Sering menjadi kecaman netizen, Bonda Rozita beri teguran dan nasihat pada Datin Shahida.

Seronok betul kami tengok hubungan Bonda Rozita dan Datin Shahida ni.

Baru-baru ini Bonda ada membuat posting di Instagram ditjukan kepada menantu tersayang Datin Shahida. Dalam coretan di Instagram Bonda menasihatkan supaya Datin Shahida bersabar dengan segala ujian yang datang.

Sebelum ini netizen membuat spekulasi tentang rumahtangga yang berlaku antara Dato’ Aliff Syukri dan lsterinya. Ini kerana sejak akhir ini mereka berdua tidak lagi dilihat bersama seperti sebelum ini didalam instagram.

Tapi bagi kami, ini lumrah dalam rumahtangga. Kita hanya perlu doakan yang terbaik dan jangan buat apa-apa spekulasi yang negatif. Lagipun Datin tengah sarat mengandungkan anak kelima. Siapa tak sayang bini oii..

Menantu dn sahabat baik sy yg sabar dalam ujian , kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini..Meskipun dia anak org tp sy memuliakan dia ibu kpd cucu2 sy yg solehah
.
Renungan bersama..Rezeki dtg bersama ujian yg kuat..Semua manusia diuji dn xlepas dr kedukaan dn kecewa..benda paling sakit bukan isi dunia tp sbb Manusia

Smua masalah jadi krn kita xdpt menahan diri..xdpt mngawal diri atau sbb kita tidak sabar.. Sabar itu adalah kemampuan seseorg menahan dn mngawal dirinya shingga sikap yg dilakukan disukai oleh Allah..Sabar dlm taat..sabar ketika mnjauhi maksiat..dn ketika hadapi kesusahan..

Mudah2an kita trus mngawal mata.. fikiran.. telinga.. lisan.. mengawal keinginan dn mengawal nafsu..

Trutama mengawalkn niat kita shingga smua dikawal dgn sbaik2nya.. Ciri org yg boeh mngawal smua dgn baik akn rasa tenang pd dirinya..dn klu kita sdh selesa tenang dgn diri kita..insyaAllah org lain jg akan merasainya bila bersama kita.. Kebaikan slalu mndatangkn ketenangan..keburukkan dn dosa..akn mndtgkn kesengsaraan..

Mudah2an kita sntisa dpt mngawal dn menahan diri dr apa jua kita buat hnyalah utk kebaikan..kebaikan..dn kebaikan.. Yg diterima oleh Allah SWT..ameen ya rabb..

“Sabar adalah sikap yg sgt disukai oleh Allah SWT..dn dgn sabar kita akn merasa tenang dn aman..”

Jangan balas keburukan walau orang sakitkan hati kita @shahidadherbs

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Korang anggaplah teguran dan nasihat Bonda sebagai nasihat seorang mak terhadap anak.

Salah satu komen netizen yang menarik minat kami :

Bonda contoh tauladan yang baik untuk kami ibu mertua ni. 🙂


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..