Sebelum kahwin aku dah siasat bakal suami, lepas kahwin baru tahu banyak hutang ahl0ng, pendidikan STPM. Aku bagi masa setahun

Baru 4 bulan kahwin aturan keluarga, aku tanya kenapa tipu masa taaruf? Sambil gelak ketawa dia bagitahu itu strategi dia, kalau dia jujur mesti pinangan ditolak. Baru ni aku jumpa plak surat pajak gelang nikah aku..

#Foto sekadar hiasan. Saya Rania awal 30-an telah berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu aturan makcik dan pakcik aku. Setelah sekian lama menolak akhirnya aku bersetuju untuk berkenalan atas desakan dan dorongan keluarga.

Kami berkenalan melalui wasap dah hanya berjumpa 3 – 4 kali dengan bertemankan adik lelaki aku. Aku wanita yang tidak pernah bercakap mahupun berkawan dengan lelaki, jujur aku sorang yang sangat – sangat introvert hidup aku hanya dengan family dan kawan – kawan rapat sahaja.

Dalam tempoh berkenalan aku banyak bertanyakan mengenai perancangan kewangan dan future plan. Aku banyak membaca dan belajar melalui kelas Aiman Azlan mengenai rumah tangga. Alhamdulillah aku berpuas hati dengan jawapannya, dia tiada hutang, simpan setiap bulan, insurans, ada keta dan moto, plan untuk membeli rumah dalam masa terdekat, tidak mer0kok dan rajin solat di masjid.

Setelah 8 bulan berkenalan kami bertunang dan melangsung perkahwinan setelah 7 bulan bertunang. Bermacam – macam soalan aku tanyakan kerana aku sorang yang sangat risau kerana perkahwinan merupakan 1 tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Masalah pertama mula timbul apabila dia tidak berterus terang mengenai status pendidikannya aku dimaklumkan dia mengambil diploma jurusan agama oleh makcik aku tapi yang sebenarnya dia drop dari belajar gara – gara tidak dapat bawa bahasa Arab..

Tapi dia tak pernah bagitahu aku mengenai hal ni dan hanya diberitahui sewaktu mengisi borang nikah dia cuma miliki stpm. Aku masih teruskan perkahwinan kerana itu hanya perkara kecil dan kami masih sekufu dari taraf pemikiran. By the way aku degree holder.

Fast forw4rd kami berkahwin, bulan pertama dia kantoi ada hutang personal loan dan aeon credit (30k). Aku confront dengannya kenapa menipu dan tidak jujur sewaktu taaruf dulu. Dia hanya bagitahu itu hutang zaman bujang dan dia mampu selesaikan semuanya.

Dia marah pada aku kerana aku buka file dia tanpa izin. Dia cakap itu saja hutang yang ada dan akan selesaikan segera so kami berbaik seperti biasa. Bulan 2 timbul isu lagi, dia kantoi tiada simpanan di TH dan banknya, langsung tiada bahkan RM50 dan tidak mendaftar haji lagi.

Mungkin bagi orang lain benda ni biasa tapi bagi aku ni sangat penting kerana semua telah dibincangkan sebelum berkahwin so kenapa menipu time taaruf. Sekali lagi aku maafkan dan kami hidup seperti biasa. Kami berpindah ke rumah sewa hujung bulan ke-2 perkahwinan kami sebelum ni aku bergilir – gilir tido di rumah mertua dan mak aku sendiri.

Di sini timbul isu, segala barang rumah dan keperluan dapur aku sediakan. Bahkan peti ais, mesin basuh diberikan oleh keluarga aku. Aku masih ok kerana dia membayar sewa, bil api dan air. Bulan seterusnya masih sama tidak membeli apa – apa keperluan dapur bahkan nafkah untuk aku.

Aku masak setiap hari bekal untuknya dan tengah hari kerana ingin membantunya selesaikan hutang cepat. Aku confront dan tanya apa masalahnya dan dia start membeli barang dapur pada bulan seterusnya itupun hanya sebulan sekali. Yang lain aku topup sendiri menggunakan duit aku.

Bulan 3 kantoi lagi, dia ada meminjam dari 3 orang dengan bunga. Aku berlembut dan tanya kepadanya kenapa begini dan dia cakap dia b0doh sewaktu muda dulu dan menangis – nangis minta maaf dengan aku. Setelah 2 – 3 hari berfikir aku decide untuk tolong menyelesaikan hutang pokok dan bunga hampir 7k. Alhamdulillah settle semuanya dan dia berjanji tak akan berhutang lagi,

Dan pada masa yang sama aku baru tau dia meminjam juga dengan pinjaman berlesen dan kad gaji dipegang oleh mereka dan mengambil dalam lingkungn 1k sebulan. Gajinya bukan besar bahkan gaji aku 2x ganda besar daripadanya. Itu sebab aku berbesar hati untuk menolongnya.

Dia situ aku buat perjanjian agar segala urusan duit harusla diberitahu dahulu kerana dia seorang yang sangat tidak tahu uruskan kewangan. Setelah semuanya selesai aku bersyukur kerana dia betul – betul mahu berubah dan waktu ini aku bertanya kenapa tidak jujur sewaktu taaruf dulu kerana aku bertanya semuanya berlandaskan 100 premarital questions.

Sambil gelak ketawa dia bagitahu itu strategi dia, kalau dia jujur aku mesti menolak. Saat ni hati aku bagai dit0reh berkali – kali tapi masih bersabar kerana kami baru 4 bulan berkahwin. Aku cuma berdoa agar dia betul – betul berubah.

Hampir setiap hari aku berfikir ke mana duitnya pergi sewaktu bujang nak kata berhutang kerana berkahwin must4hil kerana majlis kami sangat simple dan sederhana. Dan baru – baru ni muncul lagi masalah, aku jumpa resit pajak gadai dan item pada resit itu adalah gelang tangan aku saat diijab kabul dahulu.

Saat lihat resit ni hati aku dah m4ti untuknya, bukan sekali aku tolong dan maafkan dia tetapi 3 kali aku keluarkan saving yang ada untuk membantunya tapi masih tak cukup. Masih menipu dan menipu lagi dan gadai barang aku tanpa pengetahuan aku.

Sepanjang perkahwinan ini aku tak pernah berjalan dan makan luar. Honeymoon ditaja oleh keluarga aku dan kelengkapan rumah pun banyak dibantu oleh keluarga. Barang dapur aku beli sendiri untuk kami. Aku sudah banyak bertolak ansur walaupun apa yang dibincangkan sebelum berkahwin berbeza dengan realiti aku masih terima dia seadanya atas alasan dia suami aku.

Setelah semua ni terjadi aku rasakan solat di masjid tidak menjadikan sesorang itu baik. Dia mungkin ada niat lain apabila solat di masjid. Mana mungkin seorang yang baik boleh menipu saat mahu memulakan hubungan yang serious pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya.

Aku bukanlah insan yang baik tapi ditipu berkali – kali membuatkan hati aku m4ti. Dia bukan saja kurang dari segi kewangan, bahkan dari segi mengaji juga kurang, kemahiran hidup seperti menukar paip lampu dan etc juga kurang.

Jika dia jujur saat aku taaruf mana mungkin aku terima. Aku tidak salahkan pakcik aku maybe dia rajin ke masjid maka orang beranggapan dia baik. Salah 1 lagi kelemahannya, dia suka cakap besar, pakcik dan makciknya slalu cakap aku beruntung kerana memilih suami aku kerana dia banyak duit, dia suka berbangga diri padahal hanya isterinya yang menanggung semua d3rita hutang – hutangnya.

Sekarang ni aku hanya bagi tempoh setahun untuk dia berubah andai kata benar berubah aku terima andai kata dia masih sama aku akan undur diri. Aku tak kesah untuk susah senang bersamanya yang menjadi isu sekarang ini penipuan demi penipuan aku hadapi setiap hari.

Aku cuma harapkan sebuah perkahwinan yang bahagia tapi realitinya meny4kitkan mungkin Allah nak bagi pahala dan hapuskan d0sa – d0sa aku dengan cara ni aku terima. Bagi aku pilihan keluarga dan berkenalan berapa lama pun tak menjamin kebahagian andai salah 1 pihak memilih untuk menipu.

Bagi yang belum berkahwin berdoa la bersungguh – sungguh agar dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan jujur dalam setiap perkara. Tidak semua orang dapat merasai cinta selepas nikah kerana lelaki yang baik itu limited. Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku yang ters4kiti. – Rania (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Jambu Si Makcik : Innalillah. Apapun strategi anak, jangan tolong lagi daripada segi makan – minum dan duit. Kalau dah sampai masa masih tiada perubahan positif, tiada suamipun tak apa. Kalau boleh jangan mengandung sementara ni, nanti anak dijadikan alasan tak nak berpisah. Semoga Allah permudah. Insya-Allah. Aamiin.

Julaiha Shazmira : Selamba sahaja mengaku kalau dia jujur pasti puan reject dia. Dah tentu – tentunya dia memang ada niat tersembunyi. Hmmm, duit yang puan dah tolong bayarkan hutang dia tu, jangan lupa tuntut semula. Jangan biarkan dia berseronok ada orang bayarkan hutang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.