Sejak bersalin, aku dengkur m4kin kuat macam motobot. Dah setahun suami ‘lari’ tidur bilik asing. Mungkin dia tak tenang

Suami aku jenis tidur sopan, senyap tak berbunyi. Aku rasa mesti dia terk3jut lepas nikah dengar aku berdengkur. Sekarang dah setahun tak bersama, aku rasa dia geli. Buruk sangat bila aku berdengur, m4ti selera dia. Baru ni, suami ajuk bunyi dengkur aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku cuma nak meluah. Aku ibu kepada 3 orang anak. Umur dah masuk 40 tahun. Aku tidaklah gemuk dan tidak juga kurus. Sedang – sedang saja. Tapi memang mom’s body, tak ramping pun.

Perut buncit baru lepas beranak 3 bulan lepas. Nak – nak aku jenis cone shape. Bahu lebar pinggul kecil. Aku sebenarnya baru berumahtangga kali kedua 2 tahun lepas dan baru saja melahirkan anak melalui c-zer. Aku dan suami baik – baik saja, cuma aku sendiri rasa sedikit tertekan dalam diam.

Aku ada masalah dengkur yang teruk. Sejak aku bujang lagi. Bekas suami pertama dengkur kuat jadi memang tak ada masalah bab tu. Suami aku yang ini, tidurnya sopan, senyap sunyi tak berkutik. Aku rasa dia mesti terk3jut masa lepas kami nikah.

Walaupun aku dah beritahu awal – awal masalah dengkur aku dan sinusitis kr0nik yang aku alami menyebabkan aku tidur mulut terbuka. Hidung aku sentiasa tersumbat. Aku dah jumpa pakar, dah bermacam ubat resdung aku cuba, sejak mengandung aku berhenti pakai nasal spray sebab tak baik untuk kandungan. Jadi dengkur aku bertambah p4rah.

Untuk pengetahuan adik beradik aku yang lelaki semua kuat dengkur. Sama macam abah dan atok aku. Mak aku saja yang tak berdengkur. Baru – baru ni balik kampung, aku terdengar suami aku mengusik abang aku.. “Bang.. Dengkur dengan tidur abang sama paten dengan Munah ye..” sambil dia mengajuk cara abang aku tidur. Abang aku memang bantai gelak saja.

Aku tergelaklah sikit mula – mula sebab abang aku pun gelak. Aku baIaslah “dah nama adik beradik mestilah sama.” Abang aku sebenarnya mend3rita sleep apnea. Dia sangat mudah tertidur malah pernah eksiden sebab terlelap masa drive. Benda dengkur dan terlelap bukan lawak pun sebenarnya.

Sebenarnya dalam hati aku sedih sikit. Sebab tidur berdengkur abang aku tu buruk bebenar. Maksudnya… Aku pun tidur berdengkur buruk jugalah. Macam itu rupanya suami aku kena hadap. Aku kesiankan suami aku.

Patutlah dia tak kisah kami berpisah tempat tidur dekat setahun. Mesti dia lega tak perlu dengar bunyi sumbang dengkur aku. Mula – mula aku tidur luar sebab masa mengandung tak selesa dalam bilik jadi aku tidur di sofa, sampai baby lahir aku setup bilik berpantang sampailah sekarang.

Aku ingat sudah dekat setahun jugalah kami tidak bersama. Masa mengandung aku memang agak buruk, tengkuk hitam berdaki, hidung kembang muka kusam. Jadi aku rasa mungkin dia geli atau tak berselera. Tambah aku dengkur buruk benar, lagiIah m4ti selera dia.

Jangan kata aku tak usaha berhenti dengkur. Macam – macam ubat aku makan, aku sapu, aku sedut. Yang herba, yang ster0id, yang spray, yang telan aku sudah cuba. Aku beli pelekat mulut, nak bagi mulut katup masa tidur, pun sama tak hilangkan dengkur.

Sebelum mengandung aku berjoging untuk maintain berat badan. Tetap juga aku berdengkur. Aku sedih. Dulu masa awal kahwin aku tidur mengiring untuk kurangkan dengkur. Sekarang sejak operate aku tak boleh tidur mengiring, tempat Iuka tu s4kit. Bila tidur terlentang, mulut terbuka memang dengkur macam motorbot.

Aku bukanlah jenis let go diri aku. Keluar rumah atau di rumah aku pakai baju cantik – cantik, cuba nampak kemas depan suami aku. Kebersihan diri aku sentiasa jaga, kulit aku pun sudah cerah semula lepas bersalin. Tapi suami aku masih tak menunjukkan tanda – tanda dia mahukan aku.

Aku tak salahkan dia pun. Dia tetap baik, bertanggungjawab, lembut je bila bercakap dengan aku. Mungkin dia terbayang aku umpama badak air mulut ternganga masa tidur agaknya. Tapi dia risau kot sebab tak nak aku terasa kalau dia tegur.

Kadang – kadang aku tanya, “awak dah tak sayangkan saya ke?”. Dia kata, “apa lah fikir macam tu.. saya sentiasa sayangkan awak”. Apa aku nak buat lagi? Aku jadi rendah diri. Sudahlah kerjaya aku menguncup sejak akhir akhir ni, menguruskan anak kecil, ditambah dengan suami aku m4kin jauh, aku rasa down dan m4kin jatuh keyakinan diri aku.

Hidup aku kini dengan baby dan anak – anak saja. Aku rindu diri aku yang dulu, aku yang tak berdengkur. Munah yang mend3rita dalam diam. – Munah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nadiah Sazalie : Dear confessor, saya rasa awak boleh jumpa pakar ENT. Bila sinus teruk sangat, kadang – kadang ubat – ubat ni dah tak jalan. Masalah dengkur boleh dirawat insyaaAllah. Boleh mintak advice dari pakar. Dia akan cek semua.

Kalau nak cepat, pergi cek kat swasta ya. Masa saya bujang, masalah dengkur saya terlampau teruk sampai kalau terlelap duduk pun boleh dengkur. Saya ada masalah tonsilitis teruk. So decide untuk buang tonsil. Alhamdulillah now im free dari berdengkur. Awk jangan sedih – sedih ya. Semua masalah ada jalan penyelesaian. Semoga dipermudahkan semua. Hugs!

Syazwani Latif : Dear confessor, boleh consult doctor tanya mesin CPAP boleh membantu tak. Colleagues saya ramai ada sleep apnea dan ramai pakai CPAP. Usually, doctor akan suruh vendor mesin tu beri trial untuk pes4kit cuba guna mesin tu untuk tengok sesuai tak dan analyse seteruk mana dengkur pes4kit. Try jumpa specialist ya. Cuma mesin tu harga agak mahal sedikit dan ada beberapa jenis. All the best!

Dilla Azman : Awak try mintak 2nd opinion berkenaan dengkur awak tu. Mungkin awak pun sleep apnea macam abang awak. Biasa pakar akan recommend untuk buat sleep test, dari situ baru tahu severity dengkur awak ni.

If teruk, last option ialah operate. Doc akan repair balik saluran ud4ra awak di hidung dan di mulut. Cuma, selepas operate, memang s4kit time nak sembuh. Kena ada support dari husband. Husband kena banyak bersabar. Ubat kena makan ontime. Baru rasa s4kit tu berkurang sikit. Yang bab husband tu.. Yang tu kena slowtalk la kot. Kalian je yang boleh deeptalk pasal ni,,

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.