Setiap hari mertua call tanya aku masak berapa jenis lauk? Aku kemas rumah ke tak? Tapi pelik bila pergi tumah mertua..

Aku ingat lagi pertama kali pergi rumah mertua, bersepah dan tak terurus. Umpama rumah lelaki bujang yang suka repair motor. Dengan dapurnya melekit, dapur gas masak sangat kotor seperti tak pernah lap..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca. Tak tahulah nak mula dari mana, cuma terasa nak berkongsi dengan kemelut hati yang sedang dihadapi ni. Aku kenalkan diri sebagai Dahlia, berkahwin hampir 5 tahun, Alhamdulillah punya dua anak lelaki yang agak lasak. Suami punya abang, kakak, dan dua adik perempuan.

Dalam keluarga mertua, hanya kakak suami saja belum berkahwin. Dia yang sulung dan kini berusia hampir 40-an, dan dalam keluarga mertua, mereka ada dua menantu perempuan iaitu aku dan isteri abang ipar aku. Aku tiada masalah dengan ipar duai aku. Kakak dan adik ipar ok jer.

Kami böleh mesra berborak ketawa walaupun tidaklah sampai ada whatsapp group, jalan bersama, itu tak pernah lagi. Cuma nak cakap aku dan ipar – ipar ngam dan tiada masalah. Cuma bab mak mertua ni, entahlah selalu sangat aku tersinggung.

Puas aku pujuk diri agar tak mudah terasa atau kecik hati, tapi ada jerr situasi yang buat aku sentap dengan mertua. Mak mertua aku ini umpama terlalu harapkan menantu perempuan perfect semacam dia menjaga anaknya.

Itu jugalah diharapkan kepada kami. Masak apa, kemas rumah tak, pandai buat kerja dapur tak, pandai buat kuih tak? Awal – awal kahwin, itulah soalan setiap hari bila dia call suami dan berbagai lagi soalan tentang ciri – ciri gadis Melayu. Tapi kalau dia tak call, rupanya dia tunggu suami pula call.

Tapi bila semalam baru lepas OTP, suami pun tak call lah pada hari tu. Aku ingat lagi mak mertua call dan terus cakap “Dah tak ingat mak.” “Yelah dah ada bini.” Aku tanya pada suami memang rutin setiap hari call mak ke sebelum ni?

Suami kata tak pun. Seminggu sekali jek, kadang – kadang mak call, kadang – kadang next week dia call. Mana lah suami aku tahu dia ubah rutin. Aku sebagai menantu rasa tak syok konon macam menyalahkan kita yang anak dia dah jarang call lepas kahwin.

Dengan soalan terlalu merisik rumahtangga kami, aku memang rasa ann0ying sikit masa tu. Boleh jek kalau call tanya “Dahlia masak apa hari ni?” Ini cara soalan pun siap berbisik masa video call. Aku jek terdengar dia tanya.

“Dahlia masak tak hari ni?”

“Ada kemas rumah?”

“Baju kotor banyak tak? Dahlia basuh tak?”

“Aik masak dua lauk jek. Sikitnya.”

“PukuI 2 tengah masak? Lambatnya masak. Habis hang dari tadi makan apa?” (Padahal suami aku kerja syif malam baru balik pukuI 8 pagi terus tidur. PukuI 2 petang baru bangun mandi solat. Dia takut sangat anak dia kelaparan)

Walaupun menyampah, aku sabar jek laa anggap lama – lama OK lah kot. Baru kahwin kan mungkin dia nak tahu rentak kita. So aku pun malas nak terasa negatif sangat. Tapi sebenarnya itu antara red flag pertama per4ngai mak mertua.

Sebelum tu pertama kali aku terasa lepas akad nikah di rumah aku, majlis kahwin pun selesai petang, aku ingat lagi dalam pukuI 5 petang macam tu, mak mertua telefon suruh suami balik rumah suami aku. Rumah family aku dan rumah sewa suami jarak lebih kurang 40 minit manakala family mak mertua pula duduk jauh di hujung utara.

Selesai majlis kahwin sebeIah aku, semua keluarga suami keluar dari homestay dan sambung menghuni di rumah sewanya. Sebab mereka nak jalan – jalan di tempat orang. Tapi tu laa, selepas majlis petang tu, mereka sekeluarga dan mak saud4ra suami keluar berjalan di sekitar bandar.

Masa tu mak mertua call suami bagitau kalau suami tak sibuk, dia suruh balik ke rumah sewa. Suami tanya ada urusan apa? Aku kira ada em3rgency ke apa. Rupanya dia suruh jaga kakak ipar aku yang seorang diri di rumah.

Suami kata sekarang tak boleh sebab nak susun atur balik perabot, kemas banyak barang memandangkan barang – barang family aku banyak ditumpangkan di rumah jiran. Mak mertua akur jek masa tu. Pada aku, logik lah lepas majlis kita sibuk.

Kenapa pula dia nak suruh suami aku balik jagakan kakak dia tu? Macam tak sesuai. Namun sebeIah – sebeIah malam dia call lagi, kali ni dia bagi arahan untuk balik ke rumah sewa suami. Tak ada bertanya boleh ke tak?

Reason masih sama iaitu menemani kakak ipar aku seorang diri di rumah. Malam – malam katanya risau kakak seorang diri. Aku mula rasa tak berkenan. Rumah aku yang baru lepas majlis masih tak settle dengan barang – barang dan lauk pauk belum habis diuruskan.

Untuk pengetahuan, aku tiada adik beradik lelaki, abah juga dah meninggaI. Rasa macam suami aku sangat diperIukan untuk membantu ibuku. Namun suami akur permintaan ibunya dan ajak aku bersama. Dia tak tahu aku terkilan sebab aku pendam jek rasa hati masa tu.

Entahlah pada pandangan aku kalau dirisaukan sangat anak perempuannya, baiklah dia yang pulang awal. Selepas berapa bulan kahwin, dan sepanjang masa tu jugaklah drama mak mertua yang call suami everyday untuk tanya anak dia makan tak? Wife masak tak, kemas rumah ke, basuh baju tak?

Pernah dalam tempoh tu kami sibuk memandangkan aku juga bekerja. Maka aku tak sempat nak cuci baju kotor yang m4kin banyak. Kami decide hantar dobi 24 jam jek siap dry. Kebetulan suami nak gerak ke dobi, mertua call berbual.

Suami pula jenis tak perasan mak dia suka cari kekurangan kelemahan menantu, dia jujur cakap Dahlia tak basuh baju, sibuk laa mak. Kami hantar dobi jek. Seperti aku duga bertubi – tubi soalannya

“Kenapa hantar dobi?”

“Kan ada mesin basuh?”

“Kenapa nak membazir?”

Dan lepas berapa bulan kahwin, kali kedua pulang bercuti ke rumah mak mertua (kali pertama masa majlis kahwin lepas tu tak dapat balik sebab suami susah cuti). Aku ingat lagi pertama kali lihat rumahnya pada hari biasa, bersepah dan tak terurus.

Umpama rumah lelaki bujang yang suka repair motor, begitulah sekitar laman rumahnya. Botol minyak hitam kosong bersepah, rantai motor dibiar kat lantai, kain buruk banyak sangat semuanya disangkut di pagar dawai.

Macam – macam lagi barang tukang rumah, barang pomen dibiar di luar. Ku kira itu kerja bapa mertua aku yang dah guna tak kemas semula. Walaupun rasa janggal nak jejak kaki dengan dapurnya melekit, dapur gas masak sangat kotor seperti tak pernah lap, aku buat seperti biasa jek dan sedaya upaya tak tunjuk kita geli. Kalau ada pembaca suruh kita kemas, must4hillah.

Dengan mertua pun ada gap dengan kita, ini kan pulak kita nak mengelap dapur gas, lap kabinet dia yang sangat bersepah barang tunggang langgang tak bersusun, pembaca rasa dia hargai ke kalau menantu pandai – pandai sentuh dapur dia?

Walaupun geli, tapi aku tak nak amek peduli sangat, asoh ada rasa hormat sebagai mertua. Tapi bila aku teringat soalannya setiap masa tanya suami isteri h4ng masak tak, pandai kemas, rajin tak buat kerja rumah, buat kerja dapur tak? Aku jadi menyampah.

Dia pun ada 3 anak perempuan, dua orang menghuni di situ tapi dia tak kisah pula tak kemas. Berbeza dengan dua menantunya, semua kalau boleh dia nak korek, kalau boleh masak, menu kampung pandai masak jugak tak?

Pernah dia call suami siap selit kisah abang ipar aku dan wife nya yang isterinya tak rajin masak. “Jangan jadi macam abang h4ng, bini tak reti buat kerja tak reti masak.” Tapi bertambah jengkel bila aku lihat, anak perempuannya sendiri tak rajin kemas.

Seluruh rumah bersepah dari luar sampai ke bilik dan dapur termasuk toilet. Seorang anak perempuannya (adik ipar aku yang turut tinggal bersamanya) dah kahwin pun tapi tak pandai masak juga. Tapi tak pernahlah mak mertua nak sebut kekurangan anaknya sendiri.

Yang dia sibuk nak tahu menantu jek. Yang dia asyik ulang sampai sekarang dekat suami dan aku sendiri “kakak ipar h4ng tak pandai masak.” Kalau aku tak pandai masak mesti aku pun dah jadi bahan cerita. Pernah aku masak dan suami spontan cerita kat mak mertua “hari ni makan keli berlada, pergh sedap.” Terus mak mertua tanya “siapa lagi sedap masak, mak ke Dahlia?” Suami aku jawab dua – dua sedap.

Aku rasa macam soalan tak matang. Apalah nak compare masakan ibu dan isteri. Kadang – kadang rasa nak buang ingatan buruk ni jauh – jauh, tapi esok lusa nanti ada jerr soalan dia yang lain buat aku tak berkenan dan autom4tik teringat pula isu kecil hati yang sebelum – sebelum ni.

Macam kes abang ipar aku pula, dia memang tak bagi wife nya masak sebab abang ipar aku cerewet. Dia lebih suka masak ikut style dia dan wife nya disuruh bantu p0tong – p0tong jer (aku pun tak tahu biras aku pandai masak atau tak sebab aku tak penah tanya soalan tu).

Tapi mak mertua aku tak sudah bercerita dengan suami aku meskipun melalui telefon atau bila jumpa aku dengan mengatakan macam “kak ipar h4ng tu, suami jerr masak tak boleh laa. Isteri ni pun kena masak.” Suami aku hanya menjawab “dah itu arahan abang, isteri dia buat jek la.”

Aku masih ingat masa aku pregnant 8 bulan, aku minta tolong suami vacuum rumah, manakala aku cuci toilet. Terp4ksalah juga buat sebab suami kurang suka kerja cuci toilet. Kebetulan mertua buat video call, nampaklah anaknya pegang vacuum.

Terus suara kuat “h4ng kemas rumah? H4NG YANG KEMAS RUMAH (lebih lantang) “HABIS DAHLIA BUAT APA?” Bila suami jawab cuci toilet, terus nadanya tenang dan jawab “oo ok2, takpe lah, pesan kat dia hati – hati.”

Tapi kalau mak mertua video call, aku yang tengah kemas rumah, suami baring dalam bilik dengan anak, dia ok jer. Tak banyak tanya pasal aku. Tapi kalau anaknya yang tengah buat kerja, mesti soalan dia “bini hang pula buat apa.”

Aku jadi kurang berkenan sebab mertua terlalu mencari kekurangan menantu walhal anak perempunnya pun ada kekurangan sebagai wanita Melayu. Selain tu, memandangkan aku dan suami duduk jauh darinya, jadi dia sangat jarang datang rumah kami.

Jadi bila setahun sekali datang, kadang-kala perabot dah bertambah. Maklumlah awal – awal kahwin rumah kami kosong. Setiap bulan beli 1 perabot. Bila dia datang, aku akan dengarlah soalan bisik – bisik dengan suami bertanyakan harga barang itulah, barang inilah, siapa yang beli. Kalau mahal sikit nanti dia cakap bazirlah, mahallah.

Bila suami jawab Dahlia yang beli, barulah reaksi dia tenang sikit sambil kata “kalau Dahlia beli takpe laa.” Like what??? Dia takut ke kalau betul pun suami aku yang beli. Bukan rumahtangga aku jerr, abang ipar aku pun mertua sering berlebihan busy body.

Dia selalu tuduh biras ku tak membantu ekonomi suaminya. Abang ipar aku sejenis lelaki yang asal boleh dan fikir mudah jek. Aku kira dia tak menjaga nama baik isterinya juga sebab dalam beberapa bulan, pasti ada sekali dia akan mintak pinjam duit daripada ibunya.

Tak banyak, dalam RM50 – RM200. Mungkin untuk topup benda penting sementara tunggu gaji 3 – 4 hari. Aku pun tak tahu sama ada wife dia pun tengah kering atau dia yang tak tanya wife dia untuk pinjam. Tapi pada aku silap sungguh abang ipar mintak mak dia sebab sikap abang ipar yang tak explain betul – betul kewangannya ke mana, maka ia jadi modal untuk mertua aku judge rumahtangga mereka.

Setiap kali isu anaknya pinjam duit, mertua akan ceritakan pada suami aku bahawa dia kesian dengan si abang sambil questioning banyak soalan seperti :

“Isteri dia punya gaji mana?”

“Isteri gaji besar pun tak tolong suami.”

“Kak ipar h4ng tu biar laa suami dia meminjam, bukan dia nak tolong bagi duit dia sikit kat suami.”

Aku rasa tak suka dengan sikapnya yang meletakkan tanggungjawab berkongsi kewangan pada menantu. Walhal, bukan mertua aku tak tahu sikap anak lelakinya yang pernah menganggur setahun sebab malas kerja, bila dapat kerja selalu kepala angin sampai berhenti, bila kerja cepat boring pun berhenti.

Sepanjang beberapa kali berhenti gaji dan yang paling lama menganggur setahun, aku rasa wife dialah yang menanggung suaminya. Kudos pada biras aku sebab aku rasa dia perempuan tinggi kesabaran melayani suaminya.

Tapi kekurangan tu semua mertua tak nampak. Yang dia nampak hanyalah kekurangan menantu seperti tak tolong financial si suami. Padahal, aku pun baru tahu selama ni kereta yang abang ipar aku pakai balik kampung, pergi kerja di KL tu adalah kereta isterinya.

Aku rasa macam mertua aku tak tengok peng0rbanan menantunya bantu anak dia. Tapi yang kurang sikit itulah yang dijadikan modal bercerita. Walhal dalam rumahtangga, kita dan pasangan jek yang tahu peng0rbanan dan susah kita sama – sama.

Aku di awal kahwin pun kami guna kereta aku yang dibeli oleh arw4h abah aku. Jadi apalah salahnya kalau suami aku nak belikan something untuk aku. Kereta tu pun dah rosak, jadi baru – baru ni kami beli kereta baru Toyota Vios.

Dan seperti aku duga, nadanya tak seronok bila tahu kami beli kereta baru sebab katanya kereta tu mahal. Tapi bila suami cakap dia share bayar dengan Dahlia. Spontan ayat mak mertua keluar “kalau share baguslah.” Sampai hari ni pun, banyaklah lagi benda – benda tak best yang kadang keluar dari mulut mak mertua.

Pada aku, dia mungkin bukanlah benci dengan menantu, tapi terlalu overprotective dekat anaknya. Semua benda dia risau adakah makan pakai minum anaknya terjaga lepas kahwin. Adakah duit anaknya dibazirkan isteri.

Komen W4rganet :

Binti Salmah : Bukan overpr0tective tu. Tapi dia n4rcissistic. Sabar je la. Dengan orang macam tu kurangkan bercerita apa – apa pasal kita. Nanti dia s4kit hati. Tambah plak kalau dia dengar benda baik pasal diri kita. Salam Islam termnya dengki, iri, hasad. Hasad Ni kalau sampai level severe dan chronic. Sampai tahap dia gembira Bila tengok kita sengsara. Dia sanggup buat kita sengsara sebab itu memberikan kepuasan pada dia. Hati – hati sis.

Ain Fathihah Fhm : Sebelum mak talipon laki h4ng, h4ng lah talipon dulu mak tuu.. hari – hari buat. Tanya la balik soalan – soalan yang sama. ‘heloo, mak masak apa hari ni? Haa tiga lauk ja?! Dahlia masak lima lauk’ ‘heloo mak, dah siap kemas rumah ke? Dapur tu mak cuba lap guna Cif, elokk mak, bersih ja. Dahlia dah cuba dah’ Hehehe

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.