Sehari 2-3 kali suami akan call bergayut dengan mak dia. Dia galak cerita sampai saya curi2 dengar di pintu bilik

Kami berkahwin melalui orang tengah. Jadi melalui penceritaan orang tengah menyatakan suami saya itu kaki masjid, tidak mer0kok dan taat pada ibu bapa. Suami jugak cakap dia pandai masak, urus kain baju, rumah sebab lama hidup bujang..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, nama saya Syairah. Hampir 8 tahun saya pendam masalah dengan suami ni atau mungkin saya yang oversensitif? Cuba kalian beri pendapat setelah dengar cerita saya ni. Suami berumur 38 tahun, anak sulung dari 4 beradik. Jarak umur kami 7 tahun.

Dia berkahwin lambat jadi sebelum kahwin dia cakap yang dia pandai masak, urus kain baju, rumah sebab lama hidup bujang. Saya fikir bila kahwin dengan lelaki yang berusia ni matang la, rupanya tidak pun. Eg0 dan sifat pentingkan diri yang lebih.

Kami pjj sejak kahwin. Dia di Terengganu, saya di Johor. Dia balik ke Johor 2x sebulan. Saya kerja shif. Jadi saya la yang uruskan anak sendirian. Bila saya kerja malam, pengasuh jaga anak saya. Bila dia balik Johor, dia hanya tidur makan, main hp sahaja di rumah.

Anak – anak masih saya yang kena layan lagi – lagi bila saya cuti masa waktu dia ada. Masa tahun 2020 saya minta pindah ke Terengganu sebab saya rasa penat mentaI dan em0si nak uruskan anak – anak sendirian. Pada mulanya suami tak izinkan tapi bila dah g4duh, barulah dia setuju.

Bila duduk bersama saya ingatkan suami membantu saya. MaIangnya tidak. Balik dari kerja, suami hanya sibuk dengan hp dan computer game. Suami ada bilik khas untuk dia buat kerja jadi pintu itu sentiasa berkunci.

Jadi saya la yang sibuk sendirian menguruskan anak – anak, kemas rumah memasak, basuh / sidai / lipat kain selepas balik kerja. P4ndemik melanda. Suami work from home. Tapi saya kerja seperti biasa kerana saya bahagian kesihatan. Taska ditutup.

Jadi selama lockdown, suamilah yang jaga anak – anak. Saya ingatkan suami ikhlas menjaga anak – anak dan faham kesibukan saya tapi maIang sekali tidak. Pada satu malam tu, dia meng4muk. Dia marah kerana saya sibuk bekerja dan abaikan anak – anak. Jadi dia p4ksa saya berhenti kerja.

Dia ungkit tentang perintah Allah tentang tuntutan isteri menjaga kebajikan anak dan suami. Bila pkp dihentikan, suami kerap outstation ke KL. Mulanya saya ingatkan atas tuntutan kerja pejabat. Rupa – rupanya tidak, dia telah membuka tapak bisnes kontraktor di KL tanpa pengetahuan saya.

Saya dapat tahu setelah suami berhenti kerja hakiki dan suami bercadang untuk pindah KL. Suami uguut saya untuk tidak bayar sewa rumah dan ‘kahwin lain’ kalau saya tidak berhenti kerja. Suami juga tidak mahu jaga anak di KL dengan alasan nak fokus bisnes dan perlu kerap jumpa client.

Saya masih cuba untuk bertahan dengan kerja hakiki saya dan dalam masa yang sama tidak abaikan anak – anak. Untuk makluman pembaca, saya cuba untuk tidak resign kerana saya tahu suami seorang yang kedekut dan berkira.

Suami bukan jenis yang mudah beri duit belanja. Sabun mandi, deoderon saya habis pun suami akan bising kalau guna duit dia. Saya mengarang karangan ni pun dengan linangan air mata. – Syairah (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Terima kasih kalian atas teguran dan nasihat yang membina. Part 2 ni saya nak kongsikan suami saya ‘anak mak’. Saya bukan nak burukkan suami, cuma saya nak tahu sama ada saya ni yang mengada – ngada ke apa.

Suami berkahwin di usia 32 tahun. Dia anak sulung. Semua 3 beradik suami sudah bekerja. Semasa bujang suami banyak habiskan duit gajinya untuk parents dia. Kami berkahwin melalui orang tengah. Jadi melalui penceritaan orang tengah menyatakan suami saya itu kaki masjid, tidak mer0kok dan taat pada ibu bapa.

Atas faktor itula, saya bersetuju untuk kahwin tanpa kenal hati budi. Bila sudah hidup berkahwin, baru la saya faham apa maksud 3 faktor tu. Suami hanya kaki masjid bila di kampung sahaja sebab masjid tu depan rumah sahaja.

Jarak 10 langkah sahaja. Ok tu tak pelah, asalkan cukup solat 5 waktu. Ada satu sikap yang saya tidak selesa.. Sejak awal kahwin, suami selalu dan mudah bercerita apa – apa yang berlaku di rumah, hal kerja dengan ibunya sahaja.

Tetapi dengan saya, bercakap bila perlu sahaja. Mula – mula saya tak kesah la dan rasa macam b0doh la kalau nak cemburu dengan ibu mertua sendiri. Tapi lama – lama perasaan tu jadi s4kit hati dan menyampah bila semua perkara suami bercerita dengan mak dia.

Contohnya tentang hal kami berg4duh, saya masak tak sedap, saya letak gula dalam kari, saya biar anak nangis lama. Saya tegur suami main game lama – lama, saya sibuk dengan kerja sampai abaikan anak, saya pakaikan anak baju buruk dan nampak selekeh dan banyakkkkkkk lagi.

Bab saya tegur main game tu, mertua back up suami sebab itu lebih baik daripada keluar melepak kat luar katanya. Ada hari yang kami makan di kedai luar, saya sibuk layan anak – anak makan, tapi suami pulak gayut lama – lama dengan mak. Nanti balik rumah, suami akan gayut lagi.

Boleh dik4takan sehari 2-3 kali call mak sembang macam – macam. Ke saya yang bermasalah sebab tak pandai komunikasi? Isu bisnes suami di KL tu, segala progress saya tidak boleh tahu dengan alasan ia sulit dan rahsia company.

Tapi dengan ibu dia, suami galak cerita sampai saya curi – curi dengar di pintu bilik. Kalau balik kampung suami, saya seperti orang asing. ke atau saya jenis intr0vert? Tapi suami akan buat hal dia dengan mak dia sahaja la.

Kalau mereka ada plan nak pergi pasar, apa – apa urusan, saya terkulat – kulat duduk rumah sahaja la jaga anak – anak. Bulan ramadhan lepas, satu petang tu kami keluar beli barang dan sampai rumah jam 6pm. Bila tiba rumah, saya kena segera masak untuk berbuka. Anak – anak pulak nangis kat ruang tamu.

Suami pulak sibuk bergayut dengan mak dia dalam bilik, sembang pasal barang apa yang kami beli tadi. Sembang pasal harga barang dah mahal. Saya masak mee goreng basah untuk berbuka. Bila nak berbuka, suami marah – marah sebab masak mee goreng sampai kembang.

Sedih sangat saya rasa hari tu. Dah la lepas selesai masak, saya terus kena mandikan anak – anak. Lepas tu dapat m4kian pulak. Lama – lama saya rasa lebih baik lelaki yang anak mak, manja jangan berkahwin. Habiskanlah hidup bujang kalian dengan ibu kalian sahaja. – Syairah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Maya Mohd : Teruknya jantan tu.. dia TAK PATUT berkahwin. Dia buat bini dia macam tak wujud. Langsung tak ada simpati dan kasih sayang, menghargai bini langsung tak! Dia patut duduk je bawah ketiak mak dia sampai m4ti! TT pergi lah fail cerai, cerita semuanya pada Pejabat Ugama. JANGAN tinggal lagi dengan jantan tak guna tu! You deserve to be happy!

Adnie Afifa : Aaaa penatnya saya bacaaa. Suruh je lah laki TT tu kahwin dengan mak dia. Pengajaran dia saya rasa kena kenal dulu lah laki tu sebelum kahwin. Utk TT, bersabarlah sampai mak dia meninggaI. Susah nk berubah kalau anak mak ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.