Selepas suami meninggaI dunia isteri pertama bawa peguam halau saya dari rumah

Suami meninggaI dunia dalam waktu paling singkat. Dia mengadu s4kit apabila di bawa ke hospitaI dan dia terus meninggaI dunia. MaIangnya ketika jasadnya terIantar di rumah isteri pertama saya tidak dibenarkan menziarah apa lagi berada di sisinya. Kehadiran saya tidak disukai oleh isteri dan anak – anaknya…

#Foto sekadar hiasan. Tidak ada wanita yang mahu hidupnya bermadu. Tetapi inilah yang dik4takan jod0h. Puas saya tolak permintaan Arif tetapi sia – sia, kerana kami kahwin juga akhirnya. Permintaan saya Ariff tidak akan sia – siakan isteri pertama dan anak – anaknya.

 

Memang dia berlaku adil. Dia tidak kurangkan apa yang pernah diberikan kepada isteri pertamanya. Namun sebagai isteri kedua, saya sedar walau bagaimana baik dan ikhlas saya sekali pun, saya pasti tidak dapat diterima oleh keluarga madu saya.

Tapi Arif berjanji dia akan berusaha membaikkan kami setelah bernikah nanti. Dia ajak saya nikah di Siam tapi saya tolak. Tapi janji Arif setelah bernikah di sana dia akan daftarkan di Shah Alam tempat kami tinggal. Dia berjanji akan menjaga kebajikan saya.

Memang tepat dua hari selepas kembali dari Siam, Arif daftarkan perkahwinan kami di sini. Dan dia terus beritahu isterinya dia sudah berkahwin lagi dan kenalkan saya dengan tiga orang anaknya. Pendek kata Arif buktikan segala janjinya ditepati dia mahu membaikkan saya dan isteri pertamanya.

Namun saya faham mana wanita mahu terima madunya dengan mudah. Dan biasalah sebagai isteri kedua saya sering melalui suasana `peper4ngan’ namun semuanya dapat saya atasi dengan kesabaran. Sebenarnya Arif tidak sembunyikan perkahwinan kami, isteri dan anak – anaknya tahu di mana saya tinggal kerana Arif sering bawa mereka ke rumah saya walaupun mereka tidak naik ketika Arif menghantar barang keperluan makanan kepada saya.

Malah setelah mempunyai anak, Arif juga pernah bawa anak – anak saya ke rumah mereka. Tetapi sama ada keluarganya terima atau tidak saya tak tahu, kerana saya tidak melihatnya. Kata Arif lagi selagi terdaya dia akan berusaha carikan rumah lain daripada yang sedia ada untuk saya dan anak – anak.

Walaupun kami baru berkahwin selama 5 tahun, tetapi saya sudah disediakan sebuah rumah dengan perabut serba sederhana. Katanya dia mahu kami anak beranak menikm4ti hidup yang serba sederhana. Tetapi maIangnya, umur orang yang baik ini tidak panjang.

Allah sayangkan dia. Arif meninggaI dunia dalam waktu paling singkat. Dia mengadu s4kit apabila di bawa ke hospitaI dan dia terus meninggaI dunia. MaIangnya ketika jasadnya terIantar di rumah isteri pertama saya tidak dibenarkan menziarah apa lagi berada di sisinya.

Kehadiran saya tidak disukai oleh isteri dan anak – anaknya. Puas saya merayu tetapi tetap dihalang. Mereka seumpama tidak mengakui saya isteri Arif apa lagi anak – anak saya. Namun saya tetap berkeras, akhirnya dibenarkan.

Tidak lama selepas Arif meninggaI masalah mula menimpa saya apabila saya disuruh keluar dari rumah yang saya diami sekarang yang dibina oleh Arif. Anak – anak Arif semuanya sudah berkahwin mereka mempunyai keluarga sendiri, tetapi mereka tidak mahu memahami masalah yang saya hadapi.

Ke mana lagi saya hendak pergi, itulah sahaja harta yang ditinggalkan oleh Arif kepada kami anak beranak, malah arw4h berpesan supaya saya tetap tinggal di rumah itu dan jangan sekali – kali keluar apa lagi pindah. Itulah yang jadi pegangan saya.

Jadi apabila saya dihalau keluar saya tetap pertah4nkan rumah tersebut. Oleh kerana tanah di atas tapak rumah ini luas maka Arif bina dua pintu rumah sewa untuk saya. Pesannya hasil dari sewa itulah saya boleh besarkan dua orang anak kami.

Kerana saya telah berhenti kerja ketika berkahwin dengan Arif dahulu. Pendek kata Arif membuat persediaan secukupnya untuk masa depan saya dan anak – anak. Bila saya fikirkan kembali saya dapat rasakan hasrat mulia Arif untuk berlaku adil kepada dua orang isteri dan anak – anaknya.

Dia tak mahu saya ganggu keluarganya, dan keluarganya juga jangan ganggu hidup saya, sebab dia telah membuat persediaan untuk kami. MaIangnya setelah Arif meninggaI, mereka halau saya keluar dari rumah ini. Dan mereka mengambil duit sewa dari rumah yang Arif bina khas untuk saya.

Kata anak – anaknya, saya tak layak menerima apa juga harta pusaka peninggalan ayah mereka. Kerana saya baru kahwin dengan ayah mereka sedangkan mereka sudah lama hidup, mereka lebih berhak. Kerana saya enggan berpindah apa lagi keluar dari rumah saya ini.

Mereka datang sekali lagi membawa peguam turut halau saya keluar. Mereka juga tidak benarkan saya membuat dan membina apa juga perubahan atas rumah kami. Nak bina apa? Sebab saya tak ada duit. Mereka tahu arw4h ayah mereka bina dua buah rumah sewa ini untuk saya anak beranak sebelum arw4h meninggaI dunia.

Tetapi kalau semua pendapatan dari sewa mereka ambil jadi memang saya tak ada duit untuk hidup. Saya terp4ksa cari kerja. Walaupun saya merayu tetapi mereka tetap berdegil, sambil peguam mereka mendakwa jika saya bawa kes tuntutan harta pusaka ke mana – mana mahkamah syariah sekali pun, saya tidak akan menang, nasib tak baik saya juga akan dihalau keluar dari rumah ini.

Saya merayu pada mereka tolong jangan halau saya, nak ambil duit sewa ambil lah, saya boleh cari kerja untuk tanggung hidup kami anak beranak. Untuk menguatkan lagi hujah mereka meminta saya tandatangan beberapa keping surat tetapi saya enggan tanda tangan, sebab saya takut ditipu.

Ke mana kami anak beranak hendak pergi saya tidak ada saud4ra mara di semenanjung kecuali di kampung halaman saya nun jauh di Malaysia Timur. Saya benar – benar buntu. Ketika saya sedang susah itulah ada seorang teman baik, dia ambil kesempatan atas kebod0han dan kebuntuan saya.

Janji nak tolong, tetapi dia menipu duit saya. Sedihnya, sudahlah duit sedikit, kena tipu pulak. Kini apa yang amat membimbangkan saya, ialah peguam tersebut akan jumpa saya sekali lagi. Saya tak tahu apakah kali ini saya akan dihalau keluar dari rumah ini.

Saya memang takut pertama, kerana saya tak ada peguam. Kedua kerana saya tak ada duit. Namun saya bersyukur, baru – baru ini dengan bantuan kawan – kawan kumpulan Ibu Tunggal saya dapat melahirkan hasrat hati saya kepada seorang peguam, beliau bersimpati mungkin akan membantu saya.

Kepada Allah saya berserah dan memohon bantuanNya. Saya datang ke semenanjung awal tahun 2000 berdagang mencari rezeki yang halal dan bekerja di kota ni. Ditakdirkan saya bertemu jod0h di kota ini, apakah ini salah?

Adakah saya telah melakukan d0sa besar? Saya mengaku saya memang datang dari keluarga orang susah. Sebab itu saya beranikan diri datang ke sini sebaik sahaja habis sekolah, untuk mencari rezeki. Gaji pertama RM900 yang saya terima saya rasa cukup besar, tak sepadan dengan kerja saya di kilang.

Walaupun ramai kawan – kawan kata kerja kilang susah, teruk, tetapi pada saya kerja kilang mudah berbanding bekerja di kampung lebih teruk tapi gaji tak sepadan. Bagaimana pun bukan kerana hidup saya susah saya cari orang ada duit untuk ditangkap dijadikan suami, sebaliknya daripada awal lagi saya tidak berhasrat untuk berkahwin.

Saya datang ke KL mahu bekerja dengan hasrat membantu keluarga di kampung. Itu saja, tetapi kalau sudah jod0h walaupun beliau berusia lebih tua daripada saya, tetapi saya rela menjadi isterinya kerana keikhlasannya.

Kata arw4h perkahwinan pertamanya kerana memenuhi hasrat orang tuanya. Dia tidak membantah, malah bersyukur mendapat isteri dan anak – anak yang baik. Kini setelah dia dapat membahagiakan keluarganya dia ingin memenuhi hasrat hatinya berkahwin dengan orang yang dia pilih sendiri. Arw4h mahu memenuhi hasrat hatinya sebelum menutup mata.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.