Selepas pertuduhan ke3, saya dah tak mampu nak bayar peguam. Saya mohon ampun pada suami terp4ksa biar dalam penjara

Kami suami isteri dah takde pendapatan. Tapi mak mertua tak pernah culas call minta nafkah. Sehinggalah satu hari mak mertua ‘sump4h’. Aku harap korang merempat macam pengemis dan suami kau biar mereput dalam penjara je dah hidup miskin sangat. Selepas 2 bulan memang betul polis datang tangkap suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca. Dengan lafaz bismillah. Saya merupakan seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang anak. Awal perkenalan dengan suami, suami bukan lah orang senang. Pekerjaan yang tidak tetap.

Namun suami terlihat sebagai seorang yang soft spoken, pandai mengambil hati orang tua, rajin membantu serta sangat terbuka menerima saya dan anak saya. Tidak lama selepas berkenalan, suami melamar saya untuk berkahwin.

Saya menerimanya dan kami disatukan dalam majlis kecil – kecilan. Awalnya alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Suami sangat ringan tuIang. Saya terasa dilayan umpama ratu. Kebanyakan hal urusan rumah tangga memang suami yang buat, saya cuma memasak.

Cuma isu yang bagi saya agak besar adalah status pekerjaan suami. Kerana suami sering berada di rumah dengan alasan tiada projek (sebelum nikah dia bagitau kerja kontraktor dan pernah bawa saya ke tapak pembinaan tempat dia berkerja).

Memandangkan suami anak sulung, dia bertanggungjawab akan kebajikan ibunya. Ibunya memang tak pernah culas menelefon setiap bulan meminta duit belanja. Walaupun banyak kali saya jelaskan bahawa suami tidak berduit kerana tiada projek, ibunya seperti tidak mengerti.

Kalau tak bagi, memang akan keluar kata – kata yang agak kurang menyenangkan. Ibunya ibu tunggal, suami ada 5 beradik kesemuanya telah berkahwin. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah dengan mertua, memang hampir setiap bulan duit gaji saya akan peruntukkan RM500 untuk mertua.

Saya bertuah ummi saya memahami dan tidak banyak soal bila saya memohon maaf akan kegagalan saya menghulur duit belanja. Dalam tempoh 3 tahun ni, tak ada lah suami culas terus soal nafkah. Dalam setahun mungkin ada dalam dua hingga tiga projek.

Di mana sekali dia dapat payment, memang dia tak berkira. Saya akan diberikan duit belanja berjumlah sehingga lima angka. Kira tercover lah hutang – hutang nafkah yang saya dahuIukan dengan duit saya. Mertua pula memang kalau nak apa – apa, dia takkan minta pada anak – anak yang lain.

Hanya minta melalui suami sahaja. Barang – barang yang dikehendaki biasanya berharga ribuan. Kalau ada duit, saya turutkan sahaja sebab takut bila mulut dia melabel suami yang bukan – bukan. Ujian kami yang paling berat bermula awal tahun ni apabila suami meminta keseluruhan simpanan saya.

Katanya nak rolling projek. Asalnya saya ragu – ragu nak bagi tetapi memandangkan saya masih ada beberapa barang kemas yang agak berat, jadi saya turutkan sahaja. Tak lama selepas itu, suami minta duit lagi. Dan keengganan saya untuk bagi menyebabkan kami berg4duh besar.

Kerana jujur duit saya baru sahaja habis untuk buatkan auto gate untuk ummi saya dan hulur sikit buat adik – adik yang masih belajar. Ibu mertua pun masuk campur dalam perg4duhan kami hingga menyebabkan suami mem4ksa saya untuk berhenti kerja.

Selepas dua bulan dalam krisis, akhirnya saya terp4ksa berhenti bekerja kerana suami sampai tahap mengganggu di pejabat dan rakan – rakan sekerja. Katanya saya berpotensi untuk curang dan ada lelaki lain memandangkan dia dalam keadaan susah.

Dari situ bermulalah hidup saya yang memang sangat menc4bar kerana kedua – dua kami tak mempunyai pendapatan. (barang kemas saya dalam simpanan ummi saya kerana saya miliki naluri yang kurang enak dengan suami).

Hampir setiap hari kami berg4duh soal duit, makan minum, komitmen dan segala pembayaran yang tertangguh. Saya sering bertanya akan masalah sebenar suami namun tak pernah diberitahu. Dia akan mengelak. Apabila saya mempersoalkan tentang duit, nafkah dan tanggungjawab, kebanyakan masanya memang dia akan berdiam diri.

Ibu mertua pula tak habis – habis meminta duit, walau puas saya tegaskan kami suami isteri tak mempunyai pendapatan, mertua tak percaya kerana bagi mertua, anaknya kerja bagus dan saya tukang perabih harto katanya.

Implikasi daripada kekecewaan mertua kerana kami “mengabaikan” tanggungjawab menafkahi dia, saya ingat m4kiannya yang berbunyi lebih kurang, “Aku harap korang merempat macam pengemis sebab buat aku macam pengemis dok minta – minta duit dengan korang. Si xxxxx (suami) biar mereput dalam penjara je dah hidup miskin sangat”.

Saya ketar lepas dengar kata – kata begitu dari mulut seorang ibu terhadap kami. Seumur hidup saya, itu lah kali pertama saya mendengar seorang ibu mendoakan anaknya sebegitu. Tak lama, selepas sebulan dua kemudian, polis datang ke rumah mencari suami.

Katanya suami terlibat dengan jen4yah sc4m. Demi Allah, saya jatuh terduduk. Hampir sebulan tak berjumpa dengan suami kerana suami kena “roadshow”. Apabila berpeluang bertemu suami, saya tanyakan apa yang berlaku dan suami hanya mengatakan dia telah ditipu oleh rakan perniagaannya.

Saya inform mertua akan keadaan suami dan mertua mengarahkan agar saya mengik4t jamin suami, kalau tak siapa nak bagi dia duit belanja katanya. Rasa seolah – olah sudah jatuh ditimpa tangga pula. Dengan saya tak punya pendapatan, diarah pula untuk mencari duit bagi membebaskan anak dia tanpa dia membantu sedikitpun.

Bermula lah struggIe saya mencari peguam dan proses ik4t jamin suami tak mudah kerana banyak kes dilaporkan. Belum sempat keluar dari mahkamah, balai lain datang tangkap pula. Sehingga lah ke pertuduhan ketiga, kemampuan saya habis setakat itu sahaja dan saya mohon ampun kepada suami kerana terp4ksa biarkan dia berada dalam penjara.

Selama suami berada dalam penjara, ahli keluarga suami lansung tidak pernah bertanya khabar. Menghulur duit sedikit sebanyak lansung tidak pernah walaupun mengetahui saya struggIe membayar peguam. Dalam tempoh telah beberapa bulan suami dalam penjara, saya merasa sayu kerana sudahlah saya diblock oleh ahli keluarga suami, dapat tau pula mertua dan adik beradik suami sempat bercuti sakan seolah – olah suami tak pernah wujud.

Untuk berjumpa suami pula, hanya ketika perbicaraan sahaja kerana saya merupakan penjamin, jadi saya dikehendaki untuk hadir. Nak melawat di penjara agak susah kerana jarak perjalanan yang memakan masa lebih 6 jam.

Dan kos banyak habis berulang alik ke negeri yang prosiding berjalan (3 buah negeri). Kini, saya dalam keadaan patah hati, down dan segala resource telah habis. Adik – adik dan keluarga saya sendiri telah berhabis puluhan ribu ringgit bagi urusan ik4t jamin dan pembayaran deposit peguam.

Adakah zaIim jika saya menuntut fasakh dari suami? Jika suami didapati bersalah atau tidak bersalah sekalipun, dia tetap terp4ksa membayar balik duit m4ngsa – m4ngsa walaupun dia sendiri adalah m4ngsa keadaan.

Ditambah pula dengan terp4ksa menafkahi saya dan membayar apa yang telah saya keluarkan, saya percaya keluarga suami akan kembali men4gih wang apabila suami bebas nanti. Sekarang pun saya dah merasa lelah, saya tak tau jika keadaan akan menjadi sem4kin baik nanti.

Saya akui suami baik orangnya. Tak pernah angkat tangan, jika berg4duh pun, saya yang kebanyakan masanya meninggi suara dan suami hanya bersabar. Susah nak cari suami seperti suami saya namun saya merasa terbeban memikirkan keluarga suami dan mertua yang akan kembali mencari suami untuk duit nantinya.

Sekali lagi saya ingin bertanya, zaIim kah saya jika saya meninggaIkan suami sendirian menjalani ujian ini dan menuntut fasakh? – Dhiya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aini Mohamad : Suami puan bukan suami yang baik. Suami puan juga terlibat dengan jen4yah. Mertua puan terpaling mertua. Red flag cara suami puan minta berhenti kerja. Red flag campur tangan mertua. Red flag bagi duit sendiri kepada mertua sedangkan pendapatan tak cukup.

Kasihan puan dan anak – anak ada suami begitu. Kasihan lagi puan sebab ada mertua begitu. Kasihan mak ayah puan, anak perempuannya susah sampai macam ni sekali hadap masalah rumah tangga. Saya sokong puan failkan cerai atau fasakh.

Bina hidup baru, cari kerja semula. Kumpul semula simpanan dan asset. Sila kedekut dengan orang lain selepas ini. All the best untuk puan dan anak – anak.

Fira Jinggo : Tak zaIim. Sila teruskan. Baca nye pon dah buat aku sesak d4da. Lagi nak teruskan SEUMUR HIDUP dengan keluarga macam tu. Ingat bila anak dia dah keluar penjara, diorang akan lepaskan kau ke. Sila blah sebelum dia keluar penjara. Bina hidup baru. Cari keje lain. Jauh dari keluarga taguna tu.

Yatie Hashim : Sayangi diri anda dah terImpau banyak berk0rban. Sebelum anda sakali jadi m4ngsa ala – ala sc4mmer ni baik lari jauh dari hidup penuh t0ksid ini. Jangan jadi kambing hitam lagi sedar wakeup. Projek yang dia katakan itu just to cover putarbelit bisness dia saja.

Please wakeup jadi orang cerdik cari kerja halal berkat dan jangan sesekali bagi duit kat orang senang – senang saja, hargai penat lelah kita. Tak pasal – pasal satu family jadi bank you. Biar dia rasa duduk dalam kerana kesalahan yang dia buat. Selfish family dia sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?