Saya masakkan ayam masak merah paling sedap untuk dia. Semua gembira tapi esoknya saya minta dilepaskan

Saat saya hadirkan diri untuk jatuh taIak, saya pakai baju oren berbunga terang bersama tudung berona oren berkilau. Sayalah mak kilau waktu itu. Sebatu dah boleh nampak. Tiada langsung titik airmata, bertahun hidup bermadu..

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum dan Hai semua. Saya ibu tunggal. Saya mengalami tr4uma (PTSD) dan maj0r depr3si. Perkahwinan terdahulu cukup memberi impak dalam hidup saya. Hidup bertahun bermadu (saya isteri pertama), menghadap pend3raan mental dan fizikal.

Saya merasakan biarlah saya hidup sendiri sampai ke tua. Saya rancang apa nak buat di masa tua kerana saya langsung tidak terfikir untuk mencari pengganti. Serik! Saya tuntut fasakh apabila permohonan cerai saya kali pertama tidak dilayan dan dibiarkan dig4ntung tak bertali.

Saat saya hadirkan diri untuk jatuh taIak, saya pakai baju oren berbunga terang bersama tudung berona oren berkilau. Sayalah mak kilau waktu itu. Sebatu dah boleh nampak. Tiada langsung titik airmata, apa yang saya nampak ialah jalan yang bakal bersinar untuk saya teruskan hidup dengan keluarga kecil saya.

Saya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan saya cari duit lebih berniaga online. Alhamdulillah.. dah lima tahun saya bahagia bersendiri dengan anak – anak. Duduk di rumah sendiri, ada kend3raan sendiri. Serba cukup untuk diri saya dan keluarga kecil kami.

Biasalah.. hidup ini penuh dengan tiba – tiba. Saat saya mengatakan ‘tak nak’, Allah jentik hati saya dengan apa yang saya tak nak. Saya terima ‘Hai’ dari seseorang. Lama saya sidai dia. Saya cam dia. Kenal gitu – gitu sahaja.

Saya ambil masa 2 minggu jugak untuk baIas ‘Hai’ dia tu. Saya baIas ‘Hai’ tiga huruf dia tu dengan panjang berjela. Cukup lengkap sambil masukkan sekali biografi, syarat dan sebagainya untuk membuat penolakan perkenalan dengan hujah terpaling ampuh gituh.

“Hai. Saya gemok, tak cantik, anak dua. Saya busy woman. Saya takde masa nak berkenal – kenalan apatah lagi nak bercinta. Saya dah terbiasa bersendiri. Saya happy sekarang dan nak fokus anak sahaja.” Tenang dia baIas.

“Gemok boleh kurus.. Tak cantik takpe. Cukup sedap mata memandang. Takpe. Uruskan mana penting dulu.” Disebabkan saya rasa semua benda penting, jadi saya uruskan dan teruskan je hidup seperti biasa. Saya anggap dia seperti angin lalu.

Beberapa minggu selepas itu, dia hantar mesej smiley mata. Dua bijik. Itu je. Entah mengapa, laju saya baIas, “Cocok mata tu kang!” Senyap! Sunyi! Tiada baIasan seterusnya. Dia bagaikan hembusan angin kentut. Saat mahu datang, bergelodak.. sesudah dilepaskan, berlalu pergi meninggaIkan kesan sepi. Busuk kadang – kadang.

Beberapa hari selepas tu, dia mesej untuk minta izin nak call saya. Saya kata bolehlah.. Tapi kejap je sebab saya busy, nak lipat kain. Saya suruh dia call sejam lagi. Berdebar pulak saya bila nak angkat call. Saya rangka apa nak cakap.

Saya taknak buang masa. Saya tanya apa tujuan dia, untuk apa. Saya katakan pada dia, di umur masuk 40an ni, saya tiada masa untuk bercinta bagai, kita boleh skip satu fasa, kalau nak serius, boleh jumpa terus mak abah saya.

Taknak main – main. Saya nak orang yang boleh temani saya melalui sisa tua, buat aktiviti bersama sambil memperbaiki apa yang ada bukan untuk mengembang-biak lagi keluarga. Dia cakap, “Boleh. Bila tu nak jumpa?”

Ah sudah… Bagi saya, apa yang saya cakap tu bolehlah dikira sebagai satu rejection. Saya cerita kat kawan rapat. Disuruhnya saya buka peluang dan cuba. Cuba kenal. Biar menyesal mencuba dari menyesal tak buat apa – apa.

Lama saya fikir, akhirnya saya terus terang pada abah saya. Kepada adik beradik saya juga saya minta pendapat. Bukan main terk3jut mereka.

“Bila masa ko kenal?”

“Takde angin, takde ribut?”

“Baik ke dia? Baik ke kogenya? Keje apa?”

Paling terk3jut, “Apa? Duda?? Duda anak tiga???”

Dia berjumpa abah saya. Saya nampak kesungguhan dia. Dia kata pada abah saya, lama dah perhatikan saya. Sukakan saya. Aduh.. tak perlu lah tegak macam tu. Malu saya. Adik saya dengar, pandang saya siap mata hitam naik ke atas.

Seminggu jugaklah saya kena bahan. “Perghhh.. ada orang perhatila.. piwwittt.” Rasa nak penampor je adik saya tu. Dulu memang dia pernah cuba ngorat saya melalui kawan saya. Awal – awal saya reject pasal dia duda. Tak sedar diri saya ni pun janda.

Masa tu saya dengar anak dia ramai. 7 orang. GiIer tak seram. Saya kira – kira, campur saya, 11 orang. Fuhhhh.. ni level – level kena sewa bas ni. Dia memang helokkkk. Tall, dark, hensem. Gelap – gelap macam nak start maghrib pukuI 7 tu. Rambut macam duta pomade. Siap ada parit lagi. Bermata coklat.

Dia dengan kucing takde beza. Kalau duduk tempat gelap terus nampak bijik mata bercahaya macam bijik guli. Badan fit. Sejenis menjaga pemakanan. Sukakan outdoor. Anak tiga pun perut tak boroi. Look young kata Vida.

Kehidupan stabil. Entah apa yang dia pandang pada saya yang sikit lagi nak nampak cam kuda padi. Bulat – bulat gitu. Dahlah malas nak bersukan tapi suka makan. Mungkinlah, orang kata muka saya kalau dari jauh macam artis.