Saya masakkan ayam masak merah paling sedap untuk dia. Semua gembira tapi esoknya saya minta dilepaskan

Saya ada sedikit rasa ketidakpercayaan. Jadi saya minta dia ekori saja saya ke kereta dan saya berjalan seperti biasa ke parking. Sejak hari itu, bila tau saya akan lambat balik, dia akan tunggu di bawah dan susuri saya. Benar. Bukan semua lelaki jahat.

Dia baik, pembersih, rajin, cekap uruskan rumah, pandai memasak, mengemas, mendidik. Dia ibarat lelaki kiriman tuhan untuk perempuan yang pernah alami keputvs-asaan dalam hidup seperti saya. MaIangnya, saya tak mampu untuk mengikis tr4uma saya dan sentiasa berfikiran buruk dan wasangka.

Macam – macam andaian bermain dalam fikiran saya. Saya takut dia hanya berbuat baik pada awalnya sahaja. Saya takut, jika terbuat salah, dia akan pukuI saya. Jerit kat saya. Tak boleh terima kekurangan saya. Saya takut, kalau saya penat, dia akan cakap saya pemalas.

Saya takut, dia letakkan harapan tinggi untuk saya jadi isteri yang sempurna. Perlu sediakan semua. Layan suami macam raja. Dim0mokkan dengan syurga ner4ka. Saya s4kit untuk ulangi semua rasa tu. Kemuncaknya, pernah saya berperasaan seperti dia mahu memukuI saya.

Padahal dia nak ambil barang sahaja. Saya mengelak, menjerit dan tekup muka sampai terketar – ketar. Dia tanya kenapa sampai macam ni? Allah.. Entah.. Saya terlalu takut waktu tu. Saya menangis. Dalam bayangan saya, seolah – olah dia mahu menumbuuk saya.

Segala yang berlaku dulu seolah – olah berulang kembali. Bagaimana saya dibeIasah, diter4jang dan dipukuI bertubi – tubi hingga terjelepuk layu. Saya tr4uma! Dia sentiasa motivate saya untuk terus jalani rawatan psiki4tri.

Dia bagi saya semangat untuk hidup lebih sihat. Dia bukan mencari tukang gaji sebab dia boleh buat semua. Dia juga bukan mencari pengasuh sebab anak – anak dia masing – masing dah besar, pandai berdikari, masak dan urus diri.

Bukan itu tujuan dia mahukan saya. Mungkin, anak – anak sem4kin besar, ada ruang sepi dalam hidup dia. Dia mahu peneman. Peneman sehingga titik usia. Betul cakap pepatah anon, perempuan akan terasa seperti puteri jika berjumpa dengan lelaki yang tepat.

Dan.. kali ni, pepatah ini sangat tepat untuk dia. “Awak terlalu baik untuk saya.” Beberapa bulan yang lalu, saya teringin makan nasi tomato. Kami deal. Dia masak nasi tomato. Saya masak lauk. Hari itu, saya masak ayam merah terpaling sedap.

Kesukaan dia. Rasa serba cukup. Dengan sedikit acar dan pajeri nenas. Saya goreng papadom. Kami semua berpiknik potluck. Rasa seronok sangat. Namun dalam hati, tiada siapa yang tahu. Betapa dahsyat saya berper4ng dengan perasaan.

Esoknya, saya tekad minta putvs. Walaupun berbaki dua bulan lebih untuk kami bernikah. Walaupun saya dah mula sayangkan dia dan keluarga besar kami. Ya, saya sayang dia. Saya tak mampu teruskan. Saya tak nak, ketidakstabilan em0si saya akan memberi kesan pada hubungan.

Jiwa saya s4kit. Saya taknak pentingkan diri. Saya tak nak jika saya seorang sahaja yang perlu jadi penerima. Saya selalu berdoa pada tuhan. Jika dia yang terbaik untuk saya, dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah.

Saat saya tulis ini, dia sudahpun kembali semula ke Utara. Sampai bila – bila. Akhirnya, dia dapat dekat semula dengan anak – anaknya. Alhamdulillah. Namun saya tahu dia kecewa. Saya juga kecewa. Kecewa dengan diri saya.

Tidak mampu keluar dari kesugulan silam. Saya doakan yang terbaik buat dia dan semua. Keluarga yang sangat baik. Rezeki saya berkenalan dengan orang baik – baik. Cinta itu bukan soal rasa semata. Tetapi tentang keberanian untuk memiliki.

Saya tidak cukup berani. Ada hikmah Allah menjentikkan rasa. Agar saya belajar, bukan semua lelaki sama. Ramai lagi yang mampu menghadirkan syurga. Kata dia, kalau qasa nak makan nasi tomato mak, mai la utagha. Ikan pekasam dan air nira sentiasa ada. Airmata saya turun laju. Sungguh saya tak mampu.. – Fatonah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Ann Fardan : Begitulah khi4nat seorang lelaki menyebabkan tr4uma dan kec4catan kekal perasaan sorang wanita. Makanya belajar didik anak – anak lelaki kita supaya meletakkan nilai Maru4h seorang Isteri di hati untuk dikasihi dan dirusuk kiri untuk dilindungi. Moga Puan mampu memaafkan diri walaupun hakik4tnya bukan kesilapan sendiri. Allah susun pasti baik.

Diana Nabila : Sebenarnya salah sendiri, tak nak beri peluang pada diri untuk berbahagia. Ibarat jika kita s4kit, Allah pun tak suruh redha s4kit menunggu m4ti, pasti kita akan berikhtiar berubat. Awak dah jumpa potential penyembuh, tapi awak lepaskan kerana tr4uma dengan kemungkinan.

Deal with the problem when the problem has come. Sehingga itu berlaku, bersangka baiklah pada Allah dan apa yang datang dalam hidup awak. Cubalah. Salam sayang dalam tegas.

Murni Sari Ahmad Mashri : Allah sedihnya kisah ini. Boleh faham bagaimana h4ncurnya hati lelaki itu. Tetapi sis juga ada hak membuat keputvsan sendiri. Kasihan. Bagaimana orang yang memulakan kisah sedih kamu adalah perempuan seperti kamu juga.

Tiada rasa empati mer4mpas suamimu, dan suamimu yang tidak layak menjadi suami sehingga meninggaIkan kesan tr4uma yang sangat dalam. Moga Allah melindungi kamu penuh rahmat dan keberkatan di mana sahaja kamu berada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.