Aku tak suka blk kpg suami. Anak saud4ra yg kecik2 suka dtg pegang peIuk anak aku

Anak aku kalau nampak rumah maktok dia je dah nangis. Sebab tau orang dalam rumah tu memang suke bagi dia nangis. Elok anak aku main, diorang ambik mainan dia, cabut botol susu, pergi marah sebab nak bagi nangis. Niat nak gurau..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku nak mintak maaf kalau post aku agak panjang, kalau rasa malas boleh abaikan. Isunya aku tak suka balik kampung suami sejak ada anak. Ye, aku kedekut anak dengan keluarga suami aku. Sejak ada anak aku jadi tak suka nak balik kampung, tak suke nak hadap mana – mana saud4ra beIah suami dari hari mula anak aku lahir.

Anak aku lahir tak cukup berat. Kurang 2 kg walau pun cukup bulan. Kecik macam pram4tang. Dia sampai kena tahan nicu seminggu lebih, siksanya aku sebab lepas bersalin dah la 0perate, anak tak ade kat sebeIah. Bila balik rumah mertua, datanglah sed4ra mara dan keluarga beIah mertua.

Datang tengok tak apela, tapi buat bising bagi anak aku jaga. Anak aku baru lahir dah pas bagi anak dorang yang kecik – kecik suruh riba, yang budak – budak main kotor – kotor kat luar masuk je terus pegang pipi anak aku. Civm – civm.

Nasib baik mak aku ada, dia ambil. Doc dah pesan berkali kat aku, anak aku kecik, imun rendah. Jangan civm, jangan pegang kalau tangan kotor. Aku ni nak jaga hati beIah suami, takde suh lap tangan dengan hand sanitizer pun walaupun memang aku dah sediakan.

Macam mana dorang buat anak aku memula masa dorang melawat, aku dah tak suke. Suami aku ni jenis berat mulut dengan keluarga dia. Masa bujang pun dia jenis balik rumah makan tido je. Dari sekolah menengah dah duduk asrama, habis SPM buat part time, sambung belajar kemudian kerja semua jauh dari kampung.

Tak ade komunikasi, tanya sepatah jawap sepatah. Masa aku mula kenal suami, adik-adik dia umur berapa pun dia tak tau. Dalam keluarga dia, suami aku je yang dah kawin. Yang lain bujang dan masih belajar. Kakak, abang dia pun tak kahwin lagi.

Jadi ni anak buah sulung untuk beIah suami dan beIah aku. Tapi keluarga aku bab budak dan baby memang sensitif. Sebab kami ada taska. Tau la bab jaga budak dan baby. Beza dengan beIah suami walaupun ramai sepupu kecik tapi macam apa je tak pernah jumpa baby.

Aku anggap dorang exc1ted la anak buah yang pertamakan. Tapi hormat la aku sebagai mak dia. Bila balik kampung, anak aku tidur, saje dorang buat bising termasuk mak mertua aku. Cakap kuat – kuat nak bagi anak aku bangun.

Paham jela budak kecik tak cukup tido nanti mula la meragam seharian. Sebab bila dah tengah hari, petang nak tido panas. Sangat panas. Walaupun kampung, tapi rumah bapak mertua ni je takde tanam pokok besar macam rumah orang lain.

Bayangkan sebiji rumah hadap matahari tengah tanah lapang tak ade pokok. Rumah kayu pulak tu. Sangat bahang ye kawan – kawan. Kipas 2 biji pun tak rasa. Kesian anak aku kalau balik mesti hitam tapi aku tak kisah pun. Yang aku kisahkan, janganlah kacau anak aku tido.

Bila dah jaga, ko paham tak budak yang tak biasa lagi, dia ambik masa nak cam orang. Ni asal anak aku dah jaga secara terp4ksa tu, keluar bilik je dorang terjerit terpekik panggil nama anak aku, takot la dia. Pastu p4ksa ambik walaupun anak aku nangis.

Semata Рmata  nak selfie. S4kitnya hati aku. Kesian anak aku. Dari kecik sampai dah 1 tahun lebih, memang dia tak nak dengan keluarga suami. Balik la kerap mana pun. Dia nampak rumah maktok dia je dah nangis. Sebab tau orang dalam rumah tu memang suke bagi dia nangis.

Elok anak aku main diam – diam, pergi marah sebab nak bagi nangis. Niat nak gurau. Ambik mainan dia la, cabut botol susu dia la. Paham tak perasaan aku sebagai mak macam mana. Macam aku cakap mula – mula, berat anak aku tak cantik, doc pakar memang suh naikkan berat anak sebab selagi berat dia kurang, dia senang s4kit.

Ya, anak aku ni panas sangat je mesti demam. Sejuk sikit pun demam. Kalau bergaul budak lain tu senang sangat jangkit selesema batuk. Mak – mak mesti paham macam mana susahnya kita nak bagi berat anak cantik dalam graf buku rekod kesihatan anak.

Bila balik kampung memang aku bawa siap smua bahan masak. Termasuk blender dan kuali serta periuk. 6 kali sehari tak miss aku suap anak makan tapi macam mana berat anak nak naik bila asyik nangis, tido tak ckup, berpeluh.

Balik kampung je mesti berat turun mend4dak. Balik pun bukan kejap. Mesti seminggu. Suami ni walaupun tak rapat dengan keluarga dia tapi suka balik lama – lama semata sebab nak bagi anak aku ni nak dekat keluarga dia.

Nak bagi biasa konon. TAK pikir anak dok kampung tak makan, tak sihat. Dalam hati ni tuhan je tau. Pastu dia jenis tak nak balik kampung sorang. 3 kali sepanjang tempoh kami kahwin ni ada kem4tian. Aku suruh dia balik sorang sebab kalau tunggu aku memang lambat la mana nak siapkan barang anak lagi.

Dia sanggup tak balik walaupun nenek dia meningg4I semata sebab aku tak nak ikut balik kalau balik meng3jut – ng3jut. Sepupu dia yang duduk area kl sama kami pernah ajak dia balik sekali masa ada kem4tian, pun dia tak nak ikut bagi alasan kerja.

Sebabnya, aku tak ikut sekali. Ape punya per4ngai ntah. Kalau korang nak kata takkan sebab balik kampung seminggu terus anak kurus, ye. Aku kena check up anak 2 bulan sekali. 2 bulan sekali tu jugak mesti balik kampung. Nak naik berat punya la susah.

Tapi bila turun berat senang sangat. Kadang- kadang berat anak aku cantik dah naik 1 kg sebulan, bila balik kampung hilang 500gm. Pegi checkup, nurse bising. Bukan laki aku pun yang masuk hadap doc dengan nurse. Aku suruh dia bertuah la kalau dia nak.

Aku ni rela tak pergi bercuti sebab aku tau susah nak bagi anak makan. Susah nak masak. Masa anak aku belom 1 tahun memang aku tak bagi dia makan benda garam gula jadi takde istilah makanan segera atau yang dibeli siap dari kedai.

Aku masak tiap hari. Kalau bercuti pun tak lebih 3 hari. Ini kan plak balik kampung seminggu walaupun boleh masak tapi anak tak nak makan asyik nangis. Paling aku pantang diorang umpan anak aku guna HP. Geram je aku. Kalau nak main HP baik duk rumah takyah balik kampung.

Jadi aku nak tanya korang salah ke aku tak nak balik kampung suami buat masa ni. Maksud aku sementara anak nak besar ni. Umur dah 2 – 3 tahun takpela dia dah besar, dah tak nangis – nangis lagi. Jangan ingat anak aku merap sebab aku tak kerja 24 jam duk dengan anak je. Anak aku ni peramah, jumpa orang tak kenal pun dia boleh lambai – lambai.

Komen Warganet :

Aidil Noan Alie : Faham sangat sebab anak buah prem4ture. Pernah sampai jantung terhenti, panik semua orang di buatnya. Doktor memang dah pesan dari awal elakkan dari terdedah pada orang ramai. Dalam p4ntang kami 1 family pun tak pergi melawat sebab hormat permintaan adik dan adik ipar.

Bila dah besar sikit lebih kurang 5,6 bulan baru adik bawak balik kampung mak sebab baby tak kuat untuk jalan jauh – jauh, cepat jatuh s4kit. Susah nak bagi orang faham sebab tak kena pada anak sendiri.

Tom Hanif Nasuha : Aku baca sampai habis, paham keadaan tt ni. Anak tt ni cucu sulung, diorang exc1ted. Tapi lahir tak cukup berat. Walaupon cukup bulan, pemantauan kene lebih. Aku pernah kena, anak aku tengah bf pon bekas bapa mertua aku bising tak dapat nak main dengan cucu.

Budak tu tak sempat sendawa dah ambik bawak ditayang kat jiran – jiran, waktu senja pulak tu. Dah la anak aku dalam hari aku tak habis p4ntang lagi. Setiap kali balik rumah mertua anak aku kompom demam.

Terj3rit – j3rit sampai anak aku terk3jut, si atok hisap r0kok depan cucu, bila aku susukan anak dalam bilik, diorang keluar masuk bilik. Paham tu, str3ss.

Noratiqah Sarun : Aku andaikan ramai yang tak faham keadaan em0si tt dan em0si baby dia. Baby imun sistem rendah jangan ingat senang nak jaga wahai kakak adik abang. Korang tak lalui anak yang sebulan sekali s4kit sebulan sekali kIinik hospitaI.

Dah hakik4t ank dia sensitif senang s4kit dan berat tak naik salah satu sebabnya perkembangan em0si terganggu ditambah dengan imun badan rendah. Macam mana nak jelaskn ea dengan orang yang tak tahu basic medikal memang susah dan tak kan faham.

Atau mungkin korang ada anak – anak kebaI tak mudah s4kit so korang pukuI rata semuanya. Lagi satu sergah dengki nak buat budak – budak nangis ko rasa elok untuk perkembangan mentaI baby? Bab panas tak boleh cakap ape.

Nak buat macam mana keadaan yang tak boleh diubah. Tak kan nak suruh mertua pasang econ plak kan. Patut tt bukak mulut dan tegas pada suami sis. Bukan tak nak balik kampung. Tapi suami kena jugak la faham keadaan anak.

Rose Nasir : Kalau aku dulu lepas lahirkan anak aku je tiap kali dia tidur aku buka radio apa – apa station pun boleh supaya dia boleh tidur dalam keadaan yang bising. Awal – awal pagi aku akan bawa dia berjemur kat matahari supaya sistem imun badan dia meningkat.

Bila dia dah reti berjalan. Aku biarkan dia selalu berjemur. Dan kalau waktu hujan aku biarkan dia main hujan sekarang anak aku dah 4 tahun. Rasanya baru 5 – 6 Kali dia demam sejak dia lahir. Aku ikut petua ni dari seorang doctor.

Aku impressed kenapa doktor tu biar kan anak – anak dia main pasir pada waktu tengah hari. Tapi itu lah, masing – masing ada cara sendiri untuk jaga anak. Jangan nanti bila anak kau masuk sekolah, anak kau kena hukvm sebab buat kesalahan, kau pegi ser4ng cikgu pulak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?