Aku izinkan suami untuk poligami secara baik. Aku bersetuju untuk tanda tangan dokumen daripada pihak mahkamah. Tapi aku difitnah, dipr0vok oleh suami dan madu di media sosiaI, dalam WhatsApp. Aku dijadikan bahan ketawa mereka..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Disebabkan luahan aku sebelum ni mungkin terlalu pendek dan tak disiarkan.. So marilah menulis meluahkan perasaan sepanjang yang boleh. Ya.. Ramadan kali ini sedikit BERBEZA. Bukan sedikit la… Banyak kot.
Faktor utamanya adalah kerana suami dah ada rumah kedua yang dibina dua minggu sebelum masuk bulan Ramadan. Jadi suami kerap berada di sana. Berbuka dan sahur. Maka tinggal lah aku terkontang kanting seorang diri. Buka puasa merata – rata. Seorang diri di rumah, rumah mak, di kedai, di masjid.
Sedih. Ya, memang sedih sebab selama ni berbelas tahun berbuka berdua dengan suami. Ya, suami tak adil. Tapi aku tak salahkan dia. Bab hati dan perasaan ni susah nak diduga. Jadi aku cuma perlu chill, redha dan teruskan hidup. Malas nak g4duh – g4duh. Malas nak bising – bising.
Pada aku, suami dah tahu apa yang aku nak dari dia. So it’s up to him nak ikut ke tak. Maha suci Allah yang membolak balikkan hati manusia. Kalau ditanya persedian raya… Ya seperti tahun sebelumnya aku bersedia. Ada baju raya, tudung raya, kasut raya, kuih raya, duit raya.
Tapi raya nanti pun walau tak banyak.. confirm akan berbeza. Disebabkan aku dah lali dengan perasaan dan keadaan, aku cuma perlu meneruskan hidup aku juga. Bak kata omputeh, life must go on. The wheels will turn around.
Mungkin sekarang madu aku gembira, sebab rasa dia lebih disayangi oleh suami, tapi kan Allah tu Yang Maha Berkuasa membolak balikkkan hati manusia… So watch out ya. Mengalah bukan berenti aku kalah. Bagi aku, mengalah tu tanda kedewasaan seorang isteri.
Tak payah la nak g4duh – g4duh untuk seorang lelaki pinjaman tuhan. Bak kata orang, berg4duh dengan orang b0doh ni, dengan kita kita sekali jadi b0doh. Jadi aku tak nak jadi b0doh ya. Untuk itu, aku pilih untuk diam dan mengalah. Sampai masa, adalah tu hari aku pulak.
Okay, itu sahaja nak kongsi. Btw di hari 16 Ramadan, baru 4 hari giliran aku berbuka dengan suami. Selebihnya orang sana kongker. Bagi can la.. Dalam fasa honeymoon kan. Semoga lepas ni kau berdua tak akan gembira sampai bila – bila. Hahaha. Bye for now dan thank you buat semua yang sudi membaca karangan selepas berbuka aku ini. – Matahari (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan saya sebelum ini. Ya Allah.. Menangis nangis aku bila baca komen – komen pembaca semua. Sangat – sangat terharu seolah – olah pembaca ni semua adalah kakak – kakak dan adik – adik aku sendiri yang faham apa yang aku nak sampaikan dalam luahan sebelum ini.
Maafkan aku jika luahan sebelum ini terlalu pendek.. Almaklum, risau juga nak berkongsi secara terperinci. Memandangkan kisah suami berpoligami ni masih menjadi rahsia dalam keluarga aku. Bagi aku.. selagi dia masih bergelar suami dan kami belum ambil kata putus untuk setuju bercerai, biarlah rahsia ini tetap menjadi rahsia.
Maafkan aku juga jika di hujung luahan sebelum ini, ada sesuatu yang nampak buruk di pihak aku. Secara ringkasnya, aku masih berusaha untuk reda dan ikhlas dengan keadaan ini. Memandangkan aku masih terp4ksa meneruskan rawatan di kIinik psiki4tri dan masih perlu mengambil ubat anti kemurungan, mungkin ada masa masa tertentu, emosi itu masih tidak stabil.
Untuk menjawab pertanyaan kenapa aku masih bertahan, cukupla aku katakan selagi suami masih mahukan aku sebagai isteri dia, aku tak akan mengambil langkah pertama untuk berpisah dari dia. Berbelas tahun hidup berdua, mungkin aku perIukan masa untuk belajar hidup tanpa suami sepenuhnya.
Sudah lama aku mengizinkan suami untuk berpoligami secara baik cuma hati ini terlalu kecewa bila suami memilih untuk menipu. Kalau nak cerita kan bagaimana aku difitnah oleh suami, di pr0vok oleh madu di media sosiaI, di dalam WhatsApp, dijadikan bahan ketawa mereka berdua, mungkin luahan aku ni akan jadi seperti luahan di page KRT.
Bila diperintah hadir ke mahkamah untuk pengesahan perkahwinan suami, aku memang tidak berniat untuk hadir untuk menyulitkan proses pernikahan di sini. Aku cuma diam dan bersetuju untuk tanda tangan dokumen daripada pihak mahkamah.
Aku cuma berharap, bila aku memudahkan urusan suami dan madu aku, semoga Allah juga memudahkan semua urusan aku. Tiada apa lagi yang aku mahu dari suami. Aku cuma mahukan ketenangan hati dan peluang untuk meneruskan hidup kami.
Sepanjang bukan Ramadan ini, hanya doa – doa ini yang selalu aku panjatkan kepada Ilahi. Yang pertama, jika madu saya membawa kebaikan kepada saya dan suami saya, Maka elok kan lah hubungan kami bertiga. Jika madu saya membawa mud4rat kepada kami, jauhkan lah dia dari kami.
Dan aku juga selalu mengadu kepada tuhan, bahawa aku tidak mampu membaIas semua perbuatan suami yang meny4kiti, menzaIimi dan mengabaikan aku dan hanya kepada Allah aku serah kan segala – galanya. Semoga suami mampu berlaku adil kepada isteri – isterinya.
Kepada madu aku, diam saya bukan bererti aku boleh dipij4k sesuka hati. Jika suatu hari ada air mata mu yang jatuh kerana suami kita, ingat lah aku di sini ya. Tak pernah menyangka, selepas berbelas tahun perkahwinan, dari seorang yang ceria, terp4ksa dapat kan rawatan akibat kemurungan dan ada keinginanan untuk ced3rakan diri sendiri. Hanya kerana seorang suami.
Jika datang sejuta manusia yang mengutuk kita, tak akan pernah terbanding dengan satu pengkhi4natan oleh suami. S4kitnya hati ni bak dih1ris dan dibeIah oleh seribu ped4ng. Tak terucap. Tak tertanggung. Kepada suami, walaupun kamu tidak mampu untuk adil, aku redha kerana hati dan perasaan, memang tak boleh dip4ksa – p4ksa.
Mungkin aku tak tahu apa sebab sebenar di sebalik ketidakadilan ini, tetapi InshaAllah selagi kita masih bergelar suami isteri, aku akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik. Terima kasih semua pembaca yang sudi mendoakan aku.
Sesungguhnya setiap ujian hanya akan menguatkan kita, untuk menghadap hidup yang sementara ini. Doakan supaya suami dan madu aku supaya berbelas kasihan pada diri aku ya. Thanks semua. – Matahari (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
LadySara Fazli : Tunjukkan pada sang suami dan isteri keduanya yang anda mampu bergembira walau hati sedang berduka. Ciptalah kebahagiaan diri walau sedari anda menyendiri. Kerana kuatnya seorang wanita, itulah fitrah yang diciptaNya untuk kita.
Ashikin Shah : Buat isteri muda, kamu tu ambil suami orang. Isteri pertama izinkan dan tidak ganggu ketenangan hidup kamu pun cukup bagus sudah. Kamu patut bersyukur dan berterima kasih, bukan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain gembira dengan kes4kitan orang lain. Diam isteri pertama tidak bermakna kamu terlepas dari ujian. Allah sentiasa memerhati. Everything comes with a price.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.