Saya suami yang bekerja sebagai kontraktor binaan kelas G1. Masalahnya sejak November lepas, saya tak dapat projek. Baru – baru ni isteri saya dah larikan diri tinggalkan saya dan anak – anak. Saya pergi rumah mertua tapi kena halau..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. nak tanya pada sahabat – sahabat FB semua. Saya seorang suami yang bekerja sendiri. Kerja sebagai kontraktor binaan kelas G1. Macam saya, dalam setahun tu kadang – kadang, ada rezeki banyak dapat kerja, kadang – kadang kurang. Tak tetap kerja macam saya ni.
Tapi boleh dik4takan 80% pendapatan bersih saya akan beri kepada isteri. 20% lagi saya gunakan untuk selesaikan sewa rumah, internet, air, letrik, bil telefon. Kiranya duit yang ada dekat saya tu memang semuanya untuk keperluan isi rumah.
Macam isteri saya, dia kerja sebagai nurse di hospital swasta. Pendapatan dia lebih kurang 2.5k sebulan. Dulu masa awal ada anak, dia berjanji yang dia akan selesaikan bil telefon, yuran sekolah pasti anak dan juga kereta Alza baru.
Padahal kereta Alza baru tu, saya dah beritahu awal – awal yang saya hanya mampu bantu untuk bayarkan deposit. Dia yang sanggup konon nak bayar bulanan. Untuk bil telefon, awal – awal dia yang bayar, lepastu saya yang bayarkan bil telefon.
Untuk yuran pasti, saya tau memang tanggungjawab saya. Tapi dulu dia yang sanggup bantu saya untuk bayarkan yuran PASTI. Masalah sekarang ni, dari bulan 11 sampai sekarang memang saya belom ada sangkut mana – mana projek lagi.
Tapi tiba – tiba harini, isteri saya tak nak berhubung dengan saya lagi. Buat masa sekaang isteri saya sambung belajar, dia ambil post basic di hospitaI Sungai Buloh. Jadi kami duduk berasingan. Cuma haritu, kali terakhir saya wasap dengan isteri pada jam 4.30 petang. Dari pukuI 5.00 petang sehingga pukuI 11 malam saya telefon, video call, sekali pun tak dijawab.
Sehinggakan saya ambil keputusan untuk mencari di rumah sewa di sana sebab saya tak tahu hujung pangkal sama ada dia balik ke rumah atau tidak. Tak dapat berita apa – apa langsung. Bila tiba di rumah sewa, saya dapati kereta isteri Alza baru takda di kawasan tersebut.
Maka, saya balik dengan perasaan hiba bersama dengan anak – anak. Dalam perjalan nak balik ke rumah sewa sendiri di kampung. Saya singgah di rumah mertua saya. Nak cari jika, dia ada balik rumah ibu dan ayah dia.
Terbukti kereta memang ada di rumah mertua. Saya bagi salam, saya tanya baik – baik kat mertua, sama ada isteri saya ada ke tidak sebab kereta memang dah ada di rumah mertua. Tapi mertua cakap tak ada. Bila saya masuk ke dalam bilik, saya nampak seorang isteri yang saya percaya, yang saya sanggup tanggung d0sanya terbaring di katil.
Saya turunkan ego, cakap dengan baik ajak isteri balik ke rumah tapi dia tak nak. 3, 4 kali saya pujuk, tiba – tiba ayah mertua saya marah dan halau saya suruh balik. Saya tak nak berkeras ketika tu sebab ayah mertua ada sen4pang.
Nanti kalau apa – apa terjadi, lagi susah. Sebab kes ni kali ke-2 saya kene dah. Saya pasti memang ada campur tangan mertua saya sebab tahun 2018 pernah terjadi sekali. Saya tak tau lah apa fikiran mertua saya sehingga sanggup meruntvhkan masjid anak sendiri.
Matlamat saya cuma satu. Saya nak anak – anak saya membesar ada mak ayah sendiri macam mana saya dan isteri membesar ada mak ayah. Semua orang ada ujian, isteri saya mungkin termakan hasutan dari mertua. Menyesal jugak rasanya selepas 2018 saya terlalu bagi kebebasan dekat isteri berbaik dengan mertua.
Tapi bila berbaik, beginilaa jadinya. Demi Allah, saya masih sayangkan isteri saya dan anak – anak. Mungkin mertua saya tengok saya belom ada projek, mereka tak dapat duit dari anaknya dan dihasut anaknya supaya berpisah.
Sekarang anak – anak ada dengan saya. Macam mana cara saya nak pujuk isteri di rumah mertua supaya balik dan berbincang secara baik??? Agak susah saya nak berbincang jika ada campur tangan mak ayah dia, memang tak akan selesai.
Bila tanya anak – anak, ‘kakak dengan abang lepas ni duduk lah dengan umi,’ tapi mereka kata tak nak. Mereka nak ada umi dan ayah bersama. Yang lagi sorang masih tak faham apa – apa, baru setahun lebih. Sebab tu saya sayangkan perkahwinan ini, saya kesian tengok anak – anak. Mohon pandangan dari sahabat – sahabat.
Komen W4rganet :
Yu Zat : Sayapun tak tau berikan pandangan sebab saya pun pernah mendapat pengalaman begini. Mak dan pak mertua campur tangan. Maklumlah saya orang kampung yang gaji rendah sangat masa tu. Depa buat tuntut cerai dan saya pula buat kes mahkamah tuntut taat di pejabat agama.
Perihal tuntut cerai yang pihak isteri buat, saya dipanggil beberapa kali ke pejabat agama agama. Tapi saya tak mau cerai kerana saya sayangkan isteri saya. Kes tuntut taat yang saya buat agak leceh sikit. Setahun lebih, sekali pun tak dipanggil bicara.
Tarikh bicara dapat tapi pospon pulak. Banyak kali ditunda. Masa berjalan. Saya rasa bertahun – tahun menunggu isteri kembali ke pangkuan tapi habuk pun tak dak. Rasa buang masa saja ke mahkamah tuntut taat. Bertahun – tahun lama menjadikan rasa sayang pada isteri itu m4kin terhakis.
Kebetulan ada rakan sekerja kenalkan kawan dia pada saya. Saya buat keputusan ceraikan isteri tu di pejabat agama tanpa kehadiran dia dan tak lama lepas tu saya bertunang dan berkahwin kali ke 2. Alhamdulillah, saya sekarang dah ada 5 anak dengan isteri sekarang. Allah berikan rezeki pada kami isteri beli rumah dan saya pula beli 2 bidang tanah. Syukur pada Allah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.