Saya sendiri yang jumpa pregnancy test yang dah pakai dalam beg baju suami. Suami jadi serba salah nak tinggalkan perempuan tu. Saya pula takut anak yang lahir nanti jadi anak luar nikah. Saya izinkan suami kahwin…
#Foto sekadar hiasan. Mohon sembunyikan identiti saya ya.. Hanya nak berkongsi ape yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai seorang isteri dari tahun 2019 sampai sekarang. Sebenarnya saya baru berusia 29 tahun dan suami pon umur same juga macam saya.
Tak salah saya, saya pernah jugak sharing kisah saya sebelum anak saya lahir. Sekarang ni anak saya dah umur 1 tahun 5 bulan. Suami saya curang semasa saya hamil, sebelum ni saya tahu dia ada whatsapp dengan mana – mana perempuan, tapi disebabkan rasa percaya dan sayangnya saya dekat dia, saya abaikan semua tu.
Sampailah satu masa Allah kurniakan zuriat buat kami suami isteri selepas 2 tahun lebih perkahwinan kami. Alhamdulillah, masa tu saya dan suami sangat – sangat happy tapi semua tu sekejap je. Bulan 6 saya dapat tahu saya mengandung, kemudian bulan 7 suami kantoi curang.
Sampai tak balik rumah, sebulan jugak saya hadap morning s1ckness yang sangat – sangat teruk sampaikan tak boleh bangun. Dengan waktu tu PKP, saya sampai terpikir untuk gugurkan anak masa tu. Nasib ada sorang sahabat saya tolong, banyak sangat bagi semangat waktu tu jadi saya kuat balik.
Saya ingatkan sampai situ saja saya kena hadap. Kemudian tetiba Allah nak tunjuk yang prempuan tu hamil. Allahuakhbar masa tu tuhan saja yang tahu betapa remuknya hati saya ni. Bulan 9 saya dapat tahun perempuan tu hamil.
Itu pon saya sendiri yang jumpa pregnancy test yang dah pakai dalam beg baju suami. Masa tu kitorang dalam proses nak baik tapi disebabkan perempuan tu hamil jadi suami rasa serba salah nak tinggalkan perempuan tu.
Dalam masa yang sama perempuan tu tak tau pon suami dah berkahwin. Saya lari dan bawa diri ke kampung masa tu sebulan jugak saya bawa diri. Pada mulanya memang saya nak diam kan je hal ni. Taknak bagi tau family saya, tapi mak ayah mana yang tak tau kalau anak dia ni ada masalah.
Jadi saya cerita semua dekat mak ayah saya. Yess. Ayah mak memang marah dan ada jugak suruh saya bercerai. Tapi saya fikir saya nak fixed jugak masalah ni. Saya suruh suami buat keputusan dan berdepan dengan masalah ni.
Kemudian suami pilih untuk berkahwin. Dan pihak suami dan pihak perempuan tu pon dah tau hal sebenar yang suami curang dan telah berkahwin kami amik masa setahun jugak untuk naik mahkamah dengan urusan poligami.
Dua kali kami naik mahkamah, sampai saya dah beranak dan perempuan tu pon dah beranak. Beza umur anak saya dan anak perempuan tu just 3 bulan saja tau Kemudian awal tahun ni mereka dah berkahwin. Dan ya, suami memang berubah dulu dia banyak sangat masa dengan clubing, kawan – kawan ape semua.
Sekarang ni tanggungjawab dia m4kin besar. Dalam umur 29 tahun dia dah ada 2 orang isteri dan 2 orang anak perempuan. Saya banyak jugak dengar orang bercakap yang saya ni seolah – olah b0doh, sebab bagi suami kahwin lain.
Kemudian macam takde perasaan, mak ayah saya pon ade jugak tegur yang saya ni macam tak nak pertahankan rumahtangga, bagi je suami kahwin. Pertama yang saya pikir, kalau saya tak bagi suami kahwin saya takut lahirnya anak tak sah taraf.
Yang kedua saya tak nak suami gunakan alasan nak pegi jenguk anak tu tapi nanti buat hal lain kat luar. Kemudian yang ketiga, saya cuba telan semua ujian ni sebabkan anak saya. 2 tahun lebih saya nak anak perempuan yang sama muka, sama per4ngai macam ayah dia, Allah makbulkan.
Takkan disebabkan tu saya nak undur diri. Memang tak kuat, memang ade jugak saya makan hati, wanita mana yang nak sangat berkongsi saya ni kalau fikir, hari – hari nak bercerai. Tapi saya tetap jugak pilih untuk selamatkan rumah tangga saya.
Bersangka baik dengan Allah Ujian yang Allah bagi untuk saya memang berat tapi ada orang lagi berat ujian dia. Ya memang hati ni h4ncur, saya malu nak berdepan dengan family saya dan family suami saya sebab seolah – olah saya tak pandai nak jaga rumahtangga kami.
Saya dah tau suami buat salah tapi masih saya diamkan sebab apa? Sebab saya tak nak orang pandang serong dengan suami saya selagi saya boleh tutup saya tutup. Sekarang ni saya cuba untuk maafkan suami maafkan perempuan (madu) tu.
Saya terima semua ketentuan tuhan, saya pernah ambil kaunseling sebab saya dah tak mampu nak hadap rasa cemburu rasa sedih rasa yang negative dalam diri ni. Tapi, alhamdulillah semua tu sekejap je. Yang saya boleh cakap, “back to Allah,” insyaAllah semua baik – baik saja. Tak semua rumahtangga bahagia mungkin Allah nak bagi ganjaran syurga untuk kita di akhir4t sana.
Saya share cerita saya ni bukan sebab saya nak orang ikut tahap redha saya ni, saya just nak korang semua tahu. Setiap apa yang kita buat ni bersebab. Kenapa isteri snggup berk0rban sangat di dunia ni sampaikan dia sendiri tersiksa saya akui, sem4kin lama saya terima qada dan qadar tuhan ni sem4kin tenang saya rasa Allah jentik hati suami saya berubah lepas apa yang berlaku dalam kehidupan kami ni.
Doakan semoga saya kuat dan terus tabah untuk hari – hari mendatang. Doakan jugak supaya anak perempuan saya tak menerima nasib yang sama macam saya Doakan jugak semoga saya sentiasa dikurniakan rezeki Sekian.
Alhamdulillah, saya bukanlah wanita yang alim macam mana saya boleh sabar sesabar ni. Mungkin sebab hari – hari saya mintak dengan Allah supaya berikan hati yang sabar dan ikhlas untuk menjadi isteri. Saya jadikan mak saya sebagai role model saya.
Mak ayah tak pernah langsung berg4duh atau bermasam muka depan anak – anak. Walaupon ayah ada buat salah, mak tetap diam. Masa saya dah berkahwin, mak pernah pesan supaya masalah kita sebagai suami isteri kalau selagi boleh di selesai antara kita, jangan campurkan dengan orang luar.
Itu yang saya pegang sampai akhirnya saya dah tak mampu nak hadap lagi, baru saya luahkan dengan mak ayah. Itu pon saya pesan, jangan masuk campur hal rumahtangga saya. Apa saja keputusan saya, saya nak diorang sokong dan ada di belakang saya.
Alhamdulillah, sampai sekarang mereka lah orang yang paling mnyokong keputusan saya. Mungkin jugak sebab doa mak saya buatkan saya m4kin setabah ni. Berbalik pada kisah saya, ada yang tanya macam mana hubungan saya dengan madu.
Alhamdulillah, buat masa ni saya masih boleh berdepan dengan dia, pergi makan sekali, pergi rumah mak ayah dia semua macam takde apa – apa berlaku. Nak kata saya ni takde perasaan, saya tetap ada perasaan cemburu, iri hati, s4kit hati.
Selepas apa yang jadi, saya tetap rasa benda ni tak adil pada mulanya. Tapi macam yang saya cakap, kita ni manusia memang tak akan lari dengan perasaan macam tu. Mungkin sebab suami jugak kot saya jadi lebih cool. Suami banyak lebihkan saya dengan anak giliran bermalam jugak banyak dengan saya dan anak.
Kalau balik kampung suami pon, dia akan bawa saya dengan anak. Family suami memang menentang teruk suami kahwin lain. Saya sendiri yang pujuk mak mentua saya supaya terima perkahwinan kedua suami ni tapi mak mentua saya dan adik beradik suami langsung tak bagi suami berkahwin lain.
Yelah, bagi mereka malulah sebab suami buat per4ngai macam ni tapi sebagai isteri, saya tak nak suami rasa lagi down saya pujuk macam – macam dengan mak mentua saya. Pernah sekali tu saya cakap, saya nak mak mentua saya doakan suami saya murah rezeki selalu supaya dia tak culas dari segi nafkah, saya nak suami taat dengan mak dia.
Dulu suami saya ni jarang sangat balik kampung, tapi lepas apa yang jadi, setiap 2 minggu sekali dia akan balik. Dia akan mintak doa dengan mak dia, mintak maaf. Bukan senang mak mentua saya nak terima benda ni mak mentua saya takut, saya bertambah makan hati.
Kemudian takut saya buat benda yang bukan – bukan pulak. Tambah saya ni merantau, saya ni takde kawan dekat sini. Family semua jauh, sepanjang masa saya dengan suami dulu. Masa pkp memang 24 jam dengan dia.
Pernah sekali kami bekerja sekali, bila sekarang ni, kami terp4ksa ikut giliran bermalam, rasa lain sangat tau walaupon dah setahun lebih berlalu. Macam yang saya cakap tadi, saya dengan madu masih macam biasa saja.
Mungkin sebab dia tak prov0ke atau hasut suami saya atau buat benda – benda yang saya tak suka lepas mereka kahwin ni. Jadi d3ndam dan marahnya saya dekat dia, saya rasa takde. Alhamdulillah, ibu dan ayah madu saya pon layan saya dengan anak macam family mereka sendiri.
Madu saya hanya ada dua adik beradik saja. Jadi family mereka memang kecil. Bila dah start ada dua orang cucu ni, rumah m4kin meriah. Saya kerap je bagi suami bawa anak saya ke rumah madu, waluupon dihalang dengan family suami dan family saya.
Mereka taknak saya rapat sangat dengan family madu sebab takut saya makan hati. Entahlah, saya tak tahu nak cakap macam nak sebab saya bersyukur diorang layan anak saya ni baik anak pon suka pergi sana sebab dapat main dengan adik dia.
Nama diorang pon seakan – akan sama, cuma beza awal huruf depan saja. Kalau suami bawa anak saya ke sana, saya boleh jugak me time dekat rumah. Jadi saya tak kesah. Side postive yang saya nampak macam tu lah kalau orang takut madu saya hasut suami ape semua, saya tak kesah sebab saya memang letak semua pda Allah. Itu je..
Kemudian, ade jugak yang tanya macam mana saya layan suami saya dekat bilik tidur. Yela, kan dah curang kemudian mesti kita akan teringat semua benda tu. Mula – mula tu memang agak janggal bila kita nak start balik sebab lepas pantang saya ade jugak str3ss yang melampau.
Hampir mer0yan jugak sebab tak dapat terima yang suami kena kahwin lain. Walaupon proses poligami suami, saya sendiri yang beri keizinan tapi dalam hati pada waktu tu memang tak rela. Ambil masa jugak saya nak kembali macam dulu.
Nak layan dia macam raja semua makan masa yang boleh saya cakap, mungkin sebab anak hubungan kami m4kin erat balik saya try jugak, buang perasaan yang negative tu jauh – jauh. Betulkan apa yang perlu. Cumanya, kekerapan kami bersama tu sangat lah jarang sebab sebelum ni pon sama jugak kami lebih kepada pillow talk sebelom tidur.
Kami akan bersama tu kalau boleh waktu yang betul – betul saya dan suami rasa kami nak mungkin 2 minggu sekali macam tu kalau suami mintak saya okay ja. Saya tak penah menolak sekarang pon saya macam tu jugak dalam kepala ni dah malas nak fikir yang bukan – bukan dah. Untuk apa nak fikir lebih – lebih, nanti diri sendiri yang s4kit.
Lepas apa yang jadi dalam hidup saya ni, terus terang saya cakap saya lebih sayangkan diri saya untuk mana – mana perempuan yang Allah uji tu, jangan kita rasa kita down sebab Allah uji kita. Pandang sudut positive.
InsyaAllah, semua akan baik – baik ja. Kalau ada masa suami nak bagi me time tu, gunakan lah jangan fikir anak sekarang ni saya nak sangat polish diri saya balik. Tapi memandangkan dengan anak kecik ni saya hold dulu jadi seorang yang happy jangan tunjuk kesedihan kita ni depan orang lain.
Sumpah saya cakap, rezeki anak saya mencurah – curah walaupon masa pregnant hari – hari saya menangis tapi anak saya lahir seorang yang sangat – sangat happy pegi mana pon, murah dengan senyuman. Tegur orang sana sini.
Dengan sape pon nak sangat – sangat menyenangkan ibu dia saya nak anak saya ikut per4ngai suami saya bukan per4ngai yang negative tapi dari side positive. Muka tu memang dari sebelum pregnant lagi saya nak muka suami saya sebab saya ni memang peminat suami saya.
Jadi mesti lah nak muka anak perempuan tu ikut suami. Orang cakap berkah kalu anak perempun ikut muka ayah. Sejukk sikit. Saya rasa itu saja lah yang saya nak kongsi pon saya pon tak tau lagi nasib saya untuk tahun – tahun hadapan.
Saya hanya harap, moga hidup saya ni m4kin baik dan lebih baik untuk masa masa hadapan kelak. Doakan supaya saya ni m4kin tabah, m4kin sabar, m4kin cantik, m4kin murah rezeki. Itu saja doakan jugak supaya anak saya dijauhkan dari perkara – perkara yang tak baik.
Doakan anak saya jadi anak yang solehah, murah rezeki dan sihat selalu. Akhir sekali, doakan supaya hubungan saya dan suami berkekalan sampai ke Syurga. Aminnnn, sekian.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.