Selepas bercerai dengan bekas isteri, suami macam geIandangan. Sekarang bila suami dah berubah, bekas isteri nak balik dekat dia

Masa saya kenal suami, dia tidur je mana2 macam geIandangan. Dia tak terurus. Saya ni la yang berusaha kembalikan semangat dia yang dah hilang. Setiap petang berjogging dan sekarang dia dah tak gemuk macam yang awak cakap dulu. Lepas apa yang awak dah buat buat dengan dia dengan senangnya awak datang nak bersama balik?

#Foto sekadar hiasan. Salam. Tolong hidekan ye min. Saya guna fb kawan. Usia perkawinan saya dan suami dah 4 tahun, suami saya duda anak 1. Dia seorang yang baik, bertanggungjawab dan kami bahagia. Tetapi sekarang kami tengah diduga bila bekas bini suami datang merayu suami saya nak balik bersama atas alasan anak perIukan dia.

Saya pernah bertunang sebelum ni dan perkara sama pernah berlaku. Sekarang bekas bini suami saya datang merayu atas nama anak. Saya sayang suami saya bagaimana saya nak lepaskan dia sedangkan saya sendiri pun ada anak dengan dia.

Dan anak saya pun perIukan ayah mereka. Wahai bekas isteri suami saya, dulu masa awak minta cerai dengan suami kenapa awak tak fikir dulu masak – masak? Awak lari bawa anak awak ikut lelaki lain. Awak cakap suami gemuk, m4kin hari m4kin buruk.

Awak cakap suami tak dapat menanggung awak sebab suami awak orang susah. Masa nak bercerai dulu awak m4ki suami depan mak mertua di mahkamah sebab suami tak nak cerai sebabkan anak. Dan masa bercerai di mahkamah dulu awak mengandung 4 minggu hasil hubungan awak dengan lelaki lain

Lepas lelaki tu tinggalkan awak, awak datang pula dengan suami saya balik. Masa saya kenal dia dulu, hidup dia h4ncur. Tidur mana – mana koridor bak geIandangan. Dia m4buk, dia h1sap batu, dia tak terurus. Saya ni la yang berusaha kembalikan semangat dia yang dah hilang.

Saya ubah dia balik jadi manusia yang ada masa depan, sampai la pada suatu hari tu dia dah betul – betul berubah dan dia jatuh cinta dengan saya. Hidup dia kembali ceria, penuh semangat, dia lebih teratur, saya bawa dia setiap petang berjogging dan sekarang dia dah tak gemuk macam yang awak cakap dulu.

Lepas apa yang awak dah buat buat dengan dia dengan senangnya awak datang nak bersama balik? Lepas apa yang saya k0rbankan untuk hidupkan semangat dia balik, awak fikir saya lepaskan dia pada awak macam tu je?

Saya dah cakap dengan suami, kalau nak balik saya redha sebab bekas bini dia cakap nak bersama balik sebab anak. Tapi suami saya cakap, “lebih baik sayang bunvh abang daripada sayang suruh abang balik dengan dia. ”

Cuma satu yang saya tak suka pada suami. Saya suruh suami beri nafkah pada anak dia dengan bekas bini tapi suami tak nak. Dia bagitahu dulu bekas isteri dia cakap masa kat makhamah yang dia dan anak tu tak perlukan dia pun, dia Iarang suami jumpa anak sebab tak nak berurusan dengan suami, dah benci katanya, dah ada lelaki lain, yang ada duit boleh tanggung kami bekas isteri dia cakap.

Sebab tu suami saya tak nak kirim duit tapi lelaki tu pun dah tinggalkan dia sebab tu dia datang balik pada suami saya. Wanita – wanita yang dah berkawin dan terfikir nak minta cerai sebab lelaki lain, korang tolong la fikir masak – masak sebelum buat apa – apa keputvsan.

Jangan nanti bila bekas suami dah kawin, dah bahagia ada keluarga sendiri baru sibuk nak bersama balik, kenapa? Senang je kan nak bersama padahal dulu merayu nak minta cerai. Korang bagi saya cadangan apa patut saya buat sekarang?

Komen Warganet :

Muhammad Adham : Pertama sekali nak bagitau, suami kamu memang bod0hlah kalau dia nak kembali pada bekas isteri dia. dan yang kedua, kamu pun janganlah baik hati sangat. Pert4hankan hak kamu, dan kalau suami kamu pun miang nak juga, apa boleh buat, tend4nglah dia keluar dari hidup kamu

Rose Adam : Jangan dilayan perempuan macam tu. Suami awak pun kena ada prinsip dan bertegaslah, jangan jadi lembik. Kamu pun tt jangan suruh – suruh suami pergi balik pada bekas bini dia. Awak pun kena bertegas dan pert4hankan rumahtangga awak.

Jangan bagi dia datang rumah dan sebagainya, putvskan je hubungan semua. Bab anak tu bagitau suami bayar jer nafkah, nanti berd0sa kat akhir4t sana. Panas api dekat dunia pun tak mampu kita hadapi, inikan pulak panas api ner4ka. Jangan dok layan dah bekas bini yang dah giIa taIak tu. Kau pun tak payah s4kit hati atau cemburu setakat perempuan jenis macam tu, berIambak kat luar sana…

Song Onim Circle : Jangan buat kerja b0d0h nak pas lagi kau dekat orang, kau ingat laki kau barang ke? Bab bekas isteri tu, kau jangan layan langsung. Kalau dia merayu, kau sm4sh aje set3mpek.. Dia yang gatai sangat dulu dah kenapa?

Bab nafkah, pujuk laki kau. Kata dekat dia, atas dunia, mungkin dia rasa si bekas isteri yang bersalah sebab dulu nak bercerai dan tak nak nafkah dari suami. Tapi Allah tak kira macam tu, Allah kira atas keupayaan dan kesihatan dia.

Kalau dia mampu, tak ada alasan dia nak dengar cakap bekas isteri. Jangan nanti dah tua, dia pulak terindu – rindu anak yang satu lagi. Anak tetap anak, tak pernah terputvs hubungan disebabkan sebuah penceraian. Kalau boleh bagi nafkah dan mintak hak lawatan anak.

Cakap dekat suami, jadi manusia jangan pentingkan diri sebab nanti dia dengan si ex tak ada beza pun. Sorang per4ngai jaIang, sorang dah bahagia lupa habis anak.. Kesan dia nanti bukan pada laki kau dan si ex tu tapi pada si anak. MaIang anak tu dapat bapak dan mak tak bertimbang rasa dan tak bertanggungjawab.

Azzrocker Ladyrocker : Wahai puan yang dihorm4ti, saya rasa puan tak perlu risau pun tentang hal ni sebab suami puan sendiri dah cakap tak kan balik dekat bekas isteri dia. Tentang nafkah anak dia tu boleh je dia uruskan.

Dari apa yang puan dah cerita nampaknya bekas isteri dia tu hanya nak gunakan suami puan je. Puan dah banyak berk0rban untuk bantu suami. Mesti suami pun nampak semua tu dan tak akan nak Iukakan hati puan plak. Jadi banyak – banyaklah berdoa pada Allah. Semoga rumahtangg puan sentiasa bahagia dan aman, aamiin..

Nor Hafizah Kak De : Tolong Iawan je lah, pert4hankan hak awak. Jangan bagi peluang perempuan tu dekati suami awak. Lagipun memang suami dah mengaku tak nak dekat bekas isteri dan awak jangan pandai – pandai nak tunjuk baik sangat sanggup nak berk0rban. Tentang nafkah anak, mungkin awak boleh bantu uruskan, urus duit dan cara komunikasi mereka biar melalui awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.