Sejak aku duduk rumah kakak, abg ipar jadi pelik. Dia terjah masuk bilik aku, lepas aku mandi. Kakak tuduh aku goda suami dia

Waktu aku tidur, abang ipar masuk bilik dan terus peIuk aku. Aku terk3jut ada orang peIuk. Aku bangun dan pergi cari kakak. Aku mengadu dekat kakak. Sebelum ni, kakak percaya aku. Tapi malam tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum korang, maaf la aku tak pandai sangat nak karang untuk situasi aku. Tapi aku cuba la serba sedikit. Tujuan aku menulis nak meluah dan perIukan nasihat. Baru – baru ni kecoh pasal drama ipar adalah m4ut. Aku nak share kisah aku..

Aku Maw4r 29 tahun, aku ada seorang abang dan seorang kakak (arw4h abah dan mama dah lama meninggaI) Abang, aku dah lama tak jumpa (sebab dia dah ada keluarga sendiri) jadi aku tak kisah pun sebab tanggungjawab seorang lelaki bila dah berumahtangga.

Okey, bukan ini yang aku nak fokus cerita. Tapi kakak aku, kakak aku nama dia Tulip (bukan nama sebenar) seorang yang ada kerjaya, bijak dan sudah berumahtangga. Dulu waktu aku belum berkahwin, aku pernah putus cinta dan kecewa hingga aku terlibat dalam kemaIangan. Aku dimasukkan ke hospitaI.

Oh ya, aku ada adik beradik tiri, aku call untuk bagitau keadaan aku sebab kami rapat juga dari kecil, cuma waktu tu adik beradik tiri aku tak ada kend3raan nak datang melawat aku, jadi dia call kakak kandung aku untuk tengok keadaan aku dan bantu aku.

Pada mulanya aku menolak, tapi kakak aku yang Tulip ni ingin sangat membantu dan sedih tengok keadaan aku, aku pun turut jela.. Dia bawa aku ke rumah dia, rumah yang dia bawa ada suami dan anaknya yang masih kecil.

Aku ni tak berapa rapat dengan kakak. Sebab kakak tak suka aku dari kecil sebab dulu dia ingat dia anak bongsu, tapi tiba – tiba mak kami bagi adik iaitu aku, perhatian semua arw4h abah dan abang bagi dekat aku. Waktu tu aku nak sangat rapat dengan Tulip, cuma dia tetap tak suka, Tulip selalu baik dengan kawan – kawan dia, apa yang berlaku Tulip tak pernah percaya aku atau nak back up aku, aku jadi down dan mula jauhkan diri.

Jadi bila dah dewasa tiba – tiba nak rapat aku jadi segan dan tak biasa. Tapi aku gembira sangat la sebab akhirnya aku dapat rasa ada kakak. Bermula la kisah aku tinggal dengan kakak Tulip. Memandangkan aku ni menumpang aku buat kerja rumah sikit – sikit walaupun pakai tongkat (sebab kaki aku patah dan masih s4kit) aku punya kaki kena sentiasa dr3ssing kat kIinik jadi kak Tulip dan abang ipar aku bawa ke kIinik untuk dressing.

Aku sangat – sangat berterima kasih. Tulip jaga sampai aku sembuh 80% alhamdulillah aku happy. Sebagai tanda terima kasih aku bersihkan rumah, aku tolong jaga anak dia dan aku nak spend time dengan Tulip. Sebelum masuk kerja semula, aku ada bagitau Tulip yang aku nak masuk kerja semula dan dah cari rumah sewa untuk aku pindah sebab tak manis tinggal bersama walaupun adik beradik, tapi Tulip tak bagi, dia sekerasnya tak bagi.

Aku masih tak putus asa, aku janji nanti waktu cuti aku balik la rumah Tulip tidur sini dan dia pun masih tak bagi. Aku dah biasa berdikari jadi aku masih tetap dengan pendirian aku untuk pindah keluar. Masuk part yang tak best, abang ipar aku ni pada mulanya kami tak pernah berborak dan bergurau. Tapi sejak dua menjak aku tinggal di situ dia ada buat benda yang aku tak selesa.

Contoh ajak borak, ajak teman dia ambil barang ke, atau teman ke mana – mana la tapi aku tak berminat aku just jawab taknak la. Ajak la Tulip ataupun aku jawab, “abang jangan buat hal ya, nanti pasal abang kami berg4duh”,

Abang ipar aku senyum dan baIas “tak la, abang kenal la Tulip tu macam mana”. Aku ingat benda ni biasa je. Tapi waktu aku kat dalam bilik, dia boleh masuk konon nak ambil barang padahal time tu aku baru lepas mandi (situasi tu aku dalam bilik ye, bukan berkemban dari bilik air luar ke dalam bilik).

Tulip perasan dan Tulip tegur suami dia. Cuma suami dia buat tak tahu saja. Aku dah rasa tak selesa la. Macam – macam lagi la dia buat untuk dekat dengan aku. Aku sumpah tak selesa dan aku tak nak sebab perkara ni hubungan aku dengan Tulip tak okey, sebab kitorang baru saja nak rapat.

Part yang paling aku rasa hilang sabar waktu aku tidur, dia masuk bilik dan terus peIuk aku time aku tidur. Aku terk3jut ada orang peIuk. Aku bangun dan pergi cari Tulip waktu tu aku terus tidur sebeIah dia sambil aku cerita apa suami dia buat.

Pada mulanya dia backup aku. Tapi lama kelamaan aku terk3jut Tulip marah aku dan benci aku, Tulip kata aku goda suami dia. Padahal aku tak buat apa yang dia fikirkan, dan aku cakap la, kau ada bukti ke Tulip?? Tulip baIas, “suami aku dah cerita semua, kau yang goda suami aku”.

Wehhhh aku sedih nangis sakit hati!!! aku sedih bukan sebab apa, aku sedih sebab Tulip tak percaya aku. Dan aku rasa serba salah kalau diam je dengan perbuatan suami dia. Tujuan aku bagitau untuk Tulip pertahankan aku.

Tapi sangkaan aku silap! Tulip benci aku dan backup suami dia. Aku sedih dengan baru putus dengan ex aku, aku sedih sebab aku dah tak ada sesiapa. Aku baru nak rapat dengan Tulip. Tapi kami bermusvh sebab abang ipar.

Aku tak tahu apa yang suami dia cerita. Tapi yang aku tahu aku menyesal cerita semua dekat Tulip. Hubungan kami dah tak baik. Aku dan Tulip m4kin berg4duh seperti kitorang waktu kecil dulu.. mungkin kalau aku tak cerita. Tulip dengan aku masih baik.. Oh ada kejadian baru lagi cuma aku rasa cukup sampai sini dulu aku cerita…. Sebab emosi aku dah penat.. Sekian, – Maw4r (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Aku dah baca komen dari korang, aku ucapkan terima kasih ya atas nasihat dan pendapat. Dan aku ada baca satu komen ni “Tidur tak kunci pintu ke”. Korang itu rumah Tulip dan suaminya, aku menumpang. Kalau kunci pun, dorang ada kunci spare.. Betul tak?

Maaf la kalau tajuknya buat korang rasa tak kena, akhir cerita ni nanti korang akan tahu kenapa aku tanya, yang aku ni narcissist ke? Sebelum aku memulakan cerita, untuk pengetahuan korang, selepas kejadian tu aku memang dah keluar dari rumah, keluar rumah dengan hati yang h4ncur, semangat yang hilang bersama h1naan dan cacian dari Tulip.

Cerita ni berlaku 5 tahun yang lepas.. Cuma kenapa aku luahkan sekarang sebab baru – baru ni aku ada buat majlis aqiqah anak sulung aku di rumah keluarga mertua. (Oh korang, lupa nak bagitau, aku dah berkahwin, aku juga dah beli kereta dan ada kerjaya sendiri, kes ni juga suami aku dah tahu sebelum kami berkahwin)

Semasa aku dalam pantang baru lepas melahirkan anak lelaki aku pada bulan september yang lepas, tiba – tiba aku dapat satu panggiIan dari nombor yang aku rasa kenal, iaitu Tulip. Pada mulanya aku terk3jut lepas 5 tahun kisah tu kami memang dah tak berhubung. Aku pelik macam dia tau aku ada anak.

Setelah aku selidik, Tulip rajin stalk aku di ig guna fake acc dan tanya tentang aku kepada adik beradik tiri aku untuk tengok perkembangan aku. Tulip call nak tanya khabar dan keadaan anak aku. Aku sebenarnya tak sedap hati kalau boleh taknak dekat ataupun rapat seperti dulu sebab aku takut aku dipersalahkan lagi dan kata – kata h1naan masih segar lagi di ingatan aku.

Tapi fikiran aku waktu itu adalah “oh Tulip nak berbaik kot, mesti dia rindu aku”. Jadi setiap hari dia nak tau pasal aku, nak tengok gambar anak aku. Tulip juga ada memberi nasihat kepada masalah aku, dan kebetulan aku memang ada masalah waktu itu, masalah yang mana kakak ipar aku yang dulu nya aku puji baik dan lemah lembut rupanya menaruh perasaan iri hati.

Sewaktu aku mengandung, suami aku layan aku baik sangat, tunaikan apa yang nak makan, aku tak pernah dapat layanan yang begitu, aku share la di socmed (whatsapp) gambar makanan dan apa yang suami aku bagi, hanya niat share kebahagiaan.

Sebab aku rasa mungkin family mertua aku akan turut bahagia sebab anak mereka layan aku baik. Mama abah mertua aku tidak berkata apa, cuma kakak ipar selalu menunjukkan sikap tidak senang atas layanan suami terhadap aku, kejadian sewaktu aku mengandung kata – kata perli seperti itu agak sukar aku lupakan.

Dan ya aku cerita kan pada Tulip tentang kes ini. Tulip meluahkan rasa sedih dan beri nasihat agar aku menjaga jarak dan jangan rapat seperti dulu. Aku pun kalau tak diberi nasihat begitu, aku dah pun jauhkan diri.. Cuma bila Tulip nasihat aku iyakan saja.

Okay sambung… Waktu majlis di rumah keluarga mertua aku, Tulip datang dengan senyuman dan sikap ramah melayan anak aku, cuma pandangan mata dia agak lain, tapi aku tak kisah, aku gembira sebab nak makan sekali, dari pagi aku tak jamah nasi sebab excited Tulip nak datang,

Tapi ada benda lain yg aku rasa Tulip tak berubah, rupanya Tulip datang nak tengok aku ni bahagia atau tidak, dia sindir dan perli aku dalam nada bergurau, tapi aku hanya baIas seperti biasa, adakalanya ayat dia saja nak bagi “Tr1gger”.

Hati aku dah mula panas tapi aku tak baIas dengan marah aku baIas dengan gelak ketawa. Sebab aku tahu Tulip memang suka down kan aku dari dulu. Nasi yang aku ambil tadi pada mulanya ada selera, terus selera aku m4ti.

Aku usaha sebaik mungkin menjaga expression riak muka aku agar tidak nampak yang aku terasa sebab adik ipar kak ipar aku semua ada. Oh part yang paling aku terasa, Tulip boleh berborak dengan kakak ipar aku untuk down kan aku. Kata aku begitu begini…

Dan bila aku nasihat kan untuk jaga percakapan dia tiba – tiba att4ck aku kata aku ni saja tak bagi dia berkawan dengan orang. Padahal aku cuma nak minta Tulip jangan berlebihan. Sebab haritu Tulip kata lain, harini lain pulak. Jadi di situasi itu nampak aku la yang jahat.

Tulip siap kata “aku memang baik dengan semua orang”. Tapi belakang belakang dia kutuk kak ipar aku.. Jadi apa motif sikap keramahan tadi ya. Yang buat aku lagi down dia gunakan masalah perg4duhan aku dengan kak ipar aku sebagai motif untuk dia ungkit kisah lama dengan abang ipar aku tu.

Adui panjang pula nak cerita, by the way lepas je settle makan minum borak, Tulip pun balik. Tapi tidak habis di situ. Dia sambung di whatsapp tiba nasihatkan aku suruh berbaik dengan kak ipar aku dan ugvt nak bagitau mertua aku dan suami aku tentang kes abang ipar aku. Aku pun dengan rasa penat dekat majlis pun belum habis.

Aku kata macamni “silakan kak walau apa pun yang aku kata kau masih lagi tak percaya, kalau rumahtgga aku h4ncur bukan sebab orang lain, tapi sebab mulut orang dekat”. Dan aku kata lagi “Kau hanya nak percaya apa yang kau rasa nak percaya.. Jadi terpulang”.

Dan aku terus tekan button call nombor Tulip dan berikan telefon kepada suami aku untuk Tulip cerita semua. Tapi Tulip tiba – tiba beralih kepada nasihat pula. Nasihat baik adik beradik, jangan g4duh – g4duh dan tak ada satu pun dia sebut pasal abang ipar aku, dia twist cerita seolah aku ni reka cerita dan aku la m4ngsa.

Dan Tulip nak tunjuk yang dia ni seorang yang baik dengan semua orang dan positive tak ada drama. Padahal Tulip tak tahu yang kata – kata dia dah buat aku down dan buat kak ipar aku rasa aku ni problem. Aku menangis dan tanya suami aku. Apa yang aku buat sampai aku dilayan macam ni. Sampai kakak aku buat aku macam ni. Mental aku s4kit ya korang.

Aku cuba puaskan hati orang. Aku jaga tutur kata agar orang tak terguris, tapi end up bila aku dah tak tahan aku cuba pertahankan diri aku, orang nampak aku salah, aku melenting, aku emosi, ada juga aku terfikir, aku ni narcissist ke? Sebab aku rasa aku ni macam banyak masalah.

Part yang aku rasa nak giIa, aku tanya Allah kenapa aku dilahirkan ya? Dan kenapa aku setuju untuk hadir ke dunia, sebab bila aku nak rasa bahagia je mesti ada ujian macamni. Suami aku peIuk aku dan suruh aku istighfar..

Rupanya Tulip datang sekadar nak menjatuhkan aku bukan nak berbaik.. Menyesal aku jemput Tulip datang majlis itu. Sejak kejadian, Tulip dan abang ipar 5 tahun lepas, selepas aku berkahwin aku jadi takut nak rapat dengan saud4ra lelaki / ipar / termasuk ayah mertua (walaupun ayah mertua aku baik). Sebab bagi aku selagi mereka manusia. Mereka ada nafsu.

Aku tengok berita pasal ayah r0gol anak, abang r0gol adik, anak saud4ra. Tapi ibu hanya diamkan saja, aku jadi benci berita macamtu, sebab dalam family sendiri pun tak selamat. Sanggup anak tu dituduh menggoda ayah, sedangkan ibu tahu suaminya yang bersalah.

Korang jadikan kisah aku sebagai contoh, tak semua m4ngsa tu nak diri dilayan begitu. Sekarang korang faham kan kenapa m4ngsa dekat luar takut nak buat report atau takut nak bagitau keluarga. Sebab m4ngsa ni takut diri dorang akan dibuang macam aku.

Untuk abang ipar aku, di akhir4t nanti aku akan tuntut di hadapan allah s. W. T.. Di dunia boleh lepas, akhir4t belum tentu. Aku minta doakan aku ya, part 2 terlalu panjang pula. Yang mana tak faham tu. Aku minta maaf ya.

Jaga ahli keluarga dan diri korang baik – baik. Setiap manusia ada ujian dan bahagian masing – masing. Dan ini bahagian aku. Nak tak nak aku kena hadap dan terima..– Maw4r (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.