Sebelum kahwin rasa bertuah dapat mertua kiriman syurga. Masa mengandung, aku doa biar keguguran sebab per4ngai mak mertua

Dah duduk satu bumbung baru tahu per4ngai mak mertua. Aku kena masak dari pagi sampai malam baru dikira isteri syurga. Kira macam tak masak dan tak lipat baju tu comfirm terus masuk ner4ka la..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum gais. Aku ni dah lama nak tulis sini tapi aku tahan ja dan teruskan baca confession orang lain. Tapi harini aku tertulis jugak. Boleh tak korang bagi aku buang rasa tak suka pada mak mertua ni? Bantu lah aku.

Kesian jugak tengok suami aku yang tersepit antara aku dan mak dia. Aku ni suriumah. Suami aku pula kerja contractor dan ada bisnes sendiri tapi kecil – kecil je la. Tu pun kami dah syukur alhamdulillah. Hidup aku ni dah tak tahu nak apa sebab aku rasa Allah bagi lebih dari cukup.

Kadang – kadang malu pun ada sebab nikmat Allah bagi tu banyak sangat dah. Aku dan suami okay – okay ja. Ada anak kecik – kecik lagi. Busy dengan anak ja. Aku pun bosan – bosan buat affiliate kat tikt0k. Tapi tu la hidup ni kalau takde ujian bukan la manusia namanya kan??

Ujian hidup aku adalah mak mertua aku la. Tak sangka aku akan diuji dengan ujian mak mertua, macam confession – confession yang aku pernah baca sebelum ni. Aku rasa menyampah dan tak suka mak mertua aku ni. Sebab dia pernah buat aku dan suami hampir bercerai. Dan waktu tu aku sedang pregnant.

Dah lama hal ni berlalu tapi tetap segar dalam ingatan aku. Masa pregnant tu aku doa anak aku m4ti ja dalam perut. Aku rasa, wanita ni kena betul – betul jaga emosi dorang, masa mengandung dan masa berpantang. Hmm sedih nya rasa nak cerita balik.

Anak aku dalam perut tak membesar pun sampai doktor suruh aku stop puasa (masa bulan ramadhan). Mungkin sebab aku str3ss sangat. Bila anak aku dah lahir dia jadi sangat kuat t4ntrum. Aku takut dia ade aut1sm tapi alhamdulillah dia normal.

Berbalik kepada mak mertua aku. Mak mertua aku ni suka masuk campur hal anak – anak dia. Kalau korang jumpa mak mertua aku ni macam tak percaya la apa aku tulis. Masa mula aku nak kahwin tu aku rasa mak mertua aku ni mak mentua idaman.

Soft spoken, tutup aur4t tudung labuh dengan berjubah, stokin, hansock. Cakap lembut ja. Anak – anak semua sayang dia dengar cakap dia. Memang idola aku la. Tapi tu la bila dah jumpa duduk bawah 1 bumbung lain jadi dia.

Rupanya, mak mertua aku ni jenis suka bukak aib menantu, kalau dia datang rumah aku masa tu aku tak lipat baju. Dia bercerita dekat semua anak dia, kata aku pemalas. Kalo aku tak masak dia bawak mulut jugak. Kira macam tak masak dan tak lipat baju tu comfirm terus masuk ner4ka la.

Tapi bila tengok anak perempuan dia pun sama ja macam aku, kadang – kadang tak lipat baju, tak masak. Aku ni bukan tak masak hari – hari. Contoh aku masak pagi mee goreng dengan ayam masak kicap. Petang aku pi beli goreng pisang tu pun tak boleh gais.

Kena masak dari pagi sampai malam baru dikira isteri syurga. Aku tak paham betul la ape jenis fikiran macam ni. Bermula dari aku hampir bercerai tu aku benci nak jumpa mak mertua aku. Nasib baik suami aku faham dia takde bawak aku jumpa mak mertua aku selalu macam awal dulu.

Kalau tak dulu 2 ke 3 kali sebulan pergi jumpa mak mertua aku. Kalau tak mak mertua aku buat ayat anak derh4ka la syurga bawah tapak kaki mak la. Mungkin ni aku rasa peny4kit orang alim kot rasa dia ahli syurga. Yang bukan anak beranak dia ahli ner4ka.

Cukuplah sampai sini aku nak luah. Sebab 2 – 3 hari nanti aku nak kena jumpa dia sebab ada kenduri. Mula menyampah aku datang. Macam – macam dah aku pikir dalam kepala. Semuanya tak best, buat aku str3ss. Tolong bantu aku terima takdir aku ni. Apa aku nak buat?

Amalan apa aku nak buat supaya aku redho dengan mak mertua aku ni. Tanpa ada rasa s4kit tu kat dalam ni. Aku kesian husband aku. Husband aku baik je dengan aku dan anak – anak. Tapi mak dia buat aku rasa menyampah.

Bantulah aku kot korang pun ade nasib yang sama macam aku dan berjaya atasinya. Mana tahu ada cara nak kawal emosi berdepan manusia t0ksik ni. Terima kasih korang. – Saleha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet

EyeXa Hakim : Kau tuliskan semua apa yang ko s4kit hati kat mertua tu semuanya. Buat setiap hari. Selepas tulis ko koyak masuk tong sampah. Esok tulis lagi apa yang ko tak suka tentang mak mertua. Dah siap tulis ko koyak dan buang.

Ko buat tiap hari sampai hati ko rasa lega. Sampai ko rasa takde benda nak tulis lagi.Memula ko akan tulis sikit je, esok lusa ia akan jadi sem4kin banyak. Memula ko akan rasa menulis dengan penuh perasaan s4kit hati. Ko kena buat sampai ko takde rasa apa dah masa menulis tu.

Ada orang amik masa berminggu. Ada orang amik masa berbulan. Tapi ko buat je terapi ni untuk kesihatan mental diri sendiri. Lepas perasaan ko okay.. buat pulak journal kesyukuran. Tuliskan setiap hari apa yang ko syukurkan. Then something yang best akan hadir dalam hidup ko. Good luck!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.