Setelah 34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni, Sheila Rusly ingin undur diri.

Nama Pelakon, pengacara dan pengarah Sheila Rusly sudah tidak asing lagi dalam dunia seni Malaysia. Lakonan dan karya beliau pasti mendapat pujian dan sambutan hangat dikalangan penonton. Lihat sahaja drama seperti Pia dan Leftenan Zana yang mendapat rating yang sangat tinggi.

Malah, setiap tahun drama arahannya pasti akan menjadi antara calon finalis untuk Anugerah Skrin. Disebalik kejayaan itu, hari ini Sheila Rusly seperti berteka teki mahu berundur dari bidang ini.

Beliau telah memuat naik status di IG seoalah olah memberi petanda untuk berehat serta berundur diri setelah 34 tahun menjadi anak seni. Sesungguhnya bukan mudah untuk buat keputusan drastik sebegini, beliau masih meminta petunjuk dari Yang Esa.

34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri..mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa. Cukup setakat ni.. Alhamdulilah..

Perkongsian dari Sheila Rusly mendapat banyak reaksi dari para peminat dan juga rakan-rakan artis. Rata-rata mereka seperti tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Su4mi kepada Sheila juga tidak terlepas meninggaIkan komen buat Isterinya.

Berundur lah jika itu kata hati…

Berundur lah kalau itu ketentuan Illahi…

Berundur lah jika sampai masa untuk pergi…

Berundur lah jika terasa cukup pengabdian diri….

Berundur lah jika rasa tidak diperlukan lagi…

Berundur lah jika industri tidak memerlukan lagi…

Berundur lah jika yakin keikhlasan sudah tiada lagi…

Berundur lah jika yakin kejujuran sudah tiada lagi…

Berundur lah jika takut nanti merosakan hati…

Cuma Jangan berundur dari hidup ini kecuali kalah kerana mati…

Kerana nama mu SHEILA RUSLY dan disebelah mu tegap gagah bagai tiang seri …AZMAN YAHYA nama diberi …TOK SIDANG MALAYA ini…

Berundur lah babe kalau itu kata hati…..I love babe..

Kerana terlalu sayangkan bakat dan naskah baik yang beliau keluarkan, peminat seakan faham menasihati Sheila supaya berehat seketika. Kalau ikutkan memang jadual beliau agak padat dari satu drama ke drama yang lain. Selain itu, beliau juga baru sahaja membuka sebuah restoran The Dim Sum Place di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin beliau nak fokus dengan bisnes restoran pula kot.

Artis anak didik beliau juga masih mengharapkan tunjuk ajar dari seorang pengarah yang begitu komited bila bekerja. Sebelum ini Sheila yang juga pemilik syarikat produksi, JS Pictures telah mengetengahkan nama beberapa orang artis hingga menjadi pelakon yang sangat hebat seperti Janna Nick.

Sis.. i love your work. Terima kasih menghiburkan kami and banyak bagi mesej2 yang sangat beerti. Terima kasih untuk 34 tahun yang penuh exhausted untuk sis. I love you- peminat

Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..