Kalau mak ayah mertua s4kit, suami rela hati bawa pergi hospitaI swasta. Swipe je kad dia. Kalau aku s4kit dia suruh pergi hospitaI kerajaan je sebab RM1. Satu hari aku pengsan, akhirnya suami bawa aku pergi hospitaI swasta. Tapi sampai sekarang dia ungkit..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Nama aku Beras. Of course la nama samaran kan. Mana ada parents nak letak anak nama Beras. Hehe. aku nak cerita pasal apa yang terbuku di hati aku. Pasal suami aku dan keluarganya. aku ni perempuan umur 30an.
Sedikit latar belakang, aku ni dah lebih 10 tahun kahwin dengan suami dan ada 2 orang anak. Tapi aku rasa suami aku terlalu melebihkan keluarga dia berbanding aku. Ni aku tengah mode terasa ni. Sebab tu aku karang luahan rasa ni.
Mana tau pandangan pembaca dekat sini dapat memujuk hati aku yang tengah terIuka ni. Dan semoga suami suami yang sama spesis suami aku pun baca gak and cuba berubah demi kebaikan. Aku pilih medium ni untuk meluah sebab aku tak tahu nak luah kat siapa.
Nanti kang terbuka aib keluarga pula kan. Tapi hati aku ni dah penat sedih dan terasa. Aku perIukan pandangan dan input dari orang lain gak. Tapi harap jangan k3jam ye. Sebab hati aku ni fragile sikit. Mungkin sebab kisah lampau aku menyebabkan hati aku tak kuat.
Untuk makluman, aku ni anak yatim piatu. Lebih kurang tak cukup kasih sayang dan perhatian la sebab ibubapa dah tak ada. Adik beradik pula dah ada haluan masing – masing. Lagipun aku ikut suami berpindah ke negeri asal dia selepas kahwin.
Jadi, sem4kin jauh aku dari adik beradik, kawan – kawan sekolah dan universiti. Aku rasa lost kat sini sebab tak kenal siapa – siapa kecuali suami dan family dia. Sed4ra mara aku langsung tiada di sini. Tapi bagi pihak suami aku, semua sed4ra mara, adik beradik, pak long, saud4ra mara dia semua kat sini. Untung la kan.. Ramai support system dia kat sini.
Berbalik kepada cerita, aku mula terasa dari awal – awal kahwin lagi. Kami ni bercinta lepas nikah. Tapi masa sebelum kahwin tu aku siasat per4ngai, latar belakang dia okay je. Pastu dia cam rajin la tolong mak dia. Tapi betullah orang kata, kenal la macam mana pun. Lepas kahwin baru tahu per4ngai sebenar dia.
Dan ada juga per4ngai – per4ngai dia yang family tak tahu tapi hanya isteri yang tahu. Waktu awal – awal kahwin, aku tinggal dengan keluarga mertua. Aku sangat tak selesa. Banyak sebabnya. Aku segan macam nak basuh kain, kena pinjam mesin basuh mertua. Nak masak, kena guna dapur mertua dan sebagainya.
Lepas tu nak beli apa – apa barang segan sebab mertua akan nampak dan tegur apa dalam plastik tu. Kadang – kadang, aku hanya beli sabun, syampu untuk bilik air bilik kami. Ada juga beli penyapu, penyodok semua tu sebab penyapu pun macam dah hilang bulu je tengok.
Tapi bila lalu depan mertua, cam segan plak. Sebab nanti dia akan tegur. “Eh, takde sabun ke kat tandas? Eh, takde penyapu ke kat rumah ni?”. Yela aku mesti ada preference aku sendiri brand apa nak pakai untuk sabun, syampu semua tu.
Jadi, tiap kali balik kerja, aku jadi segan sangat nak masuk rumah mertua. Semua jadi serba salah. Memang aku nak pindah rumah sewa tapi suami asyik berlengah je. Sampai hampir setahun aku kena bersabar dan pujuk.
Barulah dapat menyewa di luar. Lepas dari tu, baru aku sedar. Suami aku ni anak mak, yang jenis sikit – sikit panggil mak. Sikit – sikit nak mak. Kemudian, alhamdulillah aku mengandung. Kebanyakan barang baby aku beli sendiri sebab suami aku ni memanjang je cakap takde duit.
Duit dia banyak habis kat MLM. Berapa banyak MLM ntah dia join. Awal – awal kahwin tu aku pun disuruh jual barang – barang MLM dia jugak. Awal kahwin kita pun baru kenal dia, aku pun tolongla. Terp4ksa la aku tebalkan muka try jual kat boss ‐ boss, kawan – kawan, collegues sedangkan sudah pasti kena reject. Haha..
Bila nak beranak pulak. Aku bayangkan dapat la bersalin kat hospitaI swasta. Nak kan suasana tenang tu je. Sebab hospitaI gomen kan strict masa tu. Suami hanya boleh masuk time dah nak bersalin je. Time lain sorang – sorang je dalam wad menahan kes4kitan.
Aku bukan apa. Aku nak ada orang a.k.a. suami aku bagi kata – kata semangat, teman aku sepanjang masa tunggu waktu nak bersalin tu. Faham kan.. kalau 10 jam labour, nak 10 jam tu ada org teman dalam bilik sama – sama.
Bukan masa nak push je baru jumpa suami. Yang 10 jam sebelum tu dok sorang – sorang je s4kit. Adik beradik dan kawan – kawan aku semua bersalin kat swasta. Adik beradik dan ipar duai sebeIah suami aku pun bersalin swasta. Tapi aku sorang je bersalin gomen. Tau tak kenapa?
Sebab suami aku cakap tak de duit. Takde budget untuk aku beranak swasta. Kalau gomen dia cakap mampula sebab free. Masalahnya suami aku ni gaji agak tinggi. Tapi ntah ke mana duit gaji dia. Nak kata banyak beli barang baby, aku beli lagi banyak.
Dia beli stroller dan pampers je. Yang lain – lain macam baju seluar, kain, blanket, tilam semua segala aku yang beli. Anak kedua pun camtu, guys. Bersalin kat gomen gak. Memang kat gomen bagus kepakaran, alatan semua.
Tak dinafikan.. tapi doktor dah check aku ni low risk, boleh je nak bersalin kat swasta. Tapi sebab suami aku cakap takde duit. Terima je la kan, dia senanglahkan bersalin kat mana – mana pun sama bagi dia. Pulak tu kalau gomen, dia boleh balik lepas waktu melawat.
Bukan dia yang bersalin.. Kat gomen ni lepas bersalin pun suami boleh datang waktu melawat je. Terlalu limited masa sebab tu aku prefer private sebab memang suami boleh teman dan sama – sama jaga anak. Ok next. Aku ni kalau apa – apa s4kit, mesti suami bawak pergi gomen. Sebab free or bayar RM1 je kan.
Walau nak gi check gigi pun dia tak bagi pergi swasta. Suruh gi gomen sebab murah. Yang buat aku terasa, kalau mak atau ayah suami s4kit. Boleh pulak dia hantar pergi private hospitaI, private clinic. Pakai credit card suami pulak tu. Beribu – ribu pun dia tak kisah. Swipe je. Sedih hati aku bila tengok.
Aku tahu aku dan anak – anak ni dah macam melukut di tepi gantang. Kalau dengan mak ayah dia, kemain suami aku tak berkira. Tapi kalau dengan aku dan anak – anak. Paling murah dia bagi. Siap ungkit ungkit pulak lari budget.
Tu belum cerita lagi kalau kirim beli barang. Dia selalu lupa. Tapi kalau mak ayah dia, laju kemain. Balik kerja, suami aku akan singgah beli makanan kat mak ayah dia dulu. Baru balik rumah kami. Dia selalu singgah rumah mak ayah dia tanpa bagitau aku.
Sekurangnya bagitaulah dulu atau ajak aku dan anak – anak sekali. Tapi dia takde common sense tu. Aku dan anak – anak takde siapa tanya dah makan ke belum. Duit barang dapur bagi sebulan sekali dengan amount yang sikit.
Memang aku yang banyak topup itu ini. Mungkin keluarga dia nampak dia macam banyak duit. Tapi hakik4tnya, aku yang banyak support sana sini. Aku tahu mak ayah dia penting. Syurga dia ada bersama mak ayah dia. Tapi suami aku tak adil dengan aku dan anak – anak.
Kami dah cukup makan hati dengan sikap tak adil dia. Kadang – kadang aku rasa nak balas je perbuatan dia bagi dia sedar sikit. Tapi aku pulak dah tak ada ibu bapa. Dia tak akan faham apa aku rasa. Tak de siapa yang sayang aku unconditionally macam mak ayah aku sayang aku. Aku rindu semua tu. Tapi Allah dah jemput mereka lebih awal.
Selain tu, mertua aku pun selalu nasihat aku jaga anak dia elok – elok. Kalau suami aku penat, aku kena buat itu ini.. Aku faham semua tu dan sentiasa buat. Yela, aku sedar, aku pun tak perfect sempurna. Tapi tu la, mak mertua aku pun asyik fikir pasal kepentingan anak dia je.
Menantu punya perasaan dan kebajikan ni tak siapa ambil tahu. Kotla nasihat la anak tu pemurah sket dengan isteri ke apa. Atau mungkin mereka pun tak tahu per4ngai anaknya camtu. Bagi pihak aku pulak, takde siapa ke nak nasihat suami tu? Bagi dia sedar dan nampak kesalahan dia?
Sebab suami aku selalu rasa yang dia dah perfect dah sebagai suami. Confident level dia tinggi. Dia rasa semua dia bagi dah cukup. Sedangkan zahir batin belum sempurna dari kaca mata seorang isteri. Aku bukan isteri high demand pun. Cukupla adil layanan.
Kalau beli pape yang mahal kat mak ayah, belikanlah jugak kat isteri. Ni time birthday mak ayah, isteri tengok je barang mahal dia beli. Masa birthday isteri, belanja 1 slice kek je kongsi anak beranak. Dia memang nampak perfect, baik di luar.
Tapi hanya isteri a.k.a aku yang tahu layanan dia pada isteri dan anak – anak macam mana. Pernah sekali aku hampir pengsan. Suami mula – mula bawa aku ke hospitaI gomen. Tapi sebab dia tak tahan queue lama sangat. Dia bawak aku ke swasta.
Tak warded pun hanya daycare. Doktor kata mungkin aku penat sangat dan dehydrated. Tapi memang berhari – hari juga lah dia ungkit pasal duit yang habis untuk bayar kos rawatan swasta aku tu. Sedangkan tak sampai ribu pun, aku sedih sangat. Cuba kalau dengan mak ayah dia.
Zappp.. terus ke hospitaI swasta. Takde berkira – kira pun. Kenapa suami aku macam tu?? Diharap pembaca dapat berikan pendapat, kata – kata semangat buat aku dan doakan suami aku berubah jadi lebih baik terhadap aku dan anak – anak lepas ni. Aamiin.. Terima kasih. – Beras(Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
NurAz Wan : Perasaan tak puas hati kita pada pasangan, perlu disuarakan, sertakan sekali denagn hujah, hadith tentang tanggungjawab suami. Beritahu semua duit yang isteri keluarkan untuk top up apa yang sepatutnya suami buat, tak halal dan akan dituntut akhirat nanti.
Kalau tanpa redha isteri, kena ulang – ulang dan bukan diam membisu sebab diam tanda setuju. Tiap kali dia ungkapkan habis duit untuk anak isteri, awak ungkitkan. Kalau tak nak habiskn duit untuk anak isteri, kenapa kahwin? Awak ingat kahwin ni apa?
Akad tu, sumpah awak dengan Allah untuk pikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Ingat boleh masuk syurga sebab berbakti pada orang tua saja tapi abaikan kewajipan lain ke? Kena suarakan, kalau TT kuat, boleh suarakan macam berbincang, tapi kalau tidak ikutlah cara yang sesuai. Mungkin hantar melalui whatsapp pun boleh.
Sue Ieda : Sedihnya.. rasa nak menitik air mata baca. Sampai hati seorang suami layan macam ni dekat isteri dia. Dahlah tt takde ibu bapa. Saya tak tahu nak nasihat. Tapi rasanya suami tak anggap awak sebagai family. Still anggap orang luar dan beban.
Tak tahulah tt ni kuat semangat sampai bertahan 10 tahun. Tt, pergi kaunseling pejabat agama luahkan perasaan. Ni tak adil sangat suami ni. Cer slow talk. Tengok video tanggungjawab suami. Bagitahu tak puas hati kat mana.
Kalau dia tak nak berubah.. Kalau saya, baik angkat kaki. Bahagia ke sis duk dengan suami macam ni? Try hitung berapa bahagia dan berapa d3rita? Mana lagi banyak yang sis rasa?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.