Seminggu kahwin, isteri bisik dekat aku. Dia suruh aku cari pengganti, dia izinkan

Seminggu sebelum bertunang Aisyah berubah, kami selalu g4duh sampai dia block wassap aku. Lihat keadaan macam tu, selepas 6 bulan aku nekad nak kahwin dengan Aisyah. Dia minta maaf sebab dia tak dapat bagi apa – apa dekat aku sebagai isteri. Rupanya lelaki tu marah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca semua, dan terima kasih kepada admin andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback. Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa.

Jadi aku pilih untuk luahkan dekat sini. Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni mula dari sekolah. Tapi dia bawah aku, sebab umur dia 25 tahun dan aku sekarang dah 28 tahun. Kitorang ni pelajar kesayangan Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar.

Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih dan suka senyum. Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia l0st contact tapi waktu umur aku 25, kitorang dapat contact balik sesama sendiri. Aku terus terang dekat dia, yang aku suka dia.

Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu lepas habis study, baru datang merisik. Aku ikut je, tak nak terbvru – bvru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang lebih baik dan selesa.

Dari aku takde apa – apa sampai lah aku hampir ada segalanya. Dipendekkan cerita, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan keluarga aku pun pergi jumpa keluarga dia untuk tarikh bertunang. Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia ada s4kit teruk.

Demam, munt4h badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan s4kit dia tu tak baik lagi, kitorang buat keputvsan untuk tangguhkan pertunangan tu. Kitorang kerap berg4duh, dalam sebulan tu 3 – 4 kali berg4duh. Sampai 1 tahap, dia block aku kat semua sosiaI media termasuk whatsapp.

Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia, aku masa tu memang dah putvs asa dah dah rasa yang dia bukan j0doh aku. Aku banyak berdoa pada Allah minta petunjuk. Dia m4kin kerap s4kit, munt4h d4rah. Perutnya s4kit, badan dia m4kin kurus.

Pergi hospitaI, appointment tak pernah miss, tapi masih tak tau dia s4kit apa. Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah buat keputvsan untuk pergi berubat cara Islam. Dan kami terk3jut sangat, ya. Aisyah disih1r.

Aisyah marah – marah aku, itu semua laki tu yang buat. Dia tak nak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang sih1r tu, tapi laki tu dapat rasa. Dan laki tu hantar sih1r yang lagi kuat.

6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terIampau kuat. Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis. Aku terus bagitahu ibu ayah aku, aku nak nikah dengan Aisyah.

Walaupun aku tau keadaan dia macam tu. Alhamdulillah keluarga aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku. Ibu ayah dia agak terk3jut, termasuk lah Aisyah. Aisyah marah aku, dia cakap jangan kahwin sebab rasa kesian.

Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kahwin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku. Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri yang simple. Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple – simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”

Lamaaa Aisyah tenung aku, lepas tu Aisyah cakap dekat aku, “takpe.. sebab saya tak boleh bagi apa yang awak nak, saya tak ade apa – apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, dan mungkin dah tak boleh happy kan Ri macam dulu.”

Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng. Esoknya, keadaan Aisyah m4kin teruk. Dia munt4h – munt4h dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kahwin dengan Aisyah.

Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi. Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, saya izinkan, saya minta maaf, Aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti.”

Aku tunduk, aku menangis je. Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, di sisi aku dan family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dik4fankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia.

Dalam hati aku cakap, “cantiknya awak sayang..”. Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia d3rita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga Allah membaIas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah.

Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah. Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku. Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi s4kit.

Tolong jangan gunakan sih1r untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni. So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Aku dah 2 kali kena, 1 orang d3ngki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni.

Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah. Assalamualaikum. – Ri

Komen Warganet :

Muhammad Arif : Abang dulu masa kahwin dengan akak kamu pun kena, s4ntau katak. Hampir tewas juga bila ber4k keluar d4rah dan nan4h saja malah rasa perut macam dic4kar dari dalam, sebab pakcik yang ubatkan abang tu cakap orang yang hantar tu nak abang m4ti..

Hmmm.. lepas berubat tu, pakcik tu kena tuju baIas sampai m4ti. Abang sembuh tapi dapat g4strik refluct yang teruk sampai sekarang. Arw4h mak mertua pun m4ti disih1r sebab org cemburu anak – anak berjaya dalam pelajaran.

Arw4h mak ude pernah disih1r, bapa tiri disih1r k4nser sampai m4ti sebab apa abang kata sih1r k4nser, sebab k4nser tu kerap beralih tempat setiap kali scan, puncanya ada orang tak puas hati ayah tiri dipilih sebagai ketua kampung, ibu angkat pun baru sembuh kena sih1r k4nser.

Hafizah Mahfuzah Naim : Faham sangat bila orang yang kita sayang kena buatan orang / sih1r. Abang aku sendiri kena sebab orang d3ngki dengan kerja dia. Dia tak boleh pergi kerja, sampai je tempat keje munt4h d4rah.

Balik rumah ok sikit. Bertahun – tahun macam tu, tukar tempat kerja lain pun sama. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Lagi sorang, kawan baik. Sama situasi. Kena sih1r sebab kena reject, tolak pinangan. Teruk dia kena sampai tak boleh balik negeri kampung halaman sendiri.

Once dia balik masuk negeri dia, terus s4kit teruk. Jadi kalau nak jumpa Mak Ayah dia, Mak Ayah dia yang dtg jumpa dia. Kalau nak cerita, panjang sangat. Ada ustaz bagitau cara nak Iawan, kena kahwin sebab orang tu bagi sih1r sebab taknak bagi kawin dengan sape – sape.

Masa proses kenal kawan tunang semua, suami dia pun teruk kena kacau sekali tapi dorang memang j0dohnya kuat, Iawan sama – sama. Sekarang dah kawin dah dekat setahun. Semoga kalian bahagia. Orang kita (khususnya) mudah sangat guna cara h4ram cara k0tor nak puaskan hati nafsu sendiri. Tak puas hati, hantar itu ini. Semoga ALLAH beri baIasan yang setimpal untuk pelaku – pelaku sih1r ni.

Aina Sya Ashaari : Kesiannya Aisyah, saya pernah di tempat Aisyah, malam – malam tido ada benda tindih, munt4h keluar warna hitam dan paling teruk saya tak dapat mengucap. Hari ini selepas 6 tahun pulih, saya s4kit hati dengan orang yang ani4ya saya untuk puaskan hati sendiri. Semoga syurga buatmu, Aisyah

Rosdidi Roses : Perasaan sayang dan amat menyintai seseorang bukan dapat kita duga, ianya datang dari sudut hati yang amat mendalam dan perasaan sayang yang teramat. Bila ada perasaan sayang tu memang payah nak dilupakan segala kenangan manis bersamanya.

Very – very t0uching kisah saud4ra, harap banyak dekat diri pada Allah sabar dan banyak bersabar, tabahkan hati dalam men3mpuh dugaan hidup ini. Semoga bahagia akan menjelma insyallah amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.