia cakap.. “dah lama pun tak sebilik. kami ibarat housemate.” So menguatkan lagi hati saya, SOL boleh menjaga saya. my parent first memang agak menolak SOL, tetapi SOL sangat beria – beria sehingga sanggup terbang berjumpa keluarga saya dan minta izin memperisterikan saya.

Cuma caranya salah kerana nikah di Thailand kerana dari segi finance, SOL sebenarnya tidak mampu. Tetapi saya berdegil dan b0d0h menerima SOL begitu. Bagi saya, I have everything, rumah, kereta, kerja tetap, dan harta yang parent beri (saya anak perempuan tunggal), so I just need a man to take care of me dan SOL pun pernah berkata, “sekiranya dia perlu memilih.. dia akan memilih saya..” jadi, saya percaya.

Dipendekkan cerita beberapa tahun selepas bernikah di Thailand, saya disahkan mengandung. Ya Allah, masa tu rasa nak buang kandungan kerana memikirkan pernikahan yang belum didaftarkan. Saya memujuk SOL untuk mendaftarkan pernikahan, dan SOL beri syarat.. saya yang perlu uruskan semua..

Ya! masa ni barulah bertukar per4ngai SOL apabila mengetahui saya mengandung. Dah jarang check in ke rumah saya (rumah saya ya.. bukan rumah yang disediakan SOL), sehingga saya terp4ksa menangis merayu untuk minta SOL datang.

SOL melayan saya seperti sampah, sebab saya dah tak boleh “serve” seperti biasa kerana mengandung dan alahan yang teruk. Muka pucat, dan tak cantik. Maka saya nekad berpindah ke rumah ibu bapa di negeri seberang.

Syukur, ibu bapa tak pernah buang saya… dan terima saya sebaiknya. Selepas kelulusan berpindah, dah dekat tarikh melahirkan.. barulah SOL hadir… merayu peluang kedua tetapi saya tetap nekad berpindah. Ketika ini proses pernikahan sudah dalam pendaftaran dan pengesahan melalui peguam.

Ya, kos peguam, kos pendaftaran berjumlah belasan ribu ringgit saya perlu bayar kerana keb0d0han saya. Syukur, sebulan selepas kelahiran anak, pernikahan dapat didaftarkan dan anak pun dapat sijil lahir. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, saya berniat untuk pindah semula berdekatan dengan SOL, tetapi nak bina rumah. Baru nak tambak.. SOL khianat duit saya untuk tambak tanah nak bina rumah di negeri SOL. Nasib tanah tu nama saya dibeli sebelum kahwin lagi.

Nasib juga baru tambak, belum buat rumah lagi. Saya biarkan dulu tanah itu begitu. Memang saya berharta, tetapi rupanya SOL datang untuk mempergunakan saya. Walaupun di negeri seberang, saya tidak pernah lagi meminta cerai di mahkamah.

Saya cuba bertahan, membawa anak naik turun kapal terbang untuk berjumpa ayahnya sekerap dan semampu mungkin sehinggalah PKP. Tetapi tekanan dan pressure daripada SOL menyebabkan saya mengadu ke kaunseling di Jabatan Agama dan akhirnya dinasihatkan untuk memohon pengesahan lafaz cerai.

Ya! dalam proses – proses berlaku ini, SOL pernah cuba menceraikan saya. Tetapi di depan hakim, SOL berkata “saya tak berniat dan bersumpah dengan nama Allah” dan lafaz kinayah jadi tiada sebab valid, maka tak jatuh. Saya terus tuntut fasakh selepas kes itu.

Dipendekkan cerita, setahun lebih, kes fasakh masih belum selesai lagi akibat SOL yang kerap menangguhkan sebutan, perbicaraan melalui peguam. Plot twist, madu akan menjadi saksi SOL untuk kes fasakh saya. Entah apa SOL pusing cerita depan madu saya, saya pun tak pasti.

Tapi yang pasti, saya tetap akan f1ght untuk hak saya dan anak saya. Pengajarannya buat peny0nd0l, SOL yang datang tu cuma datang untuk mempergunakan kamu. Cuba lihat tanda – tanda ini:

1. Dia kerap mengadu masalah di rumah sana / dengan pasangan.

2. Dia kerap bertanya berapa gaji, berapa harta, dan apa sahaja yang kamu ada.

3. Dia sangat caring bila dia nak tackIe, tapi bila dah dapat, dia cuma cari bila perIukan kamu, tetapi bila kamu perIukan dia.. sangat jarang ada. Rasa seperti dengan orang lain.

4. Dia sangat protective dan perahsia.. banyak red flag seperti suka berbohong.

5. Awal – awal perkenalan, sangat mudah memberi.. belikan barang, bayar makan.. tetapi bila dah dapat, menjadi sangat berkira.

6. Bila bercerita tentang kerja / hal lain, dia akan cerita semua salah orang pada dia dan play v1ctim.

7. Dia tak pandai handle baby / toddler. Biasanya baby / toddler takkan suka dengan dia. Dia cuma akan bagus melayan kanak – kanak yang dah besar sedikit.

8. Suka bermain kata dan berjanji / bersumpah. Tapi perlakuan dan perkataan tak selari. This is the biggest red flag!

9. Berani nak pegang – pegang kamu tanpa izin. Big red flag juga! Especially bila cerita yang isterinya tidak pandai “melayan”.

10. Sangat menjaga penampilan diri dan tidak suka melihat kita tidak cantik di mata dia. Sebab kita hanyalah Trofi untuk tunjuk depan kawan – kawan.

11. SOL berusaha pinjam harta / duit kamu contohnya kereta. Macam kes saya, SOL dah pakai kereta saya dan minta saya tukar nama dia.

Konon sayang, saya beri geran pada dia.. tapi setakat ini, nama belum tukar. Bagi peny0ndol, bukan isteri SOL tak pandai jaga SOL, tapi SOL yang tak pandai jaga diri. Kalau SOL yang kena buat semua kerja rumah, jaga anak dan cari nafkah.. rasanya sempat ke nak tambah isteri?

So, for all peny0nd0l out there yang sedang bercinta dengan SOL, sedarlah yang anda sedang dipergunakan! Jangan kerana seronok sekejap akan jadi pend3ritaan seumur hidup. Percayalah yang SOL tu cuma seronok memburu, dah dapat.. dia akan tinggalkan. Seronok sekejap je, buat apa kan?

Doakan saya kuat untuk berdepan dengan SOL dan madu yang psik0 ni. Salah saya sendiri sebab terima SOL dulu. Sampai sekarang, rasa f0bia nak kahwin dah. Syukur dah ada anak dua. Jadikan kisah saya iktibar. Memang seronok meny0nd0l awal – awal sebab rasa kita menang, dan lebih baik daripada isterinya, tetapi sebenarnya kita dipergunakan. Take care wanita semua. – Kemboja (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Dina Rani : Kadang – kadang Allah memang bagi ujian ni kat mana – mana perempuan. Dalam kes ni madu dan tt memang ujian sangat dapat suami yang macam ni. Mujur jugak tt tak sempat buat rumah or bagi harta kat suami tu. Pasal geran kete tu, selagi tt tak pegi print kat JPJ, geran tak bertukar nama walaupun suami dah buat permohonan tukar nama.

Aniswahbah Shukri : Subhanallah. Semoga kita kaum wanita diIindungi Allah dari lelaki – lelaki yang sungguh tiada perikemanusiaan dan zaIim. Semoga dikuatkan hati dan dijauhkan sejauh – jauhnya dari lelaki – lelaki yang aneh – aneh di akhir zaman ini.

Janganlah ketawakan tt walau dia gelarkan diri peny0ndol. Doa lah baik – baik. Mintak jauh la kita diuji ujian berat macam tt. Ramai sungguh lelaki durjana zaman sekarang. Aku dengar semalam ceramah ustaz wadi, salah satu jenis manusia yang Allah tak sayang, Allah biar je dia jahat Allah biar je dia menzaIimi manusia lain, Allah biar je m4kin seronok dengan kejahatan dia.

Contoh macam SOL dalam cerita tt ni lah.. jahat sungguh hati perut. Memang baIasan dia api ner4ka lah tempat suami – suami yang menzaIimi isteri. Bukan nak tentukan syurga ner4ka orang ye, tapi perbuatan – perbuatan zaIim terutamanya kepada anak isteri memang situ lah tempat dia.

Ann Fardan : Inilah polemik wanita sekarang. Mereka telah ada segalanya. Cuma perIukan suami sebagai pelindung. Teman susah dan senang tapi tak kira suami orang atau bujang ramai yang tidak amanah dan mengambil kesempatan.

Makanya banyakkan meminta pada Allah supaya dipertemukan lelaki yang baik – baik. Jodoh yang baik ini juga rezeki yang tidak ternilai. Moga Allah lindungi semua wanita ibu – ibu tunggal di luar sana. Biar sunyi dari dis4kiti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.