Satu malam tu isteri layan video boyfriend Sajat yang nama Jados tu. Dia asyik kata handsome, puji macam – macam. Dan malam tu aku macam nak la bersama sebab dah lama sangat. Dia boleh tolak guna kaki, dia sampai cakap gi beIah sana la, mulut busuk bau r0kok…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, ni pertama kali aku tulis luahan aku. Kisah yang tak pernah aku cerita pada sesiapa pun. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu hakik4t yang terjadi. Boleh panggil aku Bon. Umur dalam lingkungan awal 30an. Duda. Ya, aku duda. Anak 3 orang.
Perkahwinan pada usia yang muda sememangnya sangat – sangat menc4bar. Aku berkahwin semasa tahun akhir diploma. Ya, sebab masing – masing dah gatal. Dipendekkan cerita, setelah aku berjaya tamat pengajian dan kerja, kehidupan aku dan isteri sama seperti semua pasangan yang normal di luar sana. Kerja, besarkan anak.
Aku kerja sebagai perunding perniagaan di sebuah syarik4t swasta dan isteri bekerja sebagai telemarketer insurans. Oh, lupa nak ingatkan aku tinggal bersama keluarga mertua. Bila sebut bersama mertua mesti ramai yang tertanya kenapa aku tak tinggal sendiri.
Ya, selama perkahwinan aku telah berkali – kali berg4duh mengenai rumah. Seingat aku 3 – 4 kali juga aku dapat rumah sewa. Ya la.. Mana mampu nak beli lagi rumah ekoran gaji kami berdua yang tak seberapa. Jadi kesemua rumah yang aku dapatkan semua dia tak nak duduk.
Katanya dia tak nak berjauhan dengan familynya, jadi aku turutkan sebab aku tak nak g4duh isu – isu macam ni. Tapi tu bukan isu nya sebab aku pun buat 3 kerja, hari biasa kerja ofis, malam minggu niaga dan hanya hari ahad aku peruntukan untuk ‘family time’.
Jadi aku sendiri sedang usaha untuk tingkatkan gaji aku demi cita – cita kami bersama. Isteri aku seorang yang keras kepala, em0si, sampai aku sendiri pun pernah hilang sabar disebabkan sikap dia. Tapi aku redha dan terima semua sebab aku yakin dia pasti akan berubah.
Jadi kami boleh dik4takan bahagia juga walaupun hari – hari berlaga angin tapi bagi aku itulah manisnya sebab bila kami tak berlaga angin mesti rasa janggal. Hahaha. Kami pasangan yang amalkan pillow talk sebelum tidur bincangkan dan share apa yang berlaku seharian.
Sebab aku kerja dari pagi sampai tengah malam. Dan pillow talk tu mula kurang bila aku mula kerja sampai ke tengah malam. Tiap kali aku balik pasti dia dah tidur, dan anak – anak aku jenis tidur lewat. Jadi selalunya aku akan balik dan akan tidur bersama anak – anak dan aku hanya akan tidur selepas semua anak – anak dah tidur.
Isteri aku? Dia antara isteri yang paling beruntung selama dia jadi ibu, tidur dia tak pernah kurang 8 jam. Disebabkan itu anak – anak semua rapat dengan aku sebab dia akan tidur dulu sebelum aku balik. Mungkin silap aku sebab manjakan dia, semua aku uruskan.
Dari tidur anak ber4k anak munt4h anak tengah malam. Mula – mula dulu aku pernah k3jutkan dia tapi habis dim4kinya aku sebab kacau dia tidur. Jadi bila dah selalu sangat, aku buat keputusan untuk uruskan sendiri sampai aku dah terbiasa.
Mungkin dia manja sebab anak – anak diurus oleh mak dia jadi banyak yang dia tak perlu buat. Siang mak dia, malam aku pulak. Benda da jadi berlarutan sampai anak ke-3. Kami pernah g4duh besar semasa anak sulung baru 1 tahun.
Dia berm4ti – m4tian mintak cerai, aku diamkan dan mengalah dan akhirnya kembali normal. Soal tidur bersama, aku dik4takan agak jarang dapat bersama dia. Aku pernah ‘berpuasa’ 6 bulan lepas kelahiran anak ke 2. GiIa kan?
Dia dik4takan geli nak bersama dan dik4takan tr4uma lahirkan anak. Jadi dia elak untuk bersama. Bayangkan 6 bulan tak bersama. Kalau laki lain aku agak dah makan luar. Hahaa. Tapi aku tak, aku jaga ikhtilat aku. Aku tau batas aku.
Walaupun aku kerja di persekitaran yang penuh dengan g0daan wanita tapi aku tahan dan cegah dari awal. Power aku ni. Jadi 6 bulan tu dalam selepas 100 hari pantang aku balik kerja selalu dengan harapan. Tapi tu la, aku pernah ditolak pakai kaki dan dia membelakangi aku semata – mata sebab taknak.
Padahal aku nak peIuk je. Sebab aku rindu. Ya, aku rindu isteri aku. Begitulahh kitarannya. Jadi bagaimana boleh anak 3 ni mungkin tiap kali g4duh besar dia akan pujuk pakai diri dia. Jadi aku yang jarang – jarang berpeluang ni ditambah pula subur ya amat. Maka keluarlah anak ke-3.
Oh, lupa nak cakap, aku pernah kemaIangan semasa dia sarat yang ke-3 dan kaki aku jadi tak kuat ekoran kemaIangan tu. Aku boleh dik4takan c4cat, walaupun nampak normal. Kaki aku ada besi, dan segala aktiviti lasak sukan terp4ksa aku stop.
Jadi, kemuncak bermula pada dia dik4takan nak tukar kerja baru, kerja sebagai agen insurans, kerja yang aku cukup tak berkenan. Kena pulak isteri aku walaupun anak 3 tapi dia boleh dik4takan pakej model, dengan rupa pan asia.
Antara sebab kenapa aku cukup risau. Tapi dia berjanji nak kerja dan beli rumah untuk nak ubah hidup kami. Jadi aku turutkan, hmm. Itulah kesilapan besar aku, aku izinkan dia. Segala keperluan dia aku turutkan, aku bagi dia fon aku dan aku sendiri guna fon kentang untuk mudahkan dia kerja.
Aku cuba dapatkan ipad untuk dia bekerja sampai aku ditipu. Semuanya, dari pergi kerja balik kerja dan di tempat kerja, dia selalu bersama seorang teman yang dia kenal dan rapat. Perempuan, bujang yang aku namakan T.
Dia selalu bersama T dan kadang – kadang balik kerja pun bersama T, aku tak pernah halang dia sebab aku percayakan T dan dia pun selalu cakap dekat aku yang T baik. Semua mula berubah bila dia dan T kerap balik lewat dan guna alasan jumpa client.
Aku sabar lagi, dan aku tak pernah siasat atau pegang fon dia sebab aku yakin dia paling kuat cemburu sebab kami pernah berg4duh besar bila dia baca mesej client company aku yang aku sendiri tak baca lagi. Katanya aku curang padahal aku bukak pun tidak.
Bila dijelaskan baru dia ok dan masih warning aku jangan sesekali curang kalau tak dia akan p0tong aku macam Mona Fandey buat. Jadi disebabkan itu aku yakin dan tau yang dia tak akan sesekali membelakangkan aku.
1 hari, dia balik kerja dan happy sangat. Aku pelik, sehari sebelum tu siap buat status wasap gambar aku dan dia. Sampai kawan aku skrinsh0t dan hantar kat aku, kawan aku kata asal lain macam sebab isteri aku bukan orang yang macam tu.
Aku gelakkan saja dan cakap biasalah sekali sekala. Tapi naluri aku sebagai suami ada kata yang ni bukan isteri aku. Ada sekali tu dia balik kerja tapi aku da ada di rumah. Dia selfie dengan anak. Dan aku macam pelik. Dah kenapa aku tanya.
Dia jawab kenapa? Tak boleh? Aku stop kat situ sebab aku tak nak panjangkan cerita. Seingat aku waktu tu tengah viral yang Jados balak sajat. Dan dia setiap malam tengok video Jados tu. Dipuji – pujinya balak sajat dan semua lelaki – lelaki yang seakan muka arab macam tu.
Aku cemburu jugak sebab aku muka jawa. Mana nak Iawan dengan mereka tu. Jadi aku decide buat badan. Alhamdulillah, badan naik la, tapi tang perut je. Hahaha. Berat aku dari 52 jadi 70. Agak besar la. Dan ada 1 malam tu aku ada benda nak buat guna fon dia (fon yang aku bagi) tapi password dia dah bertukar. Aku pelik.
Selama aku kawin tak pernah dia rahsiakan password. Jadi aku guna finger print dia waktu dia tidur. Dan aku tengok ada banyak contact yang aku tak kenal, aku husnuzon yang tu semua client dia. Naluri aku sibuk suruh bukak whatsapps tapi aku taknak bukak.
Aku taknak hadap kemungkinan yang ada. Jadi aku tinggalkan. Berapa hari lepas tu. Aku mintak fon dia, dan dia enggan bagi. Aku tanya kenapa? Dan dia kata ada kerja takut aku terusik kerja dia. Aku berkeras dan dia lagi keras.
Tapi dia bagi jugak lepas aku desak berkali – kali itupun lepas dia masuk bilik dan aku panggil baru dia bagi. Aku bukak fon dan aku pelik, aku boleh guna balik password lama aku. Tapi bila aku tengok kat contact, banyak contact yang macam dah hilang atau dah delete.
Aku wasap pun macam ada benda yang hilang. So lepas kejadian tu aku tak mintak dah fon dia. Hmm.. Waktunya tu aku sedar. Mimpi buruk aku berkenaan risik0 kerja dia tu hampir jadi kenyataan. Tapi aku tetap nafikan naluri aku tu.
Aku tak nak terima. Mana mungkin isteri yang cemburu buta macam dia akan curang? Aku sambung nanti. Apa yang jadi. Bagaimana semua yang aku sangka mimpi adalah hakik4t yang akan ubah hidup aku. – Bourne (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam guys. Ni sambungan yang aku janji. Kenapa aku buat tajuk Siapa Yang Ters4kiti? Meh sini aku citer sambungan dia. Mimpi ngeri yang aku tak pernah sangka akan jadi. Akhirnya jadi kenyataan. Mana mungkin seorang isteri yang cemburu buta boleh curang?
Hmm.. ya, boleh. Semuanya bermula apabila dia mula sorok kan fon, mula berlawa – lawa berlebihan. Ya, aku faham. Dia seorang yang sangat suka berlawa bersolek. Aku tak pernah halang dia nak berlawa. Malah aku sendiri pun dia selalu bising bila aku asal keluar je beli barang atau berjalan dengan anak – anak mesti pakai simple – simple.
Bukan la selekeh cuma pada aku nak smart sangat pun nak pergi mana? Yang penting pada aku aku jaga penampilan, wangi dan kemas. Itu dah memadai. Tapi biasa lah, nak tak nak aku layan kan je lah. Isteri aku ni tak pernah drive, walaupun ada lesen pun dia memang tak drive sejak kahwin dengan aku.
Semua benda aku drive kan. Kalau tak berkereta aku akan bawa dia bonceng motor. Hari – hari dia pergi kerja balik kerja aku akan berhantar berambil. Sebab pada aku, biar la susah sikit yang penting bini aku terjaga. Setiap kali pergi kerja memang aku akan tegur soal tudung singkat, terlampau lawa la.
Tiap kali tu la kami berg4duh. Kadang – kadang aku bukan nak berg4duh sangat, aku selalu tegur tu. “Tu, tudung tu labuhkan sikit. Kan manis? ” Setiap kali tu lah dia mengomel dan tarik muka. Tapi dia labuhkan la juga tudung tu, mungkin tak nak aku bising.
Tapi guess what? Sampai kerja je dia singkatkan balik, dia buat fesyen yang lilit – lilit tudung tu. Pernah sekali kant0i, sebab dia upload gambar time kerja. Bila balik tudung dah labuh. Aku macam apa benda ni? Kenapa pandang enteng nasihat aku.
Sedangkan itu antara permintaan aku yang kecil je berbanding benda lain. Tapi macam biasa, dia akan perbesarkan hal tu sampai la at last, aku yang kena pujuk. Hmm. Nasib badann. Cakap soal lawa tu, bila ditegur dia kata tuntutan kerja.
Aku tak nak panjang cerita. Aku dah puas tegur, puas melalui wasap pun. Masih tak terikut. Aku just doa je lah dalam solat aku. Mudah – mudahan dia dapat hidayah. Entah kenapa mungkin sebab sayang, aku sampai 1 masa tu aku rasa dia suami aku yang isteri.
Semua keputusan kena ikut dia. Aku cukup susah nak buat keputusan. Asal nak berbincang pasti berakhir dengan perg4duhan. Satu hari tu, macam biasa. Dia bersiap nak kerja. Aku perasan yang sejak 2 menjak tu dia bukan bersiap untuk kerja tapi untuk seseorang.
Yang pasti, bukan aku! Tapi, hati seorang suami, mana mungkin aku boleh bersangka buruk. Aku istighfar, dan cakap dalam hati yang ni semua bisikkan sy4itan. Aku layankan segala rentak dia, cuma 1 je aku mintak. Jangan main lelaki, itu je pantang aku sejak aku bujang sampai la aku kahwin dengan dia.
Dan dia pun cukup tau pantang aku tu. Sebab aku selalu ingatkan dia. Dan ada sekali tu dia dapat bercuti ke Thailand trip company. Sebab dia archives dalam sales dia. Aku cukup bangga waktu tu, ya la. Dia hampir capai cita – cita dia.
Tak putus – putus aku ucap syukur dan sebelum dia pergi tu aku ada pesan. Simple je. “Jaga maru4h saya,” aku bagi dia siapkan semua kelengkapan dia nak bercuti, anak – anak aku jaga. Seminggu jugak rasanya . Tapi aku takda hal.
Selagi dia happy aku akan happy. Balik je seusai dari percutian tu. Dia pun macam biasa la. Akan citer la semua apa yang berlaku dalam waktu tu dan aku ingat itu lah kali terakhir kami berpillow talk. Sebab, lepas tu dia da busy dan waktu aku balik dia da tidur.
Dan sejak waktu tu aku dah mula perasan. Dia selalu balik dengan T. Dia akan balik lewat, ofis hour habis pukuI 5 dia akan drag sampai pukuI 11 dan pernah dia balik pukuI 12 dan aku dah ada kat rumah. Dia balik dia terk3jut tapi dia buat macam biasa sedangkan aku dapat tengok yang muka dia awkward.
Dia cover dengan selfie dan bermain – main dengan anak sebelum dia bersiap – siap mandi dan tidur. Aku gelakkan aja. Sebab aku tahu dia sorok sesuatu. Malam tu, korang tau? Dia tak pernah ajak aku untuk bersama. Sejak kahwin.
Tapi malam tu dia ajak aku. Aku agak terk3jut. Mau tak nya, dia pernah sidai aku 6 bulan. Dan tiba – tiba ajak bersama. GiIa? Aku jual mahal. Aku jual semahal – semahalnya yang ada waktu tu sebab aku boleh rasa naluri aku yang dia cuba cover sesuatu yang dia lakukan di luar kawalan aku.
Sejak malam tu, aku selalu buat status wasap yang hanya khas untuk dia je. Aku buat ayat – ayat br0ken, ayat – ayat ustaz bagi perempuan yang curang. Tapi dia akan reply status tu dengan ayat, “awak dah kenapa ni?” Aku akan jawab takda, cuma suka dengan ayat tu.
Dia cakap ikut awak la. Jadi benda tu berlarutan. Aku pernah soal dia tanya dia. Aku ada buat salah ke? Ada benda yang aku buat dia tak suka ke? Dia cakap takda cuma dia kata kadang – kadang aku takda masa untuk dia.
Sedangkan aku akan spend kualiti time setiap ahad dengan family. Aku cari duit untuk sara family. Tapi tu la, dia masih kata kurang perhatian. Jadi aku cuba perbaiki isu ni. Aku cuba ajak dia tengok wayang lepas kerja, bawak dia makan kat luar sebelum balik ke rumah tapi dia reject kata kerja dia banyak. Jadi aku pun taknak p4ksa.
Sehingga la 1 malam aku pegang fon dia. Aku dapat bukak mungkin dia lupa nak tukar password dia. Dan aku bukak wasap dan mesej sebab aku dah tak tahan lagi nak tutup kesabaran aku. Dan apa yang aku jumpa? Wasap dia dengan seorang lelaki melayu. Yang aku agak teman sekerja dia (lelaki)
Dan beberapa client dia (lelaki, foreigner). Aku boleh tengok yang perbualan antara dia dan kawan sekerja dia tu aku boleh nampak yang kawan dia tu macam nak try dia. Sebab aku lelaki. aku tau. Aku pun apa lagi. Rasa macam nak luluh hati ni.
Tapi aku Husnuzon lagi sebab apa yang dia baIas tak menunjukkan dia nak pun kat lelaki tu. Cuma laki tu la yang nampak sangat nak kat dia dan ada sekali tu aku borak – borak la dengan dia. Tanya ada tak laki -l aki yang nak try kat ofis tu.
Dia cakap ramai. Tapi dia tak layan pun, aku pun macam ok, dan aku pesan balik pantang aku tu. “Jangan main jantan” dia cakap dia tau la, tak perlu ajar. Aku ingatkan lagi yang kerja ni aku tak kenan sebab kalau iman tak kuat memang hanyut.
Dia cakap dia nak cari duit nak beli rumah nak ubah hidup nak bantu aku. So aku terima kata – kata dia tu. Sampai la 1 malam sebelum dia tidur dia asyik citer lagi pasal Jados balak sajat tengok lagi video mamat tu. Aku sampai dah muak.
Dan malam tu aku macam nak la bersama sebab dah lama sangat. Dia boleh tolak guna kaki, dia sampai cakap gi belah sana la, mulut busuk bau r0kok. Aku time tu punya la berangin. Aku da wangi – wangi ni dia cakap macam tu.
Memang aku badmood la esok nya. Tapi depan dia aku senyum jugak la sebab dia akan lagi nak g4duh kalau aku ikut mood aku time tu. Jadi sebab dah masak aku pun diam je la, makan hati dengan isteri sendiri. Hmm. Nasib badan. Hahaha.
Mimpi aku bermula, aku ingat lagi 18hb Feb. Aku bukak fon dia dan aku tengok ada banyak chat yang kena delete. Dengan chat kawan dia yang nak ayat dia tu m4kin menjadi – jadi dan esoknya dalam wasap aku tanya dia apa benda yang dia buat belakang aku? Apa yang dia sorok belakang aku.
Dia m4ti – m4ti cakap takda. Aku desak dia berkali – kali. Dia cakap betul takda. Kalau ada dia akan mengaku katanya. Aku pun cakap la, aku dah tau apa yang dia buat selama ni. Sebab dalam wasap pun aku pernah soal dia.
“Awak ada buat tak perkara yang saya paling pantang, dan awak sorok sebab tak nak saya tau padahal saya dah tau.” Dia jawab, “mana ada, apa benda yang saya buat? Cakap la kalau awak tau. Dia gertak aku.” Ada yang sekali tu aku buat status wasap, “sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.”
Dia reply dia cakap kalau ada apa – apa bagi tau jangan perli – perli. Aku pun baIas la, “saya tak suka diperb0dohkan” dia cakap bila masa dia perb0dohkan aku dia kata. Pada aku, kalau tak buat takpa la. Yang tu kat wasap. Selalu aku tanya sejak 18hb tu aku melalui wasap tanya dia. Dia masih nafikan.
Siang 24hb Feb aku soal dia last dekat wasap dia kata, aku sebagai suami sentiasa rasa aku betul, tak pernah jaga perasaan dia. Maksudnya dia kata yang dia ters4kiti selama jadi isteri. Aku macam what? Aku ani4ya dia? Aku siksa perasaan dia?
Aku cakap malam nanti balik kita discuss. Tapi tak discuss pun sebab aku tak kuat nak tanya. Aku risau aku tak boleh kawal perasaan aku. Dengan tengok dia tidur, anak – anak tidur luluh hati aku. Aku tak kuat, aku drag sampai la 25hb Feb
Yang malam 25hb tu dekat tempat tidur aku soal dia. Aku k3jut dia dari tidur dan aku cakap dengan dia elok – elok. Dia malas dan ngantuk katanya. Tapi cakap lepas ni aku tak akan tanya dah. Aku tanya soalan yang sama bertubi – tubi.
Dia masih lagi nafikan. Sampai la aku mintak dia bersumpah atas nama anak – anak kitorang. Dan aku cakap, kalau awak tak nak cakap depan – depan, “awak wasap saya, saya kat luar.” Aku waktu tu isap r0kok kasi cool down. Dan teka, apa mesej yang aku dapat?
“Tak buat apa – apa.” 2.30 am. Lepas dapat wasap tu aku soal lagi aku mintak dia jujur. Dia cakap tak ada, dia mintak maaf. Aku cakap apa salah awak yang sampai awak nak minta maaf? Dia diam. Aku keluar rumah ambik angin lagi dan pukuI 4.10 pagi dia cakap yang dia dah buat something belakang aku.
Aku hanya mampu terdiam, aku tanya lagi kawan awak tu ke? Dia cakap bukan. Masa tu luluh habis hati aku. Aku rasa macam 1 dunia ni tengah hempap aku. Aku putus nafas. Isteri yang selalu ada dengan aku, selalu aku ikut kehendak, walaupun sejak kahwin aku banyak pendam.
Dia cakap macam tu. Yang paling aku h4ncur, lelaki yang aku sangka bukan yang aku sangka. Bermakna lebih dari satu lelaki ada dalam citer ni. Malam tu aku tak pernah nangis depan dia. Tak pernah sebak pun. Tapi malam tu aku mengalir jugak air mata jantan aku.
Aku just cakap, “awak tergamak.” Aku keluar dan aku pesan, jaga anak elok – elok, tu je amanah yang awak ada sebab dah takda apa yang tinggal lagi. Aku ambik bag kerja aku, kunci motor, aku keluar dari rumah. Sebelum ni kalau berg4duh dia akan ugvt ambik pis4u la terjun kereta la.
Kali ni dia ugvt ambik pis4u kat dapur, aku hanya cakap pergi la, pergiIah buat apa – apa. Aku tak akan halang. Dengan muka aku yang polos. Aku keluar rumah, dia merayu siap pegang kaki aku. Aku tolak slow – slow. Aku cakap aku nak gi ambik angin kejap. Pada pukuI 4.54 pagi.
Aku dapat wasap. “Salam Abi saya mintak maaf sangat – sangat. Abi.. saya tahu saya salah isteri yang derh4ka saya merayu untuk anak – anak Abi. Tolong Abi, kali ni saya merayu Abi. Tolong fikir anak – anak Abi, saya berani bersumpah atas nama anak – anak benda nie takkan ulang lagi Abi.
Saya akan dengar cakap awak Abi. Tolong balik abi saya dan anak – anak sayangkan awak. Tolong Abi. Saya merayu. Saya tak nak family dapat tahu. Tolong Abi saya merayu dengan awak Abi. Saya salah, awak nak hukum – hukum lah saya Abi tapi tolong jangan bagi tahu sesiapa Abi.
Walaupun family kita berdua nanti sama – sama malu Abi. Tolong ini saya merayu. Saya merayu sangat – sangat Abi. Ampunkan saya Abi saya tahu memang susah awak nak terima. Saya minta maaf sangat – sangat Abi, tolong Abi. Pulang ke pangkuan kami hubby.”
Ni mesej ori dia yang aku simpan sampai ke hari ni. Banyak lagi yang aku simpan. Dari mesej pengakuan dia sampai la apa yang dia buat. Aku tiap kali baca, setiap kali tu la aku s4kit. Ada antara yang dia cakap aku tak jaga hati dia, aku tak bagi masa pada dia.
Sedangkan aku selalu ajak dia bincang, pillow talk. Dia ters4kiti kata dia tapi aku sedar mungkin salah aku yang aku tak betul – betul faham dia. Aku tak pernah selami hati dia. Aku rasa dengan apa yang aku buat selama dengan dia ni dah cukup. Tapi tidak. Tak cukup.
Jadi dia buat keputusan sendiri. Keputusan yang tak pernah aku terfikir. Malam aku keluar tu, aku bawak moto laju – laju dengan niat nak kemaIangan. Tapi Allah lindungi aku aku selamat sampai ke rumah orang tua aku.
Aku duduk dan termenung. Aku lepak kat kedai area rumah orang tua tu sampai la dia tutup nak subuh. Kedai tu kedai member jugak. So aku pun ikut balik sekali. Sampai rumah, aku bukak fon penuh miscall, wasap permohonan maaf. Wasap rayuan. Segala jenis wasap la. Aku read ja. Aku dah hilang.
Aku dah m4ti aku cakap dengan diri aku. Mimpi buruk aku dah jadi. Pagi tu mak bapak aku pelik aku ada kat hall rumah. Terbaring. Diorang tanya. Apahal tiba – tiba ada sini ni? Aku cakap yang dia dah tak nak kat aku. Aku dah tak boleh tahan sebak dan aku menangis dan meraung macam orang hilang orang yang tersayang.
Aku meraung dan cakap, “s4kit! s4kit! mak hati abang s4kit mak, d4da abang kena cucuk…” Mak aku yang terpinga – pinga pun pangku aku. Dia pelik tapi masih pujuk aku. Bapak aku pun pujuk aku sebab aku tak pernah nangis depan dorang, arw4h nenek aku meninggaI pun aku hanya berair je. Tak pernah nangis.
Yang kali ni siap meraung bagai. Mau tak risau diorang. Aku tak pernah rasa hiba, s4kit dan kosong dalam hidup aku selama ni. Itu la aku rasa. Lepas kejadian tu. Aku duduk rumah mak aku, dan kadang – kadang aku balik jugak rumah sana.
Sebab anak – anak ada kat sana. Aku uruskan jugak cuma aku tak hiraukan dia dah. Satu hari tu, aku pergi cari skandal dia tu sebab aku dah cakap, lelaki biar aku ajar, perempuan Allah yang ajar. Aku kutip dia dekat tempat dia kerja. Aku dapatkan detail dia.
Guess what? Foreigner, asal India, muka ala – ala Hindustan. memang macam Jados tu. Aku cukup berangin. Aku kutip dia, aku tanya mamat tu kenal tak perempuan ni (aku tunjuk gambar isteri aku) dia tak mengaku, aku bertiga kawan aku adik aku gi tempat dia tu.
Adik aku lepas dengar dia tak mengaku, satu das adik aku bagi kat muka. Terus dia mengaku. Aku tanya dia tau tak dia isteri orang? Dia tau, lepas pengakuan dia memang pecah muka dia. Habis muka hensem dia tu dah takda rupa.
Aku ni kesian jugak tapi aku bagi jugak supaya aku tak nak menyesal kalau tak ajar mamat ni. Dan aku ingatkan dia. Aku tau kau duduk mana. Kalau aku dapat tau kau ada kat Malaysia lagi. Kau siap. Dia terus janji nak balik india malam tu jugak.
Sejak pada tu aku jadi macam skeptikal terhadap foreigner, lagi – lagi yang muka ala – ala Hindustan ni. Boleh kata character aku yang chill ni bertukar sejak kejadian tu. Aku ulang alik rumah dan rumah sana berlarutan dan berbulan jugak. Mungkin dia pun da rasa macam takda hope.
Aku bincang dengan ibubapa dia. Dan ibubapa dia mintak aku jangan gi mahkamah lagi. Aku cakap. Aku tak akan pergi. Takda perkataan cerai dalam kamus hidup aku. Selama lepas kejadian tu. Aku ada balik dan waktu tu la aku rasa paling dilayan sebagai seorang suami. Dia siapkan semua benda.
Dari pergi kerja dan semua, layanan tempat tidur pun dia siapkan. Memang A la. Aku tak pernah rasa macam tu selama kahwin. Aku pernah pesan dia, aku cakap kenapa kena ada peristiwa macam ni baru dia jadi isteri yang baik? Dia hanya diam dan mengalirkan air mata je. Aku dah tawar dah.
Tapi aku cuba la ikut rentak dia. Tapi dia dah macam taknak sebab aku kenal dia. Dia tak boleh hipokrit lagi. Untuk pengetahuan, dia berhenti kerja sebagai ejen insurans tu. Dia dah stop. Dia nak jadi surirumah dia cakap. Aku tergelak jugak. Boleh ke? Aku tau maintenance dia, must4hil dia boleh duk rumah.
Aku bagi jugak dia kerja tapi lepas segalanya da settle. Akhirnya bulan 7, cukup 5 bulan lepas tu aku dapat surat perintah dari mahkamah syariah. Ya, surat hadir untuk urusan penceraian. Aku macam terk3jut tapi nak buat macam mana. Jadi aku ikut je la.
Tak guna dah f1ght lagi, dia dah taknak aku. Selesai je urusan tu, lepas aku lafaz cerai, kami selesaikan hak jagaan anak. Mak bapak dia ada mohon kat aku supaya nak anak – anak tu dapat ke dia. Sebab diorang tahu, aku boleh f1ght anak – anak sebab dia dah takda moral.
Dengan segala bukti yang aku ada pengakuan dia. Aku boleh f1ght tapi aku pilih tak. Aku bagi kat dia. Ketiga – tiga sekali . Tapi dengan syarat aku boleh lawat bila – bila masa. Jadi kami bercerai dengan alasan tidak sefahaman.
Selepas bercerai aku terus hidup single sampai la sekarang. Aku hilang semua. Kerja aku, family aku sebab aku kena depr3ssion yang level sampai aku duduk diam pun aku boleh dengar suara anak – anak aku. Sampai aku kena buat rawatan.
Aku punya kesan kemaIangan yang ada besi tu mula s4kit. Berat aku mula turun dari gemuk 72 kilo ke 49 kilo sampai ada orang ingat aku ambik d4dah. Dan sekarang aku hidup sendiri. Buat kerja sikit – sikit dan masih single sebab hati aku dah kosong. Hanya ada dia. Dan dia? Hahaha..
Beberapa bulan lepas bercerai dia terus ada pasangan. Seperti takda apa – apa yang berlaku. Siap bertukar – tukar pasangan lagi. Sebab aku tau, dia ada cerita dekat aku dan kami masih lagi ok sampai sekarang. Nak kata kawan tu tak jugak nak kata g4duh pun tak.
Kami tengah – tengah. Masih maintain panggil abi bie macam dulu – dulu. Sebab kami dah terbiasa. Hahaha. Aku sampai ke hari ni masih recover dari peny4kit aku. Doakan aku, aku nak sihat nak ada balik semua benda yang aku ada dulu.
Tapi, dan yang masih aku tertanya sampai sekarang. Sampai aku tengah taip cerita ni. Siapa Yang Ters4kiti sebenarnya? – Bourne (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Abu Ubaidah : Semoga abang tabah mghadapi ujian ni. Kesian pada anak – anak abang kalau si ibu masih tak berubah dengan per4ngai skandal berderet. Saya sarankan abang amik la anak – anak tu sebab perkara macam ni akan menjejaskan masa depan dan em0si anak – anak.
Kalau ex abang tu dah brubah, ok la anak – anak bersama dia. Abang masih ada tanggungjawab sebagai ayah. Kuatkn semangat, kalau boleh buang la tabiat mer0kok tu.
Sinaran Matahari : Dapat suami baik, isteri buat hal. Dapat isteri baik, suami buat hal. Kedua – dua suami isteri baik, mertua buat hal, ipar duai dan biras buat hal, anak – anak buat hal. Sesungguhnya, hidup ini sentiasa ada ujian bagi setiap manusia. Semoga Allah mudahkan, ringankan dan elokkan semua urusan kita dunia dan akhir4t. Aameen ya Allah.
Siti Mariam : Ujian Allah beri dekat insan yang DIA pilih sebab DIA sayang insan tu. DIA cemburu lihat insan tu melebihi menyayangi insan lain LEBIH dari DIA. Sedangkan DIA yang MAHA AGUNG. Begitu la juga Isteri yang dicurangi suami. Semoga confessor bangkit bina kehidupan yang lebih baik semula.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.