Sekarang saya dapat tahu bekas suami dah ada kewangan yang kukuh, jadi saya rasa nak balik dekat dia

Waktu perniagaan bekas suami saya bankrup, saya tinggalkan dia balik rumah mak. Waktu itulah saya berkenalan dengan suami saya sekarang yang juga suami orang. Bila 2 – 2 dah bercerai kami pun berkahwin, tapi sekarang dah 8 bulan saya kahwin dengan suami, jauh beza per4ngai suami dengan bekas suami. Apa yang lagi perit saya dapat tahu, bekas suami sekarang dah bercinta dengan janda suami saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam warga Facebook. Saya nak cerita tentang kisah saya dan suami sekarang. Saya kenal suami saya dari wechat. Kami selalu berhubung di wechat akhirnya sampai minta no fon sekali.

Kami selalu video call. Sebenarnya suami saya dulu suami orang dan saya masa tu pun isteri orang. Bekas suami saya dulu kerja biasa je. Saya ada rasa tertekan dengan bekas mak mertua yang dulu.

Jadi saya tinggal di rumah keluarga saya. Hampir 3 bulan, jadi saya rasa bosan. Saya jenis yang suka media sosiaI dan bekas suami saya tidak tahu apa semua tu sebab saya control hidup dia dulu.

Bekas suami saya tak pernah skip bagi nafkah, saya tak nafikan memang bekas suami ada rupa. Dulu bekas suami saya pernah senang, ada duit dan banyak perempuan sukakan dia. Saya jadi marah dan saya control hidup dia.

Bisnes keluarga dia bankrup, dan hidup dia jatuh. Waktu itulah saya balik rumah mak saya. Saya bawa anak dan ketika itu saya mula kenal suami saya yang sekarang. Suami saya sekarang kerja polis.

Masa dia jadi suami orang, saya tak kisah sebab saya pun isteri orang Ada sekali tu kant0i, bekas bini suami saya marah – marah saya. Dia kata dia dengan suami tu dari kosong sehingga suami dapat kerja yang bagus – bagus.

Saya pulak yang dia tuduh. Macam – macam. Jadi saya ambik keputvsan untuk putvskan hubungan dengan bekas suami saya masa tu. Tapi, sebenarnya saya dah mula sukakan suami saya dan cinta saya terhadap bekas suami saya jadi pudar.

Saya jumpa suami saya masa kita orang bercinta, dia ada dengan saya sampai saya lupa saya ni masih isteri orang.. Yela, suami saya kerja kerajaan, bekas suami saya kerja biasa saja. Lagipun bekas bini suami saya tu gemuk.

Jadi saya ambik keputvsan untuk minta cerai dengan bekas suami saya. Ya, saya ada 2 orang anak bersama dengan dengan bekas suami. Suami saya pun ada anak sorang perempuan dengan bekas isteri.

Masa bekas suami saya lafaz cerai di mahkamah, saya nampak dia tidak menangis sedikit pun sebab itu yang saya nantikan. Masa suami saya ceraikan bekas isterinya, dia warning kat saya, “menyesal kau nanti”.

Kata – kata tu terngiang – ngiang di ingatan saya min.. Lepas 2 2 dah bercerai.. Saya dan suami ambil keputvsan nak nikah lepas abis eddah. Setiap bulan suami bagi nafkah anak dekat si bekas isteri. Sebab suami saya kerajaan.

Dia minta pot0ng dari gaji. Hak jagaan anak saya dan bekas suami, saya dapat seorang anak, dia pula dapat seorang lagi. Jadi ada sikit nafkah anak untuk saya. Tapi masalahnya sekarang, sudah 8 bulan kami nikah, nampak jelas perbezaan antara bekas suami dan suami saya sekarang.

Bila di rumah, suami saya sentiasa main HP, tak ada masa dengan saya. Semua kerja rumah saya yang buat. Kalau dulu, bekas suami saya balik kerja, dia tolong saya basuh baju, masak dan masa saya tido, dia tolong jaga anak.

Lagi perit bila saya dapat tau bekas suami saya sekarang dah stabil dari segi kewangan.. Bisnes keluarga dia dah stabil dan m4kin stabil. Paling saya tak sangka bekas suami saya sekarang bercinta dengan janda suami saya sekarang.

Saya terk3jut, sejak bila mereka berhubung? Sejak bila mereka ada perasaan sayang? Kenapa begitu cepat? Yang paling saya terk3jut, janda suami saya m4kin cantik, kurus, m4kin putih.. Dia berniaga bisnes online.

Saya nak berniaga macam mana? Setiap bulan suami saya bagi cukup – cukup untuk saya sahaja. Pot0ng hutang, Nafkah anak.. Kalau bekas suami saya dulu, tiap bulan seribu dia kirim untuk saya.

Rasanya kata – kata janda bini suami saya dulu, dah kena dengan saya sekarang.. Suami saya pun, baru – baru ni saya bagi tau dia yang janda dia dengan duda saya bercinta, suami nampak macam marah. Dia t3ngking saya.

Saya tengok hp dia, rupanya dekat fb suami saya selalu staIk bekas isteri dia. Ada whatapps cakap rindu anak, s4kitnya hati saya. Tapi janda dia tak baIas pun, bluetick saja. Jadi saya baIas dend4m, saya chat bekas suami saya.

Saya cakap rindu anak saya sorang kat sana. Anak saya sini pun rindukan daddy dia. Tapi nak tahu apa jadi, dia bluetick jugak… Yela orang tengah bahagiakan. Saya rasa saya nak balik ke bekas suami saya dari yang sekarang ni suami saya sekarang asyik hadap HP.

Kerja rumah pun tak tolong saya. Nak layan anak saya lagiIah, kalau anak dia semua dia beli. Bekas suami saya pun macam tu, semua barang anak janda suami saya tu dia beli. Post kat fb r0mantik – r0mantik.

Tak kesian ke kat anak dia yang kat sini.. Macam mane ye saya nak dapat hati suami saya sekarang sedangkan saya asyik ingatkan bekas suami…? Jangan kecam ye.

Komen Warganet :

Florris Jaingging : Kan karma datang. Lain kali jangan turutkan nafsu hati, itulah jadinya. Dah bagus dapat laki begitu sanggup tinggalkan. Apa nak buat, nasi sudah jadi bubur walapun bubur jadikanlah bubur itu sedap, supaya kamu pun kenyang dan puas hati.

Jangan pula nak masak nasi tak jadi, bubur pun tak jadi. Pandai – pandailah ko menguruskan rumahtangga. Seeloknya ko sendiri yang berubah, memperbaiki sikap dan hati. Jangan nanti suami berubah hati pergi kat orang lain.

Mazlinda Sharifudin : Kenapa eh perempuan sekarang (tidak semua tapi segelintir) , bersuami tu susah je, dah nak mintak cerai. Lepas tu pasang lelaki dekat luar kemudian bagi alasan macam – macam.

Cakap tak sukalah, dah lepas tu menyesal pulak! Kenapa nak menyesal!! Bukan itu pilihan kau ke?? Allah sekarang bayar CASH tau dekat dunia ni. Tak perlu tunggu m4ti. Sebelum buat apa – apa keputvsan fikirlah.

Ingat Allah, bukan fikir nak seronok – seronok.  Sekarang ni dunia dah akhir zaman.. Macam Ustazah cakap, bila dunia dah Akhir Zaman, kita ni perlulah jaga keluarga kita, bukan musn4hkan rumahtangga.

Umie Mya : Begitulah kehidupan, bila tidak bersyukur dengan apa yang ada, tidak pandai menghargai apa yang ada di depan mata. Yang dikejar tak dapat yang dikend0ng berciciran.. Bila dah tiada baru diingati semula.

Redha la sis. Cerita sis ni banyak pengajaran yang tersurat.. Semoga setiap yang baca mengambil ikhtibar kepada kita semua termasuk diri ini..

Nor Khusana : Perempuan gemuk itu dulu terlalu komitted mengurus rumahtangga sampai lupa nak hias diri, tak nak bersosiaI demi taat dengan suaminya dan putvskan hubungan dengan dunia luar.

Selepas diceraikan perempuan itu perlu buat sesuatu agar dapat melupakan peristiwa duka. Dia nampak jalan berniaga online. GhaIit mengurus perniagaan menyebabkan dia abaikan makan minum hingga kembali slim.

Jangan kau sangka perempuan yang terIuka akan terus melayan duka. Kini dia bangkit, kamu yang terkedu. Sudahlah lupakan bekas suami kamu. Nanti kamu rujuk bekas suami, kamu teringat pula dengan suami kedua. Teruskan sahaja hidup kamu seadanya.

Mohamad Faiz Abdul Wahab : Itu lah kifarah Allah bagi dekat kita. Allah dah bagi yang terbaik untuk kita, tapi kita rasa tak cukup dan tak bersyukur, akhirnya menyesal. Ingat, baIasan Allah bagi tak payah tunggu dekat akhir4t kat dunia pon Allah bagi CASH.

Apa kata anda?