Baru ni aku teringin sangat nak makan buah pelam. Aku suruh suami beli bila dia dapat gaji, tapi dia buat tak tahu je. Aku tak pernah minta apa – apa sebelum ni, hanya mempelam..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga alam maya semua. Aku yakin confession aku kali ni mesti akan mendapat kecaman netizen disebabkan sekarang isu nafkah tengah hot. Tapi aku tetap nak membuat luahan di sini kerana aku tiada tempat untuk mengadu, tiada kawan dan family yang sudi mendengar, lagi satu risau dituduh membuka aib suami.
Di sini lebih selamat kerana tiada siapa yang kenal aku dan juga suami. Aku gelarkan suami aku A. Kami sebaya, baru berkahwin setahun lebih, dan aku sedang sarat mengandung anak sulung kami. Perkahwinan kami dibina atas dasar cinta dan keikhlasan yang dia tonjolkan awal – awal dulu walaupun kenal tak sampai setahun.
Aku mempunyai pekerjaan tetap manakala A tiada pekerjaan tetap. Kenapa aku berkahwin dengan dia jika tahu dia tiada pendapatan tetap? Awal – awal kenal dulu dia berniaga dan pendapatan dia lebih besar daripada aku. Jadi aku harap dia boleh jadi suami yang bertanggungjawab.
Sebenarnya banyak red flag yang dia tonjolkan sebelum berkahwin tapi aku abaikan sebab kedua – dua beIah pihak dah buat persiapan. Lagipun aku husnudzon dan berlapang d4da. Aku anggap jika kita mudahkan urusan orang maka Allah akan permudahkan semua urusan kita.
Selepas bertunang kedua – dua pihak bersetuju dengan jumlah hantaran dan mas kahwin yang keluarga aku tetapkan. Awalnya ayah aku meminta hantaran RM13k tetapi selepas berbincang, hanya RM8k diminta dan RM2k untuk mas kahwin beserta seutas rantai, gelang tangan, dan sebentuk cincin.
Jujur demi Allah, aku hanya menerima sebentuk cincin emas, gelang emas dan mas kahwin sahaja. Wang hantaran tiada disebabkan A tidak sempat kumpul wang. Aku husnudzon lagi, tak apa lah sebab wang hantaran bukan benda wajib.
Barang – barang hantaran banyak aku yang keluarkan duit macam set jam tangan branded (dia yang minta), cincin couple branded (dia minta), set al-quran, sejadah dan lain – lain. Dia cuma sediakan gelang, kain pasang, dan beberapa manisan.
Untuk majlis, aku buat personal loan sebab family aku memang tak nak keluarkan wang walaupun sesen. Family aku susah sikit tapi family A boleh dik4takan agak senang. Selepas berkahwin, suami aku tidak bekerja selama 2 bulan. Aku yang menanggung segala – galanya.
Selepas dia bekerja barulah dia start bayar sewa rumah dan bil api air. Itu pun sebab aku minta. Sehingga sekarang dia cuma bayar sewa rumah dan bil api air. Keperluan lain seperti barang dapur, kereta, minyak semuanya aku yang bayar. Perabot rumah semuanya aku beli guna duit aku.
Oh ya suami aku tiada kereta. Jika makan di luar kadang – kadang aku bayar kadang – kadang dia bayar. Kalau makan sedap – sedap memang aku yang disuruh bayar padahal dia yang minta nak makan itu ini. Makan di w4rung murah – murah sahaja dia akan bayar.
Aku pergi kerja memang 100 peratus guna duit sendiri, tak pernah sekali pun dia tanya ada duit makan tak walaupun kadang – kadang aku tak cukup duit makan. Jadi di sini, aku tak dapat nafkah dari segi makan minum, perubatan, dan pakaian. Duit poket memang tak pernah merasa apa lagi duit raya. Baju raya dia pun aku belikan.
Aku sejenis yang suka makan angin. Setiap kali ke mana – mana memang 100 peratus duit aku yang keluar. Minyak kereta, makan minum, penginapan, termasuk kos beli buah tangan. Kadang – kadang dia minta nak beli buah tangan itu ini untuk family dia. Guna duit aku. Senang cakap, hidup dia memang seronok lepas kahwin dengan aku. Semua bini bayarkan.
Tengah mengandung ni memang setiap kali check up aku pergi sendiri. Aku s4kit tanggung sendiri, beli ubat sendiri, pergi kIinik sendiri. Keperluan baby semuanya aku beli sendiri dan guna duit aku. A tak pernah tanya perihal barang baby.
Teringin juga nak pergi kedai baby dengan suami, pilih barang baby dan suami bayar macam orang lain. Tapi must4hil. Tak merasa la aku. Dia tahu pergi kerja balik kerja dan waktu gaji bagi duit untuk bayar sewa rumah dan bil api air sahaja. Terpaling provider agaknya. Padahal tak cukup langsung. Bil api air kalau terlebih guna aku juga yang topup.
Sejak awal memang aku tercari – cari peguam yang boleh handle kes tuntutan nafkah, pernah juga aku nekad nak bercerai tapi tak jadi. Aku kesiankan dia, kesiankan family dia. Setakat setahun berkahwin dah 3 kali dia tukar pekerjaan.
Tak cukup duit je aku kena bagi duit makan, duit minyak motor, tolong dia itu ini. Awal – awal memang ikhlas, ni sampai tahap aku kena berhutang nak ikhlas celah mana lagi? Baru ni aku teringin sangat nak makan buah pelam.
Aku berkali – kali cakap dekat dia aku teringin nak makan buah pelam. Bukan aku tak mampu, sebelum ni apa yang aku teringin aku beli sendiri. Tapi kali ni aku nak la dia tolong belikan lagipun aku tahu dia baru gaji. Tahu apa respons dia?
Buat b0do je. Buat tak dengar. Aku tak pernah minta apa – apa dari dia sebelum ni. Aku minta buah pelam saja pun dia buat tak tahu. Entah la apa level aku ni di mata dia. Apa lagi yang aku kena buat supaya dia hargai aku, sayangkan aku.
Nak kata tak cantik, ramai cakap aku cantik berkulit putih, muka ala – ala pelakon sorang tu, badan tak kurus tak gemuk, bekerjaya pula. Entah lah apa yang tak cukup. A ni walaupun macam ni tapi dia ada kebaikan yang aku tak boleh pejam mata iaitu dia selalu bantu aku buat kerja di rumah.
Tak kekok bantu aku vacuum rumah, basuh pinggan, basuh baju, lipat baju dan masak pun dia banyak bantu. Itu sahaja kebaikan yang dia ada. Sebab tu aku kalau nak minta cerai aku akan kenangkan bantuan dia di rumah. Terus tak jadi cerai.
Lagipun ramai dapat suami lagi teruk daripada aku. Suami curang, kaki pukuI. Mujur suami aku tak macam tu. Eh tapi pernah la dia kantoi tengok p0rn waktu aku berpantang selepas keguguran haritu. Lepas aku menangis – menangis merajuk dia dah janji tak akan buat lagi.
Baru ni aku tak cukup duit, aku bagitau dia. Dia cakap tunggu dia gaji nanti dia topup apa yang tak cukup tu. Hampeh. Lepas gaji je buat senyap. Aku terp4ksa korek tabung, korek duit sana sini nak beli makanan. Memang dia sejenis kaki spin juga. Bagi harapan palsu.
Kalau ada yang cakap kenapa aku tak confront dia. Aku pernah cakap depan dia aku tak suka kena tanggung banyak benda di rumah ni. Aku nak dia jadi lebih bertanggungjawab. Lepas tu dia buat – buat sedih, minta maaf, janji tak akan ulangi lagi. Janji tinggal janji sampai aku dah fed up.
Mungkin dah selesa sangat makan duit bini. Aku jenis tak pandai meng4muk. Satu lagi aku mudah kesian. Aku kalau tengok dia tak makan memang aku boleh menitik air mata. Sumpah kesian. Walaupun hati tak ikhlas tapi aku tak pernah m4ki dia, h1na dia. Aku cuma cakap baik – baik yang aku terasa. Tapi cara ni tak jalan.
Kalau ada yang cakap stop tanggung dia. Aku pernah stop. Tapi end up aku kena mengalah juga sebab dia memang tak akan bayar apa yang perlu bayar. Dia tak ada duit pun. Pernah kami makan, dia buat senyap. Aku cakap pergi la bayar, dia cakap tak ada duit.
Hmm apa – apa pun, once dah tak tahan memang aku akan bertindak minta cerai je. Korang doakan yang terbaik untuk aku. Doakan baby dalam kandungan ni sihat. Kesian dia dapat ayah yang macam ni. Terima kasih korang sudi baca. – Isteri terani4ya (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shayna: Isteri yang maIang ialah isteri yang dapat suami tidak bertanggungjawab. Keperluan asas iaitu nafkah, pakaian dan makanan pun tidak lepas. Akhir zaman ini mungkin menjadi bujang tidaklah terlalu buruk bagi seorang wanita memandangkan terlalu ramai lelaki yang tidak berkualiti untuk dijadikan suami.
Sekurang – kurangnya menjadi bujang cuma kurang dari segi kasih sayang. Tetapi kalau dapat suami yang tidak berguna serba – serbi, lagi serabut kepala nak tanggung hidup dia pula macam anak kecil.
Ana Suraya: Perkahwinan awak pun sudah bermula dengan penipuan. Walaupun wang hantaran itu tidak wajib, tetapi janji yang dimeterai dan telah dipersetujui sepatutnya ditunaikan. Betul lah perempuan ini selalu tidak guna otak ketika berfikir tetapi guna emosi.
Asyik kesian tanpa sebab, akhirnya diri sendiri rasa teraniaya. Padahal diri sendiri yang mahukan begitu. Bagaimanapun, teruskanlah hidup dengan suami yang ada sisi baik yang tidak ada pada lelaki lain itu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.