Seminggu lepas bersalin suami layan saya sangat baik. Cukup lepas seminggu suami berubah. Genap anak saya 21 hari..

Saya nampak dia bermesej menggatal denga houseman (junior doctor) dia. Mereka ada keluar bersama sekali. Suami kata dia tak boleh sabar dengan saya sebab saya berubah lepas bersalin…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Selama ini saya baca confession orang lain, tak sangka tiba masa terkena pada diri sendiri. Saya seroang isteri, baru bergelar ibu berusia 29 tahun. Bekerja sebagai seorang doktor.

Suami (saya pula berumur 31 tahun dan berkerjaya sama, di hospitaI yang sama. Personaliti kami memang berbeza, langit dan bumi. Dia introvert, saya pula boleh kata extrovert. Jika dia suka hitam, saya suka putih. Memang selalu berIawananlah apa yang kami sukakan.

Saya jenis yang tegas dan kasar, lebih – lebih lagi waktu bekerja, dan suami pula jenis pendiam, soft spoken, tak pernah marah – marah. (Kalau ada yang tengok cerita queen of tears… Lebih kurang macam tu la personality kami)

Tapi kami berkahwin memang atas dasar suka sama suka, kami berjumpa waktu belajar dulu dan Alhamdulillah Allah mudahkan urusan perkahwinan semua. Perkahwinan kami memang banyak diuji, lebih “rough patch” berbanding waktu happy.

Mungkin sebab kami tak dapat banyak luangkan masa bersama. Dua – dua terlalu sibuk dengan kerja di hospitaI. Tapi sejak kami berpindah di hospitaI baru, hubungan kami m4kin elok, kami happy sebab hospitaI ni kurang sibuk dan saya pun tengah mengandung jadi macam suami memang banyak lebihkan masa untuk saya.

Saya bersalin di awal ramadhan, suami ada bersama dalam labour room. Dia nampak saya menahan s4kit 7 jam, baby keluar semua. Dalam tempoh seminggu, suami cuti, saya rasa bersyukur sangat alhamdulillah Allah beri orang yang baik untuk jaga saya, suami pun ambil confinement lady untuk uruskan semua.

Tapi apalah nasib, ku sangkakan panas berpanjangan… Kita memang akan diuji dengan apa yang kita paling sayangkan? Selepas seminggu, suami mula berubah. Sepanjang waktu dengan phone sahaja. Tak pegang langsung saya, pandang pun macam mengelak untuk bertentang mata.

Waktu ni saya dah rasa ada benda tak kena. Saya tanya dia terus, ada masalah apa – apa ke, ada tersuka atau contact orang lain ke. Semua dia menidakkan. Sampai satu hari, genap anak saya 21 hari, saya buka whatsap phone suami, Allah nak tunjuk… saya memang tak pernah check phone dia sebelum ni.

Saya nampak dia bermesej menggatal dengan houseman (junior doctor) dia. Mereka mula mesej flirt seminggu selepas saya bersalin. Dan mereka ada keluar bersama sekali. Masa tu tak tau macam mana nak describe rasa dalam diri saya, bergegar, gelap dunia.

Saya terus berdepan dengan dia, tanya apa semua ni. Mula – mula dia cuba untuk menafikan, tapi last – last mengaku juga. Dia kata dia buat semua tu sebab dia dah ‘reached his limit’, sebab saya kerap marah – marah, cakap kasar dengan dia sejak lepas saya bersalin.

Jadi saya buat dia str3ss, jadi perempuan tu hanya distraction untuk dia. Saya sangat speechless. Daripada pilih untuk berbincang dengan saya, dia terus carik perempuan lain. Rasa h4ncur, macam ditik4m masa tu. Lepas saya nangis, dia baru macam tersedar, nangis minta maaf sebab dia kata dia buat silap masa dia buat tu dia tak fikir.

Untuk pengetahuan pembaca, ibu saya tinggal sekali dengan saya, tapi lepas pantang ni dia akan berpindah ke rumah abang saya. Saya tak boleh nak bagitau ibu saya apa yang dah jadi, sebab ibu ada depr3ssion, saya takut ibu saya pula yang breakdown.

Jadi saya simpan benda ni sendiri. Memang rasa macam saya hilang diri saya dah Saya tak boleh makan, minum. Semua munt4h. Saya tak boleh nak urus diri. Lepas hari yang kelima baru saya boleh makan sikit. Saya sentiasa nangis bila seorang. Dan ada kena p4nic att4ck every now and then.

Saya minta suami lepaskan saya dengan cara baik, sebab saya rasa saya tak mampu untuk terima dia semula. Tapi suami minta bagi dia peluang, dia kata dia tersilap. Dia ada lafaz taklik juga jika dia buat atau ada hubungan lain.

Raya? Sebab depan orang, saya takkan la nak meraung. Ambil gambar raya semua macam biasa. Tapi h4ncurnya hati saya setiap saat bila tengok muka anak saya dan pedihnya saya setiap kali tengok muka dia. Cumanya, saya tak dapat nak benci dia. Saya cuma sedih sangat.

Sejujurnya sekarang ni saya tak tau nak buat apa.. patut ke saya bagi peluang atau lepaskan. Dan saya tak tau patut ke saya seek help sebab saya rasa saya dah depr3ssed tapi saya malu, sebab kalau pergi, semua rakan sekerja akan tahu sebab kami dalam field medicaI. Saya sekarang berdoa saya m4ti je. Supaya dia happy dan saya tak buat dia str3ss lagi. – Melur (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Humairah Baker : Pendapat sayalah kan. Bersabar dahulu ya, sebab baru bersalin. Saya lepas bersalin pun menangis tak tentu hala. Biar masa yang menentukan. Buat masa ni boleh istifar banyak – banyak bila rasa sedih, marah tu datang.

Doktor ada duit kan? Cari doktor swasta yang tak kenal awak okey jer kan untuk seek for help? Untuk berkongsi cerita supaya rasa okey sikit. Tak perlu rujuk dekat hospitaI sama sebab nanti kawan – kawan tahu. Semoga menemui jalan keluar, hidup ni memang macam ni lah doktor, ujian dari kiri kanan depan belakang, tanda yang dunia hanya sementara.

Linadin Mas : Sejenis husband play v1ctim, sendiri yang gatal pilih flirting curang dengan junior lagi nak salahkan awak yang dalam keadaan tak stabil baru lepas bersalin. Sebab baru kali pertama dan level kecurangan baru tahap flirting bolehlah beri kemaafan.

Cuma kepercayaan yang dah dikhi4nati perlu masa untuk pulih semula. Kalau sampai tahap nak jadi depr3ssion, cari kaunselor swasta dapatkan terapi, insya Allah semoga dipermudahkan. Allah tak uji jika puan tak mampu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.