Selama ni isteri hanya surirumah jaga anak OKU, tiba-tiba anak call menangis bagitahu isteri saya dah lari. Saya report polis

Isteri minta izin nak keluar konon jaga mak mertua saya yang s4kit. Rupanya dia pergi lari ikut lelaki yang dia baru kenal dekat FB. Saya siasat dan dapat jumpa, isteri lelaki tersebut. Lelaki tersebut adalah ustaz jadian, kikis duit..

#Foto sekadar hiasan. Saya hairan macam mana isteri saya sanggup tinggalkan 4 orang anak kami. Untuk pengetahuan, seorang daripadanya adalah anak istimewa yang dia sangat sayang. Lebih maIang isteri saya bukan masih muda, sebaliknya usianya dah dekat 50 tahun dan anak sulung kami sudah pun bekerja.

Jadi apa sebenarnya yang dia mahu cari dalam hidupnya selama ini. Saya namakan isteri sebagai Timah ( bukan nama sebenar ). Saya bukan seorang suami kaki pukuI, malah banyak dah bantu dia dalam kerja rumahtangga, saya beri dia duit untuk perbelanjaan beli pakaian dan kegunaan peribadi.

Kerana dia suka berpakaian mahal. Saya ikutkan kehendaknya sebab dia tak ada ramai kawan di kejiranan kami sebab sibuk uruskan anak istimewa kami dan keluarga. Saya berterima kasih dan hargai apa yang dibuat untuk keluarga.

Kerana di rumah ada computer, anak – anak ada fb, Timah pun teringin buka fb, saya benarkan dan anak saya sendiri ajar dia buka fb. Saya tahu dia kesunyian tinggal dengan anak istimewa kami, jadi biarlah dia ada fb agar dia gembira, boleh berkawan.

Bila dah pandai, saya tak tahu dia buka 2 akaun dalam fb. Bermula dari situlah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang pandai mengg0da dan mahir dengan ayat – ayat cinta. MaIangnya dia tidak tahu bezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Dia percaya terus.

Sebenarnya tidak lama dia kenal dengan lelaki tersebut sebab pada bulan puasa tahun lepas dia baru ada fb. Tetapi dalam masa singkat hubungan mereka telah menjadi erat. Saya mula sedar perubahannya bila dia sering terima mesej yang tak pernah berlaku sebelumnya.

Bila ditanya, katanya kawan. Peliknya malam tengah tidur pun ada mesej masuk. Saya mula mengesyaki sesuatu, satu hari saya buka mesej isteri dan saya lihat perkataan yang aneh – aneh, bila tanya katanya kawan perempuan.

Saya diam juga. Nak jadikan cerita satu hari anak istimewa saya telefon saya ke pejabat. Saya terk3jut, dia pandai telefon saya, kerana setahu saya dia tak tahu nombor telefon saya. Dia menangis, katanya hujan lebat ada p3tir kiIat dia takut.

Saya terk3jut sebab katanya emak sudah keluar belum balik lagi. Setahu saya, isteri tak pernah tinggalkan anak kami sendirian. Saya diam je tapi dalam diam saya cari bukti. Dengan bantu anak sulung yang celik computer, dia buka akaun fb ibunya.

Dia terk3jut kerana katanya ibunya bercinta dengan lelaki lain. Dia sendiri tak sanggup baca luahan cinta mereka berdua. Barulah terb0ngkar aktiviti Timah selama ini. Rupa hubungan mereka sudah jauh walaupun baru beberapa bulan berkenalan. Anak saya merayu supaya saya bertindak sekat kegiIaan ibunya yang bercinta itu.

Saya memang tak sangka, dia baru je berkenalan dan baru ada fb tapi sudah jatuh cinta. Tak tahu bezakan antara buruk dan baik. Saya berdepan dengan isteri dan nasihatkan dia supaya tidak melakukan kerja – kerja bod0h. Ingat diri dah tua, anak – anak dah besar, malulah kepada mereka.

Saya juga tanya pada isteri, apa yang kurang layanan saya dekat dia selama ni. Semua kehendaknya saya ikutkan, saya berikan segalanya. Dia mengaku kesilapannya dan saya pun memaafkan sebab saya fikir mungkin dia kena kejutan budaya kot sampai jadi hanyut.

Tak berapa lama kemudian, nak jadikan cerita, isteri minta izin saya untuk melihat dan menjaga ibunya yang s4kit. Saya hairan, sebab bukan baru mak mertua saya tu s4kit, dah lama dan dia tak pernah nak jengok apa lagi nak jaga ibunya.

Sebab hubungan isteri saya dengan ibu dan adik beradiknya yang lain tak berapa baik. Mereka selalu berseIisih faham. Kerana dia mengaku dah insaf kononnya dan nak berbakti kepada ibunya yang s4kit, saya izinkan. Tapi adik – beradiknya pelik, sebab hubungan mereka sentiasa tegang sampai ke saat itu.

Ketika dia keluar rumah untuk pergi menjaga ibunya, isteri ambil kesempatan lari tinggalkan rumah dan anak – anak. Saya terk3jut bila dia tak balik ke rumah dan tak dapat dihubungi dengan telefon. Adiknya di kampung pula beritahu isteri saya tak ada.

Saya buat 2 kali laporan polis apabila isteri tak balik ke rumah. Saya bimbangkan keselamatannya. Harapan saya supaya dia dapat ditemui dan dibawa balik, tetapi isteri saya gagal di kesan. Namun hasil pencarian dari fb isteri, saya dapat mengesan lelaki tersebut.

Dari situ saya dapat mengesan isteri lelaki tersebut yang jadi kawan Timah. Isteri lelaki tersebut bernama Su, dari beliau, saya dapat tahu suaminya mengaku dirinya seorang ustaz dan pernah jadi penceramah jemputan, kerana dia pernah belajar sekolah pondok di Kelantan.

Dia mengaku ustaz walaupun tahu sedikit je soal agama. Dia pernah berkahwin 2 kali dan menceraikan mereka sebelum berkahwin dengan Su. Dia ada 6 orang anak. Ustaz ini tak berkelayakan pun, sekolah pondok pun tak habis, tetapi dengan sedikit asas agama dia berjaya memperdaya wanita jatuh cinta padanya.

Kata Aini, dia ditinggalkan setelah duit simpanannya berjumlah lebih RM80K habis di kikis oleh suaminya ustaz ini. Dia juga m4ngsa g0daan dan pujukan sebelum berkahwin, ketika itu dia seorang balu kepada seorang pegawai kerajaan. Bagaimana pun mereka tidak mempunyai anak.

Lebih maIang dia tinggalkan Aini ketika Aini s4kit dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda, sebab ced3ra dipukuI oleh suaminya sendiri. Walaupun dia tak cac4t sepenuhnya, tapi untuk jangka masa yang panjang dia terp4ksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Hingga kini dia masih menjalani rawatan.

Kata Aini, dia pernah buat laporan polis tapi maIangnya pihak hospitaI tak menjumpai laporan kesihatannya menyebabkan laporan poIis yang dibuatnya tidak dapat dipanjangkan oleh pihak polis. Memang lelaki Islam tak ada masalah kahwin lagi kalau isterinya s4kit, tetapi dalam kes ustaz ini Aini s4kit kerana suami sendiri.

Semuanya kerana dia tak dapat duit lagi dari Aini. Dan dia tidak boleh berkahwin dengan Timah sebab kami belum bercerai. Kata Aini, suaminya buat pelbagai jenis pekerjaan termasuk jadi pemandu lori tapi maIangnya pekerjaannya tak pernah kekal kerana sikap panas barannya.

Dia tak suka kerja di bawah perintah orang. Dia lebih suka bergaul dengan kawan – kawannya dan berIagak macam orang banyak duit. Berbalik kepada cerita Timah tadi, dia bukan banyak duit, tetapi adalah sedikit simpanan dan sedikit barang kemas yang saya belikan, tetapi rasanya kini hidupnya mungkin terhimpit kerana Timah tidak ada simpanan lagi.

Kata saud4ra yang pernah terjumpa Timah, kini Timah terp4ksa bekerja untuk menyara hidupnya. Bila tak berduit untuk bayar sewa rumah dia pernah menumpang di rumah saud4ranya beberapa bulan. Kini pindah lagi setelah jejaknya dikesan.

Saya pernah merayu kepada saud4ra Timah supaya pujuk Timah balik, sebab kami bukan bercerai. Dia lari tinggalkan rumah. Masalahnya, anak istimewa kami terlalu rindukan ibunya hinggakan selalu demam, saya risau dengan kesihatan anak. Mengapa Timah buta hati dan perasaan melalui keperitan hidupnya sekarang.

Dulu Timah tidak pernah bekerja, dia cuma uruskan keluarga. Makan minum semua saya sediakan tapi sekarang dia terp4ksa bekerja untuk hidup dan beri wang untuk ustaz tersebut. Apa jadi ayat – ayat cinta mereka dahulu.

Kata Aini, dia tak terk3jut jika Timah jadi sepertinya. Dulu dia juga begitu, jadi bod0h ikut setiap arahan ustaz. Hingga duitnya habis, kini dia ditinggalkan. Dia bimbang Timah juga jadi bod0h sepertinya. Itu kepandaian ustaz dan ilmunya, kerana itu Aini masih takutkan ustaz.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.