Sepanjang kahwin aku tak pernah buat kerja rumah. Satu hari aku sengaja kemas rumah, suami balik buat muka

Paling tak boleh lupa masa aku drive kereta lelaki aku, kereta baru masa tu pastu terIanggar tembok. Habis kereta, aku takut bagitahu suami mesti dia marah..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku kategori perempuan lambat kahwin sebab dulu – dulu ramai yang kahwin awal. Aku umur 30 baru ada orang nak. Orang kata aku memilih, memanglah aku memilih sebab nak buat lelaki kan. Ikan pun kita pilih takkan lelaki tangkap muat saje. Tak capai minimum kpi aku, aku tolak.

Sebab syarat yang aku letakkan dah sangat minimum. Teruna, bekerja, solat tak tinggal, ada common sense, tak mer0kok, tak kedekut, tak pengotor, tak baran. Kalau tak ada semua ni aku tinggal. Aku tak minta duit berkepuk dan muka hensem pun.

Masa tu pernah give up sampai cakap tak nak kahwin. Tapi tu lah bila sampai jodohnya, sekejap je rasa. Aku kenal suami 6 bulan sebelum kahwin. Tak ada redflag aku terus proceed walaupun hati aku tak rasa apa lagi kat dia, cuma parents aku yang beriya sukakan suami. Aku on je lah.

Alhamdulillah syukur ya Allah. Suami aku sangat soft spoken dan peaceful orangnya. Tak pernah tinggi suara, kalau marah dia diam. Pernah g4duh tapi aku tak ingat dah kami g4duh sebab apa. Sekejap je biasanya g4duh. Tak ada g4duh berhari – hari seingat aku.

Dan rasanya semua punca g4duh tu aku sebab aku memang kaki g4duh, haha. Suami aku lurus betul orangnya. Kalau aku kata A, A lah dia buat. Contohnya aku pernah gurau – gurau cakap teringin nak duduk rumah baru. Nak rumah teres je sweet and simple.

Masa tu kami menyewa flat dan aku tak larat nak panjat tangga, lif selalu rosak. Tiba – tiba tak lama bagitahu dah beli rumah teres. Gaya macam beli rumah tu macam beli coklat kat kedai ye. Itulah rumah pertama kami. Masa aku pregnant, suami yang jaga aku.

Hari – hari breakfast in bed. Dia selalu urutkan badan dan kaki aku. Berjaga malam melayan aku hadap contraction dan kaki cramp simpul mengkarung. S4kit boh! Masa aku melahirkan dan menyusukan anak, dia gigih sediakan makanan dan air kurma untuk aku bekal ke tempat kerja.

Dia juga akan kemaskan barang – barang aku untuk pergi kerja. Beg tangan aku dia spotcheck pastikan aku tak tertinggal barang. Aku kadang – kadang dompet pun lupa bawa, cash pun tak ada sebab aku biasa guna card.

Sejak kahwin memang tak pernah tinggal sebab suami aku sediakan. Sejak awal kahwin suami tak bagi aku buat kerja rumah. Dia kata kerja rumah tanggungjawab suami. Semua dia buat masak, lipat kain, basuh baju, iron baju kami, kemas rumah, kemas dapur, sental jamban. Tip top.

Aku pernah cuba nak tolong masa dia kerja, aku tengah cuti. Aku tolong lipat baju, iron baju dan mop lantai. Aku ingat dia balik akan happy. Rupa – rupanya dia cakap ‘thank you tolong’ tapi lain kali jangan buat dah sambil muka yang tak berapa happy.

Aku tanya samada dia tak puas hati dengan hasil kerja aku ke apa. Tapi dia cakap dia tak suka orang tolong dia kalau dia tak minta. Dia cakap aku kena buat apa yang dia suruh je. Sejak tu tugas aku cuma bancuh air, layan dia dan susukan anak. Urusan anak kami buat bersama.

Btw suami aku bukan suri rumah. Dia pensyarah Uni. Aku bekerja swasta. Perbelanjaan barang dapur, rumah dan barang-  barang anak semua suami tanggung. Aku tolong bayarkan taska anak dan kereta aku. Tiap – tiap bulan aku dapat nafkah RM500 dari suami walaupun baki gaji aku masih ada 4k lepas tolak komitmen tadi.

So baki gaji aku ni aku bagi parents aku RM500 dan mertua 1k. Parents aku memang ada duit sendiri dan larang aku bagi lebih 500. Nanti mak aku akan bising dan transfer balik 500 kat aku. Tak nak sudahlah kan, haha.

Aku simpan untuk emergency. Baki duit tu aku pegi mencantikkan diri. Buat rambut, buat kuku, buat facial, slimming. Untuk suami. Aku kat luar biasa – biasa je dengan tudung sarung dulu kini dan mungkin selamanya. Dari dulu kawan – kawan tegur aku m4kin glowing.

Ni lah rahsianya suami aku yang pandai jaga. Paling tak boleh lupa masa aku drive kereta lelaki aku, kereta baru masa tu pastu terlanggar tembok. Habis kereta, aku takut – takut bagitahu suami mesti dia marah. Tapi tak, dia terus check aku okay ke tak.

Lepas tu baru dia tengok kereta sambil garu kepala. Dia cakap tak ape, kereta boleh baiki, jangan aku yang apa – apa. Ya Allah syukur! Suami terlalu sempurna di mata aku. Sebab tu segala mehnah dari mertua aku telan dan aku hadap dengan senyuman.

Tak ape lah u win some u lose some kata omputih. Suami dah baik mertua pula begitu begini. Prinsip aku satu je, aku akan sayang dan hormat semua yang suami aku sayang. Sebab aku nak jaga hati dia. Makan tahun nak rasa diterima bila kita ni bukan menantu pilihan.

Tapi tak ape, I am forever grateful to my in-laws for raising up my husband. So aku hadap je lah chill – chill. Baru nak masuk 18 tahun kahwin esok. Hari – hari masih rasa berbunga. Rindu bila tak ada depan mata. Anak kami umur 17 tahun sebiji macam papa dia. Soft spoken dan sangat hargai mama dia yang tak sempurna ni. Sangat sweet boy.

Alhamdulillah aku syukur atas nikmat ini. Hari – hari doa aku supaya cinta kami sampai syurga. Jadi kepada yang masih belum bertemu jodoh, never give up, the best is yet to come. Cuma siapkan diri, be the best version of you. Lelaki baik untuk perempuan baik. – Makcik Oreo (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Anna Kirana : Hadap mertua begitu begini seadanya sebab suami menjaga dengan baik suka sangat dan setuju ayat ni. Kalau dapat suami begini inshaAllah kita mampu je hadap dugaan mertua bagaimana.. memilih jodoh sebab kita yang akan hidup bersama selamanya tak salah pun.

Jangan kerana mulut orang bising tak kahwin – kahwin asal ada tangkap muat. Ini paling bah4ya sebab yang nak hadap seumur hidup kita bukan yang mengata. Alhamdulillah, seronok membaca cerita tt semoga terus bahagia dunia akhirat.

Norizan Mamat : Salam, dugaan masing – masing mesti ada. Makcik pun tak nyesal pilih somi. Walaupun tak sempurna mana, makcik pun tak sempurna juga. Dalam kereta tadi, makcik terfikir tentang suami. Sikap dia. Tak la terlalu teruk, tetapi kena tabah nak melayan

Makcik dah siap pesan pada anak, kalau mama tak ada, jaga abah elok – elok dan sabar dengan dia. Tuhan jodohkan kita melengkapi. Quota bercakap makcik kurang, diambil suami. Jadi, rumah tangga kami sentiasa meriah dengan gurau rajuk marah kami.

Tadi dia marah – marah makcik, makcik diam macam biasa (ada kesalahan makcik tak sengaja). Lepas tu, naik kereta, makcik tenung saja muka dia. Lepas tu dia gelak. Gitulah… Dah tua – tua, g4duh suami isteri ni macam makan nasik, kena ada garam gula perasa itu ini, baru sedap. Tak boleh manis sahaja, nanti kena k3ncing manis Ok ? So, kalau dapat suami tak sempurna, sempurnakan dia. Sama juga dia yang terima kita seadanya. Yer dak?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.