Setiap bulan jiran aku buat cerita sedih, anak ramai hidup susah. Tengah bulan dia sanggup ketuk pintu rumah nak pinjam duit

Jiran aku ni sangat suka, sangat kerap meminjam duit. Bila aku dapat gaji setiap 1 haribulan, esok lusa mesti dia akan wasap aku nak pinjam duit. Dia cerita keperluan anak – anak sekolah sangat tinggi. Anak dia 4 orang. Tengah bulan pon dia ketuk pintu rumah

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Aku namakan diri aku sebagai Selipar Jepun. Aku ni masih bujang dan berkerja dalam bidang swasta di band4raya Kuala Lumpur.

Pendapatan aku kira ok lah untuk orang bujang macam aku dan aku juga ada buat perkhidmatan mekap pada hujung minggu. Pendapatan dari mekap ni banyak juga lah tampung perbelanjaan dan komitmen aku. Aku menyewa bilik di Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Aku ada seorang jiran yang agak peramah la. Dekat sinilah ceritanya bermula. Jiran ni aku panggil kakak ye, dia rajin bertegur sapa dan tak lokek dengan senyuman. Kakak ni ada 4 anak yang masih bersekolah. Umur jiran aku ni dalam lewat 30an dan surirumah sepenuh masa. Suaminya berkerja sebagai penghantar makanan.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini jiran aku ni sangat suka dan sangat kerap meminjam duit. Dia selalu cerita yang dia tak cukup duit dan gaji suaminya tak cukup. Biasanya dia minta dalam RM50 atau RM100. Yang paling kerap RM50.

Yang paling terakhir yang dia pinjam tu, dia tak bayar sampai sekarang. Tak banyak cuma RM50. Tak banyak tapi duit juga. Sebab duit tu dari hasil titik peluh aku, sebab tu aku terasa juga walau RM50. Aku nak minta tak sampai hati sebab jumlahnya kecil.

Hutang – hutang lain dia akan bayar cuma lambat sikit. Kalau dia bayar hari ni, minggu depan mesti dia minta pinjam lagi. Jiran aku ni sihat tubuh badan, cuma dia kata susah nak keluar bekerja sebab dia perlu hantar dan ambil anak sekolah.

Hanya suaminya yang bekerja tapi dia ada bagitahu aku yang gaji suaminya tak cukup. Contoh bila aku dapat gaji setiap 1 haribulan, esok atau lusa mesti dia akan wasap aku nak pinjam duit. Aku ni bukan kedekut, ya aku memang bujang tapi aku juga ada komitmen, aku ada buat loan untuk baik pulih rumah mak aku kat kampung.

Aku juga masih ada seorang adik yang masih belajar. Adik aku ni pun aku perlu support dari segi kewangan dia. Dan jiran aku ni pun aku tahu dia hidup agak susah. Kadang – kadang dia cerita dengan aku keperluan anak – anak sekolah sangat tinggi. Kadang – kadang aku jadi pening kepala.

Sebab jiran aku ni nak pinjam duit kerap sangat. Dah jadi macam rutin. Kadang tengah – tengah bulan pon dia ketuk pintu rumah aku sebab nak pinjam duit. Kalau tak bagi, aku akan rasa bersalah dan k3jam. Nak bagi, aku pun banyak komitmen yang perlu aku cover.

Jadi nasihat aku kepada sesiapa yang tengah rasa susah dan masih ada kudrat, apa kata cuba cari alternatif untuk cari pendapatan yang boleh buat tanpa kacau rutin harian hantar dan ambil anak sekolah. Contoh macam buat kuih letak kat kedai – kedai, cuba buat kek ke kan.

Bunyi macam susah dan renyah, tapi percayalah semua tu boleh belajar. Aku tahu bukan mudah nak buat tapi tak ada benda yang must4hil. Ada setengah orang dia menjahit kat rumah. Pinjam duit boleh kalau betul – betul tengah terdesak tapi jangan jadikan kebiasaan. Tak elok.

Jangan jadikan sebagai habit kita asal tak ada duit je terus meminjam. Sangat – sangat tak elok. Tolong lah. Melainkan kalau kita memang s4kit terlantar. Sebab bukan apa, orang bujang yang kalian tengok macam tak ada komitmen ni pon sebenarnya ada komitmen. Kami ni bukan senang.

Memang lah ada gaji bulanan tapi kami pon banyak komitmen. Sebab tu lah kami cari pendapatan sampingan sebab gaji kami pun tak cukup nak cover semua. Lagi satu aku pun tengah menabung untuk beli rumah dan untuk berkahwin bila sampai seru nanti.

Kami ni kalau orang mintak nak pinjam duit, tak nak bagi, rasa macam k3jam, rasa kasihan. Kami mengharapkan “common sense” dari kalian untuk hentikan tabiat suka meminjam duit ni. Cuba dulu usaha cari alternatif lain.

Dapat sikit – sikit pun ok la dari langsung tak ada kan. Tapi tu lah, semua benda ni aku mampu tulis dalam luahan ni je, aku tak mampu nak nasihatkan akak ni depan depan. Hurm.. Itu saja terima kasih sudi baca. – Selipar Jepun (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Daniel Misri : Pernah kena gak. Timing cantik pulak tu mintak, baru keluar duit kwsp. Silap aku tersebut depan dia. Eh tau tau malam tu sampai mesej. Sorry la memang tak dapat la brader, dua kali mencuba dua kali gagal hahaha.

Aku memang amalkan hutang piutang ni dengan adik beradik je sebab adik beradik aku semua mak ayah dah didik bayar hutang tanpa perlu diminta hehe. Biar la bertegas pun, tak nak kawan sudah. Dia nak minjam kat kita tu tandanya dia perIukan kita dari kita perlu dia. Cukup la tu.

Tok Nyang Tipah : Mak baca sikit je dek mak dah faham. Cuba kau pulak k3tuk pintu rumah dia dek, “cakap kak boleh tak saya nak pinjam laki, nak suruh buat atap rumah mak saya kat kampung. yelah akak pun selalu minta  duit kat saya macam saya ni ada kena mengena dengan keluarga akak pulak.”

Sejenis ni dia tak akan nak menyusahkan diri dia. Dia beranak lepas tu bila senang dia enjoy, bila susah dia suruh orang lain tanggung dia. Bijakkan?? Namun dia nak bersusah payah idokkk!!! Laki dia dah bagus dah kerja tapi udah anak menciak tak cukupkan. Beranak tu pilihan, kau kalau rasa tak mampu kau jangan mudah – mudah pakai tiket anak itu rezeki tapi hakik4tnya beranak kau reti, cari rezeki tak reti pulak mengalahkan OKU.

Mummy Shu : Memang mula – mula akan rasa bersalah, kesian, tak sampai hati. Tapi percayalah, lama – lama nanti dia tak minta lagi dah, dia akan cari m4ngsa baru. Akak pernah kena. Dah jadi macam rutin bulanan pulak nak pinjam duit ni.

Bila sekali cakap kita tak cukup duit nak bayar banyak benda, bulan depan pun dia tanya lagi, pun akak cakap benda yang sama. Lama – lama dia tak tanya dah, senyap. All the best dek. Bagus la dah mula menyimpan dari bujang ni. Masa depan awak, awak yang kena fikirkan.. bukan dia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.