Kami dihaIau bila keputvsan swab test kami positif 3 beranak. Bila sudah masuk kereta, baru teringat tertinggal makanan untuk anak aku di dalam bilik. Seharian tak makan disebabkan baru balik swab test beratur panjang. Aku menyuruh suami untuk ambil tapi dihaIang oleh keluarga..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, aku nak buat luahan sikit, Aku sampai sekarang masih terasa dan susah nak lupakan kejadian semasa aku sekeluarga ditimpa ujian dengan c0vid. Sebelum kejadian, aku selalu lebihkan beIah mertua.
Bagi duit belanja, beli makanan, beli baju, sambutan harijadi setiap tahun tak pernah lupa. Apa – apa yang aku beli atau buat mesti aku ingat diorang. Sedangkan dengan keluarga aku sendiri tak dapat sebanyak diorang.
Ceritanya sebelum kena c0vid aku ditimpa ujian dibuang kerja disebabkan company tidak boleh beroperasi semasa PKP. Jadi aku dan suami bercadang untuk tinggal di rumah mertua sementara rumah baru nak siap.
Sejujurnya memang kami nak kurangkan kos. Bayaran rumah sewa dan bayaran rumah sendiri yang sudah 80% siap cukup membuatkan kami sesak nafas. Ditambah pula aku baru dibuang kerja. Masa tu betul – betul ujian.
Dan kami tak menceritakan hal sebenar kepada mertua sebab tak nak mereka rasa susah hati. Kami hanya beri alasan untuk tinggal sementara rumah baru nak siap. Dan kami beri duit belanja melebihi daripada biasa. Cukup sebulan tinggal di rumah mertua, sekali lagi ujian suami aku kena c0vid daripada tempat kerja.
Aku, suami dan anak positif. Masa tu blank rasa hidup. Ujian bertimpa – timpa. Nak keluar ke mana – mana pun tak boleh. Dengan harapan keluarga mertua dapat bantu kami sekurang – kurangnya jaga makanan harian kami sepanjang kami kuarantin.
Aku berani untuk kuarantin di situ disebabkan ada 1 bilik yg sekali bilik air. Tak mungkin kami keluar masuk sepanjang tempoh kami kuarantin. Dan hanya mengharapkan beIas ihsan dari mereka. Namun meleset tekaan aku.
Kami dihaIau. Ya, kami dihaIau keluar dari rumah tu. Sedih min. Sewaktu kami senang, kami selalu ingat diorang, selalu lebihkan diorang. Bila kami susah, macam ni diorang layan kami. Bila sudah masuk kereta, baru teringat tertinggal makanan untuk anak aku di dalam bilik.
Seharian tak makan disebabkan baru balik swab test beratur panjang. Aku menyuruh suami untuk ambil tapi dihaIang oleh keluarga. Diorang tak bagi jejak kan kaki masuk. Ada pula yang berkata ‘nak balik tu balik jelah’. Luluh hati ni tak tahu nak kata.
Suami lagi lah tergamam. Dia tak sangka selama ni keluarga yang dia selalu lebihkan buat macam ni. Sebelum kami kena c0vid, mak mertua aku sudah kena c0vid beberapa bulan sebelum. Masa tu dia hanya contact rapat.
Kami langsung tidak diberitahu sehingga sudah salam sudah duduk baru diberitahu. Masa tu aku tetap bagi kata – kata semangat walaupun dalam hati sudah risau. Selepas dia disahkan positif, kami cepat – cepat buat ujian.
Alhamdulillah ketika tu kami negatif. Dengan adik aku nak nikah waktu tu, kalau aku positif tak ke sedih tak dapat tengok dia nikah. Tapi aku takde kata apa – apa pun min. Aku tak ada marah pun dengan sikap diam diri mereka disebabkan takut positif.
Bila kami pula yang ditimpa ujian, teruk kami kena. Diorang lebih risaukan diri diorang dengan mengatakan ada anx1ety berbanding kami yang sah – sah positif c0vid yang masa tu antara hidup dan m4ti. Aku bersyukur sangat diorang semua negatif.
Walaupun masa tu aku, suami dan anak yang positif, aku masih risaukan keadaan diorang. Bila diorang negatif rasa hilang separuh beban. Alhamdulillah sangat. Setelah dihaIau, kami nekad untuk duduk di rumah sewa walaupun susah.
Selama 2 minggu kuarantin makan food panda bukan sikit ya duit kami keluar. Masa tu kami tawakal je minta Allah cukupkan. Alhamdulillah juga ada h4mba Allah yang kami tak kenal sudi buatkan sup ketam. Terharu sangat – sangat masa tu.
Bukan keluarga sendiri yang membantu, tetapi orang luar yang kami tak tahu siapa. Alhamdulillah bersyukur ya Allah. Kondisi aku yang paling teruk namun oksigen masih belum di bawah paras bah4ya. Aku kuatkan semangat supaya tak sampai masuk wad, disebabkan fikir susah suami untuk menjaga anak seorang diri.
Alhamdulillah asbab makan sup ketam, aku sembuh. Tak lama lepas habis kuarantin, aku disahkan mengandung. Rupanya ketika aku kena c0vid, ada makhluk kecil dalam rahim aku. Alhamdulillah Allah pelihara kandungan aku.
Sampai sekarang aku masih mengelak untuk datang ke rumah mertua disebabkan teringat kisah perit tu. Hanya suami dan anak yang pergi. Aku pula baru dapat kerja baru yang memang masa tak tentu jadi aku gunakan alasan bekerja untuk mengelak untuk pergi ke sana.
Yang aku kesal, kenapa hati ni rasa susah nak maafkan diorang. Sebab hormon mengandung ke menyebabkan aku susah nak lupakan? Setiap kali teringat mesti aku nangis. Nangis dengan apa yang diorang dah buat. Aku mohon semua doakan supaya hati aku lembut untuk memaafkan diorang ya. Atleast untuk aku kuat untuk berhadapan dengan diorang.
Komen Warganet :
Nur Syaqielah : Benda dah lepas jangan dikenang. Teruskan hidup macam biasa, lepas ni kena berhati – hati, jangan terlalu baik dengan orang kerana tak semua manusia reti menghargai, hormat mertua macam biasa, tapi jangan terlalu rapat macam dulu, ingat sampai m4ti, kalau kau susah, takda sapa tolong.
Paridah Husaini : Lain kali susah macam mana pun duduk rumah sendiri. Tak perlu menumpang rumah mertu atau rumah mak sendiri. Memang macam tu la jadinya. Beringat masa ada duit. Nak bagi duit pada keluarga boleh. Berpada – pada.
Bantu masa depa memerlukan saja. Tak perlu berlebih – lebih sampai mak bapa sendiri pun tak bagi duit macam tu. Dah jadi lumrah selalunya orang yang kita tolong bila kita ada masaallah dia tak akan tolong.walau pun tak semuanya macam tu. Semua tu ujian buat awak sekeluarga. Buat baik berpada – pada. Buat jahat jangan sekali.
Hanisah Noordin : Ambil buat pengajaran. Dah kenal sisi buruk diorang lepas ni nak buat baik berpada – pada. Nak bagi duit nak buat apa – apa biar adil jangan banyak lebihkan beBah sana, Allah dah jentik bagi awak nampak. lepas nie ada duit lebih simpan je untuk kec3masan, bantu diorang bila perlu je.
Kalau saya jadi awak pun saya akan terasa sampai bila – bila apa yang diorang dah buat, bukan senang nak lupakan sebab kita baik dengan diorang tiba masa diorang buat macam tu memanglah tak boleh lupa.
Izati Zainal : Kalau kena pada aku sendiri pun mungkin langsung tak akan jejak kaki ke tempat yang aku pernah dihaIau tapi ini lain kes sebab mertua kan, mungkin 2 – 3 tahun tak balik tu boleh elak lagi tapi kalau umur panjang, hidup sampai 40 tahun lagi, nak tak nak balik jugak sesekali tapi ermm balik dengan berat hati sahaja la terkenang kan perbuatan mereka.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.