Sejak isteri berjaya dengan bisnes online, pinggan mangkuk tak reti basuh, telekung dah guna tak bersidai. HP 24jam

Isteri aku ni suka biarkan bekas makan yang dah guna lama – lama dalam sinki. Dari pagi sampai aku balik kerja aku tengok benda tu masih ada lagi dalam sinki. Bukan setakat pinggan mangkuk je. Tu ha sejadah, telekung lepas solat terbiar je kat tempat solat tu. Aku nampak, aku ambil sidai letak ke tempat yang betul..

#Foto sekadar hiasan. Hi min. Tolong hidekan profile aku. Thank you. Aku hanya nak luahkan perasaan. Okey. Aku adalah seorang suami, baru je kahwin dalam 6 tahun. Aku kerja kerajaan gred 19 je manakala isteri aku adalah seorang surirumah tapi dia ada buat business dari rumah.

Apa yang aku nak luahkan adalah pasal sikap dia. Aku taktau lah kalau benda ni hanya aku je yang buat benda ni nampak teruk. Isteri aku ni suka biarkan bekas makan yang dah guna (pinggan, mangkuk, cawan dan sewaktu dengannya) lama – lama dalam sinki.

Dari pagi sampai aku balik kerja aku tengok benda tu masih ada lagi dalam sinki. Aku pernah tegur dia, jangan biar lama – lama macam tu kotor dan tak elok. Dia baIas kalau dah nampak tu tolongla bersihkan. Dia cakap tak sempat, sibuk nak hantar report / follow customer (untuk business) dia tu la.

Ye. aku faham, dia sibuk nak kena jaga anak lagi tapi takkanlah nak basuh tu tak boleh. Tak sampai 15minit pun kalau betul – betul nak buat. Korang jangan cakap yang aku tak pernah tolong dia basuh benda tu. Aku kalau balik kerja ke kalau nampak benda terbiar je memang aku akan siapkan tu dulu.

Barulah selesaikan diri sendiri. Lepas aku tegur adalah sikit berubah tapi kejap je lah. Lepastu buat balik. Bukan setakat pinggan mangkuk je. Tu ha sejadah, telekung lepas solat selalunya terbiar je kat tempat solat tu. Aku nampak, aku ambil sidai letak ke tempat yang betul. Banyak lagi lah benda lain.

Aku tak tau nak cakap macam mana, memang kemas benda tu bukan isteri yang patut buat tapi bayangkan lah takkan nak kemaskan sinki, lipat simpan sejadah sendiri pakai pun tak boleh buat. Taktau la kalau aku je ke yang rasa benda ni macam teruk atau aku je yang lebih – lebih.

Aku jenis tak boleh tengok ada benda sepah. Tapi memang kalau nampak je bersepah memang aku akan buat dulu. Cuma aku nak biasakan dia jangan buat macam tu lagi, tak elok, bersepah gitu. Lagi satu pasal family dia iaitu keluarga mertua aku lah.

Family isteri ni asal dari kampung belah pantai timur, agak susah la. Tapi boleh la bawak dia dan adik berhijrah ke Johor untuk sekolah cari rezeki di sana. Mula – mula kahwin aku macam okeylah kan. Seronok sebab dapat keluarga mertua yang tak banyak songeh sangat kan.

Tapi ada satu kali tu aku pernah terbaca mesej mak mertua aku dengan isteri aku lah. Dia tegur, mengata belakang aku mengenai cara aku ajar anak aku. Dah tentulah anak kita, kita nak ajar cara kita lah kan. Masa mandi, makan semua tu kena biar kena pada masa dia la kan.

Tapi mak mertua aku tu cakap apa tau, susah jugak jadi orang berdisiplin ni. Semua tak kena. Dia cakap tu macam aku sorang je betul dalam segalanya. Aku macam, aihhh. Anak aku biarlah aku nak ajar macam mana pun kan.

Lepastu, aku pun pernah terbaca mesej isteri dengan adik dia. Diorang cakap pasal aku, isteri aku luah yang dia nak kerja sebab aku sorang kerja tak cukup. Isteri aku pun ada impian dia kan, nak ada duit sendiri. Dalam mesej tu adik dia tanya abang long bagi tak duit nafkah, cukup tak?

Isteri aku cakap, “boleh la cukup cukup makan. Pastu adik gelak, “hahahaha. Jenis kedekut jugak rupanya,” Aku ni setiap bulan tak pernah culas bagi duit belanja pada isteri. Walaupun gred 19 je. Beratus je la mampu, tak mampu nak bagi beribu kan tapi aku tetap bagi sebab tu aku tak kisah isteri nak kerja. Bukan aku tak bagi.

Aku sendiri pernah cuti untuk bawa dia pergi temuduga. Pernah bagi izin dia balik kampung untuk temuduga sebab aku memang kesian giIa dekat isteri. Dia nak sangat kerja tapi takde rezeki lagi. Sekarang dia buat online business dari rumah.

Income dia kadang – kadang lumayan lebih dari aku. Pernah la isteri bercerita bulan ni hasil business dia dapat lah ber-k sebulan. Aku cakap alhamdulillah la. Tak dapat kerja tetap pun boleh la merasa jugak ada duit sendiri kan.

Berbalik pada business isteri aku tadi tu, sekarang alhamdulillah dia makin berjaya. Dah jadi orang kanan kepada boss / founder produk tersebut. Isteri diamanahkan untuk jadi trainer kepada staff baru disamping meneruskan kerja dia macam dulu (cari customer / sales).

Yang aku tak gemar ialah dia terlampau melekat dengan telefon. Yelah of course korang mesti cakap dah kerja dari rumah online business memang la sentiasa melekat dengan telefon kan. Ye. Part tu aku faham tapi takkan sepanjang 24 jam dengan telefon.

Aku bukan apa cuma kesiankan anak – anak je. Aku pernah cakap dengan dia. Sibuk pun jangan sampai terlepas pandang pasal anak tu. Aku cakap kalau duit banyak sekali pun, kalau anak – anak tak bahagia susah jugak. isteri baIas dia buat semua tu untuk anak – anak jugak untuk topup bila masa aku tengah kering ke.

Ye. Aku hargai sangat semua tu. Cuma aku rasa benda tu bukan lesen untuk 24 jam mengadap telefon. Bangun pagi pun capai telefon dulu, baIas chat customer semua bagai baru nak subuh. Subuh pun dah hujung waktu. Aku tak kisah dia nak buat kerja tu selagi dia tak lupa orang dan keadaan sekeliling.

Aku hanya nak ajar dia jadi orang yang lebih baik. Bukan aku tak pernah tolong dia buat kerja rumah, jaga anak dan sebagainya. Aku buat je semua. Cuma aku tak gemar sangat dengan cara dia. Pasal family in law aku tu. Aku hanya hormat dia sebagai orang tua dari aku.

Aku dah jadi tawar hati dengan in law. Depan lain belakang lain per4ngai. Belum lagi cerita pasal datang rumah aku, pastu masuk bilik kami suami isteri ni suka hati. Aku hanya hormat diorang sebagai orang yang lebih tua dari aku.

Selebihnya aku malas nak ambilĀ  kisah, buat biasa je. Sekian luahan. Lama aku pendam. Taktau nak luahkan kat siapa. Pernah terfikir untuk jumpa kaunselor perkahwinan. Nak cerita ke orang tua aku takut nanti jatuh air muka isteri dan family pulak. Apa pandangan min pasal ni? Adakah saya yang lebih – lebih atau sememangnya isteri saya tu perlu ditegur?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.