Minggu lepas selepas solat subuh saya minta nak cek phone dia. Suami berkeras tak bagi. Saya cakap, kalau takde apa – apa rahsia kenapa tak bagi. Setengah jam kami bergelut berebut phone, bila saya dah dapat..
#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB.. admin tolong hide saya ya. Maaf luahan saya ini mungkin agak panjang. saya dan suami dah berkahwin 12 tahun dan ada anak 2 orang. suami seorang yang baik, bertanggungjawab, tak pernah berkasar tinggi suara dan rajin menolong di rumah jaga anak – anak dan di dapur.
Masalah yang saya hadapi sejak kebelakangan ni adalah saya jadi overthingking dengan suami. Kisahnya bermula 2 tahun lepas saya kerap bermimpi buruk dan mimpi suami curang. Saya str3ss hari – hari mimpi suami curang tapi saya diamkan saje saya fikir mainan tidur.
Hingga la 8 bulan yang lalu masa tu saya tengah mengandung 5 bulan, saya dapat call dari seorang perempuan yang merupakan kawan sekerja suami tempat lama. dia. Dia call minta saya sampaikan kepada suami bayar hutang dia.
Saya tanya suami dia mengaku ada berhutang sebanyak 5k dengan perempuan tu tapi perempuan tu cakap total sebenar 15k. Rupanya 2 tahun lepas perempuan tu ada pinjamkan 15k kepada suami untuk jadi share patner bisnes.
Suami saya ada buat bisnes dulu jadi perempuan tu nak jadi share partner. Sejak kejadian tu saya str3ss sangat tambah pula perempuan tu cakap suami saya dayus sebab takut bini. Dia cakap lagi yang dia kenal sangat suami saya.
Saya jadi overthingking dan fikir bukan – bukan entah – entah dorang ada hubungan sebab takkan lah mudah – mudah perempuan nak bagi duit sebanyak tu kepada lelaki. Perempuan tu tak bagi duit 15k direct kepada suami saya tapi dia bayarkan kepada seller untuk beli barang bisnes.
Saya tanya suami dia cakap dorang takde apa – apa dan suami dah block perempuan tu sebab tu perempuan tu cari call saya. Pasal hutang tu dah selesai saya terp4ksa gadaikan barang kemas saya. Sejak kejadian tu saya str3ss sangat.
Tiba – tiba satu malam saya ternampak notification dekat phone suami, noti tiktok dari akaun seorang perempuan. Saya pun mula jadi penyiasat siasat dekat tikt0k saya nama akaun perempuan tu. Rupanya kawan sekerja suami tempat kerja sekarang.
Saya siasat dekat fb pula jumpa rupanya dekat fb pun suami friend dengan perempuan tu. Saya stalk fb perempuan tu nampak suami saya banyak like posting perempuan tu tapi bukan posting gambar, dia cuma posting dia share pasal resepi – resepi.
Semua yang perempuan tu share pasal resepi, suami saya like sedangkan kalau saya share atau post apa – apa jarang suami nak like. Dekat situ saya bertambah overthingking pasal suami saya. Suami saya ni orangnya tak sosiaI sangat dan selama ni saya tak pernah nak syak apa – apa.
Hari – hari saya jadi stalker stalk tikt0k dan fb perempuan tu tapi tak ada yang mencurigakan pun. Tiba – tiba satu hari tu saya cek fb suami, saya jumpa dekat history video watching suami ada tonton video tak senonoh. Saya sedih sangat dah la sepanjang saya mengandung boleh kira dengan jari berapa kali je kami bersama alasan dia takut risau baby dalam perut.
Saya ni tersiksa batin, saya pun ada nafsu walaupun mengandung. Saya tanya suami tak mengaku dia tengok, dia cakap kebetulan video tu lalu dekat wall dia. Minggu lepas selepas solat subuh saya minta nak cek phone dia. Suami berkeras tak bagi.
Saya cakap, kalau takde apa – apa rahsia kenapa tak bagi saya tengok phone dia. Dia cakap memang takde rahsia, dia cuma tak suka phone privacy dia. Saya jadi pelik sedangkan kalau saya, saya tak kisah pun kalau suami nak cek phone sebab saya memang takde sorokkan apa – apa.
Setengah jam kami bergelut berebut phone dia sebab dia tak bagi. Bila saya dah dapat phone dia dan minta dia password, dia tinggikan suara dan pegang kuat tangan saya tak nak bagi saya ambik phone dia. Saya betul – betul sedih dengan sikap dia selama ni dia tak pernah macam ni.
Lepas tu saya mandi terus keluar rumah naik kereta duduk dekat satu tempat. Dari jam 8 pagi hingga 2 petang saya tak balik rumah. Suami keluar bawak anak – anak cari saya. Lepas saya balik rumah kami tak bercakap dia pun takde nak pujuk atau minta maaf saya pun.
Sepanjang saya keluar pagi tu, saya fikir dan nekad nak berpisah dengan suami. Saya tak boleh nak hadap lagi overthinking saya. Hari – hari saya str3ss sampai berat saya turun hilang selera makan. Suami pula buat macam biasa je takde usaha pun nak pujuk dan ambik hati saya semula.
Dan kelmarin saya slowtalk dengan suami saya bagitahu dia minta dia lepaskan saya. Dia menangis peIuk saya, dia cakap taknak lepaskan saya. Dia sayangkan saya sangat – sangat dan dia minta maaf sebab berkasar dengan saya.
Saya dah mula taw4r hati dengan dia. Saya rasa dia ada sorokkan sesuatu dari saya. Saya punya lah setia dengan dia macam ni dia buat saya. Saya buntu adakah betul keputusan saya untuk berpisah. Saya dah hilang kepercayaan dekat suami.
Komen W4rganet :
Amirah Liana : Kalau dah sampai kena bergelut pun masih taknak bagi check, mintak password meng4muk. Sah la tu curang. Alasan tak nak bersama takut baby dalam perut. Kenapa baby tu boleh lari keluar ke? Dari siap suggest lagi supaya banyakkan bersama senang nak bersalin. Drama swasta banyak sangat. Pulang balik kat mak bapak dia sis. Tak payah pening kepala.
Noe Jie Sulaiman : Sesungguhnya hidup dalam keadaan overthinking pada pasangan ni adalah suatu penyiksaan. Kita tak akan pernah tenang. Akan rasa insecure selalu. Curiga.. buruk sangka.. kita takkan mampu untuk tenang dan bahagia. Ramai yang hadap benda macam ni.. suami taknak lepas tapi dalam masa kita pun dah taw4r hati.. lalu apa lagi yang tinggal.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.