Sepanjang 6 tahun kahwin ada 2 orang anak, suami tak pernah tidur sekatil. Memang pelik, masa pantang aku cek HP

Setiap kali saya nak bercakap berdua dengan dia, semacam ada saja penghalang. Kadang – kadang dia demam, kadang – kadang s4kit itu la inilah, buatkan saya rasa kasihan pada dia…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, admin tolong hide profile saya ya. Saya cuma nak tanya pendapat korang semua, tolong jangan kecam saya.Saya dah berkahwin selama 6 tahun. Sebelum ini saya bekerja tapi sekarang genap 1 tahun jadi suri rumah. Apa saya buat di rumah?? Saya jual barang online bagi menampung bil kereta dan barang anak – anak.

Apa kes ni? Saya dah tak ada hati pada suami. Sebab apa? Sebab dari A sampai Z semua harapkan saya. Dari bayar duit kereta, susu anak, pakai anak, keperluan rumah, barang dapur, baju dia pon saya yang belikan. Setuju tak kalau saya kata, isteri lebih tahu per4ngai suami berbanding ibu kandung??

Ceritanya bermula, selepas kami berkahwin, baru dapat tahu dia sebenarnya penganggur. Sebelum berkahwin kata dia bekerjaya, ada semuanya, kereta, harta, saving. Tapi lepas kahwin,, 1 hapak pon takda. Hutang dia banyak tau.

Baru – baru kahwin, saya percaya je la si jantan ni. Segala emas dan saving saya beri pada dia untuk selesaikan hutangnya. Alhamdulillah, dah habis hutang tapi duit – duit yang saya pinjamkan pada dia 1 sen pon dia tak pulangkan.

Duit hantaran sampai ke tahun ke-6 perkahwinan pon dia tak bagi. Keluarga saya tak tahu hal hutang duit kahwin ni. Prinsip saya, cukup 3 kali tanya, kalau dia tak bagi, saya takkan tanya dah. Saya bukan jenis meminta – minta.

Walau takda duit saya tak akan meminta, biarlah dia menjawab di sana. Kerja pon saya yang tolong carikan, tapi cuma tahan 5 bulan je. Ini baru satu masalah, ada lagiii..

2. Berkenaan kereta. Dah 6 tahun kahwin, 6 tahun dia pakai kereta, Selama tempoh itu dia takda bagi duit untuk bayar kereta. Mungkin dia lihat saya macam orang senang kot. Walaupun hujung bulan kadang – kadang ada rm5 je, kadang – kadang takda langsung.

Bukannya dia tak tahu. Saya selalu je cakap, “duit takda ni nak beli itu ini.” Tapi selang 2 ke 3 hari dia minta saya duit. Belum lagi bab roadtax, tukar minyak hitam dan lain – lain servis, semua 100% saya bayar. Untuk makluman, kereta kepunyaan saya, saya beli 2 tahun sebelum kahwin.

3. Dari awal kahwin sampai 2 anak sekarang, kami tak pernah tidur 1 bilik, 1 bantal, 1 katil kecuali waktu dia nak je. Alasannya saya tidur lasak, tend4ng – tend4ng dia.. eh,. eh.. Adik saya takda pulak kata macam tu selama ni saya tidur dengan adik masa bujang.

Rupanya kantoi bershayang shayang dengan betina lain (kekasih lama yang merupakan isteri orang pada ketika itu). Dia mengaku bujang uolss! Takda anak, takda isteri, bujang katanya. Ini saya tahu sewaktu saya dalam tempoh pantang.

Saya cek HP dia sebab dalam pantang dia takda tolong jaga anak. Takda bercakap dengan saya. Dia mengelak dengan saya. Satu malam saya tengok HP dia dan terkantoi. Patutlah tak kesah pada saya dan anak. Hal ni saya cerita pada bonda (ibu suami) kerana dip4ksa dan bonda nampak saya hampir mer0yan. Dari A sampai Z.

Bonda marah dan dia berjanji untuk tidak buat lagi dan saya memaafkan.. Tapi sikap tak acuh tu memang sampai ke sekarang, sampaikan saya rasa dia cuma gunakan saya untuk setelkan hutang dia je dan guna duit saya je. Tapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia berubah.

4. Anak dah 2 orang, dah besar tapi dia takda tolong jaga anak, mandikan anak, bagi anak makan. Tak ada! Semua saya, serah bulat – bulat pada saya. Dia cuma tahu marah. Anak nakal, marah, anak makan sepah, marah tapi bila saya marah anak.. dia marah saya semula, katanya, kenapa cakap dengan anak begitu, nanti anak ini dan itu. Padahal saya yang jaga anak 24jam!

Malah masa saya kerja dulu pon,, anak makan ke main ke apa ke semua dengan saya sampaikan anak menangis pon dia tak pernah ambil tahu kenapa. Kadang – kadang saya str3ss dan marah anak, tapi dia marah saya balik sedangkan kalau anak nakal, dia marah!! Saya tak paham!!!

Dia tak kerja sepatutnya boleh tolong isteri , betul tak? Tapi walaupun anak – anak selalu kena marah, mereka tetap suka bermain dengan daddynya dan ini buatkan saya menyampah. Bonda yang selalu tegur per4ngai dia, dia akan angguk, “betul” tapi 2 ke 3 hari je, kemudian kembali tak acuh..

5. Saya beranak, bil keluar hospitaI saya dan anak untuk anak sulung dan kedua, berpantang, beli baju baby, pampers baby.. susu dan lain – lain keperluan, semua guna duit saya. Sampaikan anak sulung ada alergik susu tiap bulan beli ubat 200 ke atas semua atas saya. Alasannya dia tak gaji lagi.

Sedangkan saya, bayar duit kereta, susu, pampers dan lain – lain dengan gaji 1.5 je.. Belum masuk lagi barang dapur keperluan lain. Duit minyak walaupun bukan saya pakai kereta. Tak fikir ke??

6. Sekarang dia dah kerja tapi nafkah culas. Dua bulan sekali bagi duit, paling banyak rm100, kadang – kadang tak bagi langsung. Duit susu, pampers kalau saya dah betul – betul takda duit baru dia bagi. Dia kerja tapi duit tak tahu pergi mana. Saya syak dia main jvdi sebab ada apss meg4888.. Ada yang tahu ke ni apps jvdi ke apa?

7. Dia ada buat hutang atas nama saya. Tanpa pengetahuan saya, tanpa tandatangan dan persetujuan saya. Yang peliknya, boleh plak lulus sedangkan pada ketika itu, dia takda pendapatan tetap. Kadang – kadang 1 bulan ada rm50 je  dan saya pon sudah tidak bekerja sewaktu kejadian itu. Hutang ini, saya dapat tahu sendiri sewaktu cek telefon dia msa dia tidur. Allahu.. saya sangat kecewa..

Ada banyak lagi perbuatan dia yang sangat – sangat mengecewakan saya. Setiap kali saya nak bercakap berdua dengan dia, semacam ada saja penghalang. Kadang – kadang dia demam, kadang – kadang s4kit itu la inilah, buatkan saya rasa kasihan pada dia.

Dan Bonda.. Bonda adalah halangan terbesar buat saya memutuskan tali kami. Bonda dan Ayah adalah mertua yang paling baik dan sangat sayang dan percayakan saya lebih dari anaknya sendiri. Dari A sampai Z mertua percayakan saya. Saya takut akan mengecewakan mereka..

Apa pendapat pembaca dalam ni?? Patut ke saya teruskan hubungan ini? Sebab semua benda saya boleh buat sendiri.. Walaupun saya suri rumah, saya ada jual barang online juga. Dan alhamdulillah masih boleh tampung anak – anak walaupun kadang – kadang terkorek – korek duit juga. Tolong ya, jangan kecam saya. Saya cuma perIukan pendapat.

Sekarang anak yang sulung dah sekolah, doakan saya dan anak – anak murah rezeki ye. Maaf admin luahan saya panjang sangat.. harap admin sudi siarkan sebab saya sangat buntu.

Komen W4rganet :

Sri Kesidang : Apa guna ada suami jika dia tidak menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai suami. Itu tak termasuk sifat buruknya yg menganiaya Puan, seperti berhutang menggunakan nama Puan, berskandal dengan wanita lain, berjvdi. Bawalah haluan sendiri, jangan jadikan anak – anak dan Mertua yang sangat baik sebagai alasan untuk bertahan. Puan berhak untuk hidup tenang dan bahagia.

Lala Mamacieka :  Maaf cakap…cerai lah sis. Cerita sis lebih kurang sama dengan saya. 13 tahun saya bertahan. Anak 3 orang. B0doh kan saya. Alhamdulillah, sekarang saya lebih bahagia dengan anak – anak. Percayalah sis.. sis akan tersangat la bahagia bila berpisah. Anak – anak pun insyaallah akan faham situasi sis. Macam anak – anak saya. Mereka sangatlah menyokong tindakan saya. Saya doakan semoga urusan sis dipermudahkan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.