“Sempena Melahiirkan Anak,” Sahabat2 Hadiahkan Elfira Loy Iphone 11

Memiliki sahabat-sahabat yang menyayangi kita adalah satu nikmat yang perlu disyukuri, seperti pelakon Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan, dapat dilihat rakan-rakannya sangat mengambil berat mengenai dirinya.

Jika menjengah ke ruangan IG pelakon itu, rakan-rakan baik selebriti telah mengadakan sambutan baby shower beberapa hari sebelum El bersalin.

El dapat Iphone 11 daripada rakan2

El disambut dengan meriah dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh teman-teman rapatnya. Paling mengejutkan, El menerima hadiah Iphone keluaran terbaru iaitu Iphone 11 dari salah seorang rakannya itu.

Teruja tengok El dah ada anak

Elfira Loy semalam, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat, masih tidak putus-putus lagi menerima kunjungan daripada sahabat-sahabatnya.

Tahniah El, beruntungnya dapat sahabat-sahabat yang sayang kita, bolehlah El ambil gambar anak banyak-banyak guna Iphone baru.

Sumber : Elfira LoySyahira Kasim & Santhawan via KLPress


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..