Setiap hari staff aku bawak bekal nasi dan telur tapi pelik bila dapat gaji dia yg paling tak happy. Aku siasat

Staff aku ni selalu ik4t perut, hari – hari bawak nasi, telur dengan sambal segera. Kalau hari Jumaat ada jamuan dekat pejabat dia akan bawak bekas untuk tapau. Dia kata hari Jumaat je dia dapat makan sedap. Tapi pelik, dia satu – satunya manusia yang tak happy bila masuk gaji. Kenapa?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca setia. Nama aku Rina, seorang isteri, ibu, anak dan majikan yang dah berusia lewat 30an. Pekerja aku lebih kurang 20 orang dan majoritinya adalah anak – anak muda lepasan SPM dan fresh graduate.

Bila kita sebut tentang dua golongan ni, ramai yang tau golongan ni ialah insan yang baru nak membina hidup dan baru nak merasa duit sendiri. Aku sebagai majikan seboleh – bolehnya inginkan yang terbaik untuk staff dan menjadikan mereka sebagai rakan jadi mereka selesa untuk meluahkan segala isu dan permasalahan baik di dalam pejabat atau hal – hal lain.

Aku dapati kebanyakan staff aku dibebani dengan masalah kewangan dan masalah tersebut datang dari ibu bapa mereka sendiri. Maaf, aku bukan nak kata seorang anak tak patut berbakti kepada ibu bapa, tetapi sebagai ibu bapa berpada – padalah.

Contoh yang pertama staff perempuan aku bernama Dewi. Baru bekerja tiga bulan, tiba – tiba datang berjumpa aku untuk bertanya tentang cara – cara membuat personal loan. Aku musykil, dia nak kahwin ke? Rupa – rupanya ayah dia yang suruh sebab beban hutang ayah dia terlalu banyak.

Kereta dua biji, rumah dan baru – baru ni ambik motor kapcai secara ansuran kononnya mudah nak pergi ke surau. Ayah dia pesara kerajaan, baru ambik kereta setahun sebelum bersara. Kereta lama masih berbaki tiga tahun.

Bila dah pencen baru sedar duit tak cukup nak tampung komitmen bulanan. Duit banyak dah habis sebab lepas pencen buat major renovation dekat rumah dan melancong ke luar negara. Loan Dewi tak lepas tapi dia terp4ksa bayar ansuran bulanan kereta baru ayah dia, tapi ayah dia bagi dia pakai kereta lama.

Bayangkan budak muda terp4ksa bawak MPV ke tempat kerja dengan minyak yang aku boleh kata cekik d4rah. Tiap – tiap bulan ada je masalah dekat kereta tu sampai budak office buat hashtag #KeretaDewiBuatHalApaBulanNi

Dia kerani bergaji RM2500, tolak kereta RM900, ansuran motor kapcai ayah dia RM150 dan PTPTN berapa sangatlah tinggal untuk dia. Dia kata masa loan tak approve tu pun ayah dia dah ungkit – ungkit kos besarkan dia, kalau dia tak nak bayar lagi teruk dia kena katanya. Aaa facepalm.

Staff kedua aku Arman, anak kedua dalam keluarga. Satu – satunya manusia yang tak happy bila masuk gaji. Kenapa? Sebab tepat 1hb mak ayah dia akan whatsapp dan ingatkan jangan lupa bank in. Tak cukup dengan tu setiap minggu ada je yang mak dia request suruh dia belikan barang – barang online.

Pernah sekali dia suruh aku belikan, nanti tolak gaji dia. Kira macam advance lah. Sekali aku tengok mak aii, tudung beratus ringgit. Aku pun tak pakai tudung harga macam tu, seram. Nak checkout pun menggigil tangan.

Aku pandang muka dia, kesian. Sumpah rasa kesian. Kesian sebab dia selalu ik4t perut, hari – hari bawak nasi, telur dengan sambal segera. Sebelum PKP banyak je kedai nasi bajet RM4 sekitar ni tapi dah tutup, mungkin peniaga pun dah tak mampu tampung kos kenaikan harga barang.

Bila hari Jumaat biasanya lepas bacaan yasin akan ada jamuan kecil untuk pekerja, masa tu dia bawak bekas siap – siap tapaw untuk malam. Dia kata hanya hari Jumaat je dia makan sedap, hari lain nasi, telur dan maggi. Untuk Arman ni pun staff aku ada buat hashtag #MakArmanMintakApaBulanNi?

Staff ketiga aku Nad, ayah pinjam personal loan untuk kenduri kahwin kakak. Kakak tak kerja, jadi full time housewife. Ayah tak mampu nak bayar, jadi dia terp4ksa bayar sebab kasihankan si ayah. Dalam masa yang sama dia pun nak kahwin.

Aku ingat pengalaman kahwinkan anak pertama dah buat ayah dia menyesal tapi sama je. Dia nak si Nad ni kahwin sama meriah dengan kakak dia yang bermodalkan personal loan 30K tu. Tapi dia suruh tunang si Nad yang apply, bukan Nad.

Aku dengar memang menyirap. Mana lah akal fikiran yang Allah dah anugerahkan untuk pakcik ni? Tak kesian langsung kan dekat budak tu? Baru – baru ni pun mak dia mengadu s4kit badan, mintak belikan tilam baru yang kena bayar bulan – bulan tu. Kononnya ada orang servis.

Staff yang lain geram, mereka suruh si Nad beli je tilam biasa yang berjenama elok sikit dan beli dustmite vacuum tu. Hari – hari nak servis pun boleh. Bukan nak kata jenama tu tak okey, tapi kalau dah tak mampu kenapa nak p4ksa diri?

Sebenarnya banyak lagi staff aku yang bermasalah sama. Tanda – tanda mereka ada masalah kewangan ialah bila mereka terlalu kerap mintak advance dan boleh jadi sebulan sampai dua tiga kali. Aku okey je tapi bila gaji kita sendiri tak sanggup nak tengok balance gaji mereka.

Kadang – kadang aku tanya balik mereka nak bayar penuh ke atau bayar sikit – sikit sebab tau balance gaji tu tak akan cukup untuk mereka bertahan. Wahai mak ayah, bertimbang rasalah dengan anak – anak. Hari – hari dok bersyarah dekat anak – anak suruh jimat tapi diri sendiri dok beli benda – benda merepek, benda – benda mahal.

Bagi anak ruang dan peluang untuk baru kenal hidup. Kesian ya, ramai yang terp4ksa ik4t perut untuk bantu bayar hutang mak ayah yang pada dasarnya bersifat kehendak bukan keperluan. Lagi satu sejak online shopping ni dah ada COD, saya nampak ramai staff saya yang ada masalah macam ni sem4kin tertekan lebih – lebih lagi yang duduk serumah dengan mak ayah.

Mak order, barang sampai panggil anak suruh bayar. Kadang – kadang letak alamat office anak. Terkemut – kemut lah budak tu keluarkan duit. Aku boleh kata aku ni golongan berkemampuan, tapi aku pun berjimat. Kereta pun masih guna kereta lama, tahun 2010 aku beli masa mula – mula start bisnes.

Aku pun berasal dari keluarga susah, ayah aku pengawal keselamatan je. Masa aku nak kahwin, ayah menuntut majlis seadanya sahaja. Alhamdulillah majlis meriah walaupun tak memakan perbelanjaan yang banyak. Duit bulanan aku tak pernah miss, ada lebih aku bagi lebih.

Masa aku tengah struggIe dulu, mereka memang faham kalau aku tak pernah bagi lebih. Alhamdulillah sekarang aku dah cukup stabil untuk beri lebih pada mereka. Kalau ada yang pertikai macam mana pulak dengan anak yang tak bagi langsung dekat parents mereka, itu isu lain dan mungkin boleh buat confession lain.

Untuk ibu ayah yang memahami, semoga Allah merahm4ti kalian. Untuk ibu bapa yang masih leka dengan dunia, berhentilah. Berilah anak ruang dan peluang untuk mereka. Untuk anak – anak yang tengah berjuaang, semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Dan untuk anak – anak yang culas dengan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa, semoga ada baIasan untuk kalian. Untuk staff aku, semoga mereka tabah dan sabar. Bila dengar luahan mereka aku memang tak sampai hati.

Setakat tolong sikit – sikit bila mereka tak ada duit minyak atau makan aku okey, itu je yang aku mampu. Kalau nak loan pun aku okey, tolak gaji mereka bulan – bulan. Cuma kalau orang lain tak nak berubah, benda ni tak akan habis.

Sebagai majikan, aku hanya mampu beri mereka gaji on time, bonus tahunan dan kenaikan gaji minimum setahun sekali. Staff aku semua baik, dan aku sentiasa doakan mereka. Semoga dipermudahkan semuanya. – Rina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azizul Azli Ahmad : Puan dirahm4ti, ambil manfaat buat kursus asas pengurusan kewangan buat kakitangan Puan. Ia akan jadi parasit merosakkan syarik4t juga bila duit mereka tak cukup akibat hutang nanti. Prestasi menurun, kualiti kerja jatuh dan mereka mungkin tarp4ksa kerja tambahan lain. Cegah sebelum parah. Jangan risau, tak akan jadi anak derh4ka kalau tak buat loan beli kereta baru buat mak ayah ya adik – adik. #DoneKomen

Farah Ant : Sebab itulah banyak golongan B40 Melayu mew4risi gelaran B40 tersebut. Sebab mentaliti ibu bapa Melayu begitu. Anak sebagai insuran hari tua. Golongan Cina yang mampu, aku nampak, depa support anak – anak yang baru nak hidup.

Dimodalkan beberapa bulan terlebih dahulu untuk stabil. Yang Cina B40 pula, mereka ‘bebaskan’ anak – anak mereka dari belenggu hutang begini. Sorrylah memang banyak aku bandingkan dengan Cina, sebab tempat aku ni bilangan Cina-India-Melayu hampir sama banyak. Jadi, boleh perhati.

Ida Mami AmiRashbaby : Selalu kami suami isteri pesan sesama sendiri. Tanggungjawab kami, besarkan anak – anak sebaiknya and make sure anak – anak berpelajaran. Sebab kami yang pilih untuk ada anak. Esok anak da keje jangan sesekali harapkan pendapatan anak untuk baIas balik apa yang kami da laburkan pada anak.

Kalau anak nak bagi, itu rezeki. Kalau tak nak bagi pun takpe. Jangan ungkit. Yakin dengan rezeki Allah. Biar anak – anak bina hidup dalam keadaan yang selesa. Jangan sesekali bebani anak dengan sesuatu yang mereka tak mampu.. Kesian. Semoga dipermudahkan urusan anak – anak yang mendapat ujian seperti ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?