Aku pelik sebab dulu kakak sulung suami sangat baik ketika arw4h ibu mertua ada. Kami selalu jalan sama – sama, masak bersama. Tapi bila aku dapat kerja kerajaan, ibu mertua meninggaI, aku terus kena pulau. Anak – anak kena buIi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon sembunyikan profil aku ini. Aku dah buntu untuk selesaikan masalah ini, dah bertahun – tahun lamanya, dari anak aku yang pertama sampai anak yang keempat. Aku kenal suami ketika kami kerja separuh masa sekali selepas habis belajar dan hubungan kami terputus beberapa tahun, kemudian terjumpa balik selepas itu masing – masing sudah bekerja.
Suami aku kerja kerajaan dan masa itu aku masih lagi kerja biasa – biasa. Bertahun – tahun kami bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin. Keluarga suami terlalu baik, terutamanya ibu mertua. Dipendekkan cerita, selepas ibu mertua aku meninggaI, segalanya berubah sekelip mata.
Aku dan anak – anak dipulaukan dan dibenci tanpa sebab. Keluarga suami seolah – olah anggap aku dan anak – anak bukan sesiapa. Kami suami isteri selalu berg4duh sebab keluarga mertua. Puncanya, suami aku selalu cakap isteri boleh dicari, tapi keluarga dia tiada ganti.
Aku sedih sangat sebab bertahun – tahun aku berk0rban untuk suami, ada masa kami susah, ada masa kami senang, dan aku sentiasa ada waktu s4kit dia. Sedangkan keluarga dia hanya akan cari aku waktu memerIukan sahaja.
Contohnya nak minta taja barang hantaran kahwin, sponsor untuk buat kenduri, dan lain – lain. Nombor telefon aku pun keluarga suami tak simpan. Paling ketara, kakak sulung suami seolah – olah tak senang duduk bila suami aku beli kereta baru, beli keperluan untuk aku dan anak – anak.
Aku pelik sangat sebab dulu kakak sulung suami sangat baik ketika arw4h ibu mertua ada. Kami selalu berjalan sama – sama, suka memasak dan macam – macam lagi. Tapi bila aku dapat kerja kerajaan, ibu mertua meninggaI, aku terus kena pulau.
Dia mengata aku macam – macam dengan adik beradik yang lain, menghasut adik beradik yang lain sehingga anak – anak aku pun kena tempias juga. Waktu keluarga sebelah suami buat kenduri, hari keluarga, memang tak ajak aku dan anak – anak. Mereka hanya baik dengan suami aku sahaja.
Paling s4kit hati dan sedih, keluarga suami aku suka mempersenda fizikal anak – anak aku, padahal aku tak pernah sekali pun cakap benda buruk – buruk tentang anak – anak mereka. Aku bukanlah nak mengungkit, tapi ada satu ketika, kakak dia dapat kerja kerajaan dan masa itu hari – hari cari aku untuk tanya macam – macam, sampai sekecil – kecil benda pun tanya.
Dalam hati aku tak pernah terdetik nak dengki dengan dia. Macam – macam aku tolong dia, bagi info, ajar cara kerja, semua niat nak permudahkan urusan dia. Dan kecewanya aku, rupa – rupanya dia hanya mempergunakan aku untuk selesaikan urusan dia sahaja.
Bila dia dah masuk kerja, terus dia pulaukan aku dan langsung tak ada ucap terima kasih. Aku bukan nak perhatian dan balasan tapi sedih bila orang perlakukan macam itu. Masa diperIukan beria-ia sampai tengah malam dicari, tanya itu ini tapi selepas mula kerja terus kena abaikan.
Bila aku hubungi, sepatah – sepatah sahaja dia jawab. Aku cakap pada suami, aku kecewa sangat dengan per4ngai keluarga dia tapi suami pertahankan keluarga dia, tak ada sokong aku langsung. Suami aku terlalu sayangkan keluarga dia, sanggup tanggung hutang bertahun – tahun untuk bagi kesenangan pada keluarga dia.
Suami aku dah lama keluarkan aku dari kumpulan keluarga dia sebab dia cakap tak mahu aku s4kit hati dengan keluarga. Ayah mertua aku dan ipar – ipar hanya lebihkan cucu – cucu lain sahaja. Kalau ada harijadi atau apa – apa, mereka beli baju, beli mainan, sambut hari lahir.
Bila tiba giliran hari lahir anak aku, ucapan pun tak ada, bila ajak datang majlis pun mereka tak nak datang. Aku sampai terfikir nak bercerai dengan suami sebab tak sanggup nak hidup dalam keluarga t0ksik macam itu, tapi bila tengok muka suami dan anak – anak aku rasa sayu.
Berbaloi ke kalau aku minta cerai sebab keluarga suami? Aku str3ss dan serabut fikir apa salah aku dan anak – anak sampai mereka buat macam itu. Aku sedih bila berkumpul ramai – ramai di rumah keluarga suami, mesti anak – anak aku orang cakap macam – macam, tapi cucu yang lain elok dapat perhatian, dipuji – puji. Maaf kalau ayat berterabur. Terima kasih admin.
Komen W4rganet :
Puan Nino : Dik, pinggang tak retak dan nasi tak dingin. Dah mereka tak ajak, jadi adik kenalah jadi tak ingin. Tak payah dah fikir – fikir pasal mereka yang tak nak adik terlibat dalam apa – apa hal ehwal keluarga mereka.
Sebenarnya adik beruntung tau sebab dah tak ada ipar duai yang mengacau. Katakanlah kalau mereka asyik buat semak depan mata, mesti adik lagi tension. Just enjoy your life dengan keluarga dan orang – orang yang menghargai.
Nur Fatihah Nong Chik : Hidup ni santai. Selagi cukup makan pakai, cukup selesa tempat tinggal, Allah bagi kesihatan yang baik, keadaan yang selesa, anak – anak yang sihat, suami yang baik, cukup nafkah zahir dan batin, tak menyusahkan orang, hidup orang lain, tidak meminjam dan meminta – minta, masih boleh urus diri sendiri dan keluarga, dan masih boleh berbincang dengan baik bersama suami.
Teruskan saja hidup macam biasa dengan keluarga sendiri. Biar apa orang nak buat, biar apa orang nak fikir. Hiduplah dan nikm4tilah kehidupan dengan seadanya, secukupnya. Yang penting, diri kita sendiri tidak seperti dia dan kelompoknya, dan tetap ke jalan Allah. Hiduplah dengan baik, fikirlah yang baik – baik. In shaa Allah yang datang semua akan baik – baik sahaja.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.