Sebelum kahwin semua elok, sehari selepas kahwin suami terus berubah. Kaki tangan semua naik, aku dihalau beberapa kali

Setiap kali g4duh, perkataan cerai’ atau ‘jumpa di mahkamah’ tu memang perkara biasa dari mulut dia. M4ki hamun, herdik tu semua dah jadi makanan aku. Setiap kali g4duh, dia halau aku keluar. Keluarga aku tahu, cuma..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau confession aku terpilih. Aku minta maaf awal awal ye, confession aku ni agak panjang dan campur malay / english. Tak pandai sangat nak mengarang ni tapi sis cuba.

Aku Dahlia, berusia lingkungan 20-an. Berkerja dalam sektor swasta. Tujuan aku menulis ni, hanya sekadar meluahkan tentang penceraian aku. Dan mungkin, boleh jadi pengajaran untuk kalian. Orang kata aku ni bertuah. Cukup dari semua segi. Ada rupa, belajar pun tinggi dan mempunyai pekerjaan tetap. Cerah masa depan. Kata orang, siapa yang dapat aku ni memang bertuah lah.

Bekas suami aku pun mempunyai kerja tetap, rupa biasa biasa, tetapi dia sangat disenangi oleh orang sekeliling. Mungkin tu juga brownies point kenapa aku tertarik dengan dia, dia senang click dengan orang. Aku berkahwin dengan bekas suami atas dasar suka sama suka.

Semasa bercinta dan bertunang ada la g4duh sikit, tapi rasa macam everything was a smooth sailing. Rasa macam semuanya dipermudahkan. I really thought he’s the one. Tapi benar orang cakap, bila dah tidur sebantal, duduk sebumbung barulah kita kenal per4ngai sebenar pasangan kita.

Even ibu bapa dan keluarga pun tak kenal per4ngai pasangan kita, macam mana kita kenal pasangan kita. He changed, completely. As early on our first day of marriage. Satu, satu per4ngai sebenar keluar. Aku rasa macam kena sc4m pun ada juga. I was in denial for the longest time.

Aku cuba untuk fikir “biasalah, mula – mula kahwin baru dalam sesi nak mengenal dan memahami pasangan kan” untuk sedapkan hati sendiri. Tapi apa yang susah dengan bekas suami aku ni, communication. Bila aku utarakan sesuatu, dia suka anggap semua tu untuk argue or cari g4duh. Bak kata dia, “You ni semua benda nak jadi issue la”.

Walaupun punca perg4duhan kami kebanyakannya sebab hal kecil, bermula dari salah faham, ianya akan jadi besar. Sebab utama adalah masalah komunikasi. Bekas suami aku lebih prefer untuk tengking aku, marah aku daripada cuba pujuk atau memahami.

Menurut dia, aku ni kuat merajuk dan terlalu kebudak – budakkan. Dan dia memang tak nak pujuk aku, sebab nanti merajuk balik. Setiap kali g4duh, perkataan “cerai” atau “jumpa di mahkamah” tu memang perkara biasa dari mulut dia.

M4ki hamun, herdik tu semua dah jadi makanan aku. Setiap kali g4duh, halau aku keluar rumah pun jadi perkara biasa. Dia juga pernah mengkhi4nati aku, menipu aku dan ingat aku boleh buat macam takde apa – apa yang berlaku dan move on. Bila aku ungkit, dia akan meng4muk.

At one point he started to get physical with me. Dia tolak aku, dia naik kaki dekat aku dan dia rent4p tangan aku. Sampai berbekas Iebam, merah – merah. Dia cuba untuk pertahankan action dia sebab dia nak lepaskan diri dari aku.

Dia tolak dan sep4k aku sebab aku cuba untuk peIuk badan dan kaki dia semasa kami berg4duh. Tapi bila aku baIas, dia kata aku pukuI dia. Nak banding tenaga aku dengan kudrat lelaki dia? Aku rasa tak berguna, tak disayangi dan tak dihorm4ti sebagai seorang isteri.

Aku selalu mempersoalkan kenapa dia sanggup layan aku macam ni? Apa silap aku sehingga aku tak layak untuk disayangi dan dibimbing. Aku juga pernah ada rasa untuk ced3rakan diri semasa tempoh perkahwinan kami. It was the darkest day in my life, dan alhamdulillah aku bersyukur Allah pelihara iman aku. Terima kasih ya Allah.

Aku tak pernah bagitahu keluarga aku tentang physical abvse and all those lies, cuma yang dia selalu ugvt nak cerai tu mereka sedia maklum. Sebabnya dah berapa kali dia halau aku keluar rumah. Itu pun aku tak cerita secara details. Diorang just ingat it’s just a minor setback.

Bekas suami aku ni, kalau mood dia okay dia akan layan aku seperti pemaisuri. Apa yang aku nak dia akan cuba turutkan. Itu mungkin juga salah satu faktor kenapa aku susah untuk keluar daripada perkahwinan ini. Terlalu banyak pujuk rayu aku beri hanya untuk selamatkan perkahwinan kami. Air mata jangan cakaplah, berjujuran sentiasa.

Puas aku pujuk dia untuk pergi ke sesi kaunseling, tapi semua tu ditolak mentah. Bila aku suruh dia minta pendapat daripada orang yang dah berkahwin pun, ditolak mentah. Sebab dah lama sangat pendam dan tiada perubahan, aku ambil keputvsan untuk libatkan family dia. Aku cerita dari A – Z apa yang berlaku.

Dan ya, family dia agak susah untuk menerima apa yang aku ceritakan walaupun dengan bukti sedia ada. Silap utama aku, aku tak libatkan family dia dari awal dia buat per4ngai. Aku tak pernah bagitahu family dia all those things yang dia buat sebab aku fikir untuk menjaga aib dia as a husband.

Jadi bila semua benda dah accumulated, family dia susah nak terima dan percaya apa yang berlaku. Kan aku cakap tadi dia sangat disenangi oleh semua orang. Mula – mula adalah sedikit perubahan daripada dia bila dah kena “brain wash”, tapi tak lama lepas itu per4ngai lama keluar balik. Mungkin dia dah terlalu selesa untuk meny4kiti aku.

Akhirnya, aku diceraikan. Aku masih ingat memori itu. Masa tu, aku rasa kosong. Aku kaku. Dengan kekuatan yang berbaki, aku buat keputusan untuk menceritakan semuanya dekat family aku. They went totally speechless.

Tipu lah tiada sesi pujuk rayu sepanjang tempoh edah, ada. Namun tiada sebarang perubahan atau usaha daripada dia. Sama, mendatar. Seperti perkahwinan kami dulu. Dan dia sendiri cakap yang dia tiada niat untuk rujuk dengan aku. Sadis bukan? Effort aku selama ni untuk mempert4hankan perkahwinan kami, macam sia – sia.

Aku pernah bertanya apa sebab utama dia ceraikan aku, katanya sebab per4ngai aku je. Instead of bimbing aku, dia lepaskan aku dengan begitu mudah. Kelakar kan? And finally, I give up and let him go. Bekas suami aku beri terlalu banyak bagi “hints” yang dia sememangnya dah tak sudi dengan perkahwinan kami.

Tapi aku je terlalu b0doh, dan terlalu terhegeh – hegeh untuk cuba mempert4hankan lagi. Marriage should be a teamwork, kalau one sided memang tak akan ke mana. Aku juga banyak buat muhasabah diri, cari balik mana salah aku sebagai seorang isteri dan manusia.

Dan semua ni pun menjadi pengajaran untuk aku menjadi seorang yang lebih baik. Lama untuk aku menerima penceraian ini. Dan sampai sekarang, aku masih berdoa untuk supaya dapat menerima semua ini dengan hati terbuka dan redha.

Aku serahkan segala urusan aku dekat Tuhan dan percaya dengan aturan yang Dia dah tetapkan. Aku selalu berdoa supaya hati aku selalu rasa bersyukur dan tenang, kerana aku percaya ada yang lebih baik sedang menanti.

Aku berhenti untuk mempersoalkan kenapa aku yang kena hadap semua ni. Aku hanya menerima yang aku dah cuba yang terbaik, dan aku tak boleh p4ksa dia. Sekarang apa yang tinggal hanyalah bekas parut dari tr4uma yang dia beri.

Aku selalu rujuk confessions dekat sini sebagai sumber kekuatan aku. Untuk sesiapa yang sedang go through fasa penceraian aku doakan Allah beri kekuatan luar biasa kepada kalian. Believe that everything happens for a reason, and it’s nothing but for your own good.

Always, always keep yourself positive and seek professional help if you think you’re too overwhelmed with everything. Dan untuk sesiapa yang sedang go through t0xic marriage aku doakan korang dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Memang susah nak keluar dari t0xic marriage ni, aku faham. I’ve been there. Jadi kalau korang tengok ada circle or family members korang yang susah nak keluar dari t0xic marriage, jangan judge. Sebaliknya kau doakan lah supaya m4ngsa tu sentiasa dilindungi dan dapat buat keputusan terbaik untuk diri dia. Always give words of encouragement to show your support.

Pengajaran paling penting dari kisah aku ni, always love and prioritise yourself above everyone else. Don’t ever lose yourself and your principles for anyone. I learned it the hard way. Utamakan cinta kepada Pencipta daripada cinta kepada manusia dan sentiasa bersangka baik kepada Tuhan.

Jadi,

Biar aku simpan rapi kisah ini di sudut paling jauh dalam hidupku.

Biar aku simpan rapi segala kepedihan ini, sehingga aku mempunyai kekuatan untuk memaafkan.

Biar aku simpan rapi kesedihan ini, sebagai asbab untuk aku terus memajukan diri.

Biar aku simpan rapi kasih sayang ini, untuk mereka yang benar layak untuk merasai.

Biar aku simpan rapi segala memori ini, sebagai peringatan berapa jauh sudah aku pergi.

Salam sayang, – Dahlia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hajar Abyadh : Saya pon bercerai hampir 4 tahun lalu, ada sorang anak lelaki. Masa kena lafaz cerai tu, dalam fon tapi saya sikit pon tak nangis. Bersyukur sebab berjaya keluar dari hubungan t0ksik. Sekarang lebih bahagia membesarkan anak sendiri.

Family dan kawan – kawan jadi support system yan kuat untuk saya. Bercerai bukan pengakhiran segala – galanya, boleh jadi ia adalah permulaan buat hidup kita utk lebih tenang dan bahagia. Be strong tt, percaya Allah sentiasa ada dengan kita.

Anh Ngoc : Hugss confessor. Biarlah dia nak luahkan kat mana sekali pon. Real queen fix each other crowns. Janganlah condemn dia. Bila dah bercerai, sama – sama lah muhasabah diri. It takes two to tango. Suami pon ada khilaf, isteri pon ada khilaf juga. Jangan diulang kesilapan lalu untuk perhubungan yang baru nanti. Benda yang perit kita lalui dulu la sebenarnya guru yang terbaik. Saya doakan confessor sentiasa dalam rahmat Allah. Amin

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.