Saya masakkan ayam masak merah paling sedap untuk dia. Semua gembira tapi esoknya saya minta dilepaskan

Iras – iras Wahida Wassini. Itu dari jauh. Cuba dekat. Ya habibi… berkuntum jeragat dan tumpuk – tumpuk jerawat pasir. Muka dan penampilan saya biasa je. Jenis 5 minit siap! Tiada secalit mekap, berbedak talkum tak pandai bertumit tinggi.

Saya dengan dia berbeza bagaikan langit dan bumi. Dia terus minta izin dari abah saya untuk bawa saya dan anak – anak balik berjumpa keluarga dia nun jauh di utara sana. Tiba masa saya ke sana.. sungguh.. saya jatuh syinta..

Bukan pada dia. (Eh, ada sikitla.) Pada kampung dia, pada family dia. Sawah luas terbentang. Hijau damai. Rumah dekat dengan pantai. Pertama kali saya ke utara. Saujana mata memandang. Keluarga yang cakapnya lembut, bersopan santun.

Baru pertama kali jumpa, dah dilayan sebegitu rupa. Anak – anak saya dilayan umpama cucu sendiri. Keluarga yang cepat mesra dan saya langsung tak kekok sepanjang berada di sana. Dipersiapkan bilik. Sedangkan saya hendak duduk di homestay berdekatan.

Malu satu hal. Terasa menyusahkan. Tapi bapanya bertegas untuk tetap duduk di rumah. Nama pun nak kenai – kenai. Saat saya datang sana, dipanggil semua adik beradiknya balik kampung berkumpul. Kebetulan memang cuti panjang masa tu.

Rasa teruja kerana saya tiada kampung. Mak dia masak sedap sangat. Mereka memang suka masak – masak. Masak Ikan pekasam tu.. aduh… Teringat sampai sekarang. Saya kata pada mak dia, saya tak pandai masak. Mak dia cakap, tak pandai boleh belajar.

Boleh belajar dengan dia nanti. Dia hanya senyum pandang saya. Pandai masak rupanya… Saya memang tak berani cakap pandai masak. Naya Pak Maun kalau disuruh masak kat rumah orang. Serba tak menjadi. Baik saya selamatkan diri. hihihi

Banyak makanan utara yang diperkenalkan. Hebat layanan pada tamu. Dia suka makan ulam. Dia ajak saya petik daun menjalar kat tepi pagar. Lupa nama daun tu. Sedap betul buat ulam. Dia beritahu saya tekak dia tekak kampung.

Bercerita makanan yang dia suka sambil kami berjalan kaki cari air nira. Sedap ye air nira tu. Masa nak cari sarapan, saya tak tau pun menyorok tu maksudnya sarapan di sana. Saya fikir, lokasi warung yang agak tersembunyi. Haha.

Keluarga dia ramai lelaki. Yang dah berkahwin, masing – masing beranak anak lelaki. Cucu mak pak dia ramai, kesemuanya lelaki. Tiada seorang perempuan. Jadi, mereka ambil cucu angkat perempuan. Ditatang, dijaga dengan kasih sayang.

Di ajar mengaji. Semua cucu memang membesar dibantu asuh oleh mak pak dia. Cukup masa, pergi solat di surau berdekatan. Naik motor ramai – ramai. Meriah sungguh keluarga dia. Anak – anak saya gembira di sana.

Masing – masing pandai buat kerja walaupun lelaki. Dari membasuh, melipat, memasak. Tak perlu disuruh. Rajin. Saya kagum dengan didikan mereka. Kecik – kecik pun da pandai siang ikan. Dapur tu macam jantung rumah.

Mereka lebih suka lepak di dapur. Saya menyaksikan keakraban mereka. Makan mesti sama – sama. Kadang – kadang benda kecik pun boleh jadi topik perbualan. TV? Macam tiada fungsi. Handphone? Anak – anak tidak kecanduan gajet. Main sekadarnya. Saya terasa seronok berada di sana.

Macam ada jadual waktu. Jam 9.30 ke 10 malam, mereka dah mula masuk tidur sebab mereka jenis keluarga yang berpagi – pagian. Subuh dah riuh. Takde istilah, basuh muka dulu, gosok gigi dulu terus boleh sarapan. Mereka bangun awal pagi terus mandi. Sarapan ramai – ramai.

Waktu nak zohor tu la waktu mereka berehat, tidur sebentar dan suasana jadi sunyi. Huhuhu. Sekembali ke selatan, giliran anak – anak dia berkenalan dengan keluarga besar saya. Kemain excited masing – masing. Terasa besar betul keluarga kami. Penuh kereta.

Berpeluang bawa anak – anak ke mercu tanda selatan. Gigih saya cari info sejarah tempat sendiri. Nak lah perkenalkan juga tempat kelahiran, w4risan sendiri kan. Anak – anak mudah mesra. Mereka pemalu tapi sentiasa khusyuk dengar saya bercerita.

Diorang gelak je lah tengok saya try hard nak jadi pemandu pelancong sampai tersasul – sasul. Nak – nak bila kena tanya pasal bola. Memang ke laut lah perginya. Saya tak tengok bola sangat. Saya tengok bola zaman Khalid Jamlus bergetah dulu. Jadi saya tunjuk stadium je la. Haha.

Anak dia dua dah bersekolah menengah. Bujang – bujang belaka. Tinggi – tinggi. Dia menduda masa anak bongsu dia bayi lagi. Mengasuh sendiri anak – anak. Hampir sedekad menduda. Dia di sini kerana ditransfer cawangan.

Setiap 2 minggu dia akan balik ke Utara. Disebabkan kerja, company dia berurusan dengan company saya bekerja. Start tu lah kot dia terpanah cinta. Dengan dia, banyak yang saya belajar. Cuba menerima kehadiran dia. Saya sibuk dengan dua kerja, sejenis tak kesah kalau langsung tak mesej, tak berjumpa.

Dia pulak sejenis caring. Makan ditanya, ke mana diberitahu. Saya dah macam tempat scan My Sejahtera gitu. Saya jadi takut nak berkomitmen. Takut rimas. Ye lah, dah terbiasa sangat sendiri dan berdikari. Dia layan saya dengan baik. Beri saya masa dan ruang.

Ada satu hari tu, saya kena siapkan kerja sampai larut malam. Berseorangan. Dia tanya saya tengah buat apa. Saya beritahu saya masih di ofis. Terk3jut dia. Jam dah 11 malam. Saya kata takpe dah biasa. Selama ni takde orang risaukan saya.

Area ofis saya memang sunyi dan gelap. Saya memang takut juga. Tapi dalam beg memang saya standby segala spray dan alarm. Saya adalah sikit – sikit basic silat belajor tak abis dulu. Kuda kepang pun saya belajar. Tapi ni sekadar untuk persembahan hari sukan sekolah la dulu.

Bila badan da macam labu sayong ni, nak bersilat ke, berkuda ke memang pikir 2, 3 kali juga. Saya kunci ofis, tengok – tengok kereta dia dah ada di bawah. Saya call dia tanya kenapa. Kenapa perlu bersusah? Dia risau. Bah4ya.

Dia minta saya naik bersama dia untuk pergi ke parking kereta. Saya lebih risau sebab saya tak biasa naik kereta berdua sahaja dengan lelaki kecuali dengan pakcik teksi masa zaman belajar dulu. Kalau kami keluar pun, sentiasa bersama anak – anak dan saya lebih selesa berasingan kereta.