Semalam anak ucap Syahadah, hari ini giliran si bapa ucap kalimah Syahadah. Alhamdulillah..

Siapa tak kenal dengan penceramah popular Ebit Lew yang selalu berdakwah dan mendekati masyarakat dengan penuh hemah dan lemah lembut. Beliau sering dijemput ke seluruh pelosok negara untuk menyampaikan dakwah.

Tak terkira jumlah muallaf yang telah beliau islamkan kerana tertarik dengan dakwah yang disampaikan. Baru-baru ini beliau telah ke Lahad Datu untuk menyampaikan ceramah.

Apa yang menariknya, ceramah beliau bukan sahaja dihadiri oleh orang islam malah dihadiri orang bukan islam yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang agama yang suci ini. Menurut Ustaz Ebit Lew, semalam terdapat seorang gadis berbangsa Cina tanpa dirancang mengucapkan kalimah Syahadah sambil dibantu oleh Ustaz.

Gadis tersebut memberitahu, beliau selalu mengikuti ceramah Ustaz di facebook dan Youtube. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar atas bantuan Allah.

Tiba-tiba tadi di Lahad Datu seorang anak muda chinese yang cantik ucap syahadah. Tanpa rancang. Allahuakbar. Katanya dia peminat saya selalu dengar ceramah saya di yuoutube dan fb. Masa ucap dalam bahasa melayu dia sebak menangis.

Bahasa arab dia senyum sebab malu-malu. Ya Allah bahagianya rasa lihat adik chinese ini ucap syahadah. Berkat doa orang Lahad Datu Sabah yang baik dan hebat. InsyaAllah orang sini akan bantu segala urusan dan kelas untuknya

Hari ini Ustaz Ebit Lew dan para tetamu yang hadir dikejutkan dengan kehadiran bapa kepada gadis tersebut yang bernama Mei. Pada mulanya, ibu bapa Mei hanya datang untuk berterima kasih namun setelah berbual dan diterangkan tentang islam oleh Ustaz Ebit Lew, hatinya tertarik lalu ingin memeluk Islam.

Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah esok harinya selepas anaknya malam tadi. Allahukabar. Saya tengok Mei yang saya Islam kan malam tadi hadir bersama keluarga dan semua urusetia dan imam masjid. Saya minta nak jumpa Mei sebelum balik kl. Sekali keluarganya cakap terima kaseh kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Walau dia agama lain

Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Ayahnya ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Doakan ibunya sangat baik. Banyak berkongsi pada kami masa tu betapa dia sayangkan anaknya dan sempitnya hidup dulu-dulu. Maknya kata dia InsyaAllah akan belajar Islam ini. Begitu juga beberapa anak yang lain dan saudaranya juga ada yang bertanya Islam ini. Ya Allah sebak rasa.

Mei dah mula belajar solat dan tak sabar nak belajar banyak lagi. Sedih sebak rasa. Ya Allah terima kaseh. Terima kaseh imam dan ajk masjid. Terima kaseh kawan ayah Mei. Keluarganya dan guru-guru yang membantu.

Pengikut Ustaz Ebit Lew turut mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada beliau atas usaha dakwahnya selama ini membuka hati ramai orang.

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..