Setiap bulan isteri pulangkan balik nafkah yg aku bg kat dia RM100 sbb aku tak cukup duit

Gaji aku RM4000 je sebulan tapi mak ayah aku p4ksa beli rumah keluarga dengan harga 500k sebab ada masalah kewangan. Bila aku cakap tak mampu, mak salahkan isteri aku sebab tak kerja. Akhirnya aku berjaya juga buat loan beli rumah tu, tapi masalahnya sampai sekarang mereka tak kosongkan rumah dan aku terbeban bayar duit rumah, rumah sewa..

#Foto sekadar hiasan. Salam warga facebook. Ni fake acc. Aku seorang suami bekerja sebagai eksekutif. Gaji aku dalam Rm4000 sebulan. Sebenarnya aku ada hutang MLM yang agak tinggi, jadi setiap bulan kira – kira gaji aku tinggal RM2700 tolak hutang.

MLM tu zaman keb0dohan aku, konon nak cepat kaya tapi tak pandai pun tentang bisnes. Tak ada sesiapa yang tau pasal hutang tu kecuali bini aku. Aku bagitahu dia sebelum kami kahwin lagi, supaya tak jadi punca perg4duhan. Alhamdulillah dia ok.

Bini aku sebelum kahwin adalah seorang yang bekerjaya, bergaji besar. Tapi rezeki tak panjang, dia dibuang kerja. Selama 2 tahun, sudah 3 kali dibuang kerja kerana syarik4t tutup. Akhirnya dia buat keputvsan untuk jalankan bisnes online.

Income bersih bolehlah paling rendah pun dalam RM1200 dan isteri aku memang tak ada hutang. Aku dah kahwin selama 2 tahun, bakal dapat anak bulan depan. Masalah timbul dari sebulan lepas kahwin lagi, keluarga aku p4ksa aku beli rumah keluarga aku bernilai 500k.

Rupanya ibu bapa aku ada masalah kewangan. Aku tak tau pun sebab selama ni nampak parents aku memang bukan orang yang cermat. Bapak aku pun kerja besar dulu. Kalau nak buat loan, aku confirm tak lepas, jadi aku cakap la jual kat org lain.

Mak aku naik angin, dia salahkan isteri aku yang tak bekerja tetap tu punca loan aku tak lepas. Kalau kerja boleh buat join loan. Mak aku tak nak rumah tu jatuh kat orang luar. Isteri aku menangis teruk giIa lepas tu, dia rasa terh1na. Aku serba salah dibuatnya.

Akhirnya kami berjaya gak beli rumah tu secara join loan atas bantuan keluarga isteri aku, pakcik kepada isteri aku ambik bini bini aku kerja dengan gaji 3k sebulan selama 6 bulan. Sape paham, paham lah. Aku ingat ibubapa aku akan berlembut hati lah dengan isteri aku sebab dah berjaya tolong beli rumah.

Lepas dapat duit tu, dorang janji nak kosongkan rumah dan pindah ke rumah bapak di kampung. Tapi dah setahun setengah tak keluar lagi. Duit dapat pun belanja pergi overseas la, buat kenduri besar – besar la. Boleh bayang tak komitmen aku macam mana.

Rumah tu, rumah sewa, bil – bil lagi, hutang lagi. Nasib baiklah bini aku tolong bayarkan rumah sewa, kereta pulak bini aku beli cash 2nd hand time dia kaya dulu, kami kongsi laki bini. Kadang – kadang aku cakap kat ibu bapa aku, aku tersangat sesak pasal rumah tu, kot – kot la dorang paham la, keluar rumah cepat sikit boleh kami sewakan rumah tu.

Tapi dih1nanya isteri aku punca aku hidup susah. Lepas tu mak aku boleh sound isteri aku kata rumah tu rumah aku, anak laki dia, jadi dorang ada hak kat rumah tu. Isteri ni kalau bercerai tak dapat apa – apa. Masa isteri aku cerita kat aku sambil nangis – nangis, aku ingat dia salah faham ke apa.

Sekali tu, aku dengar sendiri mak aku cakap macam tu depan aku dan adik beradik lain. Lepas kejadian tu, aku jarang bawak bini aku balik jumpa keluarga aku. Bini aku sarat mengandung. Korang bayangkan dia menangis sampai tekan – tekan perut dia.

Dia kata s4kit abang, mak ayah dia tak pernah s4kitkan dia sampai macam ni. Aku macam nak kena depr3ssion. Aku rasa l0ser. Setiap bulan bini aku pulangkan nafkah aku bagi kat dia RM100, dia pulangkan balik sebab aku tak boleh surv1ve.

Bulan depan aku dapat anak. Cost checkup baby, persediaan baby mak mertua aku yang tanggung. Aku kesian kat anak aku bakal lahir nanti. Dapat bapak tak guna macam aku.

Komen Warganet :

Mell Amelia : Jarang ada lelaki nak mengaku camni. Awak lelaki terpilih. Dengan ujian yang bertimpa – timpa. Isteri awak juga terpilih. Jual rumah tu. korang ada hak. Bab family tu ‘abaikan’ buat sementara waktu ni.

Insyallah niat ko betul nak hidup bahagia bersama isteri yang baik dan anak – anak yang comel. Cari diri awak dan jaga em0si isteri buat masa ni. Aku doakan korang berdua dapat cepat – cepat keluar dari masalah ini.

Insyallah anak tu pembawa rezeki. Sabar sikit lagi k. Tak lama dah. Andai kata tak ade duit rawatan untuk isteri bersalin tu nanti pm aku nanti k. Moga selamat semuanya insyallah.

Humaira Aira : Allah bagi ujian sebab kita boleh menghadapinya. Tuan n puan seorang yang kuat. Sebab tu Allah pilih. Anda suami dan bapa yang baik. InsyaAllah, doa banyak – banyak moga dipermudahkan.

Lagi satu, anak itu pembawa rezeki. Mana tau dengan kehadiran anak itu nanti akan bertambah rezeki tuan dan puan. InsyaAllah

Izny Eizu MdZin : Apa istilah bapak tak guna? Siapa pon tempat awak pasti berbeIah bahagi jugak. Syurga awak bawah telapak kaki ibu awak tapi hati manusia ni Allah yang pegang.

Kalau ibu ayah awak berkeras hati dan niat dah terpesong atas penjualan rumah tersebut maka tuhan saja tempat awak boleh mengadu. Awak dah pernah semuka ke dengan mak ayah pasal hal ni.

Kalau boleh tunjuk sekali slip gaji kasar dah tolak – tolak komitmen berapa ringgit yang awak tinggal. Tapi tula kami ni bagi pendapat memang mudah, orang nak buat tu belom tentu mudah.

Apa pun jangan depr3ssion, awak dah cuba yang terbaik. Kami doakan Allah limpahkan rezeki tak terduga buat awak dan isteri serta anak yang bakal lahir. Amin ya rabbal alamin

Khairul Leesha Khir : Kalau kesiankan anak yang bakal lahir tu, dan isteri tuan, kenalah tuan mula bertindak. Maaf cakap mak ayah tuan agak keterlaluan. Menindas isteri tuan demi kepentingan diri mereka masing – masing.

Be a man. A husband. Walau yang salah laku tu, orang tua – tuan, salah tetap salah. Salah kerana menyusahkan isteri anak sendiri. Kena bantu isteri, uruskan lah untuk tukar nama dia seperti yang sepatutnya berlaku bila dia dah usahakan untuk beli rumah tu (dengan bantuan pakcik isteri yang gajikan isteri tuan).

Dia lah pemilik. Tuan lah orangnya yang boleh ‘perbetulkan’ orang tua tuan. Definisi anak soleh tetap tak boleh mengiyakan sesuatu yang salah itu benar.

Malu Malu Rima : Bagi pakcik, ko tak giIa sebab ko masih menyebeIahi bini ko, itu bagus. Bini ko memang perIukan sokongan ko. Yang bermasalah adalah family ko. Bro, pakcik nak pesan, walaupun mereka tu family ko.

Jangan sesekali benarkan mereka h1na isteri ko, isteri ko tu dah cukup cukup cukup baik sangat dah. Ko jaga bini ko tu elok – elok. Jauhkan dia dari mulut – mulut pu4ka, bahagiakn dia bro.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?