Sekarang isteri pertama ku Nadia dah berubah, aku rindu dia yang dulu

#Foto sekadar hiasan

Jujur cakap, aku tak tau macam mana nak mulakan cerita ni. Tapi aku bagi pengenalan ringkas. Aku ada dua isteri, Nadia ( isteri pertama) dan Mira ( isteri kedua). Aku dan Nadia kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu muItinati0nal cor0oration terbesar di Malaysia. Nadia audit0r, aku IT technician. Nadia tua 7 tahun dari aku, dia 32 dan aku pula 25.

Sejak aku join company ni, Nadia memang antara staff perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Nadia sebab dia tinggi, putih meIepak dan muka baby face. Nadia ni jenis serius and kurang bergauI sikit.

Satu hari tu Nadia buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So aku kene on call repair laptop dia kat s1te. Da dapat nombor Nadia, aku mula ng0rat sebab aku pun dah lama crvsh kat dia. Sebulan kami berkawan, aku jatuh hati dengan sifat keibuan Nadia (lelaki baya aku banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin. Tak sempat sangat bercinta tapi aku yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak aku tau ramai kenalan aku berebut nak tackIe Nadia.

Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Nadia selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and aku akan jaga dua anak kami bila dia outstation. Pertengahan 2018 aku terjebak dengan t1nder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula – mula sekadar nak chat bila Nadia outstation, sampai la aku jumpa Mira.

Mira muda 10 tahun dari aku. Kali kedua aku jatuh hati sebab perangai manja dan caring Mira (masa ni aku dah 32 dan lelaki baya aku banyak suka anak gadis macam Mira). Terdesak nak kahwin dengan Mira, aku jujur dengan Nadia. Aku ingat lagi, mula – mula Nadia nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku. Nadia redha je benarkan aku kahwin dengan Mira.

Masa ni aku rasa berbeIah bagi sangat – sangat. Tertekan sebab dah janji nak nikahi Mira dan dalam masa yang sama sedih sebab Nadia seolah – olah nak lepaskan aku. Sebelum kahwin, Nadia siap pesan jangan risau pasal belanja rumah dan anak – anak sebab dia kerja tapi Mira tak. Jarak rumah Mira dan Nadia cuma 5 minit drive.

Mula – mula dulu, aku jaga anak – anak di rumah Nadia bila dia outstation tapi lepas tu aku minta bawak balik mereka ke rumah Mira. Senang sikit bila aku kerja and Nadia pun tak kisah. Bagi Nadia tak apa anak – anak kenal Mira tapi dia tak nak face to face berdua dengan Mira. Jadual giliran tak tetap sebab Nadia travel 3 – 5 hari seminggu. Bila Nadia outstation, aku kat rumah Mira, bila Nadia tak travel aku di rumah Nadia. Namun kadang – kadang aku sengaja stay dekat 2 – 3 minggu di rumah Mira sebab nak uji perangai tak kisah Nadia.

Dalam 4 bulan lepas aku kahwin, Nadia resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak – anak Nadia hantar di nursery sampai dia habis kerja. Masa ni aku mula honeymoon dengan Mira sampai 4 – 5 bulan tak balik ke rumah Nadia. Sekalipun Nadia tak bising mintak aku balik.

Sepanjang ni Nadia banyak spent masa bercuti dengan anak – anak tanpa aku. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke Jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa aku. Hanya sebab tak nak Iukakan Mira, aku menolak pergi bercuti dengan mereka.

Lama kelamaan aku jadi sunyi dengan Mira. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan aku rindu nAk bersama keluarga aku. Mira tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan aku tak pernah berbuka dengan Nadia. Baru ni aku balik ke rumah Nadia, sedih sebab Nadia lanGsung tak expect aku balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak – anak aku, bubur nasi dan nugget.

Lepas anak – anak tidur, aku tunggu Nadia lama dalam bilik. Nadia masuk malu – malu and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni aku rasa macam lamanya aku dah abaikan Nadia. Aku terus luahkan apa yang terpendam. Kenapa tak f1ght hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan aku kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan aku, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah aku main kayu tiga dan banyak lagi kenapa.

Lama Nadia diam, pastu dia nangis. Rupanya Nadia dah lama tahu pasal aku dan Mira. Berbulan sebelum aku mintak izin untuk nikah kali kedua. Nadia makan hati dengan aku tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga. Kata Nadia, sepanjang aku kahwin dengan Mira, Nadia dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia diceraikan.

Masa ni aku rasa sedih sangat. Nadia betul – betul dah tawar hati dengan aku. Disaat aku abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak – anak. Nadia suruh aku cari kebahagiaan dengan Mira dan mintak aku lepaskan dia.

Nadia bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak – anak aku. Nadia mintak aku jangan persiakan Mira sebab andai kata kami tiada jod0h aku masih ada Mira untuk jaga aku. Berkali aku tanya Nadia, tak sayang aku ke? Tak benci Mira ke? Nadia baIas dia dah tak ada hati untuk sayang and dah tak ada hati untuk benci.

Aku betul – betul buntu dengan Nadia. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan aku.

Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. Aliff Aziz tu untung Bella masih nak pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terIerai.

Macam aku Nadia betul – betul dah buang aku dekat Mira.

– Amin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Che Max Molex

Aku rasa funny bro bila kau kata kenapa dia macam tak endahkan kau, tak f1ght, tak sayang, etc. At the end, dia juga ke yang salah? Aku dapat rasa bila dia mula tukar kerja tu, dia mesti nak make it right, tapi bila kau 4 – 5 bulan tak balik sedangkan dia dah tak outstation, tu lah aku rasa fasa tawar hati dia mula develop and escalate further.

Sepatutnya bila dia kerap outstation dan jaga anak sorang, kau patut duduk berdua bincang, bukannya start cari perempuan lain untuk chat dan hilangkan sunyi. Move on, Nadia. You are generous enough to donate your used man to others. Haha..

ربيعة عدانن

Kau memang carik pasal bro, kau carik pasal dengan perempuan yang ada kerja, indipendant, cantik dan segala gala cukup. Ibarat kalau kau tak ada pon, tak ada beza apa pon. Dan sejenis perangai perempuan bila dah move on, kau meninggaI pon dia dah tak heran dah. Good luck bro, my suggestions, kau teruskan hidup dengan mira yang kau hadap sangat tu.

Kau poligami tak salah, tapi bila kau menyundaI senyap – senyap, kau abaikan isteri kau even dah kahwin kau tak adil dalam pembahagian giliran, nampak sangat kau k3ji dan sepadanlah dengan perempuan menyond0l tu. Dah la ambil hak orang, menggedik tak nak berbuka sorang konon, kau dengan mira memang sepadan. Dua dua k3ji, lepaskan Nadia. Dia deserved someone better than you.

Kouru Kanagawa

Kalau masih sayangkan Nadia, mengapa tak f1ght untuk memenangi hatinya semula. Tingkah laku Nadia itu sebenarnya hanya luahan hatinya yang mer4na kerana anda tidak setia. Dia cuba membuat anda pula jadi mer4na. Dan dia berjaya.

Andai anda masih menyayangi Nadia, tunjukkanlah pada nya. Bincang dengan Mira bahawa anda tidak mahu kehilangan dua – dua isteri anda. Dan anda kena bersikap seadil – adilnya. BeIailah semula hati Nadia dengan sikap yang baik dan prihatin dari anda.

Paling penting ketaatan anda pada yang Maha Esa. KepadaNya mohonlah petunjuk dan hidayah agar kasih sayang anda dan Nadia sentiasa dirahm4ti.

Hazirah Hj Hamzah

Kalau aku jadi Nadia pun, aku buat macamtu. Bagi aku tak perlu nak terhegeh – hegeh kat lelaki yang takdak hati kat kita. Move on je. Hidup sendiri dengan anak pun bukannya susah. Masih boleh hidup.

Dulu 1st married rasa menyesal sebab punyalah pujuk rayu si ex. Nak pertahankan rumah tangga. Sudahnya dia buat aku macam kain buruk. Ser1usly rasa macam orang bod0h pulak pi terhegeh – hegeh pujuk ex sampai dalam eddah 3 bulan pun masih berharap rujuk balik.

1st married ajar banyak perkara yang insyaAllah takkan diulangi dalam perkahwinan ke 2 ni. Dah takde aku nak pujuk rayu bagai. Kalau hati kat orang lain memang aku suruh dia pilih pompuan yang dia suka dan sila lepaskan aku. Kalau rasa malas nak usaha untuk keluarga maka pilihlah kemalasan hingga kiam4t tu dan biar kami anak beranak hidup sendiri. No more pujuk rayu terhegeh – hegeh.

Siti Zulaikha Zakaria

Dalam dunia nih, yang paling bah4ya bukan bila isteri marah – marah. Tapi bila isteri dah tak nak bercakap walaupun sepatah. Lelaki selalu silap, selalu ingat yang meny4kitkan hati bila isteri marah, membebeI. Yang sebenarnya paling bah4ya bila isteri dah tak dak perasaan untuk marah atau membebel..

Apa kata anda?