Selama ni mak nampak tenang, tabah orangnya. Satu hari saya teman mak beli barang. Tiba – tiba mak menangis, dia penat

Kami harapkan ayah m4kin tua sedar diri dan berubah tapi saya tengok, tak pon. Saya cakap kalau mak dah pencen nanti mak nak cerai, mak cerai lah. Kami anak – anak okey je, dah besar. Mak dah tak perlu berk0rban untuk kami..

#Foto sekadar hiasan. Hai admin. Mohon hide profile saya yaa. Saya bukan nak luah pasal masalah saya, saya cuma nak kongsi nasib tentang mak saya yang bertahun – tahun hidup dengan suami t0xic. Saya kesiankan sangat mak saya, bertahun – tahun kahwin jarang  -jarang dapat hadiah, pakaian semuanya mak saya yang beli sendiri.

Itu pon jarang sebab duitnya semua pergi ke perbelanjaan anak – anak. Saya rasa tak pernah langsung tengok mak dapat reward diri sendiri dengan gaji dia. Setakat dapat tapau makan itu pon tetap kene beli untuk anak – anak.

Mak ayah saya dua – dua kakitangan kerajaan, tapi sejak ayah saya buat per4ngai berbelas – belas tahun dilu (ada perempuan lain) Semua tanggungjawab dia jadi culas. Bil – bil dekat rumah kebanyakan mak saya bayar, duit – duit belanja keperluan anak kebanyakan mak saya juga bayar, ayah saya hanya sesekali menghulur macam nak raya ke atau kami ni nak sambung belajar ke baru la ayah hulur dalam RM1000 macam tu.

Kadang – kadang adalah topapkan barang dapur sesekali itu pon kalau mood dia tengah baik. Bila sampai tengah bulan semuanya mak saya, yang dia tolong hanya bayar duit kereta itu pon RM 250 dari RM650. Rumah yang mereka duduk sekarang pon atas loan nama mak tapi tanah ayah saya.

Kereta pon semuanya loan mak. Nafkah pada mak lagiIah, kadang – kadang ade kadang – kadang takde. Ikutkan gaji sama je dua – dua. Mak saya sangat sangatlah tabah orangnya, dah jenuh mak menangis. Mak kuat melangkah sendiri, dia tak nak cerai sebab fikir anak – anak.

Ayah saya bab ajar anak agama memang bagus, semua a – z ajar solat sampai kami khatam alQuran, semua dia ajar sendiri. Tapi mungkin la Allah juga beri dia ujian lain, selalu berpaling hati pada mak saya. Rumahtangga diorang memang jarang – jarang bahgia, kalau dalam sebulan tu kadang – kadang 2 minggu dia baik dengan mak kadang – kadang 2 minggu dia buat tak layan je pada mak.

Mak selalu pesan dengan kami adik beradik, jangan benci pula pada ayah, cukuplah mak saya je yang menanggung sedih dan ini semua adalah hal mereka suami isteri. Kami harapkan ayah m4kin tua sedar diri dan berubah tapi saya tengok, tak pon. Masih sama macam itu jugaaa. Duit gajinya entah la mana pergi.

Mak selalu sedapkan hati kami mungkin ayah simpan kot nak bawa kita semua umrah ke bila dah pencen nanti. Mungkin dia simpan nak besarkan rumah ke, itu ini ke. Macam tu je mak saya cakap nak bagi sedap hati. Tapi entahlahkan wallahualam.

Cuma hari tu saya bawa mak temankan dia beli barang keperluan dia sikit, sekali mak ternangis mengenangkan kepenatannya tu. Sebab ayah tahu nak marah je, mak penat balik kerja kadang – kadang tak sempat kemas rumah, tak sempat nak masak, semua tu akan buat ayah nak angin.

Saya cakap pada mak, habis kalau dia nak isteri yang sempurna suruh jela mak berhenti kerje dan semua perbelanjaan termasuk nafkah pakaian makan minum mak boleh ke dia tanggung dari A sampai Z? Banyak bunyi pula! Habis dia yang banyak kes pernah curang semua tu baik sangat ke ?

Menangis mak saya, sampai saya cakap kalau mak dah pencen nanti mak nak cerai, mak cerai lah. Kami anak – anak okey jee dah besar. Tak payah mak nak k0rbankan lagi hati mak untuk kami ni merasa ada mak ayah dua – dua depan mata tapi hakik4t mak selalu sedih.

Saya dah tak sanggup lagi tengok mak saya kejap bahagia kejap d3rita memendam rasa. Biarlah kalau ayah saya tak juga insaf tak juga sedar diri kami lagi rela mak ayah kami bercerai. Biarlah mak habiskan sisa hidupnya merasa ada duit pencen untuk bahagiakan diri dia pula. Tapi yela saya pon sayangkan ayah saya walaupun dia begitu…

Hari – hari saya doa semoga Allah tu bukakakn pintu hati ayah saya biarlah dia berubah dan hargailah mak saya selagi dia ada. Saya sedih sangat, sedih sangat – sangat tapi nasib baik kami ni adik beradik jenis kuat kental walaupun mak ayah selalu berg4duh, dingin depan mata kami, kami tetap usaha belajar rajin – rajin untuk banggakan mereka.

Doakan kami sekeluarga yaa. Semoga ada sinar Allah berikan buat mak dan ayah saya. Doakan juga semoga saya cepat – cepat dapat kerja supaya dapat bantu mak, dapat bahgiakan mak saya sementara dia masih ada.

Komen W4rganet :

Nurul Hidayah : Kesalahan seorang isteri yang dis4kiti bila tak nak bercerai ialah, “bertahan sebab anak – anak perIukan bapa”. Saya nak cakap ni, betul anak – anak perIukan bapa tapi bapa yang boleh jadi role model. Bapa yang baik, bertanggungjawab, pendidik, penyayang”.

Jangan disimpan suami yang t0xic sebab anak – anak membesar dengan melihat father figure yang tak baik. Anak – anak akan mend3rita dalam diam. Hati mereka lebih berkecai tengok bagaimana ibu mereka dilayan dengan teruk. Lebih baik tiada ayah.

Anak – anak boleh dapat father figure daripada ayah kita (atuk), atau pakcik – pakcik, atau abang – abang lain yang sesuai jadi father figure. Persekitaran anak – anak sewaktu membesar sangat penting supaya mereka tak depr3ssed setiap masa.

Apalah gunanya ayah depan mata tapi setiap hari berkelahi dengan ibu. Anak mend3rita, ibu juga mend3rita. Rumahtangga tak bahagia. Pendapat saya, jika isteri MAMPU jadi single parents, jadilah. Hiduplah untuk dirimu dan anakmu.

Siti Aisayaah Daud : Dik.. jika ayah awak tak mampu bahagiakan mak awak. Awak dan adik beradiklah ambil tanggungjawab tu bahagiakan mak. Bantulah mak tu semampu kalian, mudahkan urusan dia. Berilah masa kalian sebaik – baiknya buat mak awak.

Sentiasalah ada di sisi dia walaupun hanya sekadar video call. Awak lebih mengenali ibu awak, pasti awak tahu apa yang ibu awak suka. Buatlah sehabis baik. Jangan biarkan ibu awak laluinya sendiri. Sedangkan ibu awak pun memilih untuk bertahan kerana anak – anak. Buatlah yang terbaik untuknya supaya awak tak terkilan jika dia pergi meninggaIkan awak tapi awak belum puas membahagiakan dia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.