Sepanjang 10 tahun tak pernah bersama isteri sebab aku asyik kantoi dengan bekas kekasih. Aku minta nak kahwin dua..

Isteri yang susah payah jaga aku masa aku demam ker4cunan. Bila dah sihat, aku tiba – tiba rindu dekat bekas kekasih. Aku transfer duit dekat ex, suruh dia pergi bercuti. MaIang jadi aku, semua kantoi…

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang lelaki 40 tahun. Kehidupan kerjaya aku mapan dan aku rasa aku lelaki yang sentiasa beruntung. Kisah akan aku kongsi ini akan menjadi punca debat tapi aku terima saja apa orang nak cakap.

Aku kongsi yang baik – baik dulu. Isteri aku cantik biasa saja, manis orangnya. Kurus tinggi. Ada masa naik juga badan dia tapi lepas aku tegur dia jaga badan balik walaupun tarik muka. Kalau aku diri sebeIah, aku rasa satu aura buat orang semua lihat kami yang buat aku nampak hebat. Entah lah…

Kahwin selepas dia tamat belajar dan dari itu tak bekerja sebab ikut aku bertugas di kawasan yang bukan nature dia. Bab kebersihan dia terbaik. Jarang aku balik rumah bersepah atau bau tandas kucing. Tandas, tilam, tuala semua kalau boleh tiap hari dia nak basuh.

Baju aku walaupun berg4duh, merungut dan aku cakap jangan gosok pun dia tetap gosok. Aku ok je baju renyuk pun bukan orang kesah. Kalau kemas beg baju, semua siap peket bahagian masing – masing. Mak aku pun puji. Rumah mak aku, nenek aku semua tak janggal langsung dia kemas time raya. Bangga aku pakcik makcik aku puji melangit.

Dia pandai je masak. Tapi pernah juga dia masak bukan yang aku suka dan aku tak makan pedas. Sejak kahwin dia merungut tak dapat makan pedas lagi sebab aku. Tekak melayu dia kuat sedangkan aku ok je makan cereal dengan susu.

Lepas dah terbiasa dengan dia masak, sekarang aku pula tiba – tiba detect lactose intolerance. Padahal dari kecik minum susu tiap hari. Tengok balik gambar bujang aku kurus keding macam pen4gih, sekarang pipi aku berisi dan bmi aku cantik.

Tak gemuk tapi nak sado tak jadi – jadi. Dia pula aktif sukan memang otot dia terbentuk sikit dari aku. Ini part crucial pula. Kami dah kahwin 10 tahun dan belum ada anak. Aku tak tahu kenapa aku yang diuji. Dari dulu lagi memang aku ramai perempuan.

Benda paling dia ungkit mesej aku dengan bekas kekasih aku malam sebelum kami nikah. Aku tak nafikan, aku sangat lemah bab perempuan. Tapi aku sayang isteri aku. Macamana pun dia tetap yang paling aku sayang. 10 tahun tanpa hubungan badan pun aku masih sayang dia. Pelik tapi ini hakik4t. Aku cuba dekat tapi dia yang keras tolak aku.

Dia jumpa pendrive lama aku yang penuh gambar ex. Dalam 10 tahun ni juga dia jumpa mesej, gambar, resit dan banyak lagi yang aku tahu aku dah h4ncurkan dia. Tapi aku lelaki. Mana aku nak salurkan keperluan aku? 3 tahun pertama aku tak beri dia nafkah.

Aku beritahu kewangan tak memihak. Dia meng4muk bila jumpa resit aku tolong bayar tayar kereta ex aku pancit. Aku naik pangkat, aku beri dia duit pun tetap tak cukup juga. Tahun lepas kami g4duh besar bila aku cakap aku nak kahwin lain.

Perempuan ni lain, dia faham aku. Dia pun tak nak kalau isteri aku tak setuju. Tapi aku nak bertanggungjawab. Isteri aku cakap aku kena pungai dan minta cerai. Jauh aku doa minta pertunjuk tapi tetap tak boleh lupa dua – dua.

Kami ke mahkamah, kaunseling. Tapi mahkamah memihak aku bila aku cakap aku tak akan ceraikan dia. Surat nikah kami hilang, dia dah request baru tapi sengaja aku tak beri dia balik kampung untuk ambil sebab aku tak nak cerai.

Tiap kali balik kampung beah isteri, aku sentiasa demam. Aku pun tak tahu dah peny4kit nak datang. Isteri aku memang sentiasa marah lepas tu. Balik pun setahun sekali. Belah aku memang kerap balik sebab aku selalu outstation dekat dengan rumah mak aku.

Isteri cakap mak aku tak suka dia, ada benda mak aku beritahu sampai sekarang isteri tak cakap dekat aku. Aku rasa dia buat – buat, sebab mak aku ok je. Isteri cakap bapak aku belakangan ni kerap tegur bab anak. Aku tak dengar sebab isteri cakap aku main phone waktu dia borak.

Banyak msg pejabat aku kena reply sebab tu aku sentiasa sibuk. Dia yang rajin layan borak buat apa. Lagi yang h4ncurkan, isteri waktu aku demam teruk ker4cunan makanan, munt4h satu rumah. Isteri aku tak geli langsung lap dinding, lantai cuci tandas bekas munt4h aku.

Dia siap report kkm tempat makan tu dan kkm reply beritahu dah hantar denda. Bila aku sihat aku transfer duit dekat gf sebab aku tiba – tiba rindu rasa bersalah. Aku letak notes suruh dia pergi holiday tempat yang isteri aku pernah tunjuk tapi kami belum pergi.

Aku tahu aku silap besar. Aku pun tak tahu macamana isteri aku sentiasa tahu semua benda. Penat jadi aku ni. Menipu sentiasa kantoi, jujur pun dia tak percaya. Aku dah minta maaf. Aku belikan dia mesin kopi, camera dan earphone mahal yang dia pernah tunjuk tapi satu pun dia tak impress.

Entah lah. Kewangan aku rasa aku jauh dah mampu. Tapi satu benda aku tak mampu lepaskan isteri aku. Dia pula m4ti – m4ti tak nak bermadu. Banyak kali minta cerai. Tamat 10 tahun berkhidmat, aku senyap – senyap dapat extend lagi tempat yang sama tapi jabatan lain.

Isteri aku nak balik sebab dia kata dah masa dia pula bina kerjaya. Selama ni dia cakap dia cemburu tengok aku pergi kerja, orang – orang sebaya dia jawatan tinggi. Tapi bila aku cakap yang dia jeles dengan kehidupan aku, dia tak mengaku pula.

Tahun ni aku cuba lagi pujuk dia untuk kahwin tapi tetap sama, meng4muk. Aku rasa aku k3jam dengan isteri aku tapi aku buntu sebab tak boleh lupakan gf aku. Dua – dua banyak kelebihan. Aku dah cuba lupa pun tetap tak boleh.

Lagi isteri aku syak dan tuduh bukan – bukan, lagi aku rindu gf aku. Isteri aku nangis meng4muk semua pun dah. Akibatnya dia palau aku kat katil. Ini lah punca aku rindu cari gf aku. Dan cycle balik semula benda yang sama.

Aku tak boleh jujur dengan diri sendiri dan aku juga tak boleh tak ada isteri aku. Banyak cita – cita dia yang aku belum tunaikan. Susahnya jadi lelaki. – Lelaki (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kal Yusof : Macam ni la bang.. ko lepaskan la bini ko tu. kesian dia hidup mend3rita. Ko jangan la selfish. Ko dapat kebahagiaan dengan gf ko tanpa memikirkan perasaan wife ko. Apa kata ko bagi je dia peluang kebahagiaan dengan orang yang akan menghargai diri dia. Matanglah bro… berat weii bile bini ko tuntut hak dia kat akhirat nanti.. lepaskanlah dia.. dan aku yakin ko pasti akan lebih tenang.

Edayu Musa : Selfish. Semua kau nak kan. Wife nya taknak madu, taknak intercourse. Maksudnya wife tu memang dah taknak. Kau yang siksa hidup dia. Dia buat kerja rumah tu semua sebab dia yang nak hidup. Takkan nak biar rumah bersepah. Takkan taknak masak nanti dia lapar. Dia lap munt4h kau sebab takkan nak biar rumah busuk bau munt4h? Dah boleh fikir belum?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.