Setiap kali aku balik kampung dengan suami, kami terp4ksa tidur asing sebab adik perempuan aku taknak beralah

Aku tak faham kenapa bapa beli rumah ada 3 bilik sedangkan dia boleh fikir anaknya bukan seorang dua. Sekarang ni kalau balik kampung, aku kesian suami kena tidur asing, tidur dalam bilik adik – adik lelaki aku. Adik perempuan aku pentingkan diri taknak beralah..

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Oren. Aku anak sulung dari 6 beradik, 2 orang perempuan di atas dan selebihnya adalah lelaki. Aku sudah berkahwin dengan cinta hati pilihan sendiri. Aku hanya nak luah lepas aku terbaca satu artikel beberapa minggu yang lepas.

Sumbernya aku sudah tak ingat. Tapi berkisar bukan tanggungjawab bapa untuk sediakan bilik untuk setiap anak, nanti dah besar, anak keluar juga. Lebih kurang begitu. Ya aku setuju tanggungjawab bapa tamat sekadar jika dia sediakan kediaman berteduh selagi anak itu masih dalam tanggungjawabnya.

Mungkin aku dibesarkan dengan mentaliti bapa sedemikian. Bapa aku bekerja kerajaan dengan jawatan yang agak tinggi juga. Bapa beli rumah kos rendah 3 bilik. Aku tak faham kenapa beli yang 3 bilik sedangkan bapa boleh fikir anaknya bukan seorang dua.

Masa sekolah, dapatlah kami berkongsi 2 orang satu bilik. Aku mestilah dengan adik perempuan. Yang lelaki mulanya tak bermasalah. Semua sumbat satu bilik. Jadi dipendekkan cerita, aku keluar rumah selepas SPM untuk sambung belajar di universiti agak jauh dari rumah.

Jarang balik sebab kekangan masa dan juga wang transport. Jadinya secara auto bilik yang sebelum ini berkongsi jadi hak milik kekal adik perempuan. Hatta jika aku balik cuti semester pun aku ibarat menumpang. Adik aku pun kira pentingkan diri. Dan aku yang dicop anak sulung semestinya yang paling kena mengalah.

Bilik adik lelaki pula? Hapak. Dengan bersepah. Game, alat muzik sana sini. Kongsi 4 orang? Tak kan aku yang anak d4ra nak melepak juga. Aku jadi str3ss. Aku takda privacy. Ada kala adik aku yang perempuan tu dipanggil ke PLKN, biliknya dikunci.

Tiada kunci spare di rumah. Dengan luggage aku balik bercuti tu, aku berkampung bawah tangga. Bawah tangga memang ada katil tempat ayah melepak balik kerja. Ya di situlah aku tidur, aku baring, aku baca novel lepas balik kerja part time aku.

Fast forward aku sambung belajar lagi. Dan masatu kebetulan PKP yang pertama. Belajarlah secara online di rumah. Di bawah tangga la aku bertapa. Duduk bersila atas katil bongkok buat assignment. Masa ni adik aku sudah di rumah. Baru habis diploma dan sedang kerja.

Tak dapat kongsi bilik sebab – “kamu kan kakak, mengalah la”. Tiada pula mak ayah aku nak nasihatkan yang lelaki.  “adik – adik lelaki tidur ruang tamu, bagi kakak guna bilik.” Tiada. Habis belajar aku pun berkahwin pada tahun 2020.

Bayangkan jika aku bawa suami aku balik rumah bapa, kami tidur asing? Katil di bawah tangga sudah jadi tempat tidur atok yang uzur. Aku akan tidur di bilik mama dengan mama. Ayah akan tidur di ruang tamu. Suami aku akan tidur di bilik adik aku yang 4 orang kalau semua berhimpun.

Adik lelaki aku yang masih tinggal di rumah hanya 2 orang masih sekolah rendah. Dan adik perempuan aku masih di rumah ni. Bekerja. Dan tetap tak mahu mengalah. Aku malu dengan suami aku. Keluarga suami aku siap besarkan rumah tambah bilik supaya semua anak menantu dapat sorang satu.

Tapi tapi ini sekadar luahan. Aku tak pernah salahkan ayah aku. Aku tahu ini je kemampuan ayah aku. Part of it aku blame adik aku yang selfish. Aku kalau Iawan dengan dia pun, dia menang sebab mulut dia memang kalau bunyi, rasa nak simbah air lada. Laser, lancang.

Jadi untuk kurangkan rasa serba salah kat suami aku, aku jarang ajak dia balik kampung aku. Aku selalu balik sendiri je. Sebab aku taknak dia tak selesa. Aku bukan tak bersyukur, cuma aku rasa serba salah. Kau jangan fikir suruh aku pasang khemah pulak. Rumah aku kecik. Rumah teres kos rendah.

Aku pun tak kisah nak tidur asing kalau balik kampung. Tapi tak bestlah. Kita balik rumah dia dilayan sedap, ada bilik berkemas siap aircond. Sampai turn rumah aku, dia tidur atas lantai je kat bilik adik aku. Memang aku angin kat adik aku yang laki tu. Muliakanlah tetamu.

Bukanlah keluarga aku tak muliakan tetamu. Cuma part bilik jela problem. Layanan mama dan bapa A class ye pada menantunya. Makan berhidang, air cuci tangan kat sebeIah. Air panas sentiasa ada. Entahlah ni cuma luahan aku je.

Aku banyak kali pesan kat laki aku, kita kalau tak dapat nak bagi keselesaan long term kat anak kita nanti, jangan beranak ramai. Kita mampu rumah 3 bilik, 2 anak cukup. Itu sahaja. Pendapat, pandangan dan kecaman kalian saya dahului dengan terima kasih. – Oren (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

PrettyUgly Hensem : Ni mak bapak salah didikan ni. Mak ayah tak ajar adik – adik kena hormat yang sulong. Pelik baca. Adik beradik aku 8 orang. Bilik 3 juga. Tapi bila kakak atau abang yang kelamin balik, bilik auto jadi bilik mereka.

Mak akan suruh kami tukar cadar dan sarung bantal. Mak ayah ko tak pandai didik anak mengenai priority. Bagus jugak ko share cerita sebab aku tak sangka ada isu macam ni.

Norsafarah Fadzil : Alahai sis.. Jangan la comparekan mentua sis yang senang tu dengan keluarga sis. Dah kemampuan ayah sis takat bole beli low cost je.. Lagipn bukan sis balik kampung kerap sangat pun sampai kene bilik sendiri.

Adik yang anak d4ra tu memang patutla duduk bilik sendiri. Takkanla dia nak tidur dekat ruang tamu pulak dengan ramai kaum lelaki dalam tu. Memang betul, masa sis tak kahwin lagi, tak patutlah adik tu kunci bilik, sekurangnya share la dengan kakak.

Tapi sekarang sis dah kahwin lagi tak manis dia pulak kena keluar bilik untuk bagi sis dengan suami tidur. Tapi adilnya beIah sis tak dapat privacy tapi beIah mertua sis ada bilik asing asing.. Berlapang d4dala sis. Kalau nak juga tidur sekali dengan suami tu, kemaslah bilik adik – adik yang lelaki tu setiap kali balik, suh adik – adik tidur luar sekejap. Ataupun tidur je la hotel atau homestay.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.