Petang tadi, aku nampak ketupat mertua buat atas meja. Memandangkan aku berpantang, aku pandang sepi ketupat tu. Sikit pun tak ingin nak rasa. Asyik terbayang ketupat tu, air mata aku gugur lagi.
#Foto sekadar hiasan. Hi.. aku June. Sedang berpantang masuk hari ke-5. Dengar takbir raya, aku tiba – tiba sayu dan berjujuran air mata keluar tanpa aku sedar. Episod aku mengandung anak kali ini amat menc4bar.
Tambahan pula aku tinggal di rumah mentua, dan buat sekian kalinya aku tidak dapat beraya di rumah mak aku. Tahun lepas, aku raya sini. Tahun ni disebabkan pantang, aku raya sini juga. Tahun – tahun sebelum ini pun aku raya sini jugak.
Dan aku tau, mak aku terasa hati bila aku banyak di rumah mentua berbanding rumah mak. Iya la, kalau aku berpantang rumah mak, agak sukar aku nak ulang alik check kuning anak. Nak pindah rumah sendiri, terp4ksa delay dulu sebab baru fasa berpantang.
Nak p4ksa laki raya rumah mak aku, nanti mentua takda orang nak bantu persiapan raya. Anak – anak mentua yang lain kalau balik pun, akhirnya yang ke dapur suami aku juga. Nak ajak pindah rumah baru, tambah – tambah nak dekat raya ni mestilah mak mentua tak bersetuju.
Angkat barang ke rumah baru pun dah sedih, apatah lagi sebut nak pindah. Mau menangis hari – hari. Iyalah, ini dah masuk 2 tahun kami duduk dengannya sejak dapat bertukar ke kampung. Sepanjang aku mengandung, alahan aku agak teruk.
Aku dah tak fikir nak masuk dapur, aku banyak habiskan masa dalam bilik dan aku dah tak kisah kalau mentua kata aku malas. Dalam fasa tu, aku langsung tak mampu nak makan apa – apa. Nak harapkan mentua layan, maaf la.
Bertanya nak makan apa pun tidak, lagi ditinggalkan dapur tak berasap adalah. Iyalah ada anak dan menantu boleh masak. Aku pun mula masuk fasa mogok sejak mengandung ni, kalau asyik – asyik aku ja yang masuk dapur.
Last – last suami ambil alih masak untuk mak dia bila dia nampak aku m4kin murung dan banyak berkurung dalam bilik. Suami aku pula memang sama seperti lelaki lain la. Semua benda nak kena beritahu, kena ketuk baru nak buat.
Dan fasa mengandung adalah fasa aku lepaskan t4ntrum pada suami aku. Siapa tak marah, bila orang tak peduli keadaan kita, apa kita nak makan. Nampak isteri munt4h teruk pun, tak tahu nak buat macam mana. Ada sekali tu, suami ajak keluar makan.
Aku seronok la. Tapikan, bila jumpa kawan perempuan, dia boleh berborak sampai aku yang dah lapar ni tanya nak order apa pun tak diendahkan. Balik rumah, memang aku direct lepaskan marah aku. Terdiam suami sebab sebelum ni aku sabar saja, tak pernah jerit – jerit bagai.
Sampai satu tahap aku sangat str3ss bila suami macam tak faham fasa yang aku lalui, dan buat pertama kali suami naik tangan ke muka aku. Dan mentua ada masa kejadian tu. Sejak kena t4mpar, aku jadi tr4uma dengan suami. Aku menjerit bila dia dekat dengan aku.
Suami banyak kali mohon maaf dengan aku. Hari demi hari, sem4kin bertambah jauh jurang antara aku dengan suami, dengan mentua. Sejak mengandung, aku uruskan fasa mengandung seorang diri. Penuh str3ss. Aku pergi check up, aku kena jumpa pakar, bayi tak gerak aku drive buat ctg kat hospitaI aku ulang alik semua sendiri.
Ada juga 3 kali masuk wad sepanjang mengandung ni. Tu pon aku hadap sendiri. Suami macam biasa, lagi aku boleh buat, lagi dia lega . Isteri diakan hebat, semua boleh buat. Boleh bawa kereta, boleh pi check up sorang diri tak harap laki.
Kalau lapar, boleh cari makan sendiri. Langsung tak tanya apa – apa. Cuma lepas kejadian dia t4mpar aku, dia macam lebih insaf, lebih banyak mengalah dan sabar dengan aku. Mentua macam biasa, bangun pagi layan tv sampai pukuI 9.
Habis, nak tunggu pukuI 9 baru nak makan la. Tak kuasa aku. PukuI 7 aku dah masuk dapur, buat sarapan untuk anak – anak. Sem4kin besar perut, suami m4kin kerap masak di dapur. Mentua akan masak lauk yang dia nak makan saja. Gulai.. gulai dan gulai.
Aku kalau tak larat masak, aku belikan lauk. Itupun lauk yang aku beli akan diulang panas selagi tak basi. Tapi satu per4ngai mentua, bila anak – anak lain balik, wow kemain hebat dia di dapur. Macam – macam dimasaknya.
Sampaikan aku pun terasa, ala.. aku kan menantu je! Dalam fasa – fasa akhir mengandung bulan Ramadhan, aku teringin nak makan ketupat. Nak suarakan kat mak aku, aku segan. Dah la jauh, tak sanggup nak suruh mak buat.
Nak suruh mentua, takyah la. Akhirnya, aku beli yang frozen. Aku kukus untuk buka puasa. Masa buka puasa, aku rasalah ketupat tu. Tapikan mentah. Rasanya mentua dah tutup api kukus awal sebelum ketupat masak. Aku makan juga 2 biji buat – buat rasa.
Kesannya, aku angin satu badan, aku munt4h teruk 2 hari. Mujur aku dah mula cuti, boleh rehat di rumah. Itupun, masih aku yang masuk dapur. Kadang – kadang aku terfikir mana common sense mentua aku. Dia faham tak aku ni dah mengandung cecah 39 minggu.. takkan nak tengok buat kerja masak – masak lagi!
Pantang ni memang aku jadi ratu la. Suami aku uruskan aku A – Z. Langsung aku cakap kat suami, jangan susahkan mentua langsung. Nampak laki aku berpenat lelah di dapur buat persiapan raya, aku jadi sedih. Sedangkan bukan takde orang lain.
Kalau aku tak bersalin, memang aku dah bantu suami aku. Tapi apa nak buat! Petang tadi, aku nampak ketupat mentua buat atas meja. Memandangkan aku dah bersalin dan berpantang, aku pandang sepi ketupat tu. Sikit pun tak ingin nak rasa.
Asyik terbayang ketupat tu, air mata aku gugur lagi. Bukan teringin nak makan, tapi timbul satu perasaan yang sedih sangat. Sedih tengok ketupat. Harap – harap aku berjaya habiskan tempoh pantang dengan sihat. Tak mer0yan apa.
Sebabnya, time pantang nilah, memori sedih aku mengandung mula terbayang – bayang. Ketupat lagi la. Harap – harap tak fobia la kalau jumpa ketupat lepas ni. Doakan ya! – June (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ezan Izzah Izzy : Stay strong sis. Nak nangis time pantang ni nangis la puas – puas. Jangan disimpan dalam hati nanti merana diri atau sampai depr3ss. Hormon time pregnant / pantang ni memang selalu buat kita sedih / overthinking / exaggerate walaupun bagi orang lain benda kecil atau nonsense.
Luahkan je sis yang penting jangan ced3rakan diri / baby / sesiapa. Doakan laki sis diberi kesihatan berpanjangan boleh urus sis pantang dan mak dia jugak. Fokus pada baby paling penting sebab baby perIukan sis sangat – sangat dalam fasa pantang ni.
Mazni Hrn : Awak duduk mana June? Bila baca cerita awak ni, ada satu perasaan yang ‘meresap’ ke jiwa akak ni. Akak pernah duduk dengan mentua, pernah berpantang di rumah mentua (anak no 4 akak upah orang datang urus akak dalam pantang, mandi baby, cuci kain kotor selama 2 minggu, sampai akak boleh urus diri sendiri). Awak untung sekurang – kurangnya suami mahu ke dapur.. harap awak kuat ya, jaga em0si awak.
Suraleeya Ara : Em0si tak stabil masa pregnant dan pantang ni. Nak mentua layan, tak boleh tu. Mungkin dia dah penat n tua. Bagi la dia enjoy time – time anak dia da besar ni. “Rasanya” mentua tutup api awal masa kukus ketupat.
Dah rasa sikit tak masak elok, kukus la balik. Kesian suami tolong mentua buat psiapan raya, takpe, tu anak lelaki dia. Rehat banyak – banyak, mentaI fizikaI kena kuat untuk baby dan anak -anak yang lain.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.