Sekitar Majlis Pertunangan Zara Zya dengan Hafreez Adam

Sebelum ini tuIar apabila berita Zara Zya telah pun dirisik oleh buah hatinya, Hafreez Adam pada 8 September lalu. Zara Zya memberitahu mempunyai sebab tersendiri merahsiakan kunjungan keluarga kekasihnya  untuk merisik.

Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa. Hafreez Adam mengakui ikhlas menyintai Zara Zya dan tidak melihat jarak usia empat tahun tahun sebagai haIangan untuk mereka menjalin hubungan sebagai kekasih.

Hafreez berkata, dia selesa dengan kematangan Zara, malah menyifatkan pelakon yang dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant itu sebagai wanita yang tahu membahagiakannya.

Alhamdulillah, hari ini mereka telah melangsungkan majlis pertunanganan di Kuang, Sungai Buloh. Majlis itu dihadiri keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

“Saya minta maaf sebab tidak maklumkan awal atas atas permintaan keluarga yang mahukan majlis tertutup. Sebenarnya tak ada niat nak sorokkan.”

“Majlis tadi berjalan lancar. Sejujurnya, sejak sebulan lalu lagi memang berdebar sebab nak melangkah ke fasa baru sebagai tunangan orang. Apatah lagi majlis hari ini mempertemukan keluarga besar kedua belah pihak. Sebelum ini membabitkan kedua ibu bapa dan adik beradik saja,” kata Hafreez.

“Atas permintaan keluarga kalau boleh bertunang dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki lebih cepat lagi bagus iaitu mungkin enam bulan.”

“Malah, untuk majlis nikah dan persandingan nanti kami merancang buat di sini saja. Jika boleh sekalikan majlis persandingan untuk kedua belah pihak,” tambahnya lagi

Pada majlis itu Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Zara.

Selain itu, Hafreez juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Tahniah sekali lagi untuk Zara Zya dan Hafreez. Nak kahwin lagi jemput la ye semua peminat.hehe

Lagi gambar dan video.

Kongsi Artikel Ini :