Setiap hari aku kena masakkan lauk untuk dua buah rumah, rumah mentua dan juga rumah jiran sebeIah rumah

news.allmhidotcom warning

Aku dan suami duduk sekali dengan mentua, bukan kami tak nak pindah tapi mak mentua tak bagi keluar. Masalah sekarang setiap kali masak, aku kena masak sekali untuk jiran sebeIah. Jiran sebeIah rumah adalah kakak ipar aku. Oleh sebab aku hanya surirumah, aku jugak yang kena hantar dan ambil anak – anak kakak ipar dari sekolah. Semua tu dengan upah sebanyak RM50 sebulan!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku selalu jugak post kisah aku sebelum ni sebab dari awal kahwin penuh ujian sampai ada anak seorang. Sebelom ni ujian dengan suami curang main wechat. Mula nak scandaI dengan admin di tempat kerja. Tapi alhamdulillah, masalah aku dengan suami tak ade dah. Dia banyak berubah. Mungkin berkat hari – hari aku doa panjangkan jod0h kami, satukan hati kami, jauhkan suami dari perkara tidak baik. Alhamdulilah aku rasa bahagia dengan suami.

Tapi timbul pulak masalah mentua dan ipar. Pertama skali aku nak bagi tahu,bukan aku tak nak pindah tapi mak mentua tak bagi. Dia tak bagi kami duduk sewa di luar, habiskn duit. Dia kata kalau nak keluar beli rumah, tak pa. Suami aku baru dapat kerja gaji yang OK. Baru sangat – sangat, belum confirm lagi macam mana kami nak beli rumah. Hurmn aku penat duduk sini. Korang rasa patot tak aku tinggal dengan mentua. Jiran rumah aku adalah kak ipar sendiri. Kak ipar aku kerja kerani sekolah. Dia masok shif petang. Tengah hari baru pergi sekolah, jadi bila pagi ada je masa untuk dia masak.

Tapi aku tak faham kenapa mak mentua aku suruh aku masak lauk untuk rumah anaknya sekali sedangkan sempat ja kalau anak dia nak masak. Bukan ada anak kecik pun, anak dia semua dah sekolah.. Anak dia sekolah, aku yang pergi ambik dan hantar balik aku yang buat tau. Jam 11 pagi, aku hantar kakak sekolah menengah. Jam 12 tengah hari  aku ambik anak tadika. Jam 1 petang sekolah rendah. Petang plak ambik kakak yang sulung sekolah pagi balik jam 2.30 petang. Dari pagi aku masak kemas dapur. Masak untuk dua buah rumah, jam 2.30 baru aku rehat. Dengan anak kecik lagi.. Aku penat sangat.

Rasa tak berbaloi dengan RM50 untuk ambil hantar 4 orang anak. Serius aku tak larat, susah nak cakap.. Kalau aku tak ambik dia orang kata belakang. Masam muka. Hurm.. hari ni kak ipar aku cuti mc. Kata s4kit tapi pergi pasar tani bawak mak mentua aku boleh, nak masak tak boleh! Semuanya aku, ambik anak dia tetap aku. Dalam rumah mentua aku tinggal ni, ada sorang lagi kak ipar yang tak kahwin. Tapi kerja rumah langsung tak nak buat, langsung tak peduli. Kalau aku tak sapu rumah, memang berpasir la jawabnya. Tak akan aku nak biar? Apa – apa yang buruk semua orang akan nampak salah menantu, kata menantu pemalas tapi anak sendiri yang malas mereka tak nampak.!

Semua kerja aku buat sorang. Rasa macam orang gaji tak di bayar jer. Kalau hargai aku, aku tak kisah tapi diorang kata belakang.. Depan aku diorang memang baik, tapi dekat belakang mengata aku. Kadang – kadang aku tak larat sangat nak ambik anak – anak kak ipar sebeIah rumah tu. Aku mintak laki aku hantar aku balik rumah mak ayah aku. Aku dok dalam 1 minggu. Korang tau tak kej4m tak kej4m, upah aku ambik anak dia 3 minggu tak bagi pun.. Ingat aku tak letih ke.? Senang betul hidup diorang, pergi kerja tak payah masak, balik hanya tahu cedok lauk je dekat rumah sebelah! RM50 untuk segala ya, ambik anak dan tolong masak sekali. Anak nak makan ayam masak kicap la, anak nak makan itu ini semua mntak aku. TAK suruh mak dia orang. Kadang – kadang geram jugak.. Hurm.

Bila waktu raya, bahan – bahan kuih beli bagi aku buat untuk rumah diorang. Korang ingat aku surirumah tak ade kerja kat rumah ke? Masa anak aku tido la aku nak rehat, nak buat kerja rumah yang lain. Tapi sekarang semuanya aku yang kena buat untuk dua buah rumah. Adakah MENANTU ITU ORANG GAJI UNTUK FAMILY??? Aku tak kisah untuk suami, mak mentua dan pak mentua. Memang kewajipan aku menjaga makan minum sebab aku tumpang tinggal. Yang aku tak faham Keluarga ipar jugak. Adakah mereka pun bawah tanggungjawab aku juga.

Komen Warganet :

Mahanie Mahat : Jangan jadi kh4dam pada manusia yang berhati sya1tan ni. Itu bukan tanggungjawap u nak gaIas kerja – kerja diorang. U ada hak menentukan hala tuju hidup u. Tinggalkan je rumah mentua tu bina hidup sendiri. Apa susah apa nak takut. U ada hak.

Mira Hana Gold : Aku cuma terpikir kalau la 1 hari ko pitam anak ko siapa plak yang nak jaga ye? Please la, kalau ko tak larat, ko balik je bawak anak pergi rumah mak ko sebab ini dah zaIim sangat, d3ra em0si dan pakej fizikaI lagi. Sebab tu bila dah kahwin, macam mana pon suami kena sediakan tempat tinggal isteri untuk keslesaan isteri. Jangan pikir selesa, jangan ingat tentang aur4t je. Sempit sangat otak tu, pikir la sikit selesa dari banyak sudut. Kalau kes ko ni aku tak tahu la badan dengan em0si ko selesa ke tak duduk rumah mentua gitu gaya.

Rozanalita Kamis : Bincang denga suami tu. Yang awak bukan orang gaji h4mba abdi untuk mak dia dan akak dia. Maaf, jika saya memang tak akan layan semua tu.. Buat hal sendiri je. Yang nak ikut telunjuk dorang kenapa? Awak boleh cakap, TIDAK MAHU MASAK. TIDAK MAHU AMBIL DAN HANTAR ANAK – ANAK DIA. TU BUKAN TANGGUNGJAWAB AWAK. TANGGUNGJAWAB AWAK HANYA UNTUK SUAMI DAN ANAK – ANAK.. JIKA NAK JAGA MERTUA ITU IHSAN SEORANG ISTERI. SALAH DIRI SENDIRI YANG TAK BERTEGAS.

Yusniziana Zulkifli : Str3ss baca pasal ipar tu.. Kalau mertua ok la, memang patut pun kita kena buat kerja – kerja tu semua.. Tapi ipar yang duduk rumah lain pun kita yang kena handIe memang meIampau la.. Cuba cakap elok – elok, bincang dengan suami sis.. Minta dia nasihatkan adik beradik dia tu sebab dah meIampau sangat dah tu.

Norolhawa Abdul Rahman : Aduhai, saya yang baca ni pun rasa penat, apatah lagi yang rasa.. Cari la rumah lain, tinggal asing. Dapat rehat bila masa sesuai, nak masak, nak jaga anak sendiri, lagi berbaloi.. Dari buat benda yang kita tak ikhlas. Mungkin mula – mula je ikhlas tapi bila dah jadi macam orang gaji, lebih baiklah undur diri, untuk selamatkan keadaan..

Bea Adaweiyya Yulyulk : Inilah jugak yang kawan aku lalui bila dia duduk dengan  mentua. Ipar – ipar perempuan langsung tak sentuh kerja rumah. Yang tak malunya siap cakap yang kawan saya nie ada, boleh buat semua kerja. 7 tahun tu dia bertahan duduk dengan mentua. Tapi 2 tahun lepas, mentua dia dah meninggaI, jadi kawan saya pindah tapi ditent4ng oleh ipar – ipar dia. Dorang cakap siapa nak uruskan rumah ni kalau pindah.

Entah dari mana kawan saya ni dapat kekuatan dengan keberanian then dia ckp,”Ini bukan rumah Akak. Ini korang punya rumah. Akak tak ade hak atas rumah nie. Nama siapa yang arw4h mak abah letak dapat rumah nie, dialah yg bertanggungjawab. Akak nie ipar, tetap orang luar. Berapa Lama lagi Akak nak menempek kat sini? 7 tahun dah Akak duduk sini hadap sorang – sorang punya perangai. Lebih baik pindah dari nanti esok lusa timbul masalah itu ini” Bila dia dah cakap mcaam tue, terdiam masing – masing sebab selama ni kawan saya jenis senyum je, perhati je.

Terk3jut dorg bila tengok kawan saya boleh cakap macam tu. Dah pindah rumah, baru dia tenang sikit. Yang mana ipar – ipar perempuan yang langsung tak reti buat kerja rumah, tahu pulak buat lepas kawan saya pindah tu. Bukan tak tahu buat tapi pemalas dan harapkan orang. Buat kakak ipar jadi baIachi dalam rumah dorang. Dah tak ada kakak ipar kat rumah baru diorang rasa penatnya macam mana. Dulu sedap jadi Mem besar. Bila kawan saya ni pindah rumah barulah yang lain tue sedar diri. Baru tahu rasa penat kalau tidak har4mmm…

Apa kata anda?