Sejak staff baru masuk, aku jadi tak tenang, berdebar. Aku berhenti kerja arkitek jadi pembantu kedai runcit

Dulu aku ada kerja yang hebat. Setiap hari aku deal dengan income mencecah 5 angka sebulan. Tapi sekarang, aku pindah kampung dan kerja sebagai seorang pembantu kedai runcit dengan gaji kurang dari gaji minimum. Allah dah tarik nikmat aku..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Nama aku Min. Berumur lewat 20-an. Seorang bekas arkitek di sebuah firma di Kuala Lumpur. Aku meluah di sini disebabkan aku masih lagi tidak menjumpai jawapan untuk persoalan dalam situasi aku ini.

Terlalu banyak persoalan dan aku akan tanyakan soalan untuk situasi aku ini pada akhir luahan nanti. Sesuai dengan tajuk luahan, itulah soalan yang pertama. Aku tahu d0sa tidak boleh “ditutup” atau dih4pus melainkan hanya bertaubat pada Allah SWT.

Maka bermulalah kisah hidup aku yang membuatkan aku hilang arah dalam kehidupan aku. Kisahnya bermula bila aku kenal dengan seorang wanita bernama Dy. Seorang yang biasa sahaja tapi mempunyai daya tarikan di mata aku.

Dy merupakan seorang arkitek baru di firma aku. Junior aku lah kirakan. Baru sahaja bekerja selepas graduate dari Universiti awam di ibu kota. Setelah bekerja bersama dalam lebih kurang 5 bulan, Dy mula menunjukkan minat pada aku.

Selalu contact aku di luar waktu kerja dan bertanyakan something yang langsung tiada kaitan dengan kerja. Dari situ aku mula tertarik dengan Dy. Tertarik disebabkan skill memujuk dan menggoda Dy yang membuatkan aku terus jatuh cinta padanya.

Disebabkan oleh aku sudah lama membujang dan pada masa itu aku merasakan inilah masa terbaik untuk aku tamatkan masa bujang aku, eloklah kiranya aku balas cinta Dy. Setelah kami menjadi pasangan couple, kami banyak meluangkan masa bersama.

Selalu dating dan minum kopi diwaktu kerja bersama. Di sinilah hidup aku mula berubah. Disebabkan rasa cinta yang membuak, akhirnya aku terIanjur bersama Dy. Perkenalan selama 5 bulan yang lalu diakhiri dengan satu d0sa yang amat besar sekali.

Selepas kejadian itu, aku merasakan sesuatu yang berubah dalam hidup aku. Selama ini hidup aku tenang walaupun berseorangan. Aku hanya kusut bila perlu siapkan projek clients sahaja tetapi setelah kami terIanjur, aku dapat rasakan jiwa aku sedang mengatakan “this is not right”. Selalu kusut.

Jiwa dan hati aku berubah. Jiwa dan hati aku selalu berdebar. Masa tidur aku dah tak menentu. Aku fikirkan tentang kejadian itu. Itu kali pertama aku terIanjur dengan seseorang. Seorang yang aku sayangi dan cintai. Aku mahu jadikan Dy sebagai isteri aku pada mulanya tapi nafsu mengawal kami sebelum perkahwinan terjadi.

Jujur aku menyesal melakukan itu. Aku istikharah dan mohon petunjuk Allah. Setiap selepas solat, tak pernah aku lupa untuk doakan supaya Allah ampun d0sa aku dan Dy. Akhirnya, aku putvskan untuk mengahwini Dy.

Aku jumpa Dy. Aku bagitahu yang aku nak memperisterikan beliau. Aku taknak hubungan yang sia – sia dan terus menerus melakukan d0sa. Tetapi satu lagi t4mparan buat aku bila Dy menolak untuk aku mengahwininya.

Padahal sebelum ini, kami asyik bersembang berkaitan kahwin. Alasannya beliau masih lagi tidak stabil. Beliau nak jadi seorang independent women. Mungkin 2 – 3 tahun lagi baru nak kahwin katanya. Aku terpaku. Aku buntu. Hati aku resah. M4kin resah dan tidak keruan.

Aku cinta dia dan sebelum ini, dia pun mencintai aku. Tetapi kenapa dia menolak cinta aku? Dy mula berubah. Dia mula menjauh diri dari aku. Dia mula layan aku seperti seorang yang baru dan asing baginya. Pada masa sama, hati aku masih lagi resah.

Tak tenang dan selalu berdebar. Sehinggakan aku tak dapat tidur pada malam hari. Mungkin ini baIasan kecil yang Allah berikan padaku atas segala perilaku aku. Jujur aku katakan, aku nak buang hati dari diri ini. Aku tak nak rasa hati yang tak tenang begini.

Perasaan dan hati yang tidak tenang ini mula mendominasi minda dan diri aku. Aku mula hilang fokus masa bekerja. Apatah lagi aku perlu bekerja dengan Dy. Aku terbayang segalanya bila bekerja dengannya. Hari aku m4kin celaru. Perasaan aku mula tak tentu arah.

Akhirnya aku membuat keputvsan untuk resign dari jawatan aku di firma tersebut. Aku tak boleh bekerja dengan keadaan begini. Hari demi hari seolah hati aku memakan diri aku. Sangat tidak tenang. Dy seolah ingin aku lupakan beliau setelah aku resign dari firma itu.

Dy ingin putvs bersama aku dan menganggap aku sebagai kawan sahaja. Mana mungkin aku boleh lupakan Dy. Aku cuba untuk lupakan beliau. Aku block whatsapp beliau. Tapi ianya tak semudah itu. Hati aku masih meronta.

Hati aku masih tidak setenang dulu. Ini betul – betul azab kecil yang Allah berikan pada aku. Pada masa sama, hadir seorang wanita lain dalam hidup aku. Mira namanya. Kawan aku dari universiti dulu. Kami dah lama berkenalan cuma hanya berkenalan sebagai ex-classmates.

Mira meluahkan perasaan pada aku. Aku jadi serba salah. Mungkin Mira hadir untuk aku lupakan Dy. Tetapi hati aku tak boleh tipu diri aku sendiri. Lagipun, aku k3jam untuk Mira sekiranya aku menerimanya. Aku pernah terIanjur. Aku pernah berz1na.

Semestinya diri aku tidak layak untuk wanita sebaik Mira. Aku sudah berdoa, aku sudah beristikharah, aku sudah tinggalkan Dy seperti yang beliau inginkan. Aku juga tinggalkan kerjaya aku. Aku tinggalkan ibu kota. Aku tinggalkan segalanya untuk aku kembali tenang seperti dulu.

Tetapi masih lagi tidak berjaya untuk buatkan hati aku seperti dulu. Jujur, aku buntu. Apa yang aku harus lakukan untuk hati aku kembali seperti dulu? Semoga Allah ampunkan d0sa aku dan d0sa Dy. Semoga Allah berikan taufiq dan hidayah pada aku dan pada Dy. – Min (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Hai, sekali lagi aku perkenalkan diri aku, nama aku Min. Kali ni, sekali lagi aku meluah di sini. Terima kasih atas segala komen yang diberi pada luahan aku yang pertama. Aku suka. Banyak kata – kata positif dan cadangan untuk aku tenangkan hati dan diri aku.

Alhamdulillah aku mula rasa kesannya setelah aku lakukan apa yang dicadangkan. Namun ada beberapa komen yang mengatakan bahawa aku angau dan terkena “buah teringat” setelah aku terIanjur bersama Dy. Sebab itulah aku jadi resah dan gelisah.

Selalu teringat ketika kami bersama lakukan perkara jijik itu. Jujur dari sudut hati aku, sump4h aku katakan bahawa aku tak pernah angau. Aku resah gelisah bukan disebabkan teringat kami bersama. Tetapi disebabkan hati aku dah tak seperti dulu.

Tak tenang seperti dulu. Kalau kami masih bersama, aku takkan lakukan perkara itu buat kali kedua dan seterusnya. Tak perlu aku cerita details bagaimana perkara itu berlaku. Cukuplah aku katakan yang aku betul – betul menyesal selepas apa terjadi.

Aku masih bersama Dy lebih kurang sebulan selepas kejadian jijik itu berlaku. Masa yang cukup lama untuk perkara jijik itu berlaku buat kali kedua dan seterusnya, namun ianya tidak berlaku kerana aku mula rasakan yang hati aku menghalang diri aku untuk melakukannya.

Melalui komen juga, tergerak hati aku untuk aku meminta sahabat aku yang masih kerja bersama Dy untuk menyiasat beliau. Boleh aku katakan Dy seorang yang agak menjaga privacy. Beliau tiada IG atau FB. Mungkin ada tapi aku yang tak tahu.

Sepanjang aku kenal Dy, aku tak pernah tanya berkaitan sosiaI media disebabkan aku pun seorang yang tiada sosiaI media. Tiada IG. Hanya ada FB sahaja. Inipun akaun anonymous untuk aku baca news sahaja. Tiada add sesiapa.

Bukan untuk mengaibkan Dy tetapi hasil siasatan memang Dy seorang yang agak bersosiaI. Selalu habiskan weekend di tempat yang tak sepatutnya. Aku agak terk3jut disebabkan penampilan Dy semasa kerja agak biasa.

Tiada tanda – tanda yang beliau seorang yang kuat bersosiaI. Seorang yang old school fashion. Sepanjang aku kenal beliau pun, tak pernah beliau berpakaian menjolok mata. Sepanjang bersama aku, tidak pernah sekali aku syak yang beliau seorang yang sebegitu.

Atau mungkin aku yang b0doh atau naif atau terlalu lurus sehingga aku tak perasan semua itu. Terlalu banyak andaian jahat aku mula berfikir bila aku tahu yang beliau seorang yang agak bebas. Semoga andaian jahat aku ni salah dan tidak benar.

Tamat kisah Dy. Bermula kisah aku dengan Mira. Sejak kebelakangan ni, Mira selalu contact aku. Mira dah luahkan perasaannya pada aku. Tetapi aku masih tiada jawapan untuk luahan Mira itu. Sampailah suatu hari aku decide untuk berjumpa Mira.

Aku taknak buat Mira tertunggu. Lagipun umur kami dah penghujung 20-an. Bukan umur untuk buat seseorang tertunggu. Aku decide untuk jumpa Mira di KLIA. Aku menaiki pesawat dari negeri aku ke KLIA. Mira begitu excited untuk berjumpa aku.

Mana taknya, last kami berjumpa pada 6 – 7 tahun dahulu masa di Universiti. Sampainya aku di KLIA, Mira sudah menunggu aku dia pintu arrival. Dengan senyuman yang sangat lebar, aku boleh anggap yang Mira tersangat gembira dengan ketibaan aku.

Aku baIas senyuman Mira dengan senyuman yang agak kelat disebabkan aku tahu yang aku akan h4ncurkan hatinya nanti. Aku datang untuk cerita segalanya berkaitan dengan masa lampau aku kepada Mira. Kisah aku dengan Dy akan menjadi halwa telinga Mira sekejap lagi.

Mungkin ramai yang bagitahu untuk aku tutup aib aku. Allah sudah tutup aib ku rapat tetapi kenapa aku perlu bukanya? Aku tiada jawapan untuk soalan itu. Tetapi selagi mana aku tidak berkata benar pada Mira, selagi itulah hati aku akan menjadi serba salah.

Tambahan lagi, Mira sedang tunggu jawapan cintanya dari aku. Aku tak boleh tipu hati aku. Aku seorang yang bila ada sesuatu yang bermain dengan hati, aku akan berterus terang dan bagitahu segalanya. Aku akan luahkan segalanya.

Aku taknak simpan beban perasaan di hati aku. Aku tahu risik0nya aku dan orang yang dengar luahan aku akan ters4kiti. Namun, itu jalan terbaik untuk aku legakan dan tenangkan hati aku. Aku lebih memilih untuk berterus terang.

Aku berhadapan dengan Mira. Mata kami bertentangan sambil bercerita berkaitan hal masing – masing. Setelah sejam bercerita, aku mula cerita berkaitan kehidupan aku bersama Dy pada Mira. Mira pada mulanya tersangat happy, kini tunduk wajahnya.

Tidak lagi menoleh untuk menatap mata aku. Mira hanya senyap dan mendengar cerita aku tanpa berkata dan bertanya apa – apa. Setelah setengah jam aku bercerita, Mira minta izin untuk balik. Aku nampak Mira mengesat matanya sambil berjalan tinggalkan aku.

Sampai hari ni, Mira tak lagi contact atau Whatsapp aku. Aku tahu perkara ini akan terjadi. Aku pun tidak layak untuk Mira. Mira tersangat baik untuk aku. Sekiranya Mira baca luahan ini, aku minta maaf kerana buka aib aku sendiri padamu Mira.

Aku minta maaf kerana aku bukan lelaki yang kamu harapkan. Aku ada masa lalu yang teruk. Semoga kamu jumpa seorang yang jauh lagi baik dari aku Mira. Tamat kisah aku dengan Mira. Aku masih ada lagi luahan yang aku ingin luahkan.

Luahan berkaitan dengan efek mentaI dan perasaan selepas berz1na. Luahan berkaitan dengan kerjaya dan rezeki selepas kita lupa akan Allah pemberi rezeki. Luahan berkaitan dengan bagaimana z1na penyekat rezeki. Aku rasa semua itu.

Aku rasa bagaimana Allah tarik balik nikmat yang aku ada sebelum ini. Aku ada kerjaya yang bagus. Ada connection yang bagus dan ada kehidupan yang tenang. Tetapi semua itu hilang sekelip mata akibat dari perz1naan yang aku lakukan.

Hidup aku tidak setenang dahulu. Dulu aku hidup berseorangan tetapi amat tenang. Tiada rasa resah dan gelisah. Tetapi sekarang, aku selalu rasa resah, berdebar dan tidak tenang. Seolah hati aku sudah pun rosak dan h4ncur.

Dahulu aku ada kerjaya yang hebat. Setiap hari aku deal dan uruskan projek yang boleh memberi aku income mencecah 5 angka sebulan. Tapi sekarang, aku terp4ksa lupakan kerjaya itu buat sementara waktu. Aku berpindah di kampung aku dan bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit dengan gaji kurang dari gaji minimum.

Tak mengapa, aku okay dengan kerja ini. Aku mula rasa tenang. Lagipun kedai runcit ni bersebelahan masjid. Aku boleh baiki diri aku dengan berjemaah 5 waktu di sini. Aku bermuhasabah diri. Mungkin ini baIasan yang Allah berikan padaku atas segala apa yang aku lakukan. Inilah akibatnya perzinaan yang aku lakukan. Allah tarik nikmat yang pernah dipinjamkan padaku.

Semoga Allah terima taubat aku dan terima doa aku untuk merubah Dy. Aku tahu Dy orang yang baik. Mungkin beliau ada masalah peribadi yang membuatkan dia begitu. Semoga Allah bagi taufiq dan hidayah pada aku dan pada Dy.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus pada aku dan pada Dy. Semoga Allah hadirkan seseorang untuk merubah Dy. Semoga Allah berikan jalan dan tunjukkan jalan yang terbaik untuk jodoh Mira. Semoga kita semua tidak terjebak dengan z1na. Z1na betul – betul merosakkan. Aku dah laluinya. Rosak hati ini. Rosak mentaI aku. Perit rasanya. Tapi itulah, hidup perlu diteruskan – Min (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Qymaa El Eamiry : Tanda benar – benar bertaubat ialah lupakan d0sa tu dan tak sebut- sebut dah. Kalau lupa terus tu orang giIa je, pasti kadang – kadang teringat tapi terus usaha melupakan. Kadang – kadang buat d0sa ada juga hikmahnya supaya kita sentiasa rasa diri kotor, dan merasa orang lain semua lebih baik dari kita, jadi tiada sifat – sifat takabbur, ujub dan lain – lain.

Cuma pasal kerja takkanlah nak kerja camtu kan, kena lah kembali kerja baik – baik supaya yakin diri. Jangan sebut – sebut dah pasal z1na tu, orang islam tiap hari adalah hidup baru. Yang berlalu biar berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Nurul Zol : Teringat kisah sebelum ni. Yang perempuan tu bercinta sampai terjebak dengan z1na then putvs laki tu tinggalkan dia. Dapat dekat tt, laki yang tak pernah berz1na. Laki tu rasa bertuah dapat bini dia. Asbab masa lalu yang hitam. Dapat membuatkan diri kita lebih baik pada masa depan. Cuma bezanya mira tak dapat terima tt. Luahan sebelum ni, laki tu boleh terima bini dia yang dah takde d4ra. Sape ingat kisah tu?

Naazhira Nazri : Saya rase awak lelaki yang baik. Orang yang baik, bila dia buat salah / d0sa jiwanya akan rasa gelisah, tak tenang. Tapi kalau orang yang dah biase buat salah dan d0sa ni, hatinya keras hingga tak dapat rase betul atau salah.

Takde rase ckit pun salah walaupun bersalah. Teruskn bertaubat. Sedekah. Maafkan diri. Minta maaf pada Allah. Solat taubat hari – hari. Allah masih sayangkan awak, dia tak hanyutkn awak dengan d0sa lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?