Sepupu aku pinjam 10k dekat aku, 50k dekat ayah, bila kami tuntut balik dia plak yg bagi tazkirah

Semata untuk menunjuk, dia sanggup tipu nenek kami, gadaikan semua emas nenek kami dengan alasan nak bayar hutang ahl0ng dan janji nak t3bus semula. Tapi sudah 3 tahun, satu sen tak dibayar. Dia siap ugvt kalau sesiapa minta hutang dari dia, maksudnya orang tu berd0sa sebab buat dia terasa hati..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Lily, sudah berkahwin. Aku nak kongsi kisah berkenaan hutang. Bukan aku yang berhutang tapi orang berhutang dengan aku. Aku ada sepupu, nama dia Izzati.

Izzati ni dulu ada kerja yang bagus, gaji pun kira stabil lah masa tu dia still single. Tapi Zati ni terlalu taksub nak jadi kaya. Ye lah, dekat social media tu masing – masing dengan aset rumah besar – besar, kereta mewah. Jadi, Zati cuba untuk jadi kaya dengan jalan pintas.

Bermacam – macam jenis MLM / skim cepat kaya dia join. Akhirnya, sikap tamak Zati memakan diri dia sendiri. Dia tertipu, habis rumah mak ayah dia tergadai, duit dalam bank habis, tambah pulak pinjam dengan ahl0ng dan buat loan dengan bank.

Rumah dia kena refinance. Untuk bayar hutang, Zati ambik keputvsan untuk pinjam dari kami saud4ra mara. Kami pun atas alasan simpati, pinjamkan lah sebab ahl0ng dah datang rumah buat kecoh. Masa tu aku ada buat simpanan, jadi Zati pinjam daripada aku dalam RM10k, daripada ayah aku RM40k, dari pakcik – pakcik makcik – makcik lain aku tak sure berapa.

Dengan janji Zati nak bayar kepada kami secara ansuran. Setelah setahun, masih tiada bayang dari Zati untuk dia bayar hutang dia. Masa tu aku nak kahwin, jadi aku perIukan duit. Aku cuba berbincang dengan Zati, aku cakap yang aku sangat – sangat perIukan duit.

Zati berjanji nak bayar hutang seminggu sebelum majlis kahwin aku. M4kin dekat tarikh majlis aku, Zati dah menghilang. Aku cuba minta duit aku balik, dia mula ignore messages dan calls aku. Aku merupakan anak sulung dan masih ada adik – adik yang bersekolah, jadi aku tak nak bebankan parents aku untuk majlis aku sendiri.

Disebabkan Zati masih tak pulangkan duit aku, aku pun taknak apply loan semata untuk kahwin, jadi aku buat majlis secara sederhana. Suami aku faham dengan keadaan aku, dia mulanya nak tolong bayarkan untuk majlis resepsi beIah family aku tapi aku tak tergamak nak gunakan duit dia disebabkan dia sudah keluarkan duit untuk majlis sambut menantu.

Aku redha majlis resepsi dilangsungkan dalam serba sederhana. Selepas kahwin, aku bekerja dan suami aku juga bekerja. Gaji suami aku agak banyak dari aku, jadi kami dapat hidup dengan agak selesa, alhamdulillah.

Disebabkan Zati nampak kehidupan aku bertambah baik, dia langsung tak berniat untuk bayar hutang dia. Ayah aku pun dah penat minta duit dia balik, memang Zati tak layan. Tapi dalam family group atau family event, Zati aktif je.

Cuma bila dipersoalkan bab hutang, dia pura – pura lupa. Dia siap ugvt kalau sesiapa minta hutang dari dia, maksudnya orang tu berd0sa sebab buat dia terasa hati dan jauh diri, konon berd0sa putvskan silaturrahim. Family kami memang rapat, jadi pakcik makcik aku tak sampai hati nak ugvt Zati.

Setelah 2 tahun, Zati pun berkahwin. Perkahwinan dia giIang gemilang, siap pergi honeymoon. S4kitnya hati aku bila tengok Zati show off dekat instagram, hanya Allah saja yang tahu. Siap tunjuk kat aku life dia lepas kahwin.

Semua dia nak tunjuk, tapi bila parents Zati mula desak dia bayar hutang, Zati mula buat kisah sedih cakap gaji tak cukup, nak makan pun susah. Kalau gaji tak cukup, mana dapat duit makan luar sedap – sedap, siap bercuti?

Tiap minggu makan sedap, keluar jalan – jalan. Tapi bila aku suarakan pasal hutang, dia mula menuduh aku cuba untuk putvskan silaturrahim. Aku pernah mengadu dengan suami aku, memang aku tak perIukan duit tu sebab aku bekerja dan aku sudah ada simpanan yang baru, malah suami aku juga bagi nafkah kat aku, tapi hutang tetap hutang.

Duit Rm10k yang aku bagi pinjam bukan jatuh dari langit. Tu hasil susah payah aku bekerja dan menyimpan. Sekarang, Zati sudah punya anak. Siap beli kereta baru, bawak keluarga mertua duduk dengan dia untuk jaga masa pantang (dia tak rapat dengan family dia sebab kes berj0li tapi hutang tak bayar), siap buat baby shower untuk baby, berjalan – jalan dengan family mertua.

Aku bukan dengki tapi kita ni biarlah hidup atas kemampuan sendiri. Jangan disebabkan nak menunjuk, kita sendiri mer4na. Siapa sangka, orang seperti Zati yang sentiasa nampak bahagia dan mewah di social media, rupanya ada hutang keliling pinggang.

Bukan amount yang sikit. Banyak sangat, yang pembaca pun tak sangka banyak macam tu. Semata untuk menunjuk, dia sanggup ugvt keluarga sendiri, dia sanggup tipu nenek kami, gadaikan semua emas nenek kami dengan alasan nak bayar hutang ahl0ng dan janji nak t3bus semula tapi sudah 3 tahun, satu sen tak dibayar.

Zati yang dulu dipuji keluarga berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan, sentiasa aku hormat sebab ilmu agama yang tinggi, akhirnya menik4m kami dari belakang. Aku dah malas nak berg4duh sebab zati suka play v1ctim. Jadi aku hanya mampu tengok dia post untuk tujuan menunjuk di social media.

Zati juga seorang yang suka ber’dakwah sentap’. Suka post di FB mengutuk orang tak buat perkara sunnah itu ini, mengatakan sambutan hari lahir itu h4ram etc. Sedarkah dia bahawa hutang itu juga penting untuk kita langsaikan?

Untuk Zati, semoga suatu hari nanti Tuhan bukakan pintu hati untuk bayar hutang atau supaya suatu hari nanti kau sedar kesalahan kau. Sejak kau tipu aku, banyak kau pr0voke aku dari pelbagai sudut. Jika kau rasa hidup perlu bersaing siapa lagi bahagia di social media, kau sudah lama menang.

Kau tunjuklah kehidupan kau yang tampak mewah di alam maya untuk pujian kawan – kawan kau. Harap kau tak lupa yang di sebalik kesenangan dan rezeki yang kau dapat, ada satu beban hutang yang perlu kau langsaikan. – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Zety : Memang kalau orang yang berhutang dan tak suka bayar hutang ni suka menunjuk kemewahan bajet dia lah mampu beli segalanya. Tapi bila kita mintak hutang, dia buat karangan 3 mukasurat hidup susah.

Ada jenis famili saya yang beli rumah ratus ribu, beli kereta ratus ribu, ada maid, beli itu ini, tunjuk aset itu ini. Tapi bila kita tanya hutang, dia play v1ctim, tiba – tiba hidup susah katanya dan buat – buat lupa langsung takde rasa segan dan bersalah.

NurSyuhada Anisya Azlan : Saya ada pengalaman kawan berhutang ni tak banyak sangat pun tapi mampu jugak la bayar kereta saga baru untuk sebulan. Dia pinjam sebab nak konvo tapi masa tu dia belum kerja. Konvo tahun 2015 , hujung 2015 dia dah kerja.

So nak dijadikan cerita 2016 saya eksiden kena ambik cuti tanpa gaji so saya mintak kat dia, dia buat alasan baru kerja still nak surv1ve takleh nak bayar. Pertengahan 2017 saya berhenti kerja sebab masalah peribadi, simpanan dah menyusut so saya mintak lagi.

Bayar 100 dulu pun saya terima. Tapi dia buat alasan sekali lagi belum gaji tapi dalam masa yang sama dekat ig dia pegi vacation ke thailand dengan kawan – kawan dia. Bila saya tanya dia mengelak dan terus block sy dekat socmed.

2019 dia dah unblock sebab dia tau saya dah kerja balik. Maybe dia ingat saya lupakan hutang tu. Saya tengok je dia dok update kat ig vacation, shopping. Paling takleh blah dia belikan bf dia jam harga 600 okey. Hutang aku taknak bayar.

Saya memang la kerja tapi kerja kedai depan rumah je. So tahun ni saya bertindak k3jam, saya mesej dia “pegi vacation, ride merata tu tak takut ke tetiba m4ti tanpa bayar hutang? Sia – sia je kalau pahala banyak tapi sebab hutang amalan terg4ntung” next day tu dia bayar terus duit saya. Ada duit pulak.

Nazalyna Ramzy : Pergi minta aje. Cakap nanti masa dah m0ti roh nya tak aman. Terg4ntung antara langit dan bumi. Ada orang berhutang saya minta 3 kali. Masa last minta dia taknak bayar. Last saya cakap dunia dan akhir4t saya tak halalkan duit tu. Saya cakap aku tuntut kat akhir4t nanti. Hidup tak berkat berhutamg dan buat – buat lupa hutang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.